Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
LATIHAN PKP 4 I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
LATIHAN PKP 4 I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
LATIHAN PKP 4 I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
LATIHAN PKP 4 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
LATIHAN PKP 4 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
LATIHAN PKP 4 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
LATIHAN PKP 4 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
LATIHAN PKP 4 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
LATIHAN PKP 4 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

LATIHAN PKP 4

5 posters

Go down

LATIHAN PKP 4 Empty LATIHAN PKP 4

Post by cg sue Sat Apr 11, 2020 8:17 pm

SOALAN :

Hampir 70% bentuk muka bumi Malaysia diliputi kawasan hutan yang menyumbangkan pelbagai kepentingan kepada sejagat. Namun, penerokaannya secara berleluasa akan menimbulkan pelbagai kesan negatif. Bincangkan.
cg sue
cg sue
Admin
Admin

Posts : 1638
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com

Back to top Go down

LATIHAN PKP 4 Empty New topic Bahagian C (karangan) Latihan PKP 4 Amelda

Post by amelda Sun Apr 12, 2020 9:16 pm

Hampir 70% bentuk muka bumi Malaysia diliputi kawasan hutan yang menyumbangkan pelbagai kepentingan kepada sejagat. Namun, penerokaannya secara berleluasa akan menimbulkan pelbagai kesan negatif. Bincangkan

    Kawasan hutan merupakan kawasan yang ditumbuhi pokok secara meliar dan bercampur-campur yang tidak seperti ladang yang ditanam oleh manusia yang selalunya mempunyai satu atau dua spesies pokok sahaja.

   Antara kepentingan hampir 70% bentuk muka bumi Malaysia yang diliputi kawasan hutan kepada sejagat adalah menjaga habitat hidupan liar.Hal ini demikian kerana hutan merupakan tempat tinggal hidupan liar dan hutan juga merupakan tempat hidupan liar mendapatkan  sumber makanan. Sebagai contoh,hidupan liar dapat membiak dengan baik di dalam hutan kerana adanya tempat tinggal dan sumber makanan.Kesannya,kelangsungan hidupan liar tidak akan terjejas.

      Selain itu,sumber ubat-ubatan dan herba juga merupakan kepentingan hampir 70% bentuk muka bumi Malaysia yang diliputi kawasan hutan kepada sejagat.Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang ada di dalam hutan sesuai untuk dijadikan ubat tradisional dan moden.Sebagai contoh,beberapa produk di Malaysia menggunakan tumbuhan sebagai sumber ubat-ubatan dan herba seperti Kacip Fatimah dan Tongkat Ali.Kesannya,tumbuhan tersebut akan menjadi penawar kepada pelbagai penyakit yang ada di Malaysia.
   
     Seterusnya, kepentingan lain hampir 70% bentuk muka bumi Malaysia yang diliputi kawasan hutan kepada sejagat adalah sumber penyelidikan dan pembangunan.Hal ini demikian kerana pengkajian tentang hutan akan dilakukan dan ia dapat membantu pembangunan di tanah tinggi.Sebagai contoh,pengkaji akan melakukan pengkajian tentang iklim,struktur tanah dan kepentingannya.Kesannya,manusia akan dapat mempelajari ilmu biodiversity melalui sumber dan khazanah hutan yang ditemui mereka.
   
    Antara kesan negatif penerokaan hutan secara berleluasa di Malaysia adalah peningkatan suhu.Hal ini demikian kerana penyahutanan akan mengubah suhu persekitaran bumi.Sebagai contoh,gas karbon dioksida akan meningkat kerana ketiadaan tumbuh-tumbuhan di dalam hutan.Kesannya,suhu bumi akan meningkat secara tidak langsung kerana penyahutanan yang dilakukan.

     Kepupusan flora dan fauna juga merupakan kesan negatif penerokaan hutan secara berleluasa di Malaysia.Hal ini demikian kerana penerokaan hutan akan memusnahkan habitat haiwan dan tumbuhan.Sebagai contoh,penerokaan hutan akan mengganggu rantaian makanan dan kemandirian hidupan liar dan juga memusnahkan ekosistem hutan.Kesannya,flora dan fauna tidak dapat membiak  dan seterusnya menyebabkan hidupan  pupus.
   
     Kesimpulannya,kita mestilah memelihara kawasan hutan yang ada di Malaysia dengan sebaikknya  kerana ia memberikan kebaikan kepada masyarakat dan juga negara.



TAHNIAH!!!!
amelda
amelda

Posts : 3
Join date : 11/04/2020

Back to top Go down

LATIHAN PKP 4 Empty essay pkp 4 tiqahfz

Post by Tiqahfz Mon Apr 13, 2020 10:11 pm

ESSAY PKP4 TIQAHFZ
Negara Malaysia sememangnya mempunyai kawasan yang menyumbangkan pelbagai kepentingan kepada sejagat. Sumber hutan yang menjadi bahan eksport negara adalah sawit. Ianya dibuktikan dengan syarikat-syarikat yang terkenal seperti Sime Darby. Terdapat banyak kepentingan yang akan diperoleh daripada hutan dan kita seharusnya memafaatkannya serta menjaga alam flora dan fauna kita.

Antara kepentingan hutan yang menyumbang kepada sejagat adalah menjadi pembekal ubat-ubatan kepada manusia. Hal ini demikian kerana hutan juga membekalkan herba-herba ubat yang berguna kepada manusia untuk mengubati pelbagai penyakit. Seperti yang kita tahu, hutan bakau memainkan peranan yang sangat penting dalam menghasilkan herba. Sebagai contoh, kulit dari pokok Rhizophora boleh digunakan untuk merawat keretakan tulang, mengubati ceret-beret dan boleh juga memberhentikan pendarahan. Hasilnya, sumber hutan sememamngnya dapat membantu merawat pelbagai penyakit manusia.

Selain itu, kepentingan hutan yang menyumbang kepada sejagat adalah menjadi pembekal bahan-bahan mentah untuk membuat pelbagai jenis barang kepada manusia. Hal ini demikian kerana hutan juga mempunyai pelbagai bahan mentah seperti rotan, kayu dan sebagainya untuk dijadikan barang yang berguna kepada manusia. Contohnya, barang yang boleh diperbuat daripada rotan adalah kerusi rotan dan bakul rotan. Kesannya, pelbagai barang yang seperti rumah, perabot dan cenderamata yang boleh digunakan oleh manusia.
Kepentingan hutan yang menyumbang kepada sejagat yang seterusnya adalah hutan boleh menjadi tempat rekreasi kepada manusia. Hal ini demikian kerana kebanyakan hutan di Malaysia kini dijiadikan kawasan-kawasan rekreasi yang terpelihara untuk orang ramai. Sebagai contoh, taman negara di Pahang merupakan taman negara yang paling popular di semenanjung Malaysia dan mempunyai pelbagai aktivit yang menarik seperti Canopy Walkway ( terpanjang dan tertinggi di dunia) dan rapid shooting (penembakan pantas). Hasilnya, kita dapat menghayati keindahan alam dengan menjadikan hutan sebagai tempat rekreasi.

Antara kesan negatif penerokaan hutan secara berleluasa adalah berlakunya kemusnahan habitat flora dan fauna. Hal ini demikian kerana segala isi-isi yang berharga termasuklah tempat tinggal haiwan dalam hutan telah dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh, sekiranya banyak pokok yang ditebang dan banyak kawasan yang dimusnahkan, haiwan-haiwan yang tinggal di kawasan tersebut semestinya akan mencari pelindungan yang baharu sekaligus ianya memusnahkan habitat kehidupan di dalam hutan. Kesannya, flora akan musnah dan fauna akan kehilangan tempat tinggal.

Suhu bumi akan meningkat juga merupakan kesan negatif penerokaan hutan secara berleluasa. Hal ini demikian kerana terdapat banyak tumbuhan yang ditebang dan dibakar akan menyebabkan masalah kesan rumah hijau kepada bumi. Seperti yang berlaku pada masa kini, kepanasan di bumi meningkat dan ais di kutub utara kian mencair disebabkan penipisan ozon yang berpunca daripada penerokaan hutan yang tidak bertanggungjawab. Kesannya, suhu di bumi meningkat dan ia menjejaskan semua kehidupan di muka bumi ini.

Kesimpulannya, hutan sememangnya memberi impak yang positif kepada semua kehidupan. Namun, penjagaan hutan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab juga perlu dilakukan demi memastikan hutan iaitu sumber-sumber bumi di negara kita akan terjaga dan tidak terjejas. Oleh itu, kita seharusnya menggembleng tenaga untuk menjaga khazanah negara yang berharga seperti hutan.

TAHNIAH!!!!
Tiqahfz
Tiqahfz

Posts : 2
Join date : 11/04/2020
Age : 22

Back to top Go down

LATIHAN PKP 4 Empty Re: LATIHAN PKP 4

Post by Zuhairahs Tue Apr 14, 2020 3:01 am

Malaysia mempunyai bentuk muka bumi yang pelbagai, antaranya hutan di mana ia meliputi sebnayak 70%. Bentuk muka bumi seperti ini memberikan manfaat kepada manusia namun akan mendatangkan pelbagai kesan negatif sekiranya disalahgunakan.

         Kepentingan hampir 70% bentuk muka bumi Malaysia diliputi kawasan hutan kepada sejagat ialah menstabilkan peratus oksigen di permukaan bumi. Oksigen terhasil apabila berlakunya proses fotosintesis oleh hutan. Proses fotosintesis dapat meamstikan purata suhu tidak meningkat. Oleh itu, kesan rumah hijau dapat dielakkan. Kesannya, manusia tidak akan mengalami El-Nino di mana ia boleh membawa kepada kesukaran manusia untuk bernafas.

         Selain itu, kepentingan hampir 70% bentuk muka bumi Malaysia diliputi kawasan hutan kepada sejagat ialah menjadi kawasan tadahan hujan. Hutan membantu membekalkan sumber air bersih dan berkualiti untuk manusia. Hutan merupakan sumber air dominan bagi manusia. Manusia memerlukan air dalam proses kelangsungan hidup. Dengan adanya hutan sebagai kawasan tadahan hujan, manusia tidak perlu bimbang akan ketiadaan sumber air.

         Seterusnya, kepentingan hampir 70% bentuk muka bumi Malaysia diliputi kawasan hutan kepada sejagat ialah menjadi habitat kepada flora dan fauna. Hutan merupakan satu-satunya habitat bagi pelbagai flora dan fauna. Pelbagai flora dan fauna juga bergantung kepada hutan sebagai sumber makanan. Sekiranya mereka kehilangan sumber makanan, manusia juga akan kehilangan sumber makanan.

         Antara kesan negatif penerokaan hutan secara berleluasa ialah berlakunya pencemaran sungai. Hal ini kerana hutan tidak dapat lagi berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Apabila hujan lebat melanda hutan, air hujan akan menghakis tanah dan hakisan tersebut mengalir ke dalam sungai. Kesannya, sungai menjadi semakin cetek akibat pemendakan tanah lumpur di atasnya.

         Selain itu, kesan negatif penerokaan hutan secara berleluasa ialah peningkatan gas karbon dioksida. Gas tersebut mampu memerangkap haba di atmosfera daripada dipantulkan semula. Gas tersebut pula tidak mampu diserap oleh bilangan tumbuhan yang semakin berkurangan. Oleh itu, manusia aan kekurangan oksigen dan akan mendatangkan masalah pernafasan kepada manusia.


         Kesimpulannya, kawasan hutan perlulah dipelihara dan dipulihara dari semasa ke semasa supaya dapat dinikmati oleh sejagat. Kezaliman terhadap hutan perlulah dibasmi dengan usaha dari semua pihak.




TAHNIAH!!!
Zuhairahs
Zuhairahs

Posts : 3
Join date : 11/04/2020

Back to top Go down

LATIHAN PKP 4 Empty LATIHAN PKP4 BAHAGIAN C (RADEN)

Post by Raden Nuralia Jasmien Fri Apr 17, 2020 8:46 pm

LATIHAN PKP4 BAHAGIAN C

SOALAN:

Hampir 70% bentuk muka bumi Malaysia diliputi kawasan hutan yang menyumbangkan pelbagai kepentingan kepada sejagat. Namun, penerokaannya secara berleluasa akan menimbulkan pelbagai kesan negatif. Bincangkan.

    Hutan merupakan salah satu sumber yang penting untuk sejagat. Hampir 70% bentuk muka bumi diliputi oleh kawasan hutan. Bentuk muka bumi seperti ini dapat memberikan manfaat kepada manusia jika manusia memanfaatkannya dengan cara yang terbaik, namun disebaliknya, jika ia disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, ia dapat memberi pelbagai kesan negatif kepada semua pihak.

    Kepentingan hampir 70% bentuk muka bumi Malaysia diliputi kawasan hutan kepada sejagat adalah habitat untuk hidupan liar. Hutan merupakan tempat untuk mereka membiak disamping dapat dijadikan sebagai tempat tingal untuk mereka. Tambahan pula, mereka dapat mendapatkan sumber makanan yang mencupuki bagi memastikan populasi hidup binatang tersebut dapat membiak dengan baik. Oleh itu, kelangsungan hidup mereka tidak akan terjejas.

    Selain itu, kepentingan hampir 70% bentuk muka bumi Malaysia diliputi kawasan hutan kepada sejagat adalah mengimbangi ekosistem. Dengan adanya hutan, kita akan mudah untuk mengawal keseimbangan persekitaran hutan di mana tumbuh-tumbuhan dapat melakukan proses fotosintesis dengan baik. Dengan itu, dapat memberikan sumber oksigen yang mencukupi kepada manusia. Tambahan pula, dapat mengawal suhu bumi daripada mengalami suhu yang terlalu tinggi yang juga dapat memberikan impak yang tidak baik kepada manusia.

    Seterusnya, kepentingan hampir 70% bentuk muka bumi Malaysia diliputi kawasan hutan kepada sejagat adalah sumber penyelidikan dan pembangunan. Pengkajian tentang hutan dapat membantu pembangunan di tanah yang tinggi. Sebagai contoh, pengkajian tentang iklim, struktur tanah dan kepentingannya dapat dijalankan dengan baik. Dengan itu, penemuan sepsis-spesis baru juga boleh diperoleh disamping dapat memberikan ilmu kepada orang ramai.

    Antara kesan negatif penerokaan hutan secara berleluasa adalah berlakunya kepupusan flora dan fauna. Jika penerokaan hutan dilakukan secara berleluasa, ia dapat memusnahkan habitat haiwan dan tumbuhan. Secara tidak langsung juga dapat mengganggu rantaian makanan dan kemandirian hidupan liar dan memusnahkan ekosistem hutan. Kehidupan hidupan liar akan terjejas kerana mereka tidak mendapatkan sumber makanan yang mencukupi bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka. Kesannya, hidupan liar tidak akan membiak lagi dan akhirnya akan pupus.  

    Akhir sekali, kesan negatif penerokaan hutan secara berleluasa adalah bencana alam juga akan mudah berlaku. Situasi ini berkait rapat dengan fungsi hutan sebagai kawasan tadahan hujan yang semakin terjejas.Keadaan ini berlaku disebabkan struktur tanah yang tidak kukuh kerana kurangnya akar pokok yang yang mencengkam tanah lalu menyebabkan kejadian tanah runtuh. Kesannya, hidupan akuatik juga turut terjejas kerana keadaan sungai yang tercemar dengan sisa-sisa tanah runtuhan.

    Kesimpulannya, sebagai rakyat yang bertanggungjawab,kita mestilah saling bekerjasama untuk menjaga hutan kerana kawasan hutan mempunyai pelbagai khazanah yang sangat bernilai dan perlu dipelihara agar ianya terus berkekalan serta dapat dimanfaatkan oleh generasi-generasi yang akan datang.


TAHNIAH!!!!

Raden Nuralia Jasmien

Posts : 1
Join date : 13/04/2020
Age : 22
Location : Sibu,Sarawak

Back to top Go down

LATIHAN PKP 4 Empty Re: LATIHAN PKP 4

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum