Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI

+2
AzeL
cg sue
6 posters

Go down

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI Empty LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI

Post by cg sue Fri Jul 05, 2013 10:17 am

SOALAN Mewujudkan wilayah ekonomi memberi manfaat kepada pembangunan negara dalam usaha mempertingkatkan potensi dan sumber wilayah yang belum diterokai. Namun, implikasi yang wujud tidak harus diabaikan. Bincangkan.

Skema : 2 + 3 / 3 + 2 (Manfaat & Kesan Negatif)

MANFAAT :
1. Menjana pendapatan negara

2. Membuka peluang pekerjaan

3. Merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar


KESAN NEGATIF:
4. Perubahan lanskap fizikal

5. Kos & perbelanjaan yang besar



***Sila cari isi yang lain***
cg sue
cg sue
Admin
Admin

Posts : 1638
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI Empty Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI

Post by AzeL Wed Jul 10, 2013 12:44 pm

1. Menjana pendapatan negara

- menambah pendapatan melalui pelaburan syarikat dalam dan luar negara.

..pembukaan industri berskala besar menjana keuntungan pengeluaran yang lebih tinggi.

Cth : NCER boleh menjana pendapatan sebanyak RM11.4 bil menjelang tahun 2020.
AzeL
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 29
Location : SmK AgamA SibU

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI Empty Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI

Post by AzeL Wed Jul 10, 2013 12:45 pm

2. Membuka peluang pekerjaan

- penduduk setempat dapat merebut peluang dalam pertumbuhan pembangunan sektor pekhidmatan dan sektor korporat

- permintaan yang tinggi dalam sektor pertanian dan perindustrian untuk keperluan tenaga kerja.

Cth: SCORE memerlukan permintaan tinggi tenaga buruh dalam sektor perladangan kelapa sawit.
AzeL
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 29
Location : SmK AgamA SibU

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI Empty Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI

Post by AzeL Wed Jul 10, 2013 12:47 pm

3. Merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar

- menjana pertumbuhan bandar baharu melalui pembinaan sektor-sektor ekonomi melalui kelengkapan infrastruktur.

- kemudahan infrastruktur ditingkatkan sebagai peningkatan kualiti kehidupan kepada penduduk setempat.

Cth : NCER – RM1.4 bilion disediakan untuk 4 negeri anggota – tujuan pembangunan infrastruktur.
AzeL
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 29
Location : SmK AgamA SibU

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI Empty Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI

Post by AzeL Wed Jul 10, 2013 12:47 pm

4. Perubahan landskap fizikal setempat

- banyak hutan terpaksa diterokai untuk dijadikan sebagai tapak perindustrian dan perladangan.

Cth : Pesisir pantai Mukah-Igan melalui Wilayah SCORE – perladangan kelapa sawit skala besar

- kesesakan jalan raya dan peningkatan kes kemalangan – kawasan luar bandar yang dibangunkan.
AzeL
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 29
Location : SmK AgamA SibU

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI Empty Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI

Post by AzeL Wed Jul 10, 2013 12:48 pm

5. Perbelanjaan yang besar

- kerajaan terpaksa membuat pinjaman dana dari luar – menambah beban kewangan kerajaan

- kerajaan mengurangkan peruntukan bagi sesetengah sektor penting yang lain – dasar dan program kerajaan terganggu.

Cth : NCER – peruntukan RM 177bilion – tahun 2007-2025.
AzeL
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 29
Location : SmK AgamA SibU

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI Empty Latihan Wilayah Ekonomi

Post by Abd Al-Hafiq B Abd Rahman Wed Jul 10, 2013 1:03 pm

Pendahuluan:
MArcapada kini,pengwujudan wilayah ekonomi memberi manfaat dan implikasi yang negatif kepada pembangunan negara dalam usaha mempertingkatkan potensi dan sumber wilayah yang belum diterokai.
Abd Al-Hafiq B Abd Rahman
Abd Al-Hafiq B Abd Rahman
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 7
Join date : 12/06/2012
Age : 29

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI Empty Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI

Post by wan wann Wed Jul 10, 2013 1:05 pm

wilayah ekonomi amat penting kepada sesebuah negara.wilayah ekonomi banyak memberikan manfaat kepada ekonomi negara dan rakyat.namun,wilayah ekonomi juga ada kesan negatifnya.

antara manfaat wilayah ekonomi ialah menjana pendapatan negara.hal ini demikian kerana pendapatan negara juga bergantung kepada ekonomi.sebagai contoh,pelaburan syarikat dai dan dalam negara untuk membangunkan pembangunan.industri berskala besar juga dapat meningkatkan lagi pendapatan negara.jelaslah bahawa wilayah ekonomi dapat meningkatkan pendapatan negara dari semasa ke semasa.

selain itu,wilayah ekonomi membuka peluang pekerjaan.hal ini demikian kerana peluang pekerjaan kepada rakyat akan wujud sekiranya wilayah ekonomi yang baru diperkenalkan oleh kerajaan.sebagai contoh,membuka pekerjaan kepada penduduk yang menganggur dalam pekerjaan pembinaan,penternakan dan sebagainya.peluang pekerjaan juaga akan terbuka kepada negara jiran.oleh itu,pekerjaan kepada rakyata akan semakin meluas.

di samping itu,dapat merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar.hal ini demikian kerana denagn adanya wilayah ekonomi pembangunan dan kemudahan juaga akan didirikan di kawasan pendalaman.sebagai contoh,pembukaan kawasan penternakan akan adanya pembangunan.pembangunan tersebut dapat merapatkan jurang antara kawasan bandar dan pendalaman.

anatara kesan negatif wilayah ekonomi ialah kos dan perbelanjaan yang besar.hal ini demikian kerana kos untuk membuka tempat ekonomi yang baru mengambil kos yang tinggi.sebagai contoh,terpaksa meneroka kawasan hutan untuk dijadikan sebagai tapak penternakan,perindustrian atau perladangan.meneroka hutan mengambil kos yang besar.

bersambung......
wan wann
wan wann
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 5
Join date : 22/05/2012
Age : 29

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI Empty Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI

Post by Abd Al-Hafiq B Abd Rahman Thu Jul 11, 2013 12:50 pm

ISI PERTAMA:

Antara manfaat daripada pengwujudan wilayah ekonomi ini ialah membuka peluang pekerjaan.Hal ini demikian kerana wilayah ekonomi memberi peluang penduduk setempat untuk merebut peluang dalam pertumbuhan pembangunan sektor perkhidmatan dan sektor korporat.Misalnya,SCORE memerlukan permintaan tinggi tenaga buruh dalam sektor perladangan kelapa sawit.Permintaan tinggi tersebut memberi peluang kepada penduduk setempat yang menganggur.Jelas bahawa wilayah ekonomi dapat membantu penduduk di luar bandar.
Abd Al-Hafiq B Abd Rahman
Abd Al-Hafiq B Abd Rahman
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 7
Join date : 12/06/2012
Age : 29

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI Empty Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI

Post by Abd Al-Hafiq B Abd Rahman Thu Jul 11, 2013 12:56 pm

ISI KEDUA:

Selain itu,manfaat wilayah ekonomi dapat menjana pendapatan negara.Hal ini demikian kerana pendapatan negara dapat ditambah melalui pelaburan syarikat dan luar negara.Contohnya,Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) boleh menjana pendapatan sebanyak RM 11.4 bilion menjelang tahun 2020.Pembukaan wilayah ekonomi telah membuka industri bersekala besar untuk menjana pendapatan negara.Jelas bahawa pendapatan negara dapat ditambah menerusi wilayah ekonomi.
Abd Al-Hafiq B Abd Rahman
Abd Al-Hafiq B Abd Rahman
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 7
Join date : 12/06/2012
Age : 29

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI Empty Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI

Post by AzeL Thu Jul 11, 2013 1:02 pm


Malaysia mempunyai wilayah ekonomi yang perlu dimanfaatkan terutamanya dalam meningkatkan pembangunan Negara. Tetapi tedapat masalah yang perlu ditangani dalam memanfaatkan wilayah ekonomi tersebut.
Antara manfaat yang diperolehi daripada kegiatan ini ialah dapat menjana pendapatan Negara. Hal ini demikian dapat menambahkan pendapatan melalui pelaburan syarikat dalam dan luar Negara. Sebagai contohnya, pembukaan industri berskala besar menjana keuntungan pengeluaran yang lebih tinggi. NCER boleh menjana pendapatan sebanyak RM11.4 bil menjelang tahun 2020. Wilayah ekonomi ini amat membantu Negara kita daripada berlakunya sebarang masalah.

Selain itu, Malaysia juga dapat membuka peluang pekerjaan. Ia juga merupakan manfaat yang diperolehi oleh Malaysia. Hal ini demikian kerana penduduk setempat dapat merebut peluang dalam pertumbuhan pembangunan sektor pekhidmatan dan sektor korporat. Kelebihan daripada manfaat tersebut dapat dinikmati oleh rakyat seperti permintaan yang tinggi dalam sektor pertanian dan perindustrian untuk keperluan tenaga kerja. Sebagai contohnya, SCORE memerlukan permintaan tinggi tenaga buruh dalam sektor perladangan kelapa sawit. Kelapa sawit merukan industri yang memberikan yang tersebar dalam meningkatkan ekonomi Negara.

Seterusnya, ia juga dapat merapatkan jurang pembangunan Bandar dan luar Bandar. Hal ini demikian kerana dapat menjana pertumbuhan Bandar baharu melalui pembinaan sector-sektor ekonomi melalui kelengkapan infrastruktur. Sebagai contohnya, NCER telah menyediakan RM1.4 bilion untuk 4 negeri anggota – tujuan pembangunan infrastruktur. kemudahan infrastruktur ini dapat ditingkatkan sebagai peningkatan kualiti kehidupan kepada penduduk setempat.

Antara kesan negative yang diperolehi daripada wilayah ekonomi ini ialah perubahan landskap fizikal setempat. Hal ini demikian kerana banyak hutan terpaksa diterokai untuk dijadikan sebagai tapak perindustrian dan perladangan. Sebagi contohnya, Pesisir pantai Mukah-Igan melalui Wilayah SCORE – perladangan kelapa sawit skala besar. Perubahan landskap juga menyebabkan kesesakan jalan raya dan peningkatan kes kemalangan terutamanya dikawasan luar bandar yang dibangunkan.

Selain itu, Perbelanjaan yang besar juga merupakan masalah yang dihadapi. Hal ini demikian menyebabkan kerajaan terpaksa membuat pinjaman dana dari luar dan telah menambah beban kewangan kerajaan. Sebagi contohnya, NCER memerlukan peruntukan sebanyak RM 177bilion untuk tahun 2007 sehingga 2025. kerajaan terpaksa mengurangkan peruntukan bagi sesetengah sektor penting yang lain untuk menjayakan perkara tersebut sekaligus program kerajaan terganggu.

Natijahnya, Malaysia haruslah menyedikan langkah yang efektif supaya dapat membentuk Negara yang teguh.
AzeL
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 29
Location : SmK AgamA SibU

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI Empty membuka peluang pekerjaan

Post by Pororo Fri Jul 12, 2013 8:00 pm

PEMBANGUNAN WILAYAH INI BERHASRAT UNTUK MEMANGKIN PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI DEMI KEPENTINGAN DAN KESEJAHTERAAN SEMUA LAPISAN RAKYAT. KERAJAAN YAKIN BAHAWA KEMAJUAN YANG TERHASIL DARI PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR INI AKAN MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN DAN PERNIAGAAN YANG MELUAS, YANG SETERUSNYA AKAN MENYUMBANG KEPADA PENINGKATAN PENDAPATAN PENDUDUK. LEBIH 560,000 PELUANG PEKERJAAN BARU DIJANGKA AKAN DIWUJUDKAN DI WILAYAH INI DALAM TEMPOH 12 TAHUN BERJALANNYA RANCANGAN PEMBANGUNAN WILAYAH EKONOMI PANTAI TIMUR. LEBIH PENTING LAGI, KERAJAAN MENGHARAPKAN RANCANGAN PEMBANGUNAN INI AKAN MEMBERI SINAR HARAPAN KEPADA GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH, TERUTAMANYA YANG MASIH DIHIMPIT KEMISKINAN TEGAR, UNTUK KELUAR DARI KEMPOMPONG KEMISKINAN DAN BERSAMA MENGECAPI NIKMAT YANG DIBAWA OLEH PEMBANGUNAN NEGARA.
Pororo
Pororo

Posts : 20
Join date : 20/06/2013
Age : 29

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI Empty WILAYAH EKONOMI

Post by Atikah nyum2 Sun Jul 14, 2013 12:01 pm

Pendahuluan: Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Northen Corridor Economic Resion) atau NCER Malaysia merupakan kawasan pembangunan ekonomi dan sosial yang membabitkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak. Ia diperkenalkan sejak Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) pada Januari 2007 bagi merujuk kepada Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Koridor Utara dirasmikan pada 30 julai 2007 oleh Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi.
Atikah nyum2
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 26
Join date : 25/06/2012

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI Empty WILAYAH EKONOMI

Post by Atikah nyum2 Sun Jul 14, 2013 12:07 pm

ISI PERTAMA UNTUK MANFAAT:
Antara manfaat wilayah ekonomi ialah menjana pendapatan negara. Hal ini demikian kerana, ia dapat menambah pendapatan melalui pelaburan syarikat dalam dan luar negara. Sebagai contoh, NCER boleh menjana pendapatan sebanyak RM11.4 billion menjelang tahun 2020. Denagn adanya pembukaan berskala besar wilayah ekonomi ia dapat menjana keuntungan pengeluaran yang lebih tinggi. Dengan menjana pendapatan negara, ia dapat membuka mata industri lain terhadap wilayah ekonomi negara.
Atikah nyum2
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 26
Join date : 25/06/2012

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI Empty WILAYAH EKONOMI

Post by Atikah nyum2 Sun Jul 14, 2013 12:17 pm

Selain itu, manfaatnya juga ialah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Hali ini demikian kerana, penduduk setempat dapat merebut peluang dalam pertumbuhan pembangunan sektor perkhidmatan dan sektor korporat. Sebagai contoh, SCORE memerlukan permintaan tinggi tenaga buruh dalam sektor perladangan kelapa sawit. Ini disebakan oleh permintaan yang tinggi dalam sektor pertanian dan perindustrian untuk keperluan tenaga kerja. Wilayah ekonomi juga bermanfaat untuk membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
Atikah nyum2
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 26
Join date : 25/06/2012

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI Empty WILAYAH EKONOMI

Post by Atikah nyum2 Sun Jul 14, 2013 12:24 pm

Selain itu, wilayah ekonomi juga dapat merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar. Hal ini demikian kerana, merapatkan jurang tersebut dalam menjana petumbuhan bandar baharu melalui pembinaan sektor-sektor ekonomi melalui kelengkapan infrastruktur. Sebagai contoh, NCER telah menjana sebanyak RM1.4 billion disediakan untuk 4 negeri anggota untuk tujuan pembangunan infrastruktur. Hal ini disebabkan ia dapat menjana infrastruktur ditingkatkan sebagai peningkatan kualiti kehidupan kepada penduduk setempat. Oleh hal itu, dengan adanya wilayah ekonomi tersebut ia juga bermanfaat untuk merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar.
Atikah nyum2
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 26
Join date : 25/06/2012

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI Empty WILAYAH EKONOMI

Post by Atikah nyum2 Sun Jul 14, 2013 12:30 pm

Daripada manfaat terdapat juga kesan negatif iaitu slaha satunya adalah perubahan lanskap fizikal setempat. Hal ini demikian kerana, banyak hutan terpaksa diterokai untuk dijadikan sebagai tapak perindustrian dan perladangan. Sebagai contoh, pesisir Mukah Igan melalui wilayah SCORE terdapat perladanagan kelapa sawit berskala besar. Kesannya juga boleh membawa impak kepada kerosakkan jalan raya dan peningkatan kes kemalangan kepada kawasan luar bandar yang dibangunkan. Oleh itu, aktiviti tersebut membawa impak negatif kepada sesuatu kawasan.
Atikah nyum2
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 26
Join date : 25/06/2012

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI Empty WILAYAH EKONOMI

Post by Atikah nyum2 Sun Jul 14, 2013 12:50 pm

Selain itu, kesannya juga ialah memakan perbelanjaan yang tinggi. Hal ini demikian kerana, kerajaan terpaksa membuat pinjaman dana adari luar dan akan menambah beban kewangan kerajaan. Sebagai contoh, NCER memerlukan peruntukkan RM177 billion dari tahun 2007 hingga 2025. Kesannya, kerajaan mengurangkan peruntukkan bagi sesetengah faktor penting yang lain dan dasar program kerajaan terganggu. Oleh itu, kesan terhadap perbelanjaan negara juga berkurang sekiranya wilayah ekonomi terlalu pesat dilakukan.

Penutup: Kesimpulannya, kita dapat lihat dimana hubungan komunikasi adalah penting dengan pembangunan dimana ia merupakan suatu srategi media untuk menyampaikan mesej bagi mencapai Pembangunan Koridor Utara yang mampan.
Atikah nyum2
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 26
Join date : 25/06/2012

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI Empty Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum