Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~

Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
peranan asean I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
peranan asean I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
peranan asean I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
peranan asean I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
peranan asean I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
peranan asean I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
peranan asean I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
peranan asean I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
peranan asean I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

peranan asean

Go down

peranan asean Empty peranan asean

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:05 pm

Asia Tenggara merupakan satu perkataan baru yang hanya muncul pada masa Perang Dunia Kedua sebelum ini hanya lebih dikenali dengan panggilan Alam Melayu . Umumnya Asia Tenggara  meliputi dua jenis masyarakat besar iaitu negeri-negeri di Tanah Besar dan negeri-negeri kepulauan. Kedua-duannya terdiri daripaa Vietnam, Kemboja, Laos, Thailand, Myanmar, Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Filipina.[1] Kerjasama serantau di antara negara-negara di Asia Tenggara ini sebenarnya telah bermula sejak abad yang ke-13 lagi. Kerjasama serantau ketika itu meliputi tiga aspek besar iaitu kerjasama dari sudut sosiobudaya, politik, dan diplomasi serta perdagangan dan ekonomi. Namun kerjasama ketika itu melibatkan dua buah negara sahaja contohnya hubungan Siam dengan Melaka, Myanmar dengan Siam dan Majapahit dengan negeri-negeri Nusantara [2].

Sejarah kerjasama serantau di Asia Tenggara selepas kemerdekaan boleh dikesan daripada cadangan Tunku Abdul Rahman kepada Presiden Garcia (Filipina) pada bulan Januari 1959 untuk menubuhkan sebuah persatuan bukan politik di kalangan negara-negara Asia Tenggara bagi meningkatkan kerjasama politik, ekonomi dan sosial. Kerjasama serantau pertama yang ditubuhkan  ialah Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara ( Southeast Asian Friendship and Economic Treaty atau  ringkasnya  SEAFET) pada tahun 1959 yang dianggotai oleh Tanah Melayu dan Filipina. Kedua diikuti dengan Persatuan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 yang dianggotai oleh Tanah Melayu, Thailanad, Filipina. Kerjasama serantau Asia Tenggara yang ketiga ialah MAPHILINDO  yang ditubuhkan pada tahun 1963 dan dianggotai oleh Tanah Melayu , Filipina dan Indonesia dan kerjasama serantau yang keempat daan merupakan pertubuhan kerjasama yang terakhir ialah Persatuan Negara-negera Asia Tenggara (ASEAN) yang ditubuhkan  pada tahun 1967 dan dianggotai oleh 10 buah negara secara berperingkat iaitu Malaysia, Thailand. Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei, Vietnam, Laos, Kemboja, Hanoi, Pertubuhan ini kekal hingga ke hari ini.

           Penulisan ini akan membincangkan peranan dan penglibatan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan serantau khususnya dalam aspek politik dan keselamatan. Penulis akan cuba mengupas dan mengalurkan peranan yang telah dimainkan oleh Malaysia dalam menyelesaikan beberapa isu dengan menjaga hubungan dan semangat setiakawan ASEAN.Selain daripada menjalinkan hubungan diplomatic, Malaysia juga telah menggunakan kaedah atau pendaktan rundingan, bertolak-ansur, cara diplomasi dan yang lebih menarik lagi Malaysia telah memainkan peranan sebagai orang perantaraan dalam menyelesaikan isu-isu yang melibatkan dua buah negara yang bertelagah seperti yang berlaku di Kemboja. Di mana Malaysia telah bertindak sebagai orang tengah dalam menyelesaikan prgolakan politik yang berlaku di Kemboja. Selain daripada itu, penulis cuba memperlihatkan peranan dan penglibatan Malaysia dalam menyelesaikan isu tuntutan bertindih dengan cara rundingan dan cuba menyelesaikan sebarang pertikaian melalui ICJ. Isu Malaysia-Singapura juga turut dilihat bagi menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia  sentiasa mendukung hasrat murni untuk menjalinkan hubungan baik dengan negara jiran.
nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

peranan asean Empty Re: peranan asean

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:06 pm

SEBAB-SEBAB PERLUNYA KEPADA KERJASAMA SERANTAU

Sebagai sebuah negara yang baru dibebaskan dari belenggu penjajahan dan menghirup angin kemerdekaan , negara-negara di Asia Tenggara menghadapi pelbagai masalah dalam mengatur dasar luar negara mereka. Ini menyebabkan timbulnya tekanan ke atas soal-soal menubuhkan satu pakatan kerjasama di rantau Asia Tenggara. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan ini:

a. Terdapatnya tekanan nasionalismanya sendiri agar negara yang baru merdeka itu mengambil mengambil peranan, mendapat tempat dan diterima sebagai setaraf dengan negara lain di dunia,

b. Kemampuan yang begitu terhad serta keadaan dalam negara yang serba kekurangan seperti keadaan politik yang tidak stabil, masyarakat yang terbahagi-bahagi dan ekonomi yang begitu lemah,

c. Asia Tenggara merupakan satu rantau yang strategik tetapi paling lemah kerana berpecah-belah dan kucar-kacir. Pengalaman sejarah menunjukkan bahawa keadaan sedemikian memudahkan kuasa-kuasa besar dunia menjadikanya sebagai gelanggang pertelagahan. Dalam era Perang Dingin, Asia Tenggara menjadi salah satu tumpuan perebutan kuasa Barat dengan komunis.

d. Negara-negara Asia Tenggara sedang menghadapi tugas-tugas besar dalam menegakkan perpaduan negara dan memperbaiki ekonomi yang masih berbentuk kolonial. Keadaan luar yang tidak stabil akan memberatkan lagi tugas-tugas ini. Di samping itu terdapat pelbagai gejala yang dapat mencetuskan pertikaian sesama sendiri terutama dalam soal-soal yang belum selesai hasil kolonialisma seperti isu sempadan negara, taburan ethnik dan semangat kedaerahan serta wujudnya perbezaan pandangan dan ideolgi setiap negara serantau. Burma dengan neutral-ssosialis, Thai- terikat kuat pada Amerika Syarikat, Indonesia –militant-nationalist, Filipina dianggap sebagai ‘ranting Asia’ Ameria Syarikat, Vietnam Utara, nationals / communist dan sebagainya.[3]

Di atas kesedaran ini maka Malaysia sebagai sebuah negara yang terawal menyedari akan hakikat pentingnya kepada penubuhan kerjasama serantau ini membuat satu kesimpulan bahawa keselamatan negara-negara serantau di Asia Tenggara tidak akan terjamin selagi ianya masih hidup berpecah-belah dan membawa haluan masing-masing. Perpaduan adalah mesti untuk membangunn dengan lebih sempurna terutama dari terus bergantung pada kuasa-kuasa luar.

Kerjasama ini dapat dilihat dalam peringkat ASEAN dan dunia luar dalam aspek politik dan keselamatan, ekonomi dan sosial. Dalam peringkat kerjasama dalam ASEAN tujuannya adalah demi kepentingan pengukuhan ASEAN manakala kerjasama ASEAN dengan dunia luar adalah lebih berperanan dalam perdagangan antarabangsa atau lebih kepada kepentingan ekonomi. Dalam hal ini Malaysia telah mengatur langkah-langkah tertentu di arena politik antarabangsa . Oleh itu, penekanan diberikan kepada soal-soal menubuhkan pakatan kerjasama serantau, mengadakan satu jaminan keselamatan yang membolehkan tenaga ditumpukan ke arah penglibatan isu-isu politik dunia mengikut kemampuan dan kepentingan nasional dari semasa ke semasa. Dalam usaha membina dan mengukuhkan kerjasama serantau ini Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan dan penglibatan dalam beberapa isu di Asia Tenggara.

Dasar Luar Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang pastinya tidak mampu hidup bersendirian. Atas kesedaran ini, Malaysia berpendapat kerjsama serantau adalah merupakan agenda penting dalam hubungan luarnya untuk mengujudkan kestabilan serantau dalam menghadapi ancaman musuh. Peranan dan penglibatan ini juga penting kepada Malaysia kerana sebagai sebuah negara yang baru merdeka perlu mengambil peranan, mendapat tempat dan diterima setaraf dengan negara-negara lain di dunia seterusnya mencipta identity sendiri.

Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar negara bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Pada hakikatnya, walaupun terdapat pelbagai persepsi dan pengertian mengenai dasar luar negara, setiap dasar luar negara yang dibentuk perlu mengambilkira persekitaran luar yang dinamik. Pengertian di atas juga merujuk kepada dasar luar negara Melaysia. Kepelbagaian faktor geografi, sejarah, sosial dan politik menyumbang kepada pembentukan dan halatuju hubungan anatarabangsa Malaysia dengan negara-negara lain. Selain daripada faktor-faktor tersebut, faktor globalisasi di ambang perkembangan era komunikasi dan teknologi maklumat juga memainkan peranan yang semakin penting. Walau apa pun faktor-faktornya, objektif dasarnya adalah sama iaitu ke arah menjaga dan mengekalkan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa[4]. Contohnya dalam konteks ASEAN, kesemua negara anggota ASEAN berganding bahu dalam usaha meningkatkan kerjasama di kalangan ahli-ahalinya. Manakala serantau pula secara umumnya dapat didefinasikan sebagai satu proses yang melibatkan sebahagian negara yang terhad disesuatu rantau berkenaan dan akhirnya dibentuk sebagai suatu rganisasi serantau[5]. Oleh itu kerjasama serantau membawa kepada penyatuan negara-negara dalam keperluan politik, ekonomi dan pertahanan.

Penelitian mendalam dasar luar Malaysia menunjukkan bahawa semenjak tahun 1957 ianya melalui perubahan yang stabil sejajar dengan perubahan pucuk kepimpinan politik negara. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengamalkan dasar anti-komunis dan sikap pro-Barat dengan mengadakan hubungan yang rapat dengan negara-negara Komenwel. Beliau juga telah merintis usaha kepada dasar berkecuali , neutral dan keamanan bersama. Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein pula, Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan mula dikenali sebagai negara Islam. Semangat ingin berbaik-baik dan mencari rakan baru pada masa itu juga telah merapatkan lagi hubungan Malysia dengan Pertubuhan Negara-negera Berkecualai (NAM). Selain itu, Malaysia turut menggalakkan pelaburan selain daripada sumber-sumber British.

Era kepimpinan Tun Hussein Onn pula menyaksikan Malaysia mempereratkan hubungan serantau. ASEAN, contohnya telah menjadi prinsip asas kepada dasar luar Malaysia selepas kejatuhan Saigon (sekarang Ho Chi Minh City) pada 1975, pengunduran pengakalan-pengakalan tentera Amerika Syarikat di Asia Tenggara dan serangan Vietnam ke atas Kampuchea (sekarang Cambodia)

Walau bagaimanapun , dasar luar Malaysia telah melalui perubahan yang dramatik selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri yang keempat pada tahun 1981. Di bawah kepimpinan beliau dasar luar Malaysia lebih berorientasikan kepada aspek-aspek ekonomi. Pada masa yang sama, dasar luar Malaysia dilihat lebih menekankan kepada hak, kepentingan dan aspirasi negara-negara membangun dan sokongan kerjasama selatan-selatan.

Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah dapat menyaksikan pelbagai inisiatif. Antaranya, Antartika sebagai hak warisan manusia sejagat, Dasar Pandang ke Timur, Pelaburan Imbal-Balik, Kokus Ekonomi Asia Timur (EAEC), Kumpulan 15 (G 15), Penyatuan Islam dan memperjuangkan hak-hak negara membangun dalam isu-isu alam sekitar, hak asasi manusia serta demokrasi.

Evolusi dasar luar Malaysia di bawah kempat-empat Perdana Menteri setakat ini telah menunjukan bahawa mereka telah memberi respon pragmatik bersesuaian dengan perubahan geopolitik dan ekonomi yang berlaku pada masa itu. Ini kerana untuk terus menjadi relevan kepada keperluan negara, dasar luar negara tidak boleh berada dalam keadaan static. Ianya memerlukan perubahan. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama , kesinambungan dalam konteks dasar luar negara juga perludititikberatkan. Kedua-dua perubahan dan kesinambungan ini sesungguhnya menampakkan rasa yakin diri dan kematangan Malaysia dalam urusan hubungn antarabangsanya.

Malaysia merupakan sebuah negara di rantau ini yang bergerak cergas dalam beberapa pertubuhan serantau bagi meningkatkan kerjasama di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Pembinaan kerjasama ini telah dimulakan sejak tahun 1950-an lagi. Ini dapat dilihat semasa lawatan rasmi Tunku Abdul Rahman ke Filipina pada bulan Januari 1959, beliau telah mengumumkan pembentukan Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara (Southeast Asian Frienship and Economic Treaty) yang dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman dan Presiden Filipina , Carlos P. Garcia.
nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

peranan asean Empty Re: peranan asean

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:08 pm

KERJASAMA-KERJASAMA SERANTAU DI ASIA TENGGARA

SEATO / SEAFET

SEATO atau Southeast Asia Trety Organization telah ditubuhkan pada 8 September 1954 di Manila dan merupakan kerjasama yang pertama di rantau Asia Tenggara. Ia hanya dianggotai oleh dua buah negara sahaja iaitu Indonesia dan Filipina dan lebih merupakan satu pakatan ketenteraan SEAFET atau Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara pula ditubuhkan pada Januari 1959 ketika lawatan rasmi Tunku Abdul Rahman ke Filipina. Ia dianggotai oleh Tanah Melayu dan Filipina. Sepanjang penubuhan SEATO dan SEAFET ini tiada kerjasama serantau yang dapat dijalankan. Ini berikutan keengganan beberapa negara untuk menyertai dan merestuinya. Ketika ini sikap nasionalisma kenegaraan masih menebal dan penuh dengan syak wasangka terhadap negara lain lebih-lebih lagi Indonesia yang mendakwa Tanah Melayu dan Filipina masih mempunyai hubungan dengan penjajah. Ini adalah berikutan hubungan Filipina dengan beberapa kuasa Barat melalui SEATO dan Tanah Melayu yang mengikat perjanjian pertahanan dengan Britain melalui AMDA. Namun sebenarnya kerjasama yang disarankan oleh Malaysia adalah berbentuk pakatan ekonomi, kebudayaan dn teknikal dan secara kebetulan mengenai soal-soal keselamatan. Kegagalan usaha Malaysia yang pertama untuk mengujudkan kerjasama sebenarnya adalah disebabkan tanggapan yang salah dari negara jiran dan tekanan politik semasa.

Setelah mendapati SEAFET tidak dapat bertahan lama, Malaysia tidak berputus asa lantas bersama dengan Filipina dan Indonesia mengusahakan penubuhan ASAS (Association of Southeast Asian States) yang kemudiannya dikenali sebagai ASA (Asociation of Southeast Asia) pda 31 Julai 1961. Hasrat Malaysia ingin mewujudkan kerjasama terbukti dengan adanya kerjasama dalam bidang ekonomi, social, budaya, saintifik dan petadbiran. Antara usaha yang dilakukan ialah mengadakan pertukaran maklumat teknik dan kepakaran, menggalakkan pelancongan di antara negara anggota, pertukaran tenaga pengajar antara Universiti Malaya dan Universiti Filipina serta lawatan dan rombongan kebudayaan. Terdapat juga kerjasama dalam bidang perkapalan dan penerbangan namun ianya terbatas akibat daripada penguasaan saham syarikat asing iaitu Scadinavian Airline Sistem (SAS). Malangnya kerjasama ini juga tidak dapat bertahan lama apabila berlakunya perbalahan di mana Filipina menuntut Sabah atau Borneo Utara sebagai sebahagian daripada hak Kesultanan Sulu daripada British semasa penubuhan Malaysia. Malahan Indonesia juga mengumumkan konfrontasi pada Januari 1963 menentang penubuhan Malaysia.

ASA

Setelah gagal dalam usaha menubuhkan suatu kerjasama serantau akibat daripada prasangka beberapa negara yang berfahaman neutrailima, Malaysia sekali lagi berusaha untuk menubuhkan kerjasma serantau namun usahanya kali ini hanya berjaya menarik perhatian negara Thai dan Filipina sahaja. Pada 31 Julai 1961, Persatuan Asia Tenggara (ASA) telah diisytiharkan secara rasmi. Setelah gagal menarik Indonesia menyertai pakatan ini, ASA hanya berpuas hati dengan penyertaan tiga buah negara sahaja iaitu Tanah Melayu, Thailand dan Filipina.

Penubuhan ASA yang disertai dengan Pengisytiharan Bangkok pada 1 Ogos 1961 sebenarnya membawa seribu pengharapan kepada negara anggotanya. Beberapa persetujuan kerjasama dirancang terutama dalam aspek ekonomi dan sosial, budaya, saintifik dan pentadbiran. Pertubuhan ini juga berusaha untuk menubuhkan makenisme berkesan bagi mempertingkatkn kerjasama dalam pelbagai lapangan, terutamanya sains dan pentadbiran, kemudahan latihan dan penyelidikan untuk kepentingan bersama serta berusaha mewujudkan keamanan dan kestabilan politik serantau. Impian ketiga-tiga negara dalam ASA ialah agar kemiskinan di rantau ini dapat dibendung, fahaman komunis dihapuskan seterusnya menjadi sebuh pertubuhan yang bebas dari mana-mana blok kuasa besar.

Melalui ASA beberapa kerajasama ekonomi dan social telah berjaya dilaksanakan. Antaranya ialah seperti membuat pertukaran maklumat, teknik dan kepakaran, penggalakkan di bidang pelancongan, kerjasama di bidang perkapalan dan penerbangan , pertukaran pelajar di anatara universiti seperti di antara Universiti Malaya dan Univeristi Filipina dan yang terakhir ialah kerjasama di bidang kesenian dan kebudayaan iaitu mengadakan rombongan dan lawatan sesama mereka untuk mengeratkan lagi perhubungan dan semangat setiakawan.

Malang sekali, seperti juga SEATO dan SEAFET, ASA juga tidak dapat bertahan lama kerana terdapat beberapa masalah dalaman yang membawa kepada penolakkannya. Antaranya iaah apabila Filipina membantah kemasukan Sabah ke dalam penubuhan Malaysia pada tahun 1963 yang didakwa adalah sebahagian daripada Sulu yang memang berada dalam kawasannya. Filipina akhirnya menarik diri dri menganggotai ASA. Faktor kedua ialah apabila menerima kecaman hebat dari Indonesia berikutan penubuhan Malaysia 1963. Ekoran dari itu, Indonesia telah menjalankan dasar “Ganyang Malaysia” dalam konfrontasinya terhadap Malaysia pada tahun 1963-1966.

Akibat daripada konfrontasi, ASA sebenarnya tidak dapat bergerak. Walau pun tidak dimansuhkan namun ketiadaan Indonesia sebagai anggota menyebabkan kerjasama sebenar yang diharapkan tidak akan dicapai. Walaupun ketiga-tiga anggota ASA iaitu Malaysia, Thailand dan Filipina telah bersepakat untuk melupakan perselisihan yang lain dan ingin terus bekerjasama demi faedah bersama.

nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

peranan asean Empty Re: peranan asean

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:09 pm

MAPHILINDO

Pada bulan Julai 1963, Tunku Abdul Rahman, Presiden Sukarno dan Presiden Macapagal telah mengadakan perjumpaan di Manila untuk menyelesaikan perselisihan yang muncul akibat pembentukan Malaysia. Persetujuan dicapai untuh menubuhkan sebuah lagi persatuan serantau yang dinamakan “Maphilindo”. Ia adalah hasil idea Presiden Filipina, Macapagal yang ingin mewujudkan sebuah “Persekutuan Gabungan Dunia Melayu yang agung”. Tujuan beliau ialah untuk menghuraikan perbezaan-perbezaan kemerdekaan di antara Indonesia dan cadangan penubuhan negara Malaysia. Maphilindo juga menitikberatkan keahlian yang berketurunan Melayu (Malay Origin). Dengan demikian penyertaan Thailand telah disekat.

Sebagai satu konsep, Maphilindo bertentangan dengan konsep kerjasama yang dipegang oleh Malaysia, Maphilindo yang berteraskan penggabungan negara-negara Asia Tenggara berketurunan Melayu tampak politikal dan rasial. Idea tajam Sukarno dan Macapagal ini dilihat seperti menyindir Malaysia. Mapahilindo hanya bertahan beberapa minggu sahaja tanpa sempat untuk melancarkan asas-asas kegiatannya. Ia dibubarkan pada tahun 1963. Seperti dua kerjasama sebelum ini, Maphilindo lenyap begitu sahaja.

Sebenarnya terdapat beberapa sebab yang membawa kegagalan kepada SEATO, SEAFET, ASA dan Maphilindo. Kesemua negara anggota ini mempunyai latar belakang yang berbeza. Kesemuanya telah dijajah tetapi telah menagalami bentuk penjajahan yang berbeza. Oleh itu, mereka juga mendasari system pemerintahan yang juga berbeza. Selepas kemerdekaan juga wujud dasar luar yang berbeza. Contohnya Malaysia condong kepada Britain, Indonesia ke arah Russia dan China manakala Filipina pula pada Amerika Syarikat. Kesan daripada itu semua maka wujud benteng syak wasangka dan keraguan antara satu sama lain dan ini menyebabkan kerjasama yang diharapkan masih belum tercapai.

nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

peranan asean Empty Re: peranan asean

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:11 pm

ASEAN

Persatuan negara-negara Asia Tenggara lebih dikenali sebagai ASEAN (Association of Southeast Asian Nationals) yang ditubuhkan pada 7 Ogos 1967 di Bangkok oleh kerajaan Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. ASEAN yang sebelum ini memakai nama SEAARC (Southeast Asian Association of Regional Cooperation ) telah ditubuhkan kesan daripada konfrontasi Indonesia - Malaysia antara tahun 1963-1966. Ia telah membuka lembaran baru dalam perkembangan kerjasama di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Antara lain, dengan penubuhan ASEAN adalah bertujuan untuk memulihkan semula semangat ASA yang terkubur selepas terjadinya peristiwa konfrontasi dan isu tuntutan Filipina ke atas Sabah.

Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh menteri luar kelima-lima negara iaitu Tun Adam Malik dari Indonesia, Tun Abdul Razak Hussein dari Malaysia, Tuan S. Rajaratnam dari Singapura dan Tuan Thanat Khoman dari Thailand. Pada peringkat awal pintu persahabatan ASEAN dibuka kepada semua negara di rantau Asia Tenggara ini untuk mewujudkan satu kerjasama dalam bidang social dan ekonomi serantau. Hanya lima negara sahaja yang telah menganggotai ASEAN pada tahun 1967 ini. Objektif penubuhan ASEAN pada waktu itu mengandungi tujuh matlamat iaitu:-

a) Memperhebatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan social dan kebudayaan serantau dengan berusaha bersama-sama dengan semangat persamaan demi memperkukuhkn asas bagi satu masyarakat negara Asia Tenggara yang makmur dan aman.

b) Menggalakkan keamanan dan stability dengan mematuhi dan menghormati keadilan dan undang-undang negara anggota dan mematuhi prinsip Piagam Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

c) Menggalakkan kerjasama dan saling bantu-membantu atas masalah bersama dalam lapangan ekonomi, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran.

d) Saling bantu-membantu dalam lapangan latihan dan kemudahan-kemudahan penyelidikan , teknikal dan pentadbiran

e) Menuntut kerjasama yang bersungguh-sungguh untuk memajukan dan memesatkan lagi pertanian dan perusahaan. Antara lain mengembangkan perdagangan antarabangsa, membaiki kemudahan – kemudahan pengangkutan dan perhubungan secara meninggikan taraf kehidupan rakyat.

f) Menggalakkan pengkajian tentang Asia Tenggara

g) Memelihara hubungan yang rapat dan bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa dan serantau yang mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama serta mengkaji semua bidang untuk mengadakan kerjasama yang lebih rapat antara negara-negara anggota.

Pada tahun 1984, keanggotaan ASEAN telah bertambah dengan kemasukan negara Brunei Darul Salam pda 7 Januari 1984, Vietnam pada 28 Jualai 1995, Laos dan Myanmar pada 23 Julai 1997 dan akhir sekali Kemboja sebagai ahli ASEAN yang terakhir telah memenuhi misi penubuhan ASEAN pada tahun 1967 di Bangkok iaitu mahu menjadikan ASEAN 10 berjaya dan seterusnya membawa negara-negara di Asia Tenggara kepada satu era yang lebih maju dari segi sosio-ekonomi, politik dan keselamatan serantau.
nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

peranan asean Empty Re: peranan asean

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:12 pm

KERJASAMA SERANTAU ASEAN DALAM BIDANG POLITIK

Walaupun matlamat awal penubuhan ASEAN ialah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang sosial dan ekonomi namun sejak awal penubuhan ASEAN iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun 1974 banyak menyentuh tentang bentuk rundingan dan juga kerjasama serantau terutama dalam persoalan politik serantau. Dengan kejatuhan Vietnam Selatan kepada komunis pda tahun 1975 dan diiikuti dengan pencerobohan terhadap kemboja pada tahun 1978 merupakan cabaran yang besar terhadap ASEAN untuk mengorak langkah dalam menangani masalah ini. Oleh itu, satu persidangan di antara ketua-ketua negara ASEAN buat pertama kalinya telah diadakan di Bali, Indonesia pada bulan Februari 1976.

Pertemuan pertama selepas sembilan tahun penubuhan ini telah berjaya menghasilkan dua dokumen yang berkaitan iaitu Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Asia Tenggara dan Deklarasi Kerukunan ASEAN. Kedua-dua kesetiaan ini adalah memberi tumpuan kepada kestabilan politik serantau seperti usaha membendung ancaman komunis , campurtangan kuasa-kuasa luar selain daripada menyelesaikan masalah dalaman ASEAN sendiri. Dengan menwujudkan beberapa kerjasama politik ASEAN seperti pelancaran konsep ZOPFAN, ARF dan Keselamatan serantau menyebabkan negara ASEAN terselamat dari pencabulan hak oleh negara dunia pertama.

ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality)

Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) atau dikenali sebagai Zon Aman, Bebs dan Berkecuali telah diumumkan oleh Menteri-menteri luar ASEAN melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971 juga di Kuala Lumpur. Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) ini meliputi seluruh kawasan Asia Tenggara dan ia bermula hasil cadangan Tun Abdul Razak Bin Hussein.Deklarasi tersebut juga dikenali Deklarasi Kuala Lumpur. Konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) telah dijadikan sebagai inti dasar luar bagi negara-negara ASEAN sebagai asas kepada semangat keserantauan di kalangan ahli. Antara inti utama, deklarasi ialah bahagawa negara-negara berkenaan berhasrat untuk mengendurkan ketegagangan antarabangsa dan mencapai perdamaian yang kekal di Asia Tenggara.

Jawatankuasa ini telah memperincikan maksud Zon Aman, Bebas dan Berkecuali dalam ZOPFAN iaitu keutuhan, kemerdekaan dan identity kebangsaan dapat diwujudkan dn dikekalkan supaya mereka dapat mencapai pembangunan negara. Kerjasama serantau selaras dengan prinsip PBB dan bebas daripada campurtangan kuasa-kuasa luar.

Aman bermaksud situasi hubungan yang teratur dan kewujudan keharmonian di kalangan negara. Keadaan aman tidak akan wujud sekiranya timbul konflik politik, ekonomi dan sebagainya antara negara-negara zon ini dengan kuasa luar. Manakala Bebas bermakna kebebasan sebuah negara daripada kawalan atau campurtangan negara-negara lain semasa menguruskan hal-ehwal dalaman atau luaran. Ini bermaksud negara-negara dalam zon berhak menyelesaikan masalah tempatan mengikut cara mereka sendiri demi keselamatan dan hubungan serantau yang lebih baik.

Konsep pengecualian ini telah menjadi kenyataan dan ASEAN telah berusaha bagi memastikan pengiktirafan dan penghorrmatan ke atas Asia Tenggara sebagai sebuah zon keamanan , kebebasan dan berkecuali serta bebas dari apa juga bentuk campurtangan kuasa-kuasa luar. Oleh itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Pegawai Tinggi ASEAN pada Jualai 1972 telah mencapai kata sepakat dalam interpretasi sebuah Zon Aman, Bebas dan Berkecuali.

Terdapat beberapa dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara yang telah mendorong timbulnya konsep ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality). Pertama, ialah kedudukan Asia Tenggara yang agak strategic kepada kuasa-kuasa besar dalam konteks ketegangan politik blok Timur-Barat, pergolakan politik di Vietnam, serta keputusan pengunduran tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal 1970-an. Perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negara ASEAN kerana dengan sebab ini ia mungkin menjejaskan kestabilan serantau.

Sebab kedua ialah peperangan di Vietnam yang telah menyakinkan ASEAN bahawa campurtangan dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkaan negera kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini. Manakala factor yang ketiga membawa penubuhan ZOPFAN ini ialah adalah “regionalisme” yang telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi serntau ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN. Adalah menjadi anggapan pengangur-penganjur ZOPFAN bahawa Asia Tenggara telah menjadi kawasan yang penuh dengan kegoncangan politik dan peristiwa perang akibat campurtangan kuasa-kuasa besar dalam hal-ehwal negara-negaranya.

Untuk merealisasikan ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) ini maka negara-negara Asia telah menggariskan beberapa tujuan dan matlamat yang perlu dicapai. Diantaranya ialah untuk mewujudkan suatu suasana di Asia Tenggara dengan negara-negara di rantau ini mengamalkan dasar berkecuali iaitu tidak memihak atau melibatkan diri kepada mana-mana kuasa besar dan tidak membenarkan kuasa-kuasa besar ini campurtangan dalam hal-ehwal politik dan ketenteraan di Asia Tenggara seperti negara Russia, China dan Amerika Syarikat. Selaras dengan konsep ini, setiap negara di rant Asia Tenggara harus dibenarkan menentukan nasib negaranya sendiri tanpa campurtangan kuasa-kuasa luar ini.

Manakala tujuan dan matlamat yang kedua ialah menjadikan Asia Tenggara berkecuali dan menghindarkan konflik yang boleh mengheret negara-negara di rantau ini serta kuasa-kuasa besar yang berminat dengan kawasan ini. Walaupun ZOPFAN yang diusahakan oleh ASEAN tetapi ia meliputi seluruh Asia Tenggara termasuklah kawasan yang didiami oleh Vietnam, Laos, Kampuchea dan Burma (Myanmar). Bagi ASEAN usaha iini penting kerana sejak beratus tahun lalu rantau Asia Tenggara sering menjadi rebutan kuasa-kuasa luar kawasan ini. Tujuan yang ketiga pula ialah untuk memastikan bahawa negara-negara dalam zon ini berhak menyelesaikan masalah tempatan mengikut cara mereka sendiri demi keselamatan dan hubungan serantau yang lebih baik. Menyelesaikannya secara aman dan tidak menggunakan sebarang kekerasan. Melalui usaha ini tidak ada negara atau kuasa-kuasa besar mampu dan berpeluang untuk mencari alasan supaya campurtangan dalam hal-ehwal rantau Asia Tengara . Ini adalah kerana keamanan dan kestabilan adalah syarat utama untuk kemerdekaan serta kesejahteraan sosial dan ekonomi penduduk Asia Tenggara. Untuk menjayakan matlamat ini kerjasama negara-negara Asia Tenggara amatlah diperlukan dalam meningkatkan perpaduan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang rapat. Manakala tujuan yang terakhir ialah mengelak ancaman idealogi komunis melalui isu pelarian Vietnam dan seterusnsya memastikan Teori Domino gagal dilaksanakan. Ini untuk memastikan bahawa negara-negara Asia Tenggara tidak jatuh di bawah kuasa Komunis yang diketuai oleh China dan Russia. Negara-negara Asia Tenggara pada hakikatnya bebas menwujudkan persahabatan dengan semua negara di dunia tenpa mengira fahaman ideology politik supaya keamanan dan keselamatan di rantau akan terus terjamin.

Semua perkembangan ini membawa perubahan besar di rantau Asia yang memerlukan pengubahsuaian serta perhatian semua anggota ASEAN mengenai keselamatan dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi membendung masalah ini. Usaha bagi keselamatan negara dan serantau adalah terpulang kepada negara-negara anggota untuk dilaksanakan melalui rancangan-rancangan pembangunan melalui kerjasama mereka dengan negara-negara lain dalam dan luar rantau dan dengan pertubuhan-pertubuhan serta agensi antarabangsa.

Dari sudut perlaksanaannya, beberapa langkah telah berjaya dilakukan dalam memastikan segala tujuan dan matlamat ZOPFAN (Zone of Peace, Freedom & Neutrality) tercapai. Diantaranya ialah mewujudkan dasar tidak campur tangan.Ini sekaligus memberi hak setiap negara untuk mewujudkan cara hidupnya sendiri dengan bebas tanpa campurtangan luar dan tidak akan mencampuri urusan dalam bagi negara yang lain.Antara lain, menyelesaikan perselisihan atau pertikaian secara damai iaitu tidak menggunakan ancaman atau ugutan kekerasan serta bekerjasama secara berkesan antara negara-negara anggota.Ini dapat dilihat bagaiman pertikaian mengenai isu sempadan, isu gerakan pemisah , dan beberapa isu lain dapat diselesaikan secara aman tanpa memerlukan kekerasan jauh sekali penggunaan senjata.

Dalam menjayakan konsep ZOPFAN ini juga berjaya elenyapkn perasaan tersisih yang biasanya boleh membawa kepada tindkan yang tidak bijak. Antara lain ialah memberi keyakinan kepada negara anggota agar menjadi lebih matang untuk membuat dan menerima dasar demi kepentingan bersama. Selain daripada itu ASEAN juga berjaya menghalang negara-negara anggota daripada berasa lemah dalam menjalankan pentadbiran mereka bagi mencapai kemajuan. ASEAN bertahun-tahun lamanya memberi negara anggota kekuatan, kemampuan dan keupayaan yang mengizinkan mereka bertindak bukan sahaja sebagai alat tetapi sebagai sebahagian dari system politik antarabangsa. Akhirnya melalui konsep ZOPFAN ini telah mendapat pengiktirafan dan sokongan dari negara-negara kesatuan Eropah, Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Persidangan Komenwel serta beberapa negara lain seperti Jepun, Pakistan, Rumania dan Republik Demokratik Korea.

Melalui ZOPFAN juga, negara anggota ASEAN berjaya menghalang merebaknya ideologi komunis dan teori Domino melalui pendekatan yang perlahan dan begitu berwaspada. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan dalaman dan luaran akhirnya ASEAN berjaya juga “menjinakkan” Vietnam yang kemudiannya mengiktiraf ASEAN dan konsep ZOPFAN itu sendiri.

Penubuhan ASEAN Regional Forum (ARF) pada tahun 1994 adalah salah satu daripada pelaksanaan ZOPFAN. Ia penting bagi menggalakkan kestabilan politik dan keamanan di kawasan Asia Pasifik . ASEAN Reginal Forum dianggotai oleh negara-negara ASEAN, rakan-rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, Kanada, Kesatuan Eropah, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Amerika Syarikat. Selain itu, negara China da Persekutuan Russia sebagai consultative partners dan Laos dan Papua New Guinea sebagai pemerhati. Di antara pendirian ASEAN Regional Forum ialah seperti memperjuangkan penyelesaian politik di Kemboja di mana tentera Vietnam diberi tekanan agar segera berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang menentukan nasib sendiri.

Di samping kejayaan-kejayaan, ZOPFAN juga mengundang masalah. Konsep ZOPFAN pada mulanya agak sukar diterima oleh kebanyakan negara anggotanya. Dasar Berkececuali agar kuasa-kuasa besar tidak campurtangan dalam hel-ehwal negara-negara ASEAN ternyata tidak begitu dipatuhi. Singapura dan Filipina contohnya masih mengekalkan pengakalan tentera Amerika Syarikat di negara mereka yang sudah tentu mempunyai pengaruh terhadap dasar ketenteraan negara tersebut. Pengunduran tentera-tentera tersebut akan mengancam keselamtan mereka. Ia juga akan mendatangkan kesan-kesan ekonomi yang buruk iaitu dari segi kehilangan pendaptan an pekerjaan tempatan di pengkalan-pengkalan tersebut. Indonesia juga mengambil sikap “tunggu dan lihat” manakala Thailand yang sedang berhadapan dengan masalah keselamatan yang rumit kurang berminat untuk memberi sokongan.

Begitu juga dalam pelaksanaan konsep ZOPFAN ini kerjasama yang diharapkan terutama ke arah tindakan yang kolektif ternyata bukalanlah semudah yang disangka. Terlalu sukar untuk meletakkan kepentingan serantau mendahului kepentingan nasionlisme sesebuah negara itu. Namun hingga kini ASEAN masih terus berjuang dan berusaha memastikan konsep ZOPFAN ini akan merealisasikan impian setiap negara Asia Tenggara ke arah Zon Aman, Bebas dan Berkecuali itu.
nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

peranan asean Empty Re: peranan asean

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:13 pm

PERJANJIAN SEANWFZ

Perjanjian SEANWFZ adalah lanjutan dari konsep ZOPFAN. Sidang kemuncak ASEAN di Bangkok pada tahun 1995 berjaya mencapai persetujuan menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas nuclear (SEANWFZ). Persetujuan ini ditandatangani oleh kesemua sepuluh ketua-ketua negara Asia Tenggara yang bermatlamat menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas nuclear dn mereka juga bersetuju untuk mengelakkan rantau ini daripada menjadi tempat persaingan tenaga nuclear. Di samping menggalakkan keamanan dan keselamatan di rantau ini daripada kuasa-kuasa besr seperti China, Amerika dan sebagainya.

Selain itu dengan wujudnya SEANWFZ ramtau Asia Tenggara juga akan bebas dari masalah pencemaran alam sekitar akibat sisa-sisa radioaktif dan bahan-bahan toksid. Sejarah di Nagasaki dan Hiroshima, Jepun serta Tragedi Chernoybell , Russia memberikan pengalaman kepada ASEAN untuk menangani masalah ini. Perjanjian penting bagi mengukuhkan keselamatan serantau di Asia Tenggara agar penubuhan SEANWFZ secara global dapat dibentuk. Dengan penguatkuasaan perjanjian SEANWFZ pada 27 Mac 1997 telah menyebabkan Asia Tenggara selamat daripada kemusnahan akibat senjata nuclear.

Dipetik dari Utusan Malaysia pada tahun 197 mengenai SEANWFZ iaitu berdasarkan kenyataan daripada Menteri Luar Malaysia pada masa tersebut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ialah beliau menyeru negara kuasa nuclear supaya menunjukkan sokongan merea keada zon bebas senjata nuclear di Asia Tenggara dengan turut menyertai Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tengara (Southeast Nuclear Weapon Free Zone) .

Oleh yang demikian, kesimpulannya adalah jelas bahawa pendekatan kolektif ASEAN dalam menyelesaikan isu-isu keselamtan politik di dalam perhubungan luar negeri telah berjaya walaupun tidak sepenuhnya. Sehingga kini, kebimbangan mengenai gerakan-gerakan dari luar seperti komunis dan tekanan dari kuasa-kuasa besar telah memberi dorongan yang besar bagi ASEAN untuk membangun dan mempertahankan tindakan kolektifnya. Ini dapat dilihat kejayaan ASEAN dalan menguruskan Hanoi dan Peking dalam hubungan luarnya, maslah Vietnam dan teori Domino serta isu pelarian pada hakikatnya telah membuka jalan kepada ASEAN dalam memperteguhkan hubungan politik setiap negara anggota. Walaupun bergelut dengan beberapa masalah “peribadi” namun usaha masih tetap diteruskan untuk memastikan negara rantau ini berada dalam aman dan jauh dari campurtangan kuasa asing.

nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

peranan asean Empty Re: peranan asean

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:15 pm

May
9
Peranan dan penglibatan Malaysia untuk mewujudkan kestabilan serantau khususnya dalam aspek politik dan keselamatan

Pengenalan:

PERANAN DAN PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM KERJASAMA SERANTAU DARI ASPEK POLITIK DAN KESELAMATAN.

Bagi merealisasikan usaha untuk mengujudkan kestabilan serantau, Malaysia telah melibatkan diri dengan pelbagai cara dan pendekatan dalam dasar hubungan luarnya. Anataranya adalah melalui rundingan, dasar hubungan luar, hubungan diplomasi, bertolak ansur, perantaraan, perdamaian, kerjasama dalam bidang ekonomi dan social. Namun agak sukar untuk memisahkan setiap isu dengan peranan dan penglibatan Malaysia berdasarkan satu cara dan penglibatannya.

Malaysia memegang beberapa prinsip asas dalam hubungan luarnya. Anataranya adalah hormat-menghormati kedaulatan negara masing-masing dan kedaulatan wilayah, tidak campurtangan, penyelesaian secara aman, perhubungan dua hala yang menguntungkan dan keamanan bersama. Sesungguhnya dasar luar Malaysia yang jelas adalah dari segi pertahanan dan keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan negara-negara jirannya. Setiap usaha diplomasi yang telah dilakukan adalah untuk memastikan hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak terjejas.

Di antara peranan dan penglibatan Malaysia dalam kerjasama serantau ini adalah melalui rundingan damai. Melalui proses ini, rundinngan secara damai akan dibuat antara dua pihak yang terlibat. Perundingan ini akan dibuat dengan membincangkan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang sebenarnya wujud tanpa percanggahan pendapat. Semasa rundingan ini berjalan, semua pihak akan cuba untuk memenuhi keinginan dan matlamat rundingan. Contohnya rundingan-rundingan antara menteri dan pegawai-pegawai. Pada tahun 1982, Kementerian Luar Thailand berkata, lebih 400 rundingan telah dijalankan.

Dalam hal ini Malaysia melibatkan diri dalam beberapa rundingan bagi menyelesaikan krisis hubungan Malaysia dengan Filipina. Krisis hubungan Malaysia dengan Filipina tegang apabila Filipina tidak mahu mengugurkan tuntutannya ke atas Sabah. Malahan Filipina telah menghantar orang-orang yang dilatih khas bagi melakukan pengkhianatan menyusup masuk ke Sabah. Di samping itu Filipina telah menjadikan undang-undang dengan memasukkan Sabah sebagai sebahagian daripada wilayahnya. Ini dibuatnya melalui satu Akta Perampasan Sabah.

Beberapa rundingan telah beberapa kali dijalankan di Bangkok, namun menemui kegagalan. Akhirnya dari usaha gigih Malaysia, hubungan ini berjaya dipulihkan dan diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman di Cameron Highland pada 16 dan 17 Disember 1968. Walaupun demikian tuntutan ke atas Sabah belum lagi digugurkan meskipun ianya pernah dikatakan berulang kali iaitu semasa pemerintahan Presiden Marcos dan semasa pemerintahan Presiden Corazon Aquino dan kini ikrar itu masih belum dapat ditunaikan oleh pemimpin Filipina itu. Malah presiden Aquino pernah meminta Malaysia membayar pampas an kepada Filipina dan juga kepada waris-waris Kesultanan Sulu yang dikatakan memiliki Sabah. Untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau ini, Malaysia menyatakan hasratnya bersedia untuk berunding tanpa sebarang syarat

Hubungan ini juga kembali menjadi tegang apabila Filipina menuduh Malaysia memberikan bantuan senjata kepada Barisan Kebangsaan Moro. Hubungan ini perlu dipulihkan adalah untuk menstabilkan keamanan dan Malaysia menganggap perkara sempadan itu masih boleh dibawa berunding tanpa perlu memutuskan hubungan diplomasi. Oleh yang demikian, Malaysia tidak memberikan sokongan kepada pihak Pembebasan Moro walaupun ianya berjuang untuk agama Islam demi untuk menjaga hati negara jirannya iaitu Filipina.

Di samping itu juga, Malaysia menjalankan dasar berkecuali dalam hubungan luarnya. Dasar berkecuali bermaksud sesebuah negara itu tidak memihak kepada mana-mana blok kuasa besar dunia. Dasar luar sesebuah negara itu bergantung kepada pemerintah dan ianya menjadi panduan dalam menentukan bentuk hubungan dengan negara lain. Hal ini juga berlaku kepada Malaysia yang sentiasa dinamik selaras dengan peredaran persekitaran. Ini jelas dapat dilihat dalam tahun 1957 hingga 1963 dasar luar Malaysia berorientasikan pro-Barat dan anti-komunis. Hal ini penting kerana Tunku Abdul Rahman merasakan bahawa Malaysia tidak mempunyai keupayaan ketenteraan yang canggih serta diancam oleh anasir komunis. Oleh yang demikian dasar pro-barat ini dapat dilihat apabila Malaysia menyokong penglibatan pihak Amerika dalam Perang Vietnam serta tidak membuat sebarang hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis.

Tindakan Tanah Melayu (Malaya) menanadatangani Perjanjian AMDA antara lain didorong oleh kedudukan pertahanan negara yang tidak kuat. Tanah Melayu ketika itu hanya mempunyai satu pasukan Rejimen Melayu Diraja dengan tidak mempunyai angkatan tentera laut dan udara. Sebarang ancaman dan serangan dari luar tidak mungkin mampu dihadapi oleh Tanah Melayu secara bersendirian. Tambahan pula pergolakan politik serantau , terutamanya di Indo-china amat membimbangkan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman melihat kemaraan fahaman komunis di Asia Tenggara merupakan ancaman yang sangat merbahaya ke atas keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, perjanjian AMDA ditandatangani sebagai tulang belakang keselamtan Tanah Melayu dari segi pertahanan. Tunku Abdul Rahman telah menegaskan kepentingan AMDA:

“..let us face the facts, and the fact are that we have at our command an army of lessthan one divisions in strength ; we have no air force, not even a single plane or a single man, we have no navy, not event a single sailor and we have not event a single sea-going craft.With the revenue at our commond we can never be able to build our forces to the strength which would require for defence of our country.”

Dari segi hubungan luar, dasar luar sepanjang tahun 1957-1963 memperlihatkan Tanah Melayu lebih menumpukan hubungan luar dengan negara-negara Barat yang mempunyai sistem pemerintahan dan idealogi yang sealiran dengannya.

Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein pula,memperlihatkan perubahan dasr luar yang ketara dari sikap pro-Barat dan antikomunis kepada dasar luar yang berkecuali. Ini jelas dapat dilihat berdasrakan ucapan Tun Razak semasa beliau buat pertama kalinya menghadiri Persidangan Negara-negara Berkecuali di Lusaka, Zambia pada Disember 1970. Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa:

“Today with the denete the two power bloks, it is important reposibility of the Non-Aligned Group to ensure that the interest of the big powers do not converge at the expence of the medium and small powers.The hegemonistic tendencies on the part of major powers with appears to be under various guises and with various justifications must be resisted. Futhermore , the world today is not longer bipolar. It is at least tripolar and with the emergence of China and her legitimate role in the world cannot washed away that relation between China and a number of countries remain unsatisfactory. I submit that here the non-aligned countries have an extremely important role to play and have a unique duty to discharge if we are to remain loyal to the principles of the principlesof co-existence and to our basic tenets of non-alignment in our efforts to brings about a harmonization of international relations on the basic of respect for independence and integrity of states.” [6]

Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) serta Pertubuhan Negara-negera Berkecuali (NAM). Era kepimpinan Tun Hussein Onn pula menyaksikan Malaysia memperatakan hubungan seranatau contohnya pengunduran tentera Amerika Syarikat di Asia Tenggara dan serangan Vietnam ke atas Kemboja. Dasar luar Malaysia melalui perubahan di mana ianya lebih berorientasikan kepada aspek-aspek ekonomi. Pada masa yang sama , dasar luar Malaysia dilihat lebih menekankan kepada hak , kepentingan dan aspirasi negara-negara membangun. Evolusi dasar luar Malaysia ini menunjukkan bahawa keempat-empat Perdana Menteri telah memberikan respon yang bersesuaian dengan perubahan geopolitik dan ekonomi. [7]

Contoh dasar luar yang banyak membantu dalam mewujudkan kestabilan serantau daripada campurtangan kuasa-kuasa asing iaitu Amerika Syarikat, Russia, dan China adalah dasar konsep Kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Dasar ini telah dibawa oleh Malaysia dan diumumkan pada dunia pada 27 November 1971 di dalam Deklarasi Kuala Lumpur. Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan kawasan rantau Asia Tenggara bebas dari percaturan kuasa-kuasa besar dan tidak menyebelahai mana-mana pihak. Ia juga bertujuan untuk mengendurkan ketegangan antarabangsa dan mencapai perdamaian yang kekal di Asia Tenggara serta memastikan keaman dan kestabilan penduduk di Asia Tenggara.

Langkah untuk menghadapi cabaran ini diwujudkan dua strategi iaitu pakatan tentera yang dianggotai leh negara-negara Asia Tenggara bagi menentang pencerobohan serta strategi diplomatik. Ini adalah kerana kuasa-kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Russia masih lagi mempunyai kepentingan di ranatau ini dari segi ekonomi, strategik, politik demi untuk memenuhi kepentingan nasional masing-masing. Malah adalah sukar bagi kuasa besar ini meninggalkan satu rantau yang strategik yang menghubungkan laluan laut Timur-Barat. Di samping itu juga, kawasan juga merupakan sumber berbagai-bagai bahan mentah dan pasaran yang menarik bagi hasil pengeluaran dan khidmat kuasa besar ini. Pada sidang Kemuncak ASEAN di Bangkok pada 1995, perjanjian SEANFTZ telah dipersetujui oleh semua negara anggota. Objektif perjanjian ini adalah untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas nuclear dan bebas dari dijadikan tempat persaingan tenaga nuclear. Malaysia sebagai sebuah negara yang memandang berat hal ini telah menyatakan hasratnya melalui kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Luar Melaysia pada tahun 1997. Beliau menyeru negara kuasa nuklear agar memberikan sokongan mereka dan turut menyertai perjanjian ini.[8]

Kesimpulannya, Malaysia mengalami banyak faedah dengan menjalankan konsep ZOPFAN dan SEANFTZ ini. Kesan daripada dasar ini adalah Melaysia mempunyai banyak sahabat baru di dunia ini kerana tidak terkongkong dengan mana-mana kuasa.[9] Namun demikian, setelah hampir 20 tahun berlalu gagasan ini hanya di sanjung oleh Malaysia sedangkan negara-negara ASEAN yang lain tidak merasakan kepentingannya. Contohnya Indonesia tidaak menganggap Gagasan ZOPFAN itu sesbagai sesuatu yang mendesak. Filipina msih lagi menjadi tuan rumah untuk pangkalan bersenjata Amerika yang terlengkap di Asia Tenggara. Singapura pula menyediakan kemudhan perbekalan dan pembaikan kerosakan kepada angkatan tentera Amerika Syarikat serta mengalu-alukan kehadiran tentera asing di rantau Asia Tenggara. Hal ini terjadi akibat tiadanya kepentingan nasional masing-masing. Lantas negara ini berpura-pura memberikan sokongan walaupun disedari kebaikan gagasan ini dlam jangka masa yang panjang.

Di samping itu juga Malaysia menjalankan hubungan diplomatic dalam mewujudkan kestabilan serantau. Ini jelas di mana, antara tahun 1972 hingga 1973, Malaysia menjalinkan hubungan diplomatic dengan negara-negara komunis seperti Republik Monggolia, Vietnam Utara dan Jerman Timur. Pada tahun 1975, kerajaan demokratik di Vietnam Selatan dan Kampuchea digulingkan dan digantikan dengan rejim komunis. Namun begitu kedua-dua kerajaan ini terus diiktiraf oleh Malaysia yang bersikap berkecuali.[10]

Di samping itu juga , Malaysia berusaha mencari sahabat-sahabat baru tanpa mengira ideolagi politik mereka. Kini, Malaysia mempunyai hubungan diplomatik peringkat kedutaan atau konsol dengan hampir seluruh negara di dunia termasuk negara komunis di Eropah Timur.Malahan sejak 1974, Malaysia telah menempa sejarah apabila membuat hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China iaitu negara blok komunis yang terbesar. [11] Hubungan diplomatik ini perlu untuk mendapatkan satu jaminan dari Kerajaan China agar tidak campurtangan dalam urusan Malaysia serta menghentikan sokongan kepada Parti Komunis Malaya. Hasil daripada hubungan diplomatik ini telah menydarkan Kerajaan China dan menyokong usaha ASEAN mengenai isu di Kampuchea.[12]

Dengan mengamalkan dasar berbaik-baik dan adanya hubungan diplomatik ini, Malaysia bukan sahaja mendapat ramai sahabat, tetapi dapat meluaskan pasaran untuk barang-barang keluaran Malaysia. Malah Malaysia dapat menstabilkan turun-naik harga yang hebat akibat terlalu bergantung kepada Amerika Syarikat dan Eropah. Oleh yang demikian, jelas di sini hubungan diplomasi yang dijalankn oleh Malaysia berjaya memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Tun Razak menjelaskan bahawa adalah menjadi dasar kerajaan kepimpinannya untuk mengadakan hubungan diplomatic dengan semua negar, tanpa mengira haluan politik mereka dengan syarat mereka mestilah menghormati kedaulatan dan kemerdekaan Malaysia. Beliau menegaskan bahawa:

“…kita hendaklah menerima dunia seperti dalam keadaan yang ada sekarang dn bukan sebagaimana yang kita kehendaki. Walaupun usaha-usaha untuk berbaik-baik dengan negara komunis dijalankan, tetapi ini tidak bermakna kita mengenepikan perjuangan menentang penganas-penganas komunis yang bergerak dalam negara kerana ia merupakan dua perkara yang berbeza.”[13]

Peranan dan penglibatan Malaysia tidak hanya bertumpu kepada hubungan diplomasi tetapi juga telah mengamalkan sikap bertolak-ansur. Pihak yang terlibat harus bertolak-ansur serta setuju menerima cadangan atau idea masing-masing.[14]Sikap bertolak-ansur dan atas perikemanusiaan ini terserlah ke atas isu pelarian Vietnam yang telah mendarat di wilayah Malaysia terutamanya di Terengganu dan Kelantan. Pada Mei 1978, Malaysia yang telah menampung penyaraan hidup 13 000 orang pendatang haram dari Vietnam ini. Hingga pada tahun 1988 jumlahnya elah mencapai seramai 19 200 orang. Kehadiran yang terlalu ramai ini telah mengundang pelbagai masalahh terutamanya dari segi keselamatan.

Oleh yang demikian, Malaysia telah bertindak untuk menutup khemah pelarian yang terbesar di Pulau Bedong. Dengan ini, semua pendatang atau pelarian ini tidak dibenarkan mendarat di mana-mana wilayah di Malaysia. Justeru untuk menyelesaikan maslah ini, maka diadakan satu persidangan di Geneva pada tahun 1978. Di akhir persidangan ini, Malaysia diminta memberikan perlindungan sementara kepada pelarianVietnam di mana kewangan an makanan di bawah tanggungan UNHCR.

Sehubungan dengan itu , satu pasukan petugas telah ditubuhkan di bawah Majlis Keselamatan Negara di Jabatan Perdana Menteri. Jabatan ini adalah gabungan pasukan tentera udara, darat serta laut kerajaan Malaysia yang ditugaskan mengawal kemasukan pelarian Vietnam. Pasukan tentera udara akan membuat tinjauan udara di Laut China Selatan dan akan memaklumkan kepada pasukan tentera laut yang meronda perairan Malaysia. Mereka akan memastikan pelarian ini tidak membawa sebarang senjata api yang boleh menjejaskan keselamatan. Nelayan dan penduduk tempatan juga memberikan kerjasama dengan memaklumkan sebarang kehadiran pelarian ini.

Di samping itu juga, dari segi kebajikan sosial pelarian Vietnam ini, pihak Malaysia juga menghulurkan bantuan melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM). Dari segi perkidmatan perubatan bangunan-bangunan hospital dan klinik pergigian telah dibina di kem-kem pelarian terutamanya di Sungai Besi dan Pulau Bedong. Langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit serta suntikan pelalian akan diberikan. Contohnya semburan racun serangga serta suntikan pelalianmalaria. Air yang dibekalkan akan diperiksa dari semasa ke semasa oleh jabatan Kimia di Kuala Terengganu. Seorang doctor gigi dari Malaysia telah dibiayai oleh Persatuan Palang Merah Switzerland. Selain daripada itu, Persatuan Bulan Sabit ini juga mengambil berat mengenai makanan, pemerliharaan kebajikan social, pendidikan serta pusat pengesanan dan pengiriman bagi menemukan saudara-mara pelarian ini.[15]

Walaubagaimanapun, Malaysia tidak boleh meyelesaikan maslah ini sendirian dan telah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah pelarian ini. Ini terbukti dalam mesyuarat tahunan Menteri-menteri Luar ASEAN yang diadakan di Bangkok. Hal ini kemudiannya dibawa ke International Conference on Indochinese Refugee (ICIR) yang diadakan di Geneva di bawah anjuran PBB pada tahun 1989. Malahan kesungguhan ini dapat dilihat apabila Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Encik Ghaffar Baba telah melawat Vietnam pada Ogos 1988 dan berjaya memperoleh persetujuan kerajaan itu untuk menrima kembali orang pelariannya.[16] Melalui usaha Malaysia seramai 237, 907 orang pelarian Vietnam telah dihantar ke negara ketiga sejak tahun 1975 hingga 1990. Ini jelas menunjukkan bahawa peranan Malaysia adalah sebagai menyediakan tempat perlindungan sementara sahaja kepada pelarian Vietnam ini. Kesimpulannya Malaysia mengambil tindakan ini bertujuan memastikan keselamatan negara serta untuk menjaga hati rakyat Malaysia yang berbangsa Cina memandagkan pelarian Vietnam adalah keturunan yang sama.

Selain daripada itu, Malaysia juga telah menjadi orang perantaraan dalam isu di Kemboja. Perantaraan adalah melibatkan orang tengah atau pihak ketiga dalam proses penyelesaian. Biasanya orang tengah mempunyai segala kepakaran serta pihak ini haruslah memainkan peranannya dengan penuh teliti supaya tidak timbul kekeliruan dalam penyelesaian tersebut. Hal ini telah dilakukan oleh Malaysia dalam menangani pergolakan politik di Kemboja.

Setelah kejatuhan kerajaan beraja di Kemboja, pimpinan Putra Norodom Sihanouk, negara itu terus mengalami masalah politik di mana rampasan kuasa sering berlaku silih berganti. Malahan negara ini mendapat bantuan ekonomi, kewangan, senjata dan kepakaran tentera daipada Amerika Syarikat. Manakala Parti Komunis Kemboja pula mendapat bantuan dari China iaitu dari segi sokongan kepada gerila komunis. Pengaruh Amerika Syarikat itu kemudiannya tamat apabila Kerajaan Demokrasi yang terakhir pimpinan Perdana Menteri Polpot tewas di tangan di komunis. Sebenarnya kekalahan ini adalah akibat gerila komunis Kemboja yang menggelarkan diri mereka Khmer Rouge. Pemerintahan Polpot adalah amat zalim di mana pembunuhan beramai-ramai dilakukan kepada sebarang penentangan kerajaan.Sepanjang pemerintahan rejim Pol pot , rakyat di negara itu hidup dalam kesengsaraan dan penderitaan akibat kawalan ketat oleh pihak kerajaan. Sejak tahun 1970 rakyat negara itu telah terlibat dalam kancah perang saudara. Bilangan kematian adalah tinggi akibat peperangan, wabak penyakiy dan kekurangan makanan. Berasaskan sumber diplomatik tidak rasmi sehingga akhir tahun 1975, jumlah kematian yang dicatitkan seramai 80 000 orang, sementara sumber dari kedutaan Amerika Syarikat melaporkan 1.2 juta rakyat dikhuatiri mati akibat kebuluran, pembunuhan dan peperangan.[17]

Namun begitu usia kerajaan Khmer Rouge juga tidak lama apabila Rejim Heng Samrin yang disokong oleh Vietnam telah memasuki Kemboja pada akhir tahun 1977. Pejuang Kampuchea yang terdiri daripada fahaman berkecuali, komunis dan bukan komunis telah menentang penceronohan ini. Fahaman berkecuali telah dipimpin oleh Putera Norodom Sihanouk di bawah Parti Moulinaka, parti komunis dipimpin oleh Kieu Samphan dan kumpulan bukan komunis dipimpin oleh Sonn Sann. Manakala dua keuasa besar iaitu China dan Russia cuba meluaskan kuasa mereka di IndoChina akibat campurtangan mereka keadaan di rantau ini semakin tidak stabil.

Kemudian isu wakil Kampuchea di Pertabuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang tidak mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu wakil Rejim Hang Samrin yang telah mengulingkan wakil kerajaan Polpot mula timbul. Rejim ini mendapat sokogan Russia dan negara komunis yang lain.ASEAN pula berusaha untuk mengekalkan wakil pimpinan Polpot dan telah dipersetujui oleh banyak negara di dunia. Malaysia telah menjadi orang perantaraan dengan dibantu oleh negara-negara ASEAN mengadakan rundingan dengan pemimpin-pemimpin kumpulan pejuang tersbeut supaya bersatu dan menubuhkan Kerajaan Campuran di Kampuchea.

Di bawah formula ini, ketiga-tiga kumpulan akan berkongsi kuasa samarata dalam pemerintahan tersebut.Malaysia telah menghantar seorang perutusan khas menjemput menjemput Putera Norodom untuk menandatangani perjanjian. Pada 13 Jun 1982 satu upacara persetujuan menubuhkan satu kerajaan campuran telah dijalankan di Rumah Malaysia di Jalan Ampang Kuala Lumpur.Menurut persetujuan ini, presiden Kerajaan Campuran ialah Putera Norodom Sihanouk, Naib Presiden Kiue Samphan dan Perdana Menteri Sonnsann. Sementera itu portfolio hal-ehwal luar negeri di pegang oleh Khmer Rouge. Ini jelas membuktikan peranan dan penglibatan Malaysia sebagai perantaraan untuk mewujudkan kestabilan di rantau ini. Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad ketika mengulas persetujuan ini berkata,

“Ini adalah usaha kerajaan Malaysia…”

“Nampaknya usaha ini akan mencapai kejayaan.Malaysia telah menawarkan tempat kepada mereka untuk upacara tersebut dan seterusnya mengadakan sidang kemuncak mereka…”

Kerjasama dan perpaduan di antara tiga kumpulan ini dapat bergabung tenaga dalam mengusir keluar dan membebaskan negara mereka daripada tentera Vietnam. Malaysia bertindak sedemikian adalah bertujuan untuk menangani pertikaian yang berterusan dan berharap pengaruh komunis tidak menjalar sehingga ke Malaysia. Ini juga selaras dengan pendapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman yang pernah berkata bahawa keselamatan Malaysia tidak akan terjamin sehingga ia dan jirannya masih hidup berpecah belah dan berbagai haluan.

Malaysia begitu bijak dalam menangani permasalahan politik yang berlaku sekiranya Malaysia bertindak mengikut kemampuan dalam menjalankan sebarang tindakan. Perdamaian adalah salah satu cara mengatasi konflik yang wujud . Objektif perdamaian adalah demi mencapai kaamanan. Pada bulan April 1975, Vietnam Selatan telah jatuh ke tangan Vietnam Utara. Kemenangan Khmer Rouge dan Barisan Pembebasan Kebangsaan di Vietnam telah mewujudkan teori domino yang membimbangkan negara bukan komunis di Asia Tenggara. Tambahan pula Vietnam mempunyai pasukan tentera yang terbesar di Asia Tenggara dan sebuah gudang senjata dan alat-alat militari yang lengkap yang telah dirampas oleh Kerajaan Saigon. Malahan,Vietnam juga mempunyai para pejuang yang handal dan berpengalaman. Disamping itu, Thailand bimbang Vietnam akan mempercepatkan pemberontakan komunis yang membekalkan mereka senjata. Oleh itu, ASEAN khususnya Malaysia memberikan tumpuan mengenai isu ini dan menanganinya dengan perdamaian.

Pendekatan ini dimulakan dengan pengumuman Menteri-menteri Luar ASEAN pada bulan Mei 1975 untuk mengeratkan perhubungan den persahabatan yang harmoni dengan negara-negara Indochina. Menurut Tun Razak, ini adalah satu peluang yang baik untuk mewujudkan satu dunia baru yang aman dan bebas dari penaklukan dan pengaruh luar serta bekerjasama bagi kepentingan bersama. Malangnya sehingga pertengahan tahun 1978, Vietnam enggan mengiktiraf ASEAN sebagi sebuah pertubuhan serantau. Penolakan ini adalah berpunca ASEAN memberikan sokongan kepada campurtangan Amerika di Vietnam secara langsung dan tidak langsung sebelum tahun 1975. Vietnam bimbang ASEAN sebagai boneka militari Amerika Syarikat. Namun demikian Vietnam menunjukkan kejayaan dalam bidang politik dan konominya yang telah tertarik dengan aktiviti ASEAN. Semasa AMM ke-25 Menteri Luar ASEAN di Manila pada 21 Julai 1992, Vietnam dan Laos telah memberikan persetujuan untuk turut serta dalam kerjasama bersama ASEAN.

Kesimpulannya, peranan dan penglibatan Malaysia dapat dilihat dalam beberapa isu politik dan keselamatan. Contohnya hubungan Malaysia dan Filipina , isu pelarian Vietnam, Isu Kemboja, Isu hubungan dengan Vietnam, konsep ZOPFAN dan SEANFTZ dan lain-lain lagi. Peranan dan penglibatan Malaysia dalam mewujdukan kestabilan serantau melalui kerjasama tidak terhenti setakat isu-isu yang dibincangkan, malahan b
nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

peranan asean Empty Re: peranan asean

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:17 pm

Kaedah Penyelesaian Isu Tuntutan Bertindih yang diamalkan Malaysia

Meskipun Malaysia sentiasa mendukung prinsip dasar luar yang adil dan saksama namun ini tidak bermakna Malaysia terlepas daripada sebarang pertikaian dan perselisihan dengan negara-negara jiran seperti Indnesia, Singapura, Filipina dan Thailand. Contohnya, hubungan Malaysia dan Singpura telah mencapai tahap meruncing namun begitu ia masih dapat dipertahankan atas dasar yang ikhlas dan demi semangat setiakawan yang tinggi.dalam mengupas isu-isu ini sesunguhnya kematangan hubungan luar Malaysia telah banyak menyelamatkan keadaan daripada menjadi tegang.

Berikutan dengan perkembangan dalam negara, strategi dasar luar negara kita sedang menuju ke arah perubahan. Perubahan-perubahan ini telah mendorong negara kita kepada satu dasar yang lebih fleksibel dan pragmatik demi keharmonian dan semangat setiakawan ASEAN.

nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

peranan asean Empty Re: peranan asean

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:18 pm

Konflik Wilayah Pulau Sipadan dan Ligitan

Isu ini merupakan satu isu yang telah berlanjutan dalam tempoh yang cukup lama. Malahan ICJ telah membuat keputusan mengenai isu ini dengan mengambil masa sekitar 41 tahun untuk menyelesaikannya. Selain itu, ia juga merupakan kes pertama dari Asia yang dibawa ke ICJ melalui satu Perjanjian Khas.

Punca kepada pertikaian ini adalah disebabkan tindakan Malaysia yang telah mengisytiharkan wilayah pelantar laut Malaysia. Di dalam perisytiharan ini Malaysia telah memasukkan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan ke dalam wilayahnya. Ini telah dibantah oleh pihak Indonesia. Justeru Malaysia telah membantah dakwaan tersebut dan mempertahankan akan kewilayahan yang dialami sebagi hak negara ini atas dasar ia telah ditadbir sejak sekian lama dahulu dn pengesahan itu telah diakui oleh Konvensyen Amerika Syarikat-Britain pada tahun 1930-an.

Dalam perkara ini secara ringkasnya kita dapat kaitkan bahwa apa yang telah berlaku merupakan hasil ketidakjelasan perjanjian 1824 antara British dengan Belanda. Di dalam perjanjian ini kedua belah pihak lebih sekadar memenuhi tuntutan semasa dalam menyelesaikan maslah yang berlaku tetapi langsung tidak mengambilkira kesan jangka panjang.

Lantaran itu dalam menangani isu tuntutan bertindih ini pihak Malaysia telah mengutarakan hujah Konvensyen 1891 sebagi bukti hak dan kedaulatannya. Melalui konvensyen yang telah diadakan di London pada 20 januari 1891, sempadan antara British dan Belanda termasuk Borneo telah ditakrifkan. Sebenarnya konvensyen ini hanya menunjukkan persempadanan di darat sahaj dan peta yang dikeluarkan pada 1919 menunjukkan dengan jelas kedudukan sempadan antara Borneo Utara dengan Borneo Belanda yang diakui sehingga kini. Berdasarkan hujah dan bukti tersebut jugalah yang telah membawa kemenangan Malaysia di ICJ.

Berdasarkan apa yang telah kita ketahui bahawa sekalipun masalah atau konflik ini berpunca daripada angkara kuasa penjajahan asing namun Malaysia dalam melaksanakan dasar luarnya sentiasa cuba menyelesaikan isu-isu yang melibatkan tuntutan bertindih ini secara adil dan saksama. Walaupun dari satu aspek memang diakui bahawa apaa yang menjadi perkara utama iaitu pertikaian ini telah berjaya diselesaikan secara aman, namun dalam konteks hubungan dua hala antara Kuala Lumpur dan Jakarta.

nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

peranan asean Empty Re: peranan asean

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:19 pm

Konflik Pulau Batu Putih

Isu yang sentiasa menjadi persengketaan dan masih lagi belum menemui penyelesaian ialah tuntutan bertindih Pualau batu Putih (Pualau Pedra Branca). Jika dilihat dari segi geografi, Pulau Batu Putih ini mempunyai keluasan 2.2 km (0.2 hektar) persegi iaitu merupakan keluasan dasar pulau itu sendiri. Jaraknya dari Teluk Rumania negeri Johor ialah 12.8 km manakala dari singapura ialah 64 km. Dari segi sejarahnya pulau ini pada dasrnya adalah milik Kerajaan johor di bawah pemerintahan Sultan Hussin mauhammad Shah. Pada 2 Ogos 1824, satu perjanjian di antara British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan Kerajaan Johor mengenai penyerahan Pulau Singapura kepada pihak British. Di dalam perjanjian tersebut, Singapura telah diserahkan kepada British termasuklah persekitaran pantai sehingga 10 batu jaraknya dari pantai. Pulau-pulau lain seperti Pulau Batu Putih tidak diserahkan kepada British[18].

Daripada isu wilayah yang telah diperkatakan di atas dapat kita lihat dengan jelas sikap tidak bertanggungjawab para penjajah asing terhadap negara –negara yang satu masa dahulu pernah dianggap sebagai negeri naungannya. Selain itu juga dari aspek ekonomi kita dapat perhatikan di sini bahawa setiap perkara yang telah dilakukan oleh para penjajah adalah semata-mata untuk meastikan kelancaran dan perkembangan ekonomi mereka tidak terjejas. Situasi ini telah terserlah tanpa dapat diselindung lagi.

British yang menganggap bahawa mereka lebih maju daripada negeri yang dinaunginya telah mengambil pendekatan yang cukup mudah sehingga memperkecilkan pihak berkuasa tempatan yang merupakan pemerintah sebenar ke atas wilayah Alam Melayu. British telah mengadkan satu proses hitam putih perjanjian denganpihak Belanda dalam menentukan kawasan-kawasan wilayah masing-masing. Namun dalam hal Pulau Batu Putih mereka hanya menggunakan kaedah lisan tanpa ada satu perjanjian yang jelas. Sikap yang telah British tunjukkan ini jelas membuktikan apakah tanggapan mereka terhadap negeri Melayu pada masa itu.

Lantaran daripada angkara yang telah mereka lakukan ini kesannya dapat kita lihat berpanjangan dan tidak kunjung selesai sehingga meliputi lebih dua abad. Isu Pulau Batu Putih ini telah kerap kali menimbulkan ketegangan yang cukup getir antara kedua pihak yang bertelagah. Ini adalah sesuatu yang sukar untuk dinafikan kerana ia memperkatakan tentang kedaulatan dua wilayah yang merdeka. Selaras dengan konsep ini sudah semestinya kedua belah pihak perlu mengambil segala langkah perlu bagi mempertahankan kedaulatan masing-masing. Sayang sekali isu konflik wilyah ini telah dicetuskan oleh angkara kuasa penjajah asing. Mereka sehingga kini terus berdiam diri dan berpeluk tubuh tanpa mengambil tindakan susulan bagi meredakan isu yang bergelora sekarang. Pada hal apa yang berlaku pada masa ini merupakan kesan tindakan yang telah mereka lakukan pada masa lalu.

Tindakan terbaik bagi menyelesaikan masalah ini adalah dengan menggunakan pihak ketiga iaitu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Ia adalah saluran yang betul demi menjaga perpaduan dan semangat kejiranan. Oleh itu pada 6 Februari 2003, Malaysia dan singapura telah mengambil tindakan yang bijak dengan menandatangani perjanjian untuk membawa kes ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.[19] Dalam kes ini, ICJ menjamin bahawa isu tuntutan bertindih ke atas pulau itu akan diadili dengan cara yang baik, menyeluruh, adil serta mengmbilkira semua factor sejarah dan realiti.ICJ juga mengesahkan bahawa akan mengkaji secara terperinci semua dokumen perjanjian yang dimiliki oleh bekas empayar Belanda dan British yang tersimpan di muzium sejarah di Belanda daan London. [20]

nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

peranan asean Empty Re: peranan asean

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:21 pm

Isu Tuntutan Filipina ke atas Sabah

Mengenai isu wilayah Sabah yang menjadi salah satu konflik wilayah antara Malaysia dengan negara jirannya adalah salah satu bukti yang cukup jelas bahawa Malaysia telah cuba menyelesaikan isu tuntutan Filipina dengan cara diplomasi. Dalam menganalisa isu ini seperkara lagi yang ingin diutarakan mengenai sikap British yang telah membuat perjanjian tanpa pengetahuan semua pihak yang terlibat. British misalnya telah menandatangani perjanjian atau persetujuan dengan kuasa asing lain seperti Belanda, Sepanyol dan Amerika tetapi telah mengabaikan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu yang merupakan pihak yang paling utama. Dalam hal ini, kuasa-kuasa penjajah asing ini masing-masing berlagak seolah-olah wilayah Kesultanan Melayu Brunei dan Sulu itu adalah hak milik mereka. Mereka dengan senagaja meminggirkan pihak-pihak ini dalam perjanjian yang mereka tandatangani dengan hasrat dapat memanipulasi wilayah yang dikuasai untuk memenuhi impian ekonomi mereka. Mereka telah memanipulasi isi kandungan perjanjian yang telah mereka tandatangani bersama untuk kepentingan mereka sahaja. Selain itu, mereka sengaja memperkenalkan konsep-konsep dan pelbagai peraturan baru yang kurang sesuai untuk diimplementasi di negeri-negeri Melayu dengan niat untuk menguasai sesuatu wilayah sahaja.

Kesan daripada tindakan yang dilakukan oleh pihak British telah ditanggung oleh Malaysia di mana isu tuntutan Sabah oleh Filipina masih belum dapat diselesaikan. Ini disebabkan Filipina tidak mahu mengugurkan tuntutannya ke atas Sabah. Lebih buruk lagi apabila Filipina telah melancarkan kegiatan pengkhianatan terhadap Malaysia sekitar tahun 1968. Filipina telah menghantar orang-orang yang dilatih khas menyusup masuk ke Sabah. Mereka ditugaskan melakukan pengkhianatan terhadap wilayah Malaysia di Sabah. Boleh dikatakan sekitar tahun 1968 hubungan Malaysia-Filipina dapatlah diibaratkan seperti “Ranjau dalam Daging”.

Bagaimanapun , Malaysia tetap meneruskan usaha untuk berdamai dengan kerajaan Filipina. Malaysia tetap tidak berputus asa untuk mencari jalan penyelesaian ke atas isu ini. Rundingan demi rundingan telah diadakan beberapa kali di Bangkok tetapi semuanya menemui kegagalan. Sebaliknya Filipina telah menjadikan satu undang-undang dengan memasukkan Sabah sebagai sebahagian daripada wilayahnya. Ini telah dilakukan oleh Filipina melalui satu Akta Perampasan Sabah. Tindakan ini telah menyebabkan terputusnya hubungan diplomatic antara kedua-dua negara.

nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

peranan asean Empty Re: peranan asean

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:23 pm

Isu Wilayah Pattani

Selain itu juga kita dapat melihat dengan jelas sebagai contoh bahawa isu-sisu wilayah yang kini menjadi pertikaian antara Malaysia dan negara jirannya adalah berpunca angkara penjajahan Barat tatpi menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia menyelesaikan dengan cara yang terbaik. Isu Pattani yang merupakan sebauah negeri Melayu yang sekian lama menerima ancaman daripada musuh tradisi negeri Melayu Utara iaitu Siam sehingga kini telah ditakluki oleh kerajaan Siam dari era pemerintahan raja-raja Dinasti Chakri sehinggalah ke zaman kerajaan Thailand.

Melalui isu Pattani dapat kita perkatakan di sini bahawa ia juga adalah salah satu daripada konflik wilayah antara Malaysia dengan negara jirannya Thailand. Melalui isu ini pihak Thailand sering mencurigai Malaysia kerana dianggap memberi bantuan kepada gerakan pemisah Pattani yang merupakan bangsa serumpun dan seagama dengan orang Melayu di Malaysia. Malahan isu wilayah yang tertunda melibatkan Bukit Jeli juga kadangkala turut menjadi persoalan yang belum terjawab tentang status kedudukannya sama ada ia adalah milik Malaysia ataupun Thailand. Peristiwa Tak Bai dan tindakan ganas tentera Thailand terhadap penduduk Islam di Selatan Thailand telah menyebabkan Malaysia dituduh sebagai peranan dalam memberi sokongan kepada gerakan pemisah di Selatan Thailand. Namun, Malaysia telah cuba menggunakan saluran-saluran diplomasi untuk menjelaskan kedudukan dan peranan Malaysia dalam menangani konflik tersebut.

Dengan memetik kenyataan Datuk Mohamed Jawhar Hassan, Pengarah Institut Kajian Antarabangsa dan Strategik (ISIS), beliau menyatakan bahawa kenyataan dan spekulasi dari pelbagai pihak ini mungkin akan menjejaskan pihak berkuasa terutama Wisma Putra untuk membuat tuntutan.[21] Kenyatan ini beliau lakukan lantaran wujud pihak-pihak tertentu yang mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini di dada-dada akhbar yang boleh menyebabkan kenyataan itu disalahtafsirkan sehingga membawa provokasi kepada pihak lain. Seterusnya tindakan kerajaan Malaysia membawa isu ini ke ICJ dianggap bijaksana supaya ia dapat diadili dengan saksama. Dengan ini diharapkan kedua-dua pihak akan berpuashati dan redha akan apa juga keputusan yang dibuat oleh ICJ. Apa yang penting ialah hubungan kedua-dua pihak yang sedia terjalin terus harmoni dan berkekalan. Ini kerana kedua-dua negara saling bergantungan antara satu sama lain dalam pelbagai aspek sama ada ekonomi, politik ataupun social.

nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

peranan asean Empty Re: peranan asean

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:23 pm

Isu Malaysia-Singapura

Selain daripada isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih dengan Singapura, Malaysia juga berhadapan dengan pelbagai isu lain yang sering menghantakan hubungan kedua buah negara seperti Isu kastam, imigresen dan Kuarantin (CIQ), Keratapi di Tanjung Pagar[22], Isu Air[23] dan Isu Tambak Laut[24] .

Berdasarkan kepada isu-isu yang telah dipaparkan di atas, ternyata hubungan Malaysia-Singapura sentiasa “panas” kerana masalah yang menjadi kekangan tidak menemui jalan penyelesaiannya. Dalam hal ini kedua-dua negara saling menimbulkan provokasi di antara satu sama lain melalui media-massa. Konflik-konflik yang timbul akan menyebabkan wujud gambaran bahawa kedua-dua negara tidak mempunyai semangat kejiranan yang baik. Sungguhpun dari segi kedudukan geografi kedua-dua buah negara sangat rapat dan hampir tetapi dari segi hubungan diplomatic adalah sebaliknya.

Pertelingkahan dan pertelagahan yang sering berlaku di antara Malaysia-Singapura boleh dianggap sebagai satu tradisi. Ini kerana isu-isu hangat yang sering menjadi punca pertelingkahan telah wujud sejak era pemerintahan Tunku Abdul rahman lagi. Seterusnya satu demi satu isu lain timbul walaupun yang sedia wujud belum dapat diselesaikan. Dalam kes ini kedua-dua buah negara sepatutnya mengambil tindkan bijaksanan bagi menangani isu yang wujud demi kepentingan bersama. Dalam hal ini juga kedua-dua pihak boleh menggunakan pihak ketiga iaitu ASEAN untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah yang tertangguh ini.

nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

peranan asean Empty Re: peranan asean

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:25 pm

Kesimpulan:

Sebagai sebuah negara yang berusaha mencapai status sebuah negara maju seperti yang diimpikan dalam Wawasan 2020, Malaysia giat mempertingkatkan usaha ke arah memperkukuhkan kerjasama serantaunya. Hal ini dapat dilihat melalui hubungan luar Malaysia. Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar dalam negeri bertujuan menjaga dn mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Usaha-usaha Malaysia dalam pelbagai forum serantau dan antarabangsa telah berjaya menempatkan Malaysia di mata dunia malah peningkatan kesejahteraan ekonomi dan kestabilan politik membantu melonjakkan nama negara Malaysia. Di samping itu juga, Malaysia mampu menyuarakan pandangannya terhadap isu-isu yang tidak dapat disuarakan oleh negara-negara membangun yang lain. Hal ini disebabkan kebimbangan sekatan yang bakal diambil oleh kuasa-kuasa besar sekiranya mereka bersuara. Malaysia mampu melakukan kerana negara kita tidak bergantung kepada bantuan kuasa luar sepenuhnya.

Malaysia berusaha meningkatkan kerjasama serantau supaya rantau ini lebih dinamik dan dapat menggalakkan perdagangan terbuka dan bebas. Justeru itu, Malaysia akan terus memupuk kerjasama ekonomi serantau bagi menjamin satu sistem perdagangan yang adil dan terbuka serta menambah jumlah perdagangan dan pelaburan di kalangan negara anggota ASEAN. Selaras dengan iltizam yang kuat terhadap kerjasama serantau ini, Malaysia akan terus melaksanakan perjanjian-perjanjian yang bertujuan memajukan kerjasama ekonomi, social dan kebudayaan. Sebagai negara yang berkongsi sempadan dengan hampir kesemua negara ASEAN, Malaysia mengambil bahagian secara aktif dalam Forum Serantau mengenai keselamatan iaitu membenateras kegiatan lanun, mencegah penyeludupan, pertikaian wilayah bagi memastikan kestabilan yang berterusan di rantau ini.

Malaysia memegang beberapa prinsip asas dalam hubungan luarnya. Anataranya adalah hormat-menghormati kedaulatan negara masing-masing dan kedaulatan wilayah, tidak campurtangan, penyelesaian secara aman, perhubungan dua hala yang menguntungkan dan keamanan bersama. Sesungguhnya dasar luar Malaysia yang jelas adalah dari segi pertahanan dan keselamatan, pembangunan dan perdagangan, kerjasama antarabangsa dan diplomasi. Malaysia amat menekankan usaha untuk meneruskan hubungan yang rapat dengan negara-negara jirannya. Setiap usaha iplomasi yang telah dilakukan adalah untuk memastikan hubungan dua hala Malaysia dengan jiran-jirannya tidak terjejas. Kesimpulannya adalah diharapkan Malaysia akan terus memainkan peranannya dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai sumbangannya ke arah mengekalkan keamanan rantau ini justeru ke arah keamanan sejagat.

nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

peranan asean Empty Re: peranan asean

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:27 pm

JAKARTA - Konflik Laut China Selatan melibat beberapa negara anggota Association of Southeast Asian Nations (ASEAN). Untuk itu ASEAN diminta untuk bisa memegang peranan penting dalam konflik teritorial ini.

Perdana Menteri Kamboja Hun Sen pernah mengatakan, negara-negara di kawasan Asia Tenggara (ASEAN) harus fokus mengurangi ketegangan di wilayah Laut China Selatan. Menurut PM Hun Sen, hal tersebut penting untuk menjaga stabilitas regional. Demikian diberitakan BBC, Selasa (21/8/2012).

Pernyataan Hun Sen itu muncul dalam pertemuan ASEAN Tingkat Menteri ke-45 di Kamboja. Kamboja yang saat ini menjabat sebagai ketua ASEAN juga turut mengklaim teritorial dari Laut China Selatan. PM Hun Sen juga mendesak negara-negara anggota ASEAN untuk menekankan penyelesaian sengketa Laut China Selatan dengan berpegang pada Code of Conduct (COC).

Pada 20 Juli 2011, China, Brunei, Malaysia, Filipina, Kamboja dan Vietnam, sepakat untuk menentukan panduan yang bisa membantu menyelesaikan konflik. China menilai hal tersebut sebagai sebuah dokumen yang bisa menjadi batu loncatan untuk melakukan kerja sama antara China dan ASEAN.

Kesepakatan tersebut mengatur aspek hubungan seperti perlindungan biota laut, penelitian ilmiah, keamanan navigasi dan komunikasi, serta penanggulangan kejahatan trans nasional. Namun isu eksplorasi gas dan minyak bumi, masih belum terpecahkan hingga saat ini.

Meski kerja sama ASEAN berhasil dilakukan bersama China, masalah ini justru sempat mengancam ASEAN itu sendiri. Pada pertemuan Menteri Luar Negeri ASEAN di Kamboja, Juli lalu, sempat para menlu tidak bisa mengeluarkan komunike bersama yang akan dibahas oleh pemimpin negara ASEAN untuk pertemuan berikutnya.

Sempat terjadi kebuntuan dalam pertemuan itu, ketika Kamboja menolak memasukan Laut China Selatan dalam komunike bersama. Tetapi lewat shuttle diplomacy yang dilakukan oleh Menteri Luar Negeri Marty Natalegawa, para Menlu ASEAN akhirnya berhasil merumuskan komunike bersama.
nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

peranan asean Empty Re: peranan asean

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum