Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3

Forum Untuk STPM Pengajian Am
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
"... Diharapkan ruangan forum ini memberi manfaat kepada pelajar... Gunakan sebaik mungkin segala informasi dan maklumat....Semoga Kejayaan Milik Anda... Aminnn."

Share | 
 

 LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
cg sue
Admin
Admin


Posts : 1606
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

PostSubject: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA   Fri Jul 05, 2013 9:20 am

SOALAN : Selaras dengan matlamat Malaysia untuk menjadi hab halal dunia, industri ini menjanjikan pulangan yang lumayan kepada negara. Maka, segala potensi yang ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam mencapai hasrat tersebut. Bincangkan.


Skema : 2 + 3 / 3 + 2 (Kelebihan & Potensi)

KELEBIHAN :
1. Menjana ekonomi negara

2. Membuka lebih banyak peluang pekerjaan


POTENSI :

3. Pasaran luas

4. Kemudahan infrastruktur

5. Sokongan kerajaan

6. Kesedaran tinggi masyarakat


***Calon boleh mencari isi yang lain yang dirasakan sesuai***

_________________
Quote :
Sedikit pengetahuan yang dilaksanakan jauh lebih berharga daripada pengetahuan tapi tidak digunakan
Back to top Go down
http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 26
Join date : 25/06/2012

PostSubject: Hab Halal Malaysia   Wed Jul 10, 2013 11:45 am

Industri halal bukan sahaja berfokus atau cuma berpaksikan kepada makanan dan minuman sahaja tetapi merangkumi sektor yang cukup besar seperti farmaseutikal, kosmetik, penjagaan kesihatan, pembungkusan, logistik, perbankan dan kewangan, jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan, pelancongan dan bidang-bidang lain di dalam ekosistem industri halal.
Back to top Go down
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 26
Join date : 25/06/2012

PostSubject: Hab Halal Malaysia   Wed Jul 10, 2013 12:04 pm

Antara potensi hab halal dunia ialah, Forum Penyelidikan Halal Sedunia (WHR) yang telah diadakan di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC). Hal ini demikian kerana, untuk memberi peluang penerangan yang lebih jelas dan berinformasi mengenai isu-isu yang berkaitan dengan industri halal dan platform untuk berkongsi idea dan inovasi baru untuk faedah industri. Sebagai contoh Malaysia menubuhkan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) yang diletak dibawah Badan Bertindak Pelaksanaan Kebangsaan (NITF). HDC berperanan untuk menjadi peneraju kepada penetapan piawaian halal termasuk proses mengaudit, pengeluaran sijil halal bagi melindungi integriti halal. Ternyata, Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang membangunkan piawaian makanan halal mengikut standard Halal Malaysia MS 1500:2004.
Back to top Go down
Pororo



Posts : 20
Join date : 20/06/2013
Age : 22

PostSubject: Pendahuluan   Wed Jul 10, 2013 12:04 pm

Hub halal bolehlah didefinisikan sebagai aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran produk halal oleh pengeluar atau syarikat yang telah melepasi piawaian yang telah ditetapkan oleh agensi tertentu yang mempunyai leluasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( Jakim ).Pelbagai kelebihan yang Malaysia perolehi sebagai negara hab halal dunia dan potensi yang perlu dimanfaatkan untuk mencapai hasrat tersebut.
Back to top Go down
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 26
Join date : 25/06/2012

PostSubject: Hab Halal Malaysia   Wed Jul 10, 2013 12:25 pm

Selain itu, potensi hab halal dunia juga ialah pemasaran yang luas. Hal ini demikian kerana, bilangan pengguna hab halal tempatan yang beragama islam meliputi 80% penduduk. Sebagai contoh bilangan golongan muslim di Malaysia yang mencecah seramai 15juta orang penduduk. Ini juga disebabkan oleh permintaan tinggi dalam kalangan penganut beragama islam di luar negara. Oleh itu, Hab Halal perlu diperluaskan ke pasaran dunia.
Back to top Go down
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 22
Location : SmK AgamA SibU

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA   Wed Jul 10, 2013 12:28 pm

Industri halal bukan hanya terhad kepada industri produk yang berasaskan makanan dan minuman sahaja malah ia merangkumi sektor yang lebih besar merangkumi farmaseutikal, kosmetik, penjagaan kesihatan, pembungkusan, logistik, perbankan dan kewangan, jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan, pelancongan dan bidang-bidang lain di dalam ekosistem industri halal. Malaysia berpotensi untuk menjadi hab halal dunia kerana mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Terdapat pelbagai kelebihan yang diperolehi daripada industri ini.

Antara kelebihan yang dapat dinikmati oleh Malaysia ialah memacu pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini demikian dibuktikan melalui usaha kerajaan menjadikan malaysia sebagai hub Halal Dunia kerana nilai pasaran 2010 bernilai RM 8 trillion dan dianggarkan menjangkau RM 18 trillion menjelang 2011. Sebagai contohnya, industri PKS berasaskan produk hahal mampu meningkatkan KDNK dan sentiasa berkembang dengan inovasi teknologi terkini. Perkara ini mampu melonjakkan pendapatan ekonomi negara.

Selain itu, industri ini dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat Islam.Hal ini demikian kerana industri ini menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, mengurangkan penggangguran, cipta peluang pekerjaan. Sebagai contohnya, dengan adanya peningkatan industri ini, terdapat pelbagai kekosongan pekerjaan dalam industri tersebut. Malahan peluang ini dapat mengurangkan kadar kemiskinan yang terdapat di Malaysia sekaligus dapat meningkat pendapatan isi rumah. Jelaslah bahawa peluang ini amat membantu malaysia dalam mengurangkan pengangguran.

Antara potensi bagi menjadikan Malaysia mampu untuk menguruskan hab halal dunia ialah kemudahan infrastruktur. Hal ini demikian kerana Kerajaan proaktif menyediakan lapan taman perindustrian pengeluaran produk dan perkhidmatan halal negara dan juga menawarkan insentif menarik untuk menggalakkan perniagaan untuk menyertai industri halal di Malaysia termasuklah elaun cukai pelaburan untuk pengeluaran makanan halal, faedah istimewa untuk eksport produk halal dan pengecualian duti import bahan mentah.

Seterusnya, sokongan kerajaan juga amat diperlukan dalam melaksanakan industri ini. Hal ini demikian dapat dibuktikan dengan kesungguhan Malaysia menjadi peneraju hab halal dunia terbukti dengan penubuhan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) yang diletakkan di bawah Badan Bertindak Pelaksanaan Kebangsaan (NITF) untuk menjadi sebuah institusi yang memfokuskan usaha memajukan industri halal di negara ini.
HDC berperanan dan bertanggungjawab untuk menjadi peneraju kepada penetapan piawaian halal termasuk proses mengaudit, pengeluaran sijil halal bagi melindungi integriti halal, membangun, mempromosi dan memasarkan jenama halal Malaysia dan mempromosi konsep barangan halal dan perkhidmatan di Malaysia kepada pasaran dunia yang lebih luas. jelaslah bahwa sokongan kerajaan amat diperlukan bagi menjayakan matlamat Malaysia tersebut.

Natijahnya, segala potensi yang ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam mencapai hasrat tersebut selaras dengan matlamat Malaysia untuk menjadi hab halal dunia.



Back to top Go down
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 26
Join date : 25/06/2012

PostSubject: Hab Halal Malaysia   Wed Jul 10, 2013 12:31 pm

Antara potensi lain untuk mancapai matlamat Malaysia untuk menjadi hab halal dunia ialah sokongan aktif daripada kerajaan. Hal ini demikian kerana, ia dapat menawarkan pengecualian cukai kepada industri pada peringkat awal. Sebagai contoh, Ekspo Halfest (Halal Festival) yang kerap di iklankan di media massa dan setiap tahun diadakan di Kuala Lumpur. Dengan menganjurkan pelbagai pameran peringkat kebangsaan, ia dapat menggalakkan dengan memperkenalkan produk halal dengan lebih maju. Ternyata, sokongan aktif kerajaan amat diperlukan untuk memperkenalkan hab halal dunia untuk lebih maju.
Back to top Go down
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 26
Join date : 25/06/2012

PostSubject: Hab Halal Malaysia   Wed Jul 10, 2013 12:37 pm

Kelebihan kepada Malaysia untuk menjadi hab halal dunia ialah dapat menjana ekonomi negara. Hal ini demikian kerana, kemasukkan pelaburan asing membantu dalam merancakkan sumber ekonomi kepada negara. Sebagai contoh di Malaysia, perolehan kasar melebihi RM5 bilion untuk industri halal. Dengan adanya kuasa beli pengguna tempatan yang tinggi, ia juga dapat menyumbang dan menggalakkan keuntungan kepada industri halal. Dengan kelebihan menjana ekonomi negara, Malaysia dapat memeperluaskan sumber ekonomi ke pasaran dunia di peringkat antarabangsa.
Back to top Go down
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 22
Location : SmK AgamA SibU

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA   Wed Jul 10, 2013 12:39 pm

1. Menjana ekonomi negara

- kemasukan pelabur asing membantu dalam merancakkan sumber ekonomi kepada negara.

- kuasa beli pengguna tempatan yang tinggi menggalakkan keuntungan kepada industri halal.

- Cth : Di Malaysia, perolehan kasar melebihi RM 5 bilion untuk industri halal.

Back to top Go down
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 22
Location : SmK AgamA SibU

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA   Wed Jul 10, 2013 12:40 pm


2. Membuka lebih banyak peluang pekerjaan

- pertumbuhan pusat perniagaan berasaskan halal – menawarkan pekerjaan kepada masyarakat – bidang industri makanan dan restoran.

- keperluan yang tinggi dalam aktiviti penyelidikan berkaitan halal – memberi peluang pekerjaan kepada graduan.

- Cth : JAKIM memerlukan lebih ramai penyelidik dan pegawai – menetapkan piawaian status halal.

Back to top Go down
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 22
Location : SmK AgamA SibU

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA   Wed Jul 10, 2013 12:41 pm

3. Pasaran yang luas

- bilangan pengguna tempatan beragama Islam yang ramai meliputi 80% penduduk.

Cth : Bilangan golongan Muslim di Malaysia yang mencecah seramai 15 juta orang.

- permintaan tinggi dalam kalangan penganut Islam di luar negara.

Back to top Go down
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 22
Location : SmK AgamA SibU

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA   Wed Jul 10, 2013 12:42 pm


4. Kemudahan infrastruktur lengkap

- kemudahan pengangkutan yang cekap daripada segenap aspek – memudahkan kegiatan eksport dan import.

Cth : Pelabuhan Tanjung Manis, Sarawak – pelabuhan hab halal dunia.

- keupayaan jaringan jalur lebar internet yang meluas – memudahkan sesuatu industri diperluaskan ke seluruh dunia.

Back to top Go down
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 22
Location : SmK AgamA SibU

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA   Wed Jul 10, 2013 12:42 pm

5. Sokongan aktif kerajaan

- menawarkan pengecualian cukai kepada industri pada peringkat awal.

- menganjurkan pelbagai pameran peringkat kebangsaan – galakkan memperkenalkan produk halal.

- Cth : Ekspo Halfest (Halal Festival )yang diadakan setiap tahun di Kuala Lumpur.

Back to top Go down
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 22
Location : SmK AgamA SibU

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA   Wed Jul 10, 2013 12:43 pm

6. Kesedaran tinggi masyarakat

- kesedaran pengguna untuk mendapatkan makanan yang bersih dan suci.

- kadar penyakit berjangkit bagi haiwan ternakan import – pengguna menukar alternatif kepada daging sembelihan

-Cth : Penyakit lembu gila di Amerika Syarikat – komuniti mengubah pemakanan kepada makanan halal.
Back to top Go down
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 26
Join date : 25/06/2012

PostSubject: Hab Halal Malaysia   Wed Jul 10, 2013 12:44 pm

Selain itu, antara kelebihan lain hab halal dunia ialah membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Hal ini demikian kerana, pertumbuhan Pusat Perniagaan berasakan halal juga menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat dalam bidang industri makanan dan restoran. Sebagai contoh, JAKIM memerlukan lebih ramai penyelidik dan pegawai dengan menetapkan piawaian status halal. Dengan adanya keperluan yang tinggi dalam aktiviti penyelidikan berkaitan halal ia juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada graduan amnya. Oleh itu, industri hab halal ini dapat membantu masalah penganggugaran di negara ini.
Back to top Go down
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 22
Location : smk agama sibu

PostSubject: KELEBIHAN HUB HALAL DUNIA   Wed Jul 10, 2013 12:49 pm

Antara kelebihan Malaysia untuk mencapai matlamat negara sebagai hub halal dunia adalah menjana ekonomi negara. Hal ini demikian kerana, Malysia pernah di iktiraf sebagai hub halal dunia pada tahun 2010 untuk memastikan bahawa potensi besar industri makanan halal dapat dieksploitasi sepenuhnya.Contohnya, statistik yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), pasaran produk makanan halal dunia ketika ini semakin meningkat iaitu bernilai hampir RM600 bilion setahun. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Malaysia (FAMA) pula melalui satu kajian mendapati bahawa pasaran dunia bagi makanan beku halal telah bertambah dan mencatat jumlah RM106 bilion. Berdasarkan potensi besar industri makanan halal, Malaysia bertindak menetapkan matlamat untuk menjadi pusat makanan halal dunia menjelang 2020.Matlamat ini ditetapkan dengan harapan agar negara akan menjadi pusat pengeluaran dan pengumpulan pelbagai jenis produk halal yang dapat memenuhi permintaan dunia yang terus meningkat pada ketika ini.

Selain itu, kelebihan hub halal dunia ialah membuka lebih banyak peluang pekerjaan. Hal ini demikian kerana, peluang pekerjaan yang di berikan bertujuan untuk mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Contohnya, pihak yang bertanggungjawab telah memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan yang memerlukan pekerjaan.Oleh itu, dengan adanya peluang pekerjaan yang di berikan, negara kita dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan pendapatan isi rumah melalui keluaran produk halal walaupun dalam jumlah yang sedikit.
Back to top Go down
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 22
Location : smk agama sibu

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA   Wed Jul 10, 2013 12:55 pm


Malaysia mempunyai faktor sokongan di peringkat dalaman, seperti kestabikan politik dansuasana yang aman, pertumbuhan ekonomi yang pesat, suasana perdagangan yang menggalakkan, serta undang-undang dan peraturan yang berkesan. Kesemua faktor ini menjadi jalinan yang penting ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Untuk mereliasasikan matlamat tersebut,pihak kerajaan melalui beberapa agensi yang berkaitan, seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan agensi-agensi lain, sedang berusaha untuk menetapkan garis panduan yang jelas mengenai makanan halal. Hingga kini, jawatankuasa yang diketuai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri masih terus berusaha untuk mewujudkan garis panduan yang selarasyang dapat digunakan oleh setiap individu dan organisasi yang terlibat dalam industri makanan halal. Penglibatan pelbagai pihak diperlukan untuk menetapkan garis panduan mengenai produk makanan halal kerana definisi makanan halal amat luas. Makanan halal bukan sahaja hanya bermaksud makanan yang boleh dimakan oleh umat Islam tetapi jugamakanan yang berkhasiat, tidak memudaratkan kesihatan, dan selamat dimakan oleh semua orang.
Back to top Go down
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 22
Location : smk agama sibu

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA   Wed Jul 10, 2013 12:57 pm

Namun begitu, satu persoalan lain telah timbul di sebalik usaha yang dilakukan ini. Pembabitan pengusaha makanan tempatan dalam industri makanan ini masih kurang keranamereka bimbang tidak akan mendapat manfaat seperti yang disasarkan. Hal ini agak meyedihkan, apatah lagi ketika negara sudah mengorak langkah untuk menjadi pusat pengeksport produk makanan ke seluruh dunia. Untuk memastikan bahawa syarikat pengeluar makanan tempatan benar-benar memperoleh manfaat daripada kedudukan negara sebagai pusat makanan halal dunia menjelang tahun 2010, pelbagai agensi kerajaan kini giat melaksanakan aktiviti seperti kursus dan bengkel. Semua aktiviti yang diadakan itu bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang pelbagai aspek yang berkaitan dengan makanan halal kepada para pengusaha makanan tempatan.
Back to top Go down
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 26
Join date : 25/06/2012

PostSubject: Hab Halal Malaysia   Wed Jul 10, 2013 12:58 pm

Natijahnya, kedudukan jenama halal kini menjadi sangat penting dalam industri makanan di peringkat negara Malaysia dan global. Walaupun konsep halal berbeza mengikut bidang pengamal industri makanan halal sudah pastinya penjenamaan halal dapat membantu dalam membangunkan industri makanan halal.lol! 
Back to top Go down
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 22
Location : smk agama sibu

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA   Wed Jul 10, 2013 12:59 pm

Lebih banyak syarikat seharusnya mengambil inisiatif untuk memperoleh pengiktirafan bagi memastikan produk keluaran mereka boleh diterima di peringkat antarabangsa. Apatah lagi, kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif, seperti potongan cukai pendapatan yang selaras dengan pelaburan yang dibuat untuk pengeluaran makanan, bagi mendorong syarikat tempatan lebih banyak menceburi industri makanan yang diiktiraf dunia. Tidak ada gunanya Malaysia menjadi pusat makanan halal dunia menjelang tahun 2010 jika pengeluar makanan kita tidak mampu memanfaatkannya , sebaliknya hanya menjadi platform kepada negara-negara lain untuk mengeksport produk makanan halal mereka ke seluruh dunia.
Back to top Go down
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 22
Location : smk agama sibu

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA   Wed Jul 10, 2013 1:01 pm

Wujudnya industri hiliran :
- wujudnya sektor berasaskan ekonomi pemprosesan, pembungkusan dan pengedaran
- contoh _ industri penternakan - daging lembu - burger, sosej, satay dan sebagainya.
- sebagai pemacu ekonomi golongan masyarakat khasnya dan membantu kepelbagaian ekonomi halal Malaysia amnya.
Back to top Go down
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 22
Location : smk agama sibu

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA   Wed Jul 10, 2013 1:02 pm

Mengurang krisis bekalan makanan halal :
- hub ini berupaya membekalkan makanan halal yang diperlukan
- memnajdi pembekal kepada negara bukan Islam seperti Jepun, China, Korea, Filipina, Hong Kong, UK dll.
Back to top Go down
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 22
Location : smk agama sibu

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA   Wed Jul 10, 2013 1:03 pm

Pemindahan teknologi :
- menggalakkan penglibatan pengusaha, peniaga dan pelabur antarabangsa
- teknologi dari negara luar dibawa masuk
- contoh : teknologi pembungkusan dan pemprosesan
Back to top Go down
aientzgreen
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 4
Join date : 12/06/2012

PostSubject: KARANGAN HAB HALAL   Wed Jul 10, 2013 1:05 pm

Hab halal bolehlah didefinisikan sebagai aktiviti pengeluaran,pemposesan dan pengedaran produk halal oleh pengeluara atau syarikat yang telah melepasi piawaian yang telah ditetapkan oleh agensi tertentu yang mempunyai leluasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM).

Antara kelebihan yang diperoleh sebagai negara hub halal ialah menjadi pemacu dalam pertumbuhan ekonomi negara.Pada tahun 2010,Mlaysia telah diiktiraf sebagai Hub Halal dunia dan ini merupakan peluang untuk negara menjadi pengeluar utama produk halal.Usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai Hub Halal dunia kerana nilai pasaran 2010 bernilai RM8 trilion dan dianggarkan menjangkau RM18 trilion menjelang 2011.Pihak kerajaan hendaklah mewujudkan satu badan seperti Industri PKS yang berasaskan produk halal mampu meningkatkan KDNK dan sentiasa berkembang dengan inovasi teknologi terkini.Hal ini sekaligus dapat melonjakkan pendapatan negara.

Selain itu,manfaat daripada penubuhan industri hub halal ini ialah untuk menyediakan peluang pekerjaan.Hal ini demikian kerana,penubuhan pusat perniagaan berasaskan halal telah menawarkan pekerjaan kepada masyarakat dalam bidang industri makanan dan restoran sebagai tukang masak di restorang dan lain-lain.Keperluan yang tinggi dalam aktiviti penyelidikan berkaitan halal telah memberi peluang pekerjaan kepada graduan untuk meneruskan kerjaya mereka dalam bidang yang mereka ceburi.Sebagai contoh,JAKIM memerlukan lebih ramai penyelidik dan pegawai dalam menetapkan piawaian status halal pada setiap pusat perniagaan dalam negara.
Back to top Go down
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 22
Location : smk agama sibu

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA   Wed Jul 10, 2013 1:06 pm

Isi I Memacu pertumbuhan ekonomi negara

h1 Tahun 2010, Malaysia telah diiktiraf sebagai hub Halal Dunia, peluang untuk negara sebagai pengeluar utama produk halal.

h2 Usaha kerajaan menjadikan malaysia sebagai hub Halal Dunia kerana nilai pasaran 2010 bernilai RM 8 trillion dan dianggarkan menjangkau RM 18 trillion menjelang 2011

h3 Industri PKS berasaskan produk hahal mampu meningkatkan KDNK dan sentiasa berkembang dengan inovasi teknologi terkini. melonjakan pendapatan negara.
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA   Today at 10:27 pm

Back to top Go down
 
LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pengajian Am STPM P1 P2 P3  :: PENGAJIAN AM MODULAR :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3-
Jump to: