Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3

Forum Untuk STPM Pengajian Am
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
"... Diharapkan ruangan forum ini memberi manfaat kepada pelajar... Gunakan sebaik mungkin segala informasi dan maklumat....Semoga Kejayaan Milik Anda... Aminnn."

Share | 
 

 Kerjasama Ekonomi Antara Negara Anggota ASEAN

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
cg sue
Admin
Admin


Posts : 1606
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

PostSubject: Kerjasama Ekonomi Antara Negara Anggota ASEAN   Mon Jun 17, 2013 9:46 am

Kerjasama ekonomi ASEAN dimulai dengan disahkannya Deklarasi Bangkok tahun 1967 yang bertujuan untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pengembangan budaya. Dalam perkembangannya, kerjasama ekonomi ASEAN mengarah kepada pembentukan Komunitas Ekonomi ASEAN yang pelaksanaannya berjalan relatif lebih cepat dibandingkan dengan kerjasama di bidang politik-keamanan dan sosial budaya.

_________________
Quote :
Sedikit pengetahuan yang dilaksanakan jauh lebih berharga daripada pengetahuan tapi tidak digunakan
Back to top Go down
http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com
cg sue
Admin
Admin


Posts : 1606
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

PostSubject: Re: Kerjasama Ekonomi Antara Negara Anggota ASEAN   Mon Jun 17, 2013 9:55 am

Umumnya Dasar luar Malaysia bertujuan menjamin kemakmuran dan kestabilan negara serta keselamatan negara. Kerjasama antarabangsa dan hubungan luar melibatkan unsure politik, sosial, ekonomi dan budaya. Dasar luar Malaysia juga melibatkan usaha mencari cara-cara baharu untuk mencapai dan menjaga kepentingan negara dalam persekitaran antarabangsa yang sentiasa berubah. Perkembangan dasar luar negara dipengaruhi fahaman atau konsep kepimpinan setiap Perdana Menteri. Jika sebelumnya dasar luar negara lebih menekankan hubungan serantau, kini penekanan lebih diberikan pada hubungan dengan negara lain pada peringkat antarabangsa demi memelihara kepentingan ekonomi dan politik selaras dengan era globalisasi.

_________________
Quote :
Sedikit pengetahuan yang dilaksanakan jauh lebih berharga daripada pengetahuan tapi tidak digunakan
Back to top Go down
http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com
cg sue
Admin
Admin


Posts : 1606
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

PostSubject: Re: Kerjasama Ekonomi Antara Negara Anggota ASEAN   Mon Jun 17, 2013 9:59 am

Kerjasama Ekonomi

Kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembab kerana tiada aktiviti dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah beberapa perjanjian seperti Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) dan Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun 1976 di Bali semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama.
Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota ASEAN adalah seperti berikut:
Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:
1. Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia
2. Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia
3. Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina
4. Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura
5. Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand
6. Mengadakan usaha sama perindustrian ASEAN.
7. Mengadakan Skim Pelengkapan Perindutrian ASEAN, misalnya dalam bidang automotif.
8. Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untuk meningkatkan perdagangan antara negara anggota. Keistimewaan yang diberikan termasuk kontrak kuantiti jangka panjang, perolehan istimewa oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan perluasan tarif istimewa.
9. Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan
10. Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) ditubuhkan untuk menyelaras kegiatan bank-bank perdagangan di rantau ASEAN
11. Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudahan kewangan kepada negara-negara yang terlibat dalam projek-projek uasaha sama ASEAN.
12. Mengadakan kerjasama dalam bidang komunikasi
13. Pemasangan kabel laut ASEAN menghubungkan negara anggota
14. Mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen
15. Mengiktiraf lessen pemandu di rantau ASEAN
16. Mengadakan kerjasama dalam sektor makanan dan pertanian
17. Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai bank data mengenai masalah pertanian
18. Penubuhan Plant Quarantine Traning Centre and Institute di Serdang
19. Mengadakan dialog dengan negara-negara maju
20. Mewujudkan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga yang menggalakkan pembangunan dalam bidang perdagangan, perlancongan, pengangkutan dan perhubungan seperti:
     a. IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand)

     b. IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura)    BIMP-EAGA (Kawasan Pertumbuhan    ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina)

_________________
Quote :
Sedikit pengetahuan yang dilaksanakan jauh lebih berharga daripada pengetahuan tapi tidak digunakan
Back to top Go down
http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Kerjasama Ekonomi Antara Negara Anggota ASEAN   Today at 10:26 pm

Back to top Go down
 
Kerjasama Ekonomi Antara Negara Anggota ASEAN
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pengajian Am STPM P1 P2 P3  :: PENGAJIAN AM MODULAR :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3-
Jump to: