Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
ASEAN ditubuhkan I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
ASEAN ditubuhkan I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
ASEAN ditubuhkan I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
ASEAN ditubuhkan I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
ASEAN ditubuhkan I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
ASEAN ditubuhkan I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
ASEAN ditubuhkan I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
ASEAN ditubuhkan I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
ASEAN ditubuhkan I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

ASEAN ditubuhkan

Go down

ASEAN ditubuhkan Empty ASEAN ditubuhkan

Post by Atikah nyum2 Fri Jul 26, 2013 7:38 am

ASEAN ditubuhkan dengan matlamat utama untuk kepentingan bersama serta mewujudkan kerjasama serantau dari segi politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Melalui konsep kolektif ini, negara-negara anggota ASEAN berkongsi tanggungjawab untuk memajukan tingkat sosio-ekonomi dan memastikan kestabilan serta keamanan serantau yang bebas daripada ancaman dan pengaruh kuasa luar.

Kerjasama serantau telah mula dipupuk semenjak di awal penubuhan ASEAN bagi menangani pelbagai isu. Kerjasama ini meliputi bidang yang luas iaitu politik, ekonomi, sosial kebudayaan, penerangan, pendidikan dan juga keselamatan. Di dalam bidang politik dan keselamatan misalnya, ASEAN amat menekankan konsep berkecuali sehingga melahirkan ZOPFAN. Pembangunan ekonomi negara-negara ASEAN juga turut mendapat perhatian dengan adanya perjanjian serta terbentuk badan-badan khas dalam menanganinya. Begitu juga kerjasama sosial, kebudayaan, pengangkutan dan komunikasi turut menjadi agenda utama ASEAN.

Namun ASEAN juga turut mengalami beberapa isu yang mengancam untuk menggugat perpaduannya. Di antaranya ialah perisytiharan Zon Ekonomi Eksekutif yang membangkitkan isu pertindihan sempadan laut antara negara anggota. Hal ini telah mengakibatkan konflik tuntutan hak ke atas beberapa buah pulau di sempadan perairan iaitu Pulau Spratly dan Pulau Batu Putih (telah diselesaikan di mahkamah antarabangsa).

Walau bagaimanapun ASEAN terus meningkatkan usaha agar kepentingan-kepentingan national tidak menjadi penghalang ke arah kerjasama yang lebih kukuh antara mereka.

ZOPFAN yang telah diisytiharkan dalam tahun 1971 menekankan semangat keamanan serta komitmen ASEAN untuk menjadikan rantau ini bebas daripada sebarang campur tangan kuasa luar. TAC merupakan ‘a code of international conduct’ yang memberi garis panduan perhubungan di antara negara-negara di rantau ini mengikut ketetapan Piagam PBB. ASEAN Concord yang diisytiharkan pada 1976 mengandungi prinsip-prinsip serta rangka kerja bagi kerjasama ASEAN dalam bidang politik, keselamatan, ekonomi dan fungsional. Sementara itu SEANWFZ merupakan sumbangan ASEAN ke arah usaha mengadakan perlucutan senjata nuklear sepenuhnya.

Kerjasama ekonomi ASEAN meliputi usaha-usaha liberalisasi dan kemudahan perdagangan serta aktiviti pelaburan. Keputusan-keputusan tegas juga telah diambil untuk meningkatkan dan mengukuhkan kerjasama industri melalui satu skim baru yang mengambilkira keperluan industri serta keadaan ekonomi serantau ASEAN. Kemajuan juga telah dicapai di dalam kerjasama untuk memajukan sektor swasta dan perniagaan bersaiz kecil serta pertengahan.
Atikah nyum2
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 26
Join date : 25/06/2012

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum