Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3

Forum Untuk STPM Pengajian Am
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
"... Diharapkan ruangan forum ini memberi manfaat kepada pelajar... Gunakan sebaik mungkin segala informasi dan maklumat....Semoga Kejayaan Milik Anda... Aminnn."

Share | 
 

 LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2  Next
AuthorMessage
cg sue
Admin
Admin


Posts : 1606
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

PostSubject: LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN   Fri Jun 28, 2013 7:15 am

Soalan : Malaysia adalah antara negara yang aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan. Ulas pernyataan ini.

Isi Penting :
1. Mewujudkan dialog dengan negara-negara Utara
2. Membentuk suatu sistem perdagangan atau order baharu ekjonomi dunia
3. Mencadangkan kerjasama yang lebih rapat antara negara Selatan
4. Mewakili negara-negara Selatan dalam kumpulan G-15 dan Kumpulan G-77
5. Mewujudkan hubungan perdagangan dalam kalangan negara Selatan

_________________
Quote :
Sedikit pengetahuan yang dilaksanakan jauh lebih berharga daripada pengetahuan tapi tidak digunakan
Back to top Go down
http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com
cg sue
Admin
Admin


Posts : 1606
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN   Fri Jun 28, 2013 7:40 am

Isi 1 : Dialog Utara-Selatan
- Melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara Dunia Ketiga tentang isu ekonomi
- Contohnya melalui Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Kerjasama Ekonomi Ntarabangsa (CIEC), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD)
- Menjelaskan keperluan menyusun semula ketidakseimbangan perdagangan dan pembayaran – berpunca daripada sikap negara-negara Utrana yang tiada usaha membantu ekonomi negara-negara Selatan.




_________________
Quote :
Sedikit pengetahuan yang dilaksanakan jauh lebih berharga daripada pengetahuan tapi tidak digunakan
Back to top Go down
http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com
dewi wie



Posts : 13
Join date : 17/06/2013
Age : 22
Location : matu goooo

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN   Fri Jun 28, 2013 7:41 am

Malaysia merupakan sebuah negara yang maju.Malahan Malaysia menjalinkan hubungan yang amat baik diperingkat antarabangsa.
Back to top Go down
cg sue
Admin
Admin


Posts : 1606
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN   Fri Jun 28, 2013 7:48 am

2. Membentuk suatu sistem perdagangan atau order ekonomi dunia
- Malaysia mendapat sokongan daripada 77 buah negara Selatan
- Antara usaha oleh Malaysia ialah : menuntut supaya negara-negara Utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara
- Contohnya : penghapusan sekatan perdagangan, bayaran hutang negara Selatan, menyedia bantuan dan pemindahan teknologi, pembabitan negara Selatan dalam membuat keputusan tentang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), peluasan pasaran dan penentuan semula tarif serta syarat perdagangan

_________________
Quote :
Sedikit pengetahuan yang dilaksanakan jauh lebih berharga daripada pengetahuan tapi tidak digunakan
Back to top Go down
http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com
cg sue
Admin
Admin


Posts : 1606
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN   Fri Jun 28, 2013 7:54 am

3. Mencadangkan kerjasama yang lebih rapat antara negara Selatan
- Kerjasama dalam aspek perdagangan, kewangan, sains dan teknologi serta kewangan
- Hal ini – untuk mengelak dominasi negara Utara terhadap ekonomi dunia
- Membuat perjanjian dengan kumpulan negara Selatan

_________________
Quote :
Sedikit pengetahuan yang dilaksanakan jauh lebih berharga daripada pengetahuan tapi tidak digunakan
Back to top Go down
http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com
cg sue
Admin
Admin


Posts : 1606
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN   Fri Jun 28, 2013 8:03 am

4. Mewakili negara-negara Selatan dalam Kumpulan G-15 dan Kumpulan G-77
- Merangka strategi kerjasama Selatan yang lebih utuh
- Sidang Kemuncak Pertama dijayakan oleh Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1990 : merancang kerjasama bidang sains dan teknologi dan penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur.

_________________
Quote :
Sedikit pengetahuan yang dilaksanakan jauh lebih berharga daripada pengetahuan tapi tidak digunakan
Back to top Go down
http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com
cg sue
Admin
Admin


Posts : 1606
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN   Fri Jun 28, 2013 8:09 am

5. Mewujudkan hubungan perdagangan yang lebih dinamik dalam kalangan negara Selatan.
- Sebagai usaha untuk mencari rakan dagang baharu
- Hubungan diplomatic yang rapat dan terjalin secara berterusan dalam persidangan badan sedunia
- Beberapa strategi meningkatkan perdagangan dilakukan.
- Contoh : pada Ogos tahun 2009 : Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) berhasrat menggalakkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan negara Selatan-Selatan

_________________
Quote :
Sedikit pengetahuan yang dilaksanakan jauh lebih berharga daripada pengetahuan tapi tidak digunakan
Back to top Go down
http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com
sirah shahirah



Posts : 9
Join date : 06/06/2012
Age : 22
Location : smk agama sibu

PostSubject: Negara-negara Selatan   Fri Jun 28, 2013 8:10 am

lol!
Negara – Negara Selatan

Negara – Negara Selatan juga dikenali sebagai Negara – Negara Dunia Ketiga. Negara – negara ini mempunyai banyak persamaan dari segi latar belakang ekonominya dan pernah dijajah oleh kuasa Barat. Negara ini masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah. Pergantungan kepada negara – negara maju adalah kerana Negara – Negara Selatan tidak mempunyai kepakaran dan modal untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap. Pergantungan ini membawa kepada syarat perdagangan yang tidak adil seperti kawalan terhadap harga bahan mentah dan pengenaan kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan. Oleh itu, matlamat kumpulan ini adalah untuk mengatasi harga eksport bahan – bahan mentah dan meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota tanpa bergantung kepada negara – negara maju.

Malaysia memainkan peranan penting dalam menubuhkan Suruhanjaya Selatan – Selatan kerana idea penubuhannya dating daripada Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad semasa Sidang Kemuncak NAM di Zimbabwe pada tahun 1987. strateginya adalah dengan menubuhkan Kumpulan 15 atau G15 pada tahun 1989. Sidang kemuncak G15 yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1990.

Antara projek yang dirancang termasuklah kerjasama dalam bidang sains dan teknologi serta penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan atau South Investment, Trade and Technology Data Exchange Center (SITTDEC) di Kuala Lumpur, penubuhan Sistem Kewangan Perdagangan Global atau Global System of Trade Preference (GSTP) dan juga penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.
Back to top Go down
Pororo



Posts : 20
Join date : 20/06/2013
Age : 22

PostSubject: Order Baru Ekonomi Dunia (NIEO)   Tue Jul 02, 2013 10:11 am

1.Order baru ekonomi dunia dibentuk dalam persidangan KhasPBB ke-6.

2.Hal ini terjadi disebabkan oleh atas desakkan negara-negara selatan dalam Dialog Utara-Selatan.

3.Order ini digubal pada tahun 1974.

4.Matlamat NIEO adalah seperti yang berikut: a. Membetulkan ketidaksamaan dalam struktur ekonomi   antarabangsa b. Menghapuskan jurang perbezaan ekonomi antara pihak selatan(negara dunia ke-3) dengan pihak utara (negara dunia pertama atau negara maju).

5.Tujuan Order Baru Ekonomi adalah:
  a. Membantu negara membangun dari segi eksport-import dalam barangan mentah seperti getah  dan bijih timah.
  b. Menentukan semula syarat perdagangan dari segi cukai
  c. Memberi bantuan teknologi dan pemindaan teknologi
  d. Tindakan IMF dan usul pinjaman kepada negara membangun
  e. Memberi peluang persaingan dalam pasaran antarabangsa bagi barangan dari Negara Dunia Ketiga
  f. Merundingkan semula beban hutang luar Negara Dunia Ketiga seperti Brazil, mengurangkan sikap berat sebelah negara maju terhadap Negara Dunia Ketiga yang mengawal hak pengeluaran khas dan menggunakan sekatan perdagangan terhadap barangan dari Negara Dunia Ketiga.
Back to top Go down
eqynnoh
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 3
Join date : 12/06/2012
Age : 22

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN   Wed Jul 03, 2013 9:12 am

Malaysia adalah merupakan negara yang sedang membangun daripada pelbagai aspek sama ada politik mahupun ekonomi. Selain itu, Malaysia adalah antara negara yang aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi bagi negara-negara selatan. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Malaysia dalam perkara ini.
Back to top Go down
paah



Posts : 2
Join date : 12/06/2012
Age : 22

PostSubject: Malaysia Dalam Memperjuangkan Ekonomi Negara-negara Selatan   Wed Jul 03, 2013 9:20 am

Pendahuluan:
Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia merupakan antara salah satu diantara negara selatan yang aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan. Terdapat pelbagai langkah yang telah diambil oleh negara kita, Malaysia dalam memperjuangkan ekonomi tersebut.

Isi 1:
Antara langkah yang telah diambil oleh Malaysia ialah, yang pertama, mewujudkan dialog dengan negara-negara Utara. Dialog antara Utara-Selatan melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara Dunia Ketiga tentang isu ekonomi. Contohnya, melalui Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Kerjasama Ekonomi Antarabangsa (CIEC), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Mereka telah menjelaskan keperluan menyusun semula ketidakseimbangan perdagangan dan pembayaran. Ianya berpunca daripada sikap negara-negara Utrana dan tiada usaha membantu ekonomi negara-negara selatan.

Penutup:
Kesimpulannya, seluruh rakyat Malaysia daripada semua lapisan mesyarakat harus membuktikan bahawa Malaysia mampu untuk menjadi antara negara terbaik didunia dengan memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan secara aktif tersebut.
Back to top Go down
wien menma
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 4
Join date : 25/06/2012
Age : 22
Location : sibu,sarawak

PostSubject: MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA-NEGARA SELATAN   Wed Jul 03, 2013 9:21 am

PENDAHULUAN :
Malaysia merupakan negara yang maju dan telah menjalinkan hubungan yang amat baik diperingkat antarabangsa. Terdapat pelbagai kepentingan yang diperoleh dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara selatan.Razz 
Back to top Go down
uechuna



Posts : 3
Join date : 24/07/2012
Age : 22
Location : kpg buah dabai

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN   Wed Jul 03, 2013 9:25 am

pendahuluan:
Malaysia merupakan sebuah negara yang maju. Malahan, Malaysia menjalinkan hubungan yang amat baik di peringkat antarabangsa.

isi 1:
Malaysia telah mewujudkan dialog dengan negara-negara utara yang dikenali sebagai Dialog Utara-Selatan. Hal ini melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara dunia ketiga mengenai isu ekonomi. Sebagai contoh, melalui Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perdangangan dan Pembangunan (UNCTAD), Kerjasama Ekonomi Antarabangsa (CIEC), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (EOCD). Jelaslah bahawa, Dialog Utara-Selatan menjelaskan keperluan menyusun semula ketidakseimbangan perdangangan dan pembayaran yang berpunca daripada sikap negara-negara utara yang tiada usaha membantu ekonomi negara-negara selatan.

penutup:
Secara kesuluruhannya, Malaysia amat mementingkan kestabilan ekonomi negara supaya negara akan lebih maju dan stabil. Kestabilan ekonomi sesebuah negara terletak pada kekuatan negara tersebut.
Back to top Go down
rozaida R



Posts : 4
Join date : 25/06/2012

PostSubject: malaysia adalah antara negara yang aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.    Wed Jul 03, 2013 9:26 am

pendahuluan :
Malaysia merupakan sebuah negara yang maju. Malaysia juga menjalinkan hubungan yang amat baik di peringkat antarabangsa.

isi :
Malaysia telah mewakili negara-negara selatan dalam kumpulan G-15 dan kumpulan G-77. hal ini kerana, bagi merangka strategi kerjasama selatan yang lebih utuh. Sebagai contoh, sidang kemuncak pertama dijayakan oleh malysia di Kuala Lumpur pada tahun 1990. Lazimnya, persidangan tersebut telah merangcang kerjasama bidang sains dan teknologi serta penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur. Oleh itu, jelaslah bahawa Malaysia merupakan negara yang aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.

penutup :
Secara keseluruhannya, Malaysia adalah negara yang amat mementingkan kestabilan ekonomi negara supaya negara akan lebighn membangun selaras dengan negara-negara maju yang lain.
Back to top Go down
zaki rabani
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 1
Join date : 22/05/2012
Age : 22

PostSubject: MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN   Wed Jul 03, 2013 9:26 am

Pendahuluan:
       
        Malaysia merupakan negara yang aktif di antara negara-negara selatan. Malaysia aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.

ISI 1:
Dialog dengan negara-negara utara telah diwujudkan. Hal ini demikian melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara Dunia Ketiga tentang isu ekonomi. Sebagai contoh, melalui Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perdagangan dan Pambangunan (UNCTAD), Kerjasama Ekonomi Antarabangsa (CIEC), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Kerjasama dan PEmbangunan Ekonomi (OECD). Jelaslah, keperluan menyusun semula ketidakseimbangan perdagangan dan pembayaran ini berpunca daripada negara-negara utara yang tiada usaha dalam membantu ekonomi negara-negara selatan.

ISI 2:
Selain itu, sistem perdagangan atau order baharu ekonomi dunia dapat dibentuk. Hal ini demikian kerana, Malaysia mendapat sokongan daripada 77 buah negara selatan. Malaysia menuntut supaya negara-negara utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara. Contohnya, penghapusan sekatan perdagangan. Jelaslah, dengan memperjuangkan kepentiongan ekonomi dunia dapat dibentuk.

ISI 3:
Di samping itu, Malaysia mencadangkan kerjasama yang lebih rapat antara negara selatan. Hal ini demikian kerana, untuk mengelak dominasi negara utara tehadap ekonomi dunia. Contohnya, bekerjasama dalam aspek perdagangan, kewangan, sains dan teknologi. Dengan ini, Malaysia perlu membuat perjanjian dengan kumpulan negara selatan. Jelaslah, kerjasama lebihi rapat dapat dilaksanakan dengan memperjuangkan ekonomi negara selatan.

ISI 4:
Malaysia juga telah mewakili negara-negara selatan dalam Kumpulan G-15 dan Ku,pulan G-77. Hal in demikian, untuk merangka strategi kerjasama selatan yang lebih utuh. Contohnya, merancang kerjasama bidang sains dan teknologi dan penubuhan Pusat Pertukaran data Pelaburan Prdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC). sidang kemuncak pertama telah dijayakan oleh malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1990. Jelaslah, Malaysia dapat memeperjuangkan kepentingan ekonomi negar selatan dalam mewakili negara selatan dalam Kumpulan G-15 dan Kumpulan G-77.

ISI 4:
Akhir sekali, Malaysia juga mewujudkan hubungan perdagangan dalam kalangan negara selatan. Hal ini demikian sebagai usaha untuk mencari rakan dagang bbaharu. Contohnya, pada Ogos tahun 2009, Lembaga Perindustrian Malaysia (MIDA) berhasrat menggalakkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara malaysia dengan negara selatan. dengan ini, hubungan deplomatik yang rapat dan terjalin secara berterusan dalam persidangan badan sedunia. jelaslah, Malaysia telah mewujudkan hubungan perdagagan yang lebih dinamik dalam ekonomi negara-negara selatan.


Last edited by zaki rabani on Fri Jul 05, 2013 10:30 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
sarahiykah



Posts : 3
Join date : 29/06/2012
Age : 21
Location : Sibu, sarawak

PostSubject: MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN    Wed Jul 03, 2013 9:26 am

PENDAHULUAN:

* Malaysia merupakan negara yang berkembang maju dan begrgiat aktif dalam sektor ekonomi.
* Terdapat beberapa kepentingan yang diperoleh dalam memperjuangkan ekonomi negara selatan-selatan.

ISI-ISI:

* Mewujudkan dialog utara-selatan.
> melibatkan perjuangan antara negara perindustrian dengan negara dunia ketiga tentang isu ekonomi.
> melalui persidangan pertubuhan bangsa bersatu.

* Bentuk sistem perdagangan atau order ekonomi dunia.
> menuntut negara utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara.

* wujudkan hubungan perdagangan yang dinamik.
> satu usaha mencari rakan dagang baharu.

PENUTUP:
* Mengukuhkan lagi hubungan antara negara malaysia dengan negara selatan.
Back to top Go down
fabblue dolphin
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 2
Join date : 20/06/2012
Age : 22
Location : smk agama sibu

PostSubject: Malaysia Dan Ekonomi Negara Selatan-Selatan   Wed Jul 03, 2013 9:28 am

Malaysia kini semakin meningkatkan perubahan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, Malaysia menjalankan kegiatan ekonomi dengan negara-negara Selatan untuk lebih menuju ke arah kemodenan dan berteknologi tinggi.

Hasil daripada dialog utara-selatan telah membawa kepada kerjasama Selatan-Selatan. Antaranya adalah untuk mewujudkan dialog dengan negara-negara utara. Ianya melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara Dunia Ketiga tentang isu ekonomi. Misalnya melalui Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatutentang Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD). Ini menjelaskan keperluan untuk menyusun semula ketidakseimbangan perdagangan dan pembayaran terhadap ekonomi dunia. Ianya berpunca daripada sikap negara-negara Utara yang tiada usaha membantu ekonomi negara-negara Selatan.

Selain itu, ianya dapat membentuk suatu sistem perdagangan atau order baharu ekonomi dunia. Malaysia mendapat sokongan daripada 77 buah negara Selatan. Antara usaha yang dibuat oleh Malaysia ialah menuntut supaya negara-negara Utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara. Contohnya, penghapusan sekatan perdagangan, menyediakan bantuan dan pemindahan teknologi dan penentuan semula tarif serta syarat perdagangan.

Justeru itu juga, mencadangkan kerjasama yang lebih rapat dengan negara Selatan dapat memupuk kerjasama dalam aspek perdagangan, kewangan, sains dan teknologi serta kewangan dalam ekonomi negara Malaysia dengan negara Selatan. Hal ini adalah untuk mengelak daripada dominasi negara Utara terhadap ekonomi dunia. Contohnya membuat kegiatan ekonomi Malaysia dengan negara-negara Selatan.

Dengan mewakili negara-negara Selatan dalam kumpulan G-15 dan Kumpulan G-77 dapat merangka srategi kerjasama Selatan yang lebih utuh. Misalnya Sidang Kemuncak Pertama yang telah dijayakan oleh Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1990. Iaitu merancang kerjasama bidang sains dan teknologi dan penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur.

Seterusnya, Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) telah diwujudkan untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan negara anggota dalam semua bidang. Sebagai contohnya, mengeksport barangan Malaysia ke negara Islam di Asia Tengah. Dengan ini, ekonomi Malaysia semakin meningkat dan peluang pasaran di Malaysia di luar negara semakin berkembang.

Hubungan baik antara negara-negara Selatan merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam memastikan keadaan ekonomi dan politik negara baik.


Last edited by fabblue dolphin on Fri Jul 05, 2013 9:21 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 22
Location : smk agama sibu

PostSubject: MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA-NEGARA SELATAN   Wed Jul 03, 2013 11:56 am

Sebagai sebuah negara yang maju, Malysia merupakan negara yang berdaya saing dalam pelbagai aspek terutamanya dalam bidang ekonomi. Selain itu, Malaysia juga bergiat secara aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.Oleh itu, terdapat beberapa usaha yang dilakukan oleh Malaysia untuk mempertingkatkan kepentingan ekonomi tersebut.

Antara usaha yang dilakukan oleh Malayasia ialah mewujudkan dialog dengan negara-negara selatan. Hal ini demikian kerana, dialog utara selatan melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara Dunia Ketiga tentang isu ekonomi. Contohnya, Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Kerjasama Ekonomi Ntarabangsa (CIEC), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Natijahnya, dialog utara selatan telah membantu dalam menjelaskan keperluan menyusun semula ketidakseimbangan perdagangan dan pembayaran yang berpunca daripada sikap negara-negara Utrana yang tiada usaha membantu ekonomi negara-negara Selatan.

Selain itu, membentuk suatu sistem perdagangan atau order ekonomi dunia. Hal ini demikian kerana, Malaysia telah mendapat sokongan daripada 77 buah negara Selatan untuk  menuntut supaya negara-negara Utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara. Contohnya,penghapusan sekatan perdagangan, bayaran hutang negara Selatan, menyediakan bantuan dan pemindahan teknologi, pembabitan negara Selatan dalam membuat keputusan tentang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), peluasan pasaran dan penentuan semula tarif serta syarat perdagangan. Oleh itu, pembentukan sisten perdagangan juga perlu dilakukan supaya ekonomi negara-negara selatan dapat diperjuangkan dengan baik.

Seterusnya, mencadangkan kerjasama yang lebih rapat antara negara Selatan. Hal ini demikian kerana, kerjasama dalam aspek perdagangan, kewangan, sains dan teknologi serta kewangan lain perlu dilakukan agar ekonomi negara selatan berada dalam kedaan baik.Contohnya,membuat perjanjian dengan kumpulan negara Selatan. Natijahnya, kerjasama yang lebih erat seperti ini dapat  mengelak daripada dominasi negara Utara terhadap ekonomi dunia.      

Disamping itu, mewakili negara-negara Selatan dalam Kumpulan G-15 dan Kumpulan G-77. Hal ini demikian kerana, ia dapat membantu Malaysia dalam merangka strategi kerjasama Selatan yang lebih utuh. Sebagai contohnya, sidang Kemuncak Pertama dijayakan oleh Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1990. Sidang kemuncak ini telah merancang kerjasama bidang sains dan teknologi dan penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur. Oleh itu, ekonomi negara selatan juga dapat di bentuk melalui cara tersebut.

Selain itu, mewujudkan hubungan perdagangan yang lebih dinamik dalam kalangan negara Selatan. Hal ini demikian kerana, sebagai usaha untuk mencari rakan dagang baharu melalui hubungan diplomatik yang rapat dan terjalin secara berterusan dalam persidangan badan sedunia. Contohnya, pada Ogos tahun 2009 Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) berhasrat menggalakkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan negara-negara Selatan. Oeh itu, beberapa strategi meningkatkan perdagangan dilakukan.

Secara keseluruhannya, sesetengah masyarakat perlu bekerjasama dalam membangunkan ekonomi negara supaya negara Malaysia dapat berdiri setanding dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam membangunkan negara Malaysia juga perlu bijak bertindak untuk memajukan ekonomi negara agar negara kita dapat menjadi contoh dan tauladan kepada negara-negara selatan dalam memperjuangkan ekonomi negara.


Last edited by n a z r a h on Wed Jul 03, 2013 12:32 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
sirah shahirah



Posts : 9
Join date : 06/06/2012
Age : 22
Location : smk agama sibu

PostSubject: Malaysia dan Ekonomi Negara Selatan-Selatan   Wed Jul 03, 2013 12:23 pm

afro      Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan kian membangun selaras dengan negara-negara yang lain. Dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara selatan-selatan, pelbagai usaha telah dilakukan.
           
             Malaysia memperjuangan kepentingsn ekonomi melalui pewujudan dialog dengan negara-negara Utara. Perkara ini melibatkan perjuangan antara negar-negar perindustrian dengan negara Dunia Ketiga mengenai isu ekonomi. Contohnya melaui Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Kerjasama Ekonomi Antarabangsa (CIEC), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Hal ini menjelaskan keperluan menyusun semula ketidakseimbangan perdagangan dan pembayaran yang berpunca daripada sikap negara-negara Utara yang tiada usaha membantu ekonomi negara-negara Selatan.
             
Selain itu, pembentukan sistem perdagangan atau order baharu ekonomi dunia menyebabkan Malaysia mendapat sokongan daripada 77 buah negara Selatan dalam pelaksanaannya. Antara cadangan yang dilancarkan oleh Malaysia ialah menuntut negara-negara Utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa cara. Contohnya, penghapusan sekatan perdagangan , pembayaran hutang negara Selatan, menyediakan bantuan dan pemindahan teknologi, pembabitan negar Selatan dalam membuat keputusan mengenai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), perluasan pasaran dan penetuan semula tarif serta syarat perdagangan.
           
 Usaha kerjasama lebih rapat antara negara Selatan turut dilancarkan oleh Malaysia. Hal ini melibatkan kerjasama dalam aspek perdagangan, kewangan, sains dan teknologi. Perkara ini dilakukan bagi mengelak dominasi negara Utara terhadap ekonomi dunia. Oleh itu, Malaysia meningkatkan ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota tanpa bergantung kepada negara-negara maju. Malaysia turut membuat perjanjian dengan kumpulan Negara Selatan.
             
Malaysia turut mewakili negara-negara Selatan dalam kumpulan G-15 dan Kumpulan G-77. Malaysia memainkan peranan penting dalam merangka strategi kerjasama selatan yang lebih utuh. Hasilnya, sidang kemuncak pertama dijayakan oleh Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1990. Antara projek yang dirancang termasuklah kerjasama bidang sains dan teknologi dan penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur.
             
Seterusnya, Malaysia mewujudkan hubungan perdagangan yang lebih dinamik dalamkalangan negara Selatan. Hal ini demikian sebagai usaha untuk mencari rakan abru disamping hubungan diplomatik yang rapat dan terjalin secara berterusan dalam persidangan badan sedunia. Perdagangan telah meningkat berdasarkan beberapa strategi. Contohnya, pada bualn Ogos tahun 2009, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) berhasrat menggalakkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan negara Selatan-Selatan.
             
Kesimpulannya, sebagai negara yang membangun, Malaysia memainkan peranannya yang tersendiri dalam peningkatan ekonominya. lol! 
Back to top Go down
halina arni



Posts : 5
Join date : 12/06/2012
Age : 22

PostSubject: MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA-NEGARA SELATAN   Wed Jul 03, 2013 12:23 pm

Malaysia kini merupakan sebuah negara yang berkembang maju dan bergiat aktif dalam ekonomi. Oleh itu ,Malaysia kini aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.

Antara langkah dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan ialah mewujudkan dialog dengan negara-negara utara. hali ini demikian kerana, ia melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara Dunia ketiga. Contohnya, melalui Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), dan menjelaskan keerluan menyusun semula ketidakseimbangan perdagangan dan pembayaran yang berpunca daripada sikap negara-negara utara yang tiada usaha untuk membantu ekonomi.

Selain itu, membentuk suatu sistem perdagangan atau order ekonomi dunia. Hal ini demikian kerana, Malaysia telah mendapat sokongan daripada 77 buah negara selatan dan menuntut supaya negara-negara utara mengurangkan sikap yang tidak adil. Contohnya, penghapusan sekatan perdagangan bayaran hutang negara selatan dan tabung kewangan Antarabangsa (IMF), perluasan pasaran dan penentuan semula tarif dan syarat perdagangan. Oleh itu, membentuk suatu sistem perdagangan atau order ekonomi dunia merupakan langkah untuk memperjuangkan kepentingan ekonomi.

Di samping itu, mencadangkan kerjasama yang lebih rapat antara negara selatan. Hal ini demikian kerana, untuk mengelak dominasi negara utara terhadap ekonomi dunia. Contohnya, dengan membuat perjanjian dengan kumpulan negara selatan seperti kerjasama dalam aspek perdagangan, kewangan, sains dan teknologi serta kewangan. Oleh itu, langkah untuk memperjuangkan ekonomi negara-negara selatan dengan mencadangkan kerjasama yang lebih rapat antara negara selatan.

seterusnya ialah mewakili negara-negara selatan dalam kumpulan G-15 dan kumpulan GT-77. Hal ini demikian kerana, sidang kemuncak pertama G-15 telah dijayakan oleh Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1990 dan merancang kerjasama dalam bidang sains dan teknologi dan penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur.

Akhir sekali, mewujudkan hubungan perdagangan yang lebih dinamik dalam kalangan negara selatan. Hal ini demikian kerana, sebagai usaha untuk mencari rakan dagang baharu. Contohnya, pada Ogos 2009, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) berhasrat menggalakkan hunugan Perdagangan dan Pelaburan antara Malaysia dengan negara-negara selatan. Oleh itu, mewujudkan hubungan perdagangan yang lebih dinamik merupakan langkah yang seterusnya.

Secara keseluruhannya, Malaysia perlu bergiat lebih aktif lagi dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.
Back to top Go down
Pororo



Posts : 20
Join date : 20/06/2013
Age : 22

PostSubject: Malaysia adalah antara negara yang aktf dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.Ulas penyataan ini.   Wed Jul 03, 2013 12:31 pm

Pendahuluan
-Malaysia merupakan salah satu daripada ahli negara-negara selatan.Dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan,Malaysia meupakan antara negara yang aktif.

Isi
1-Malaysia telah mewujudkan dialog dengan negara-negara utara.Hal ini demikian kerana,dialog tersebut melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara Dunia Ketiga tentang isu ekonomi.Sebagai contoh,Perjanjian Getah Asli Antarabangsa,Perjanajian Bijih Timah Antarabangsa,dan Perjanjian Koko Antarabangsa berjaya menstabilkan harga komoditi bekenaan hasil daripada Dialog Utara-Selatan.Kejayaan tersebut disokong dengan mewujudkan tabung bersama untuk menstabilkan harga komoditi utama.Malaysia merupakan sebagai wakil pihak selatan dalam Dialog Utara-Selatan.

2-Seterusnya,membentuk suatu sistem perdagangan atau Order Baharu Ekonomi Dunia(NIEO).Hal ini demikian kerana,Malaysia mendapat sokongan daripada 77 buah ngara selatan dalam menuntut supaya negara-negara utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara.Sebagai contoh,penghapusan sekan perdagangan,bayaran hutang negara selatan,menyediakan bantuan dan pemindahan teknologi,pembabitan negara selatan dala membuat keputusan tentang Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF),perluasan pasaran,dan penentuan semula tarif serta syarat perdagangan.Oleh itu,ia dapat menghapuskan perbezaan ekonomi anara pihak selatan dengan pihak utara.Malaysia menuntut kewujudan NIEO melalui Dialog Utara-Selatan mewakili pihak selatan.

Penutup
-Sebagai rumusan,aktifnya Malaysia dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli negara-negara selatan yang lain sekaligus meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya tinggi.
Back to top Go down
wan wann
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 5
Join date : 22/05/2012
Age : 22

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN   Wed Jul 03, 2013 12:34 pm

pendahuluan;

malaysia adalan sebuah negara yang aktif dalam memperjuangkan ekonomi negara-negara selatan.Terdapat pelbagai kepentingan yang diperoleh dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara selatan.

isi 1: 

kerjasama yang lebih rapat antara negara-negara selatan.hal ini demikian kerana kerjasama untuk mengelakkan dominasi negara utara terhadap ekonomi dunia.sebagai contoh,kerjasam dalam aspek perdagangan,kewangan,sains dan teknologi.kerjasama juga boleh dibuat melalui perjanjian dengan kumpulan negara selatan.jelaslah bahawa hubungan yang rapat dapat memperjuangkan ekonomi melalui kerjasama yang dibuat antara negara-negara selatan.

isi 2:

dialog utara selatan.hal ini demikian kerana ia melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian denagn negara dunia ketiga tentang isu ekonomi.sebagai contoh,melalui persidangan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu tentang perdagangan dan pembangunan(UNCTAD).menjelaskan keperluan menyusun semula ketidak seimbangan perdagangan dan pembayaran berpunca daripada sikap negara ytara yang tiada usaha untuk membantu ekonomi negara selatan .jelaslah bahawa ,dialog utara selatan amat penting dalam memperjuangkan ekonomi.

isi 3:

mewujudkan hubungan perdagangan yang dinamik dalam kalangan negara selatan.hal ini demikian kerana sebagai usaha untuk mencari rakan dagang yang baru.sebagai contoh,lembaga kemajuan perindustrian malaysia menggalakkan perdagangan malaysia dengan negara selatan.ia juga dapat memberikan strategi untuk meningkatkan perdagangan.oleh itu,hubungan yang rapat antara negara selatan juga salah satu kepentingan untuk memperjuangkan ekonomi negara-negara selatan.

isi 4:

penting dalam negara selatan untuk mewakili dalam kumpulan G-15 dan G-77.hal ini demikian kerana dapat merangka strategi kerjasama selatan yang lebih utuh.sebagai contoh,malaysia telah menjayakan sidang kemuncak di kuala lumpur untuk meranncang kerjasama dalam bidang sains dan teknologi.jelaslah ia dapat mengembangkan teknologi negara-negara selatan.

isi 5:

membentuk suatu sistem perdagangan.hal ini demikian kerana malaysia telah mendapat sokongan 77 buah negara selatan.sebagai contoh,penghapusan sekatan perdagangan dan bayaran hutang negara selatan.malaysia juga berusaha mengurangkan sikap ketidakadilan dalam beberapa perkara.jelaslah ia dapat membentuk sistem perdagangan negaraselatan yang lebih utuh.

penutup :

natijahnya, Malaysia amat mementingkan kestabilan ekonomi negara supaya ekonomi malaysia akan lebih maju dan stabil. kestabilan malaysia merangkumi semua aspek. Embarassed 
Back to top Go down
Wardah punyer
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 5
Join date : 12/06/2012

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN   Wed Jul 03, 2013 12:36 pm

PENDAHULUAN:
malaysia merupakan sebuah negara yang maju.Malaysia juga telah menjalinkan hubungan yang amat baik di peringkat antarabangsa.

ISI 1:
Antara kepentingan ekonomi negara-negara selatan ialah dapat mewujudkan dialog dengan negara-negara utara.Hal ini demikian kerana,penglibatan ini melibatkan perjuangan antaran negara -negara perindustrian dengan negara Dunia Ketiga tentang isu ekonomi.Misalnya,melalui persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang perdagangan dan Pembangunan(UNCTAD) kerjasama Ekonomi AntarabaNGSA(CIEC),tabung kewangan Antarabangsa(IMT) dan pertubuhan kerjasama odan pembangunan Ekonomi(OECD).Kerjasama yang telah dilaksanakan ini menjelaskan keperluan menyusun  semula ketidakseimbangan pedagang dan pembayaran.Situasi ini berpunca daripada sikap negara-negara utara yang tiada usaha membantu ekonomi egara-negara selatan.

ISI 2:
Selain itu,kepentingannya ialah mampu membentuk suatu sistem perdagangan atau order ekonomi dunia.Hal ini demikian kerana Malaysia mendapat sokongan daripasa 77 buah negara selatan.Antaea usaha yang dilakukan malaysia ialah menuntut supaya negara-negara Utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara.Misalnya penghapusan sekatan perdagangan,bayaran hutang negara selatan dan permindahan teknologi.Pembabitan negara-negara selatan dalam membuat keputusan tentang tabung kewangan Antarabangsa (IMF) telah memperluaskan pasaran dan penentuan semula tsrif serta syarat perdagangan.

ISI 3:
Seterusnya mencadangkan kerjasama yang telah rapat antara negara selatan merupakan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.Hal ini demikian keranakerjasama dalam aspek perdagangan,kewangan sains teknologi yang dijalankan.Hali ini untuk mengelak dominasi negara Utara terhadap ekonomi dunia , misalnyamembuat perjanjian kumpulan negara selatan.

ISI 4:
Di samping itu juga,dalam mewakili negara-negara selatan melalui kumpulan G-15 dan kumpalancG-77b mampu menjadikan hubungan malaysia dengan negara-negara Selatan  menjadi lebih utuh.Misalnya Sidang Kemuncak Pertama yang dijayakan di Kuala Lumpur pada tahun 1990.Dalam persidangan tersebut,mereka telah merancang kerjasama bidang sains dan teknologi dan perhubungan pusat Pertukaran.Data pelaburan perdagangan dan teknologi(SITTDEC)di kuala lumpur.

ISI 5:
Seterusnya,mewujudkan hubungan perdagangan dalam kalangan negara-negara Selatan.Hal ini demikian kerana,ia bertujuan sebagai usaha untuk mencaru dagangan baharu.Hubungan diplomatikbyang rapat dan terjalin secara berterusan dalam persidangan badan Dunia.Beberapa strategi bagi meningkatkanvperdagangan telahpun dilaksanakan.Misalnya,pada Ogos Tahun 2009,Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia(MIDA) berhasrat menggalakkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan negara-negara Selatan.Hubungan ini telah menjadikan perdagangan di antara kedua-dua buah negara menjadi lebih baik.

PENUTUP:
Secara keseluruhannya,Malaysia adalah negara yang amat mementingkan kestabilan ekomomi negara supaya negara akan lebih membangun selaras dengan negara-negara maju yang lain.
Back to top Go down
aientzgreen
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 4
Join date : 12/06/2012

PostSubject: MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA-NEGARA SELATAN   Wed Jul 03, 2013 12:58 pm

Pendahuluan:
Malaysia merupakan sebuah negara yang bergiat aktif dalam sektor ekonomi.Oleh itu,Malaysia bergiat aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi-ekonomi selatan.


Isi 1:
Malaysia telah mewujudkan Dialog Utara-Selatan dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi selatan.Hal ini adalah demikian kerana,Dialog Utara-Selatan melibatkan negara-negara yang memperjuangkan ekonomi negra masing-masing.Antara yang terdapat dalam pelaksanaan Dialog Utara-Selatan ialah Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perdagangan dan Pembangunan(UNCTAD),yang berperanan untuk menyusun semula ketidakseimbangan dan pembayaran dalam perdagangan untuk membantu meningkatkan ekonomi.

Isi 2:
Selain itu,Malaysia telah membentuk suatu sistem perdagangan atau order ekonomi dunia.Sistem ini telah mendapat sokongan daripada 77 buah negara Selatan.Sistem tersebut dibentuk adalah untuk membetulkan ketidaksamaan dalam struktur ekonomi antarabangsa selain daripada untuk menghapuskan jurang perbezaan ekonomi antara pihak Selatan dengan pihak Utara.Sistem ini bertujuan untuk mengurangkan sikap tidak adil negara-negara Utara dalam perdagangan iaitu syarat-syarat perdagangan,bayaran hutang negara Selatan,menyediakan bantuan pembangunan dan pemindahan teknologi dari Utara ke Selatan.

Isi 3:
Seterusnya,mencadangkan kerjasama yang lebih rapat dengan negara Selatan.Hal ini kerana dengan adanya kerjasama dengan negara Selatan dapat mengelakkan dominasi negara Utara terhadap ekonomi dunia.Kerjasama ini hendaklah melibatkan aspek perdagangan,kewangan serta sains dan teknologi supaya dapat menggalakkan perdagangan dan pelabuiran di antara kedua-dua benua.Oleh itu,kerjasama ini amat penting bagi menjamin keadaan ekonomi bersama.

Isi 4:
Malaysia telah mewakili negara-negara Selatan dalam Kumpulan G-15 dan Kumpu77.Hal ini kerana,penglibatan ini dapat merangka strategi kerjasama Selatan yang lebih utuh.Kumpulan G-15 telah menyusun perkara-perkara berkaitan Mekanisnme Kewangan Pembiayaan Perdagangan yang melibatkan penghapusan cukai berganda antara dua buah negara yang mempunyai hubungan perdagangan.Kumpulan ini juga telah menyusu perkara untuk Pusat Pertukaran Data Pelaburan,Perdagangan dan Teknologi Selatan ditubuhkan di Kuala Lumpur untuk menjalinkan kerjasama untuk urusan perniagaan dan menyebarkan maklumat ekonomi.

Isi 5:
Mlaysia hendaklah mewujudkan hubungan perdagangan yang lebih dinamik dalam kalangan negara Selatan.Hal ini adalah sebagai usaha untuk rakan dagang baharu.Hubungan diplomatik yang rapat dan berterusan dalam persidangan badan dunia merupakan strategi untuk meningkatkan perdagangan.Dengan ini,akan menggalakan hubungan antara Malaysia dengan negara-negara Selatan dalam pelbagai sektor terutamanya dalam sektor ekonomi.

Penutup:
Secara keseluruhnannya,ini menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mementingkan ekonomi dan berpotensi menjadi sebuah negara yang maju setanding dengan negara-negara maju di dunia.

Back to top Go down
dewi wie



Posts : 13
Join date : 17/06/2013
Age : 22
Location : matu goooo

PostSubject: malaysia adalah antara negara yang aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.   Wed Jul 03, 2013 1:06 pm

Malaysia merupakan salah satu negara yang maju.Malahan,tidak hairanlah Malaysia terkenal dengan hubungan ekonomi antarabangsa dan negara aktif.
Malaysia telah mewujudkan dialog dengan negara-negara utara untuk memperjuangkan ekonomi negara-negara selatan.Hal ini demikian kerana,Malaysia melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara Dunia Ketiga tentang isu ekonomi.Contohnya,melalui Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD),Kerjasama Ekonomi Antarabangsa(CIEC),Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).Dengan ini,Malaysia menjelaskan keperluan menyusun semula
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN   Today at 7:52 pm

Back to top Go down
 
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 2Go to page : 1, 2  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pengajian Am STPM P1 P2 P3  :: PENGAJIAN AM MODULAR :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3-
Jump to: