Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~

Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
Latihan Karangan  I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
Latihan Karangan  I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
Latihan Karangan  I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
Latihan Karangan  I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
Latihan Karangan  I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
Latihan Karangan  I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
Latihan Karangan  I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
Latihan Karangan  I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
Latihan Karangan  I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Latihan Karangan

+13
masfathiah
nur shaherra johar
nuha amirah
afiqzainuddin
asma zhafri
husna150497
ijattsalleh
ANIANI
sitinurulhidayah
sakinahibrahim
fazlina
sopiatul_hasanah
cg sue
17 posters

Go down

Latihan Karangan  Empty Latihan Karangan

Post by cg sue Thu Jun 23, 2016 11:01 am

Ancaman militan dan kumpulan pengganas bukan lagi melibatkan sesebuah negara sahaja, tetapi secara global dan memerlukan perancangan yang berkesan untuk mengatasinya. Bincangkan.

2+3 / 3+2
cg sue
cg sue
Admin
Admin

Posts : 1638
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty Re: Latihan Karangan

Post by sopiatul_hasanah Thu Jun 23, 2016 11:41 am

Ancaman militan ialah ancaman kepada orang atau kelompok orang-orang yang ikut serta dalam suatu pertempuran verbal yang agresif. Ancaman militan dan pengganas semakin berleluasa hingga ke peringkat global. Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil berat bagi mengatasi isu ini.

sopiatul_hasanah

Posts : 1
Join date : 23/06/2016

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty Latihan Karangan

Post by fazlina Thu Jun 23, 2016 11:41 am

Militan ialah orang atau kelompok orang-orang yang ikut serta dalam suatu pertempuran verbal yang agresif. Golongan ini memberi ancaman kepada masyarakat dan negara. Secara khusus, seorang yang militan turut serta dalam tindak kekerasan sebagai alasan memperjuangkan sesuatu tujuan.

fazlina

Posts : 2
Join date : 04/08/2015

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty pendahuluan

Post by sakinahibrahim Thu Jun 23, 2016 11:47 am

militan ialah sekumpulan manusia berfikiran sempit yang menggunakan keganasan untuk menjayakan cita-cita politik, agama atau membuat tuntutan tertentu. Terdapat pelbagai jenis ancaman dan cara mengatasi ancaman tersebut.

sakinahibrahim

Posts : 3
Join date : 04/08/2015

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty Re: Latihan Karangan

Post by sitinurulhidayah Thu Jun 23, 2016 11:48 am

Pengenalan

       Pada era globalisasi ini, ancaman militan dan kumpulan pengganas semakin berleluasa di kebanyakan negara. Ancaman ini juga telah mengancam keselamatan bukan sahaja sesebuah negara, tetapi secara global. Terdapat beberapa jenis ancaman dan langkah-langkah untuk mengatasi ancaman tersebut.

sitinurulhidayah

Posts : 3
Join date : 04/08/2015
Age : 26

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty langkah mengatasi

Post by sakinahibrahim Thu Jun 23, 2016 11:56 am

antara langkah untuk mengatasi masalah ini ialah dengan bekerjasama secara bijaksana dengan berkongsi maklumat dan menjalankan operasi membanteras secara bersepadu dan bersama anggota ASEAN. hal ini demikian kerana, pergerakan kumpulan militan dan pengganas ini dapat dipantau dari sebuah negara kesebuah negara. hal ini dapat memperlahankan proses kematangan dan pembesaran kumpulan ini.

sakinahibrahim

Posts : 3
Join date : 04/08/2015

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty pengenalan

Post by ANIANI Thu Jun 23, 2016 12:01 pm

Keganasan yang sering melanda negara adalah ancaman utama yang menggugat kesejahteraan antara negara atau lebih dikenali sebagai ancaman militan.

ANIANI

Posts : 2
Join date : 23/06/2016

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty Re: Latihan Karangan

Post by ijattsalleh Thu Jun 23, 2016 12:01 pm

Ancaman militan dan kumpulan pengganas yang kini semakin  menjadi-jadi di negara yang membangun. Terdapat pelbagai jenis ancaman militan dan perlbagai langkah yang telah dijalan untuk mengatasi kumpulan ini.
Antara jenis ancaman militan ialah ancaman luaran yang mengakibatkan banyak kematian. Sebagai contohnya, kekejaman Islamic State (IS) semakin tidak mengenal nilai kemanusiaan apabila sanggup menyembelih hidup-hidup rakyat Amerika Syarikat iaitu James Foley dan Steven Sotloff serta rakyat Britain iaitu David Haines dan Alan Henning. Oleh itu, ancaman ini memberi banyak kemudratan kepada rakyat.

ijattsalleh

Posts : 3
Join date : 23/06/2016

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty Re: Latihan Karangan

Post by husna150497 Thu Jun 23, 2016 12:01 pm

Ancaman militan dan kumpulan pengganas bukan lagi melibatkan sesebuah negara sahaja, tetapi secara global dan memerlukan perancangan yang berkesan untuk mengatasinya. Bincangkan.

Aktiviti keganasan merupakan satu manifestasi kegagalan mengurus ketidakpuasanterhadap pihak lain atau kerajaan yang memerintah. Banyak faktor yang mempengaruhkecenderungan ini dan Malaysia telah berjaya menanganinya dengan langkah-langkahtertentu.Wujud perspektif negatif sesetengah
pihak antarabangsa terhadap rakyatMalaysia. Sebilangan rakyat Malaysia dikatakan mudah
dipengaruhi dan
mudahbersimpati dengan gerakan militan khususnyz militan yang dikaitkan dengan Islam. RakyatMalaysia juga 'diletak dalam
rangking
tinggi untuk menjadi sumber tenaga yang boleh direkrul sebagai pengganas. Beberapa peristiwa yang melibatkan rakyat Malaysia dengan aktiviti keganasan sama adadalam atau luar negara mewujudkan persepsi ini. Penahanan dua rakyat Malaysia di Lubnan menjadi bukti masih wujud gerakan keganasan yang turut melibatkan rakyat Malaysia
.
Bukan sahaja aktiviti keganasan, malah aktiviti perdagangan orang dan pengedarandadah juga turut menjadikan Malaysia sebagai transit. Kedudukan Malaysia yangmenghubungkan banyak negara sama ada laut dan darat memudahkan pergerakankumpulan militan. Penduduk Malaysia yang pelbagai kaum memudahkan pergerakandan penyamaran kerana sukar dikenali walaupun oleh rakyat Malaysia sendiri. Masing-masing kaum 'terpisah' dengan amalan hidup yang berbeza dan dianggap sebagai privacy kaum berkenaan. Situasi ini memudahkan kumpulan militan menyelinap dalammasyarakat.Antara langkah yang diambil Malaysia dalam menangani gerakan pengganas dan persepsi negatif terhadap Malaysia ialah melalui kerjasama antara negara. Pertukaranmaklumat dan risikan telah membolehkan gerakan keganasan lebih cepat dapat ‘dihidu’
dan dicegah. Pertukaran maklumat dan risikan antara Malaysia, Indonesia dan Australia telahberjaya menyekat gerakan keganasan melibatkan tiga buah negara. Kerjasama Malaysia dalam

menahan aktivis 'Mas Selamat' pengganas Indonesia yang melarikan diri dari penjara Singapuraberjaya menyekat aktiviti keganasan.Memainkan peranan penting dalam menjayakan rundingan kedamaian Selatan Filipina. Satusituasi yang jelas tidak akan memberi ruang dan peluang kepada kumpulan radikal dan militanIslam untuk berkembang dan mempengaruhi pihak lain yang bersimpati dengan ideologi danperjuangan mereka. Perdamaian menyukarkan aktiviti pengganas atau pengganas tidak dapatbertapak di kawasan berkenaan. Kejayaan rundingan membuktikan tahap keupayaan diplomasiyang tinggi oleh kerajaan Malaysia.Pendekatan sederhana dan seruan Malaysia kepada pihak lain dalam menangani sebarangkonflik juga mempengaruhi kejayaan negara. Kaedah sederhana dalam mengurus krisis, tidak mengundang simpati masyarakat ke atas individu yang terlibat kerana tindakan keganasan. Tiadakekerasan, tiada simpati dan tiada tindak balas, tidak akan meningkatkan tindakan agresif.Pendekatan kekerasan oleh negara maju seperti Perancis menyebabkan sehingga sekarang negaraberkenaan masih berhadapan dengan isu keganasan.Banyak faktor yang mempengaruhi persepsi yang mengaitkan negara dengan gerakanpengganas. Namun dengan langkah yang konkrit gerakan ini berjaya ditangani dengan baik olehnegara Malaysia

husna150497

Posts : 4
Join date : 23/06/2016

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty pengenalan

Post by asma zhafri Thu Jun 23, 2016 12:02 pm

Ancaman keganasan pada masa kini semakin membinggungkan masyarakat dunia serta mengganggu gugat maruah sesebuah negara. Aktiviti keganasan ini sering kali dilakukan oleh kumpulan militan dan perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah.

asma zhafri

Posts : 2
Join date : 04/08/2015

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty pengenalan

Post by afiqzainuddin Thu Jun 23, 2016 12:02 pm

Kini, ancaman militan dan kumpulan pengganas kian berleluasa di kebanyakan negara. Ancaman ini juga mengancam keselamatan bukan sahaja sesebuah negara, tetapi juga secara global. Terdapat beberapa jenis ancaman dan langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini.

afiqzainuddin

Posts : 2
Join date : 23/06/2016

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty ancaman militan

Post by nuha amirah Thu Jun 23, 2016 12:47 pm

Ancaman militan ataupun pengganas merupakan isu yang seringkali diutarakan oleh beberapa pihak terutamanya pihak pemimpin negara-negara di dunia ini. Hampir setiap tahun terdapat berita mengenai keganasan besar yang dilakukan oleh puak ini dan perkara ini haruslah diatasi dengan kadar yang segera.
nuha amirah
nuha amirah

Posts : 7
Join date : 03/08/2015
Age : 26

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty Re: Latihan Karangan

Post by nur shaherra johar Thu Jun 23, 2016 7:52 pm

Jenis ancaman militan yang berlaku di peringkat global yang pertama adalah ancaman Islamic State (IS). Islamic State merupakan kumpulan militan radikal yang menggunakan nama Islam untuk berjihad, dan kini telah menguasai sebahagian besar kawasan di timur Syria, di utara serta barat Iraq. Mereka menggunakan taktik ganas termasuk pembunuhan beramai-ramai musuh yang ditangkap, penculikan dan memenggal kepala petugas media di negara luar sehingga menyebabkan campur tangan tentera Amerika Syarikat yang menyerang kubu kumpulan itu di Iraq. Matlamat Islamic State (IS) adalah untuk mewujudkan sistem pemerintahan khalifah, iaitu negara yang diperintah oleh seorang pemimpim politik dan agama.
Ancaman militan kedua yang berlaku di peringkat global adalah ancaman lanun antarabangsa. Lanun merupakan istilah bagi mana-mana perompak atau penjenayah yang beroperasi di kawasan laut. Selat Melaka telah dikenali sebagai perairan yang paling bahaya untuk pelayaran. Serangan lanun di kawasan itu mencapai puncaknya pada tahun 1997 bersamaan dengan kegawatan ekonomi dan pergolakan politik di Indonesia. Lanun terus bergiat aktif sehingga tahun 2004 apabila 38 serangan dicatatkan.
nur shaherra johar
nur shaherra johar

Posts : 5
Join date : 03/08/2015

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty pendahuluan karangan

Post by masfathiah Fri Jun 24, 2016 8:35 am

Ancaman militan dan pengganas heboh diperkatakan di seluruh dunia terutama di negara-negara maju.Ancaman ini amat membimbangkan banyak pihak disebabkan ancaman militan dan pengganas ini boleh bertindak di luar jangkaan dengan beberapa jenis ancaman.Langkah mengatasi masalah ini mestilah diatasi dengan segera.

masfathiah

Posts : 2
Join date : 23/06/2016

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty Re: Latihan Karangan

Post by farizchan Fri Jun 24, 2016 8:39 am

Militan atau kumpulan pengganas merupakan kumpulan yang melakukan keganasan untuk mencapai apa yang mereka inginkan. Isu ini semakin serius sehingga perlu diselesaikan diperingkat global.

farizchan

Posts : 2
Join date : 16/08/2015
Age : 26

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty Re: Latihan Karangan

Post by izzati razanan Fri Jun 24, 2016 8:52 am

Setiap negara mentafsirkan makna pengganas dan militan dengan cara tersendiri. Definisi yang palingb popular, militan ialah sekumpulan manusia yang berfikiran sempit yang menggunakan keganasan untuk menjayakan cita-cita politik, agama atau membuat tuntutan tertentu. Mereka sanggup bertindak kejam walaupun di antara mereka merupakan pemegang ajaran agama yang taat.

izzati razanan

Posts : 1
Join date : 23/06/2016

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty latihan karangan ancaman militan

Post by asykinrahim Fri Jun 24, 2016 8:55 am

Pada era kemodenan ini, ancaman militan seringkali menjadi tajuk utama pada muka hadapan media cetak seperti surat khabar.Oleh itu, langkah yang berkesan perlu diambil bagi mengatasi masalah ancaman militan ini.

asykinrahim

Posts : 2
Join date : 24/06/2016

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty Re: Latihan Karangan

Post by sakinahibrahim Fri Jun 24, 2016 8:55 am

selain itu, penubuhan pasukan pengintipandan perisikan juga merupakan antara langkah untuk menangani masalah ini. hal ini demikian kerana, aspek keselamatan negara dapat ditingkatkan melalui mata-mata yang telah ditugaskan. sebagai contohnya, jabatan perisikan negara-negara boleh bertukar - tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang berlaku. oleh itu, negara-negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera.

sakinahibrahim

Posts : 3
Join date : 04/08/2015

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty kumpulan militan dan kumpulan pengganas

Post by husna150497 Fri Jun 24, 2016 8:57 am

Menangani ancaman IS

Pembaca budiman. Beberapa bulan lalu, negara kita dikejutkan dengan berita seorang rakyat Malaysia menjadi pengebom berani mati kumpulan militan Negara Islam atau IS di Iraq. Ini adalah kali pertama seorang rakyat Malaysia bertindak sedemikian. Dalam insiden itu, anak muda terbabit merempuh ibu pejabat pasukan keselamatan Iraq di wilayah Anbar dengan sebuah SUV yang dimuatkan dengan bahan letupan, menyebabkan 25 anggota pasukan tentera elit Iraq terbunuh. Pada usia muda 26 tahun, beliau sepatutnya membantu menyara keluarga, tetapi sebaliknya memilih untuk melakukan tindakan sia-sia dan bertentangan ajaran Islam.

Selain anak muda terbabit, empat lagi rakyat Malaysia sudah terbunuh di Syria pada tahun ini. Bilangan ini dikhuatiri meningkat kerana seramai 39 rakyat Malaysia dikenal pasti sedang berada di Syria dan 40 lagi mungkin menerima nasib yang sama sekiranya pihak berkuasa tidak menahan mereka. Kerajaan Malaysia amat bimbang dengan penularan pengaruh kumpulan militan IS ini dan akan terus berusaha untuk mengekang aktiviti keganasan sebegini daripada menghancurkan negara.

Pada April tahun ini masyarakat antarabangsa khususnya agensi keselamatan dan perisikan mula menyuarakan kebimbangan berhubung ancaman kumpulan militan IS terhadap rantau Timur Tengah dan global. Ini ekoran kejayaan IS menawan beberapa wilayah di Iraq dan Syria serta mempertingkatkan usaha menarik rekrut baru dalam kalangan umat Islam seluruh dunia. Dunia resah dengan tindakan kejam kumpulan IS ke atas musuh mereka, sama ada daripada kalangan bukan Islam ataupun orang Islam sendiri yang dilihat tidak menyokong perjuangan mereka ataupun pihak yang didakwa mereka sudah sesat. Keresahan ini memuncak dengan penyembelihan seorang warga Amerika Syarikat, Peter Kassig pada 16 November lalu walaupun beliau sudah memeluk Islam dan menukar nama kepada Abdul Rahman.

Agensi keselamatan antarabangsa amat bimbang dengan pembabitan 15,000 foreign fighters dari lebih 80 negara dalam konflik di Syria di mana majoritinya menyertai kumpulan pengganas IS. Kebimbangan mengenai pembabitan foreign fighters ini menjadi kenyataan apabila terdapat beberapa insiden serangan lone wolf yang dilancarkan oleh individu yang pernah menyertai kumpulan IS di Syria seperti serangan di Belgium, Kanada, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Sejak konflik di Syria bermula pada Mac 2011, Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, sudah mula memantau aktiviti individu dan kumpulan tertentu di Malaysia yang menunjukkan kecenderungan untuk terbabit dalam gerakan militan di Syria, kononnya atas kewajipan jihad. Langkah proaktif ini membawa kepada terkesannya aktiviti sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Tandzim Al-Qaeda Malaysia (TAQM) pada pertengahan 2012. TAQM dipimpin Yazid Sufaat, bekas anggota kanan Jemaah Islamiah (JI) yang pernah menjalani hukuman Perintah Tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960 selama lapan tahun kerana terbabit dalam aktiviti yang memudaratkan keselamatan negara.

Dua anggota TAQM ditangkap pihak berkuasa Lubnan pada 12 Oktober 2012 ketika cuba menyusup masuk ke Syria, sementara seorang lagi individu Noor Fikrie ditembak mati dalam satu insiden untuk melancarkan serangan bunuh diri di Davoa City, selatan Filipina pada November 2012. Operasi Bahagian Counter Terrorism ke atas sel TAQM yang dilancarkan pada Februari 2013 juga membawa kepada tangkapan pertama, tiga suspek di bawah undang-undang baru, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960 atau ISA. Ketiga-tiga suspek didakwa di mahkamah pada 28 Mei 2013 dan sedang menunggu perbicaraan.

Ketika tangkapan pertama ini dilaksanakan, terdapat pihak tertentu yang mempertikaikan tindakan PDRM menangkap suspek berkenaan kerana beranggapan tindakan mereka hanyalah atas dasar membantu saudara Islam yang ditindas di Syria. Namun, PDRM melihat pembabitan rakyat Malaysia dalam konflik bersenjata di luar negara sebagai sesuatu yang boleh mengancam keselamatan negara dan memberi imej negatif kepada Malaysia. Ternyata tindakan PDRM mengambil langkah proaktif membanteras kumpulan militan tempatan yang terbabit dalam aktiviti merekrut rakyat Malaysia untuk menyertai konflik di Syria sejak awal 2013, mendahului lain-lain negara yang hanya mula mengambil tindakan menyekat dan mencegah pembabitan rakyat mereka dalam konflik di Syria pada pertengahan tahun ini.

Dari awal lagi PDRM menyedari ideologi Salafi Jihadi yang dipegang kumpulan IS adalah sama dengan ideologi kumpulan militan yang beroperasi di Malaysia sebelum ini seperti JI, Darul Islam, Abu Sayyaf Group (ASG), Al-Qaeda dan lain-lain yang beroperasi di peringkat antarabangsa. Ini mendorong PDRM mengambil langkah awal untuk menbendung dan membanteras sebarang usaha merekrut lebih ramai rakyat Malaysia menyertai kumpulan terbabit.

Selepas berjaya membanteras kumpulan TAQM, Bahagian Counter Terrorism terus mencapai beberapa lagi kejayaan dalam operasi susulan ke atas kumpulan kecil lain yang turut merekrut rakyat Malaysia untuk menyertai kegiatan IS di Syria. Operasi susulan sejak April sehingga November 2014 sudah membawa kepada penangkapan sebilangan suspek yang ada kaitan dengan rancangan untuk menyertai kumpulan pengganas di Syria khususnya IS. Seramai 22 daripada mereka sudah pun dituduh di mahkamah dan sedang menunggu perbicaraan.

Segelintir rakyat Malaysia percaya penyertaan mereka dalam konflik di Iraq dan Syria adalah untuk memperoleh syahid kerana menganggap perang di dua negara itu menjanjikan syurga sedangkan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-106 merumuskan penyertaan umat Islam Malaysia dalam kumpulan pengganas IS di Iraq dan Syria bertentangan dengan hukum syarak dan kematian mereka tidak sekali-kali dikategorikan sebagai mati syahid. Ini berlandaskan perbuatan ganas kumpulan IS yang menyeksa, membunuh dan melakukan kekejaman sesama manusia tidak kira agama, kaum atau mazhab yang dianuti.

Segolongan kecil rakyat Malaysia yang menyahut seruan IS terpengaruh dengan dakyah IS bahawa peperangan di Syria ketika ini dianggap menjurus kepada peperangan akhir zaman yang dikenali sebagai peristiwa Malhamah Kubra. IS mengeksploitasi ayat al-Quran dan hadis mengenai peristiwa itu untuk menarik sokongan sehingga menyebabkan ramai yang terpengaruh, sedangkan peperangan ini adalah sesama Islam yang didorong oleh pertembungan politik dan konflik sektariat semata-mata.

Malaysia berhadapan dengan risiko ancaman keselamatan dari elemen IS yang kembali ke tanah air dengan membawa pulang bersama mereka ideologi perjuangan, kemahiran berperang serta latihan yang sudah diterima. Dengan jaringan ukhuwah dalam kalangan elemen pengganas antarabangsa yang terbentuk semasa berjuang di Iraq dan Syria, mereka dikhuatiri akan mengambil peluang untuk melancarkan serangan di Malaysia atau setidak-tidaknya di negara-negara lain seperti yang diarahkan oleh pucuk pimpinan IS. Maklumat yang diperoleh PDRM mendedahkan perancangan mereka untuk melancarkan serangan bom ke atas pusat hiburan di Kuala Lumpur, kilang minuman keras di Selangor dan Putrajaya. Risiko lain termasuk persepsi dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menghasilkan pengganas. Tambahan pula, penyertaan rakyat Malaysia dalam konflik di Iraq dan Syria mampu mengeruhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara tertentu.

Saya ingin menyeru semua rakyat Malaysia terutama golongan belia dan ibu bapa supaya menolak ideologi ekstrem yang boleh merosakkan masa depan kita semua. Keamanan dan keharmonian yang kita kecapi selama ini tidak ternilai dan harus terus dipelihara. Kerajaan sudah mengambil pendekatan yang bijak dengan membentangkan Kertas Putih ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan IS’ di Parlimen baru-baru ini untuk menjelaskan dengan lebih mendalam mengenai IS dan ancamannya kepada keselamatan negara, berserta cadangan penggubalan satu undang-undang khusus serta pemerkasaan akta sedia ada.

Selain undang-undang, rakyat perlu bersama kerajaan menolak sebarang ideologi ekstrem dan yakin bahawa konsep wasatiyyah adalah jalan terbaik untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan Malaysia sebagai negara berbilang kaum. Pada masa sama, kita harus mempergiatkan usaha dan komitmen untuk menyokong kerajaan menangani ancaman berkenaan.

Malaysia akan terus komited untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa menangani ancaman radikalisme, ekstremisme, pengganas dan militan, malah saya amat berharap rakyat akan sama-sama menyokong kerajaan untuk melaksanakan dasar dan segala inisiatif ke arah menangani ancaman kumpulan militan IS.

husna150497

Posts : 4
Join date : 23/06/2016

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty Re: Latihan Karangan

Post by husna150497 Fri Jun 24, 2016 8:58 am

Menteri Dalam Negeri dedahkan, ancaman pengganas di S'pura kini di tahapnya yang paling tinggi
18/3/2016 18:05 Update: 18/3/2016 20:41

A
A+

SINGAPURA: Ancaman serangan pengganas di Singapura kini di tahap paling tinggi, malah lebih tinggi berbanding semasa selepas serangan 11 September dan penangkapan anggota Jemaah Islamiyah.

Menteri Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam menekankan demikian di Forum Pemimpin Home Team pagi tadi.

Dalam satu ucapan penting yang memberikan penilaian terperinci mengenai landskap keganasan global, Encik Shanmugam juga bercakap tentang bagaimana Singapura sedang meningkatkan strategi antipengganasannya dalam tiga bidang, iaitu:

Perlindungan Keselamatan dan Kewaspadaan; Respons Keselamatan; dan Respons Masyarakat.

Dari segi skala, rangkaian, kewangan dan propaganda, kumpulan pengganas ISIS di tahapnya yang tersendiri, serta canggih, jika dibandingkan dengan kumpulan-kumpulan lain.

Demikian menurut Encik Shanmugam.

Jadi, apakah pengertian kebangkitan ISIS ini kepada Singapura?

Dalam penilaian beliau, ancaman ISIS menjurus kepada tiga faktor:

Pertama, ISIS mahu menubuhkan sebuah Khalifah di Asia Tenggara, dan Singapura berada di tengah-tengah.

Kedua, situasi serantau, di mana Malaysia sudah menangkap lebih 100 orang yang ada kaitan dengan ISIS tahun lalu.

Ketiga, ancaman besar daripada militan-militan yang tiada latar belakang radikal atau rekod kegiatan militan, dan mereka dikumpulkan menerusi media sosial.

"Jika mereka mahu bergerak, mereka boleh melepasi banyak pemeriksaan imigresen kerana mereka tiada rekod. Setiap hari kita ada lebih dari 40,000 orang keluar dan masuk pusat pemeriksaan darat kita. Itu hanya Woodlands dan Tuas.

"Jadi jika anda buat perkiraan sendiri, ancamannya kepada kita, dari mereka yang akan menjadi pangganas di Malaysia," jelas Encik Shanmugam.

Serangan berkaitan dengan ISIS juga berlaku di Indonesia.

Encik Shanmugam berkata, keadaannya diburukkan lagi dengan kurangnya taring undang-undang untuk menangani pengganasan.

"Bukan satu jenayah di Indonesia jika anda menyertai ISIS. Contohnya empat rakyat Indonesia yang diberkas ICA, mereka dibenar keluar, dan tiada apa menunjukkan bahawa mereka akan menjadi pengganas. Tapi mereka mahu bergerak melalui Singapura dan pergi ke Syria.

"Para pegawai ICA yang cekap sedar bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka dan menangkap mereka. Kami serahkan mereka kepada pihak Indonesia dan Indonesia kemudian melepaskan mereka kerana ia tidak boleh menahan mereka. Menjelang akhir tahun ini, sekitar 150 tahanan di penjara-penjara Indonesia atas kesalahan berkaitan pengganasan, akan dibebaskan. Mereka belum lagi dipulihkan," tambah Encik Shanmugam.

Encik Shanmugam menambah, kemudian ada pula isu militan yang pulang setelah berjuang di Iraq serta Syria.

Mereka ini mahu melanjutkan perjuangan ISIS di negara masing-masing.

Beliau berkata, dalam pada itu, rantau lain Asia Tenggara juga ternyata menjadi tanah subur bagi membiak pengganasan. Ini boleh dilihat di Thailand.

Di Filipina pula kumpulan Abu Sayyaf terus aktif.

Militan Uighur dari China juga mampu menjadi ancaman kepada Asia Tenggara, dan pelarian Rohingya di Myanmar juga terdedah kepada radikalisasi.

"Jika anda lihat gambaran ini, ia tidaklah menarik. Ada pelbagai lapisan ancaman di rantau ini. Rumit. Saling berkait. Mencampurkan agama dengan kekecewaan politik domestik, dari Myanmar hingga ke Indonesia.

"Kita di tengah-tengah, merupakan kolam padang pasir yang tenang, tetapi menjadi sasaran besar kepada semua," ujar Encik Shanmugam.

Encik Shanmugam kemudian menggariskan empat kemungkinan ancaman kepada Singapura. Ini meliputi:

- serangan yang dirancang di luar negara dan kemudian dijalankan di sini

- serangan melibatkan senjata yang diseludup ke sini, dan digunakan oleh rakyat Singapura atau militan asing

- serangan secara solo oleh rakyat tempatan yang menjadi radikal secara sendiri

- dan pekerja asing yang menjadi radikal, di Singapura.

Encik Shanmugam kemudian menukil satu mesej yang disuarakan oleh jurucakap ISIS, iaitu Adnani:

"Dia memberitahu pengikutnya supaya menjalankan serangan dengan apa cara sekalipun. Apa yang Adnani beritahu pengikutnya?

"Jika anda tiada IED atau senjata api, hentakkan kepala manusia dengan batu. Sembelih mereka dengan pisau. Langgar mereka dengan kereta. Humban mereka dari tempat tinggi. Cekik mereka," ujar Encik Shanmugam.

Encik Shanmugam berkata, beginilah landskap pengganasan sekarang.

Ia bukan lagi soal sama ada kita akan diserang. Tetapi bila ia akan berlaku di Singapura.

Singapura kata beliau perlu bersiap siaga terhadap pemikiran sedemikian.

husna150497

Posts : 4
Join date : 23/06/2016

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty Re: Latihan Karangan

Post by husna150497 Fri Jun 24, 2016 9:01 am

Rabu, 1 Jun 2016 @ 11:48 AM Bahaya ancaman militan Daesh terhadap negara Oleh Nasharudin Mat Isa TANGGAL Jun 2014, dunia dikejutkan dengan kenyataan kumpulan Daesh yang menyatakan sebuah sistem khalifah didirikan di muka bumi ini, kembali. Ketuanya, Abu Bakar al-Baghdadi, menyebut bahawa beliau adalah ketua buat kesatuan Islam dunia dan umatnya, yang berjumlah 1.6 bilion, dari Maghribi ke China dan Indonesia, kini mempunyai kewajipan mematuhi dan memberi baiah kepadanya. Apa yang menyebabkan kebangkitan secara mendadak Daesh adalah lantaran konflik di Syria pada 2011 serta aspirasi Arab Spring yang menular di Asia Barat. Umat Ahli Sunnah Wal Jamaah di bumi Syria, yang sekian lama ditekan rejim Bashar al-Assad, mewujudkan penentangan bersenjata, dan akhirnya apa yang berlaku adalah konflik berdarah yang mengorbankan ratusan ribu manusia dan tidak menampakkan tanda berakhir hingga kini. Keinginan untuk turut menyertai konflik peperangan itu kelihatan amat menarik minat masyarakat dan lebih malang lagi, telah menyaksikan idea keganasan dan penyertaan ke dalam Daesh diromanticised menerusi penerbitan media mereka serta diberikan pemahaman serta gambaran yang salah akan erti sebenar jihad. Sebahagian ulama menyatakan, apa yang berlaku di Syria dan Iraq, di bawah penguasaan Daesh tidak lain tidak bukan, adalah fitnah di zaman ini dan menyeleweng daripada syariah. Ancaman Daesh ini meliputi beberapa aspek, yang mana sisipan rencana kali ini akan menyentuh dua daripadanya, yakni potensi penularan ideologi keganasan dari kelompok pejuang yang pulang ke tanah air mereka dan kebarangkalian serangan keganasan di tanah air sendiri. Sasar muda-mudi Ia juga ada kaitan dengan penggunaan media sosial oleh kumpulan ini secara terancang, menarik dan memenuhi cita rasa kumpulan sasaran mereka iaitu antaranya muda-mudi. Antara kerisauan utama adalah merujuk kepada Pejuang Pengganas Asing (FTF) dan agenda atau ideologi yang dibawa kembali oleh mereka ke negara asal. Keadaan ini, khasnya kepada rantau ASEAN, bukanlah suatu fenomena baharu. Pada 1980-an, ramai lelaki muda Asia Tenggara ke Pakistan dan Afghanistan untuk membantu penduduk tempatan menentang penjajahan Soviet di Afghanistan. Sebar ideologi menyeleweng Namun, apa yang membimbangkan adalah penyebaran ideologi yang menyeleweng daripada fahaman syariat yang sebenar dengan kewujudan kumpulan serpihan, antaranya seperti al-Qaeda dan Jabhat Al Nusra. Lebih padah daripada itu, pembawaan dan pengembangan pemahaman ini turut membabitkan aspek taktik peperangan gerila dan rangkaian perhubungan dengan kumpulan pengganas seperti Jemaah Islamiyah (JI), yang bertanggungjawab terhadap sebahagian besar serangan keganasan peringkat tertinggi di rantau ASEAN dalam 15 tahun kebelakangan ini. Kebimbangan ini amat nyata, terutama dalam kalangan kerajaan di Asia Tenggara - memandangkan jika wujud kelompok yang digelar FTF hasil dari serpihan peperangan di Afghanistan dahulu, yang membangkitkan ideologi dan rangkaian keganasan seperti JI, maka apatah lagi, kemungkinan lebih teruk fenomena FTF ini yang akan terhasil daripada konflik perang di Syria dan Iraq masa kini. Kebanyakan ahli Daesh dari Asia Tenggara ini pada mulanya menyertai suatu gerakan sayap militan khas bernama Khatibah Nusantara. Sayap militan ini juga berperanan dalam mengembangkan ideologi dan sesi pengambilan pejuang dari rantau Nusantara, lalu memberikan gambaran sebuah ancaman bersifat francais tempatan, sama ada negara mahupun rantau ini, seperti mana tindak-tanduk Boko Haram dan Al-Shabab di Afrika. Lantaran, konsep pembelajaran menerusi internet, khasnya Google mahupun tunjuk ajar video dan bukan melalui pihak berautoriti tradisional, semakin mendapat tempat, termasuk dalam kaedah pembelajaran dan pencarian ilmu atau maklumat berkaitan hal ehwal agama. Ulama dan fatwa daripada majlis agama kini mulai dipinggirkan sedikit demi sedikit dan digantikan rujukan yang memihak kepada personaliti media sosial yang memberikan makluman, kadangkala bersifat lebih kreatif, bergaya dan alternatif. Walaupun pada dasarnya, hal ini boleh diraikan kerana ia menimbulkan kepelbagaian suara dan merancakkan kaedah pembelajaran, timbul persoalan dan kerumitan apabila ia tidak bersumberkan ilmu sebenar, apatah lagi dalam persekitaran yang ideologi esktremisme ini tidak dikawal atau terlalu dikawal lalu membawa kepada golongan yang berkemungkinan terpengaruh dengan ekstremisme. Kejadian terrorisme, baik dalam skala besar mahupun kecil, yang dapat dilihat pada 2016 ini sahaja, secara berterusan, dari Turki, Pakistan, Belgium dan lainnya, tanpa mengira kaum, fahaman dan agama, membangkitkan gambaran ketegangan agama dan keganasan pada peringkat global. Komuniti dunia yang saling hidup bersama kini dalam keadaan tegang dan timbul unsur ekstremisme, akibat tindak-tanduk Daesh yang menimbulkan kemarahan, ketakutan, kegelisahan, baik antara sesama Islam mahupun dengan bukan Islam. Jadi, bagi menggerakkan suatu gerakan efektif dan mengembalikan suatu semangat perdamaian, agensi yang berkaitan, baik dalam dan luar negara, perlu mewujudkan suatu gerakan sinergi, mengamalkan sesi bekerjasama dalam tiga aspek iaitu mengekang radikalisme, penggubalan akta-akta zon konflik, dan melakukan sesi engagement dengan penyokong dan pejuang yang tertangkap dari segi rehabilitasi dan integrasi.

husna150497

Posts : 4
Join date : 23/06/2016

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty Re: Latihan Karangan

Post by nureyjaa Fri Jun 24, 2016 9:12 am

Ancaman militan dan kumpulan pengganas kini berleluasa bukan sahaja dalam negara tetapi juga di peringkat global. Oleh itu, rancangan yang berkesan perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah tersebut.

     Antara punca berlakunya masalah ancaman militan dan kumpulan pengganas ialah terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri. Kemarahan yang tidak dikawal, memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau jumlah individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia menyebabkan peperangan sehingga berupaya memusnahkan sebuah Bandar, bahkan sesebuah Negara dan sebuah tamadun.
   
     Selain itu,sikap tamak yang menguasai diri juga merupakan punca berlakunya masalah ancaman militan dan kumpula pengganas. Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk menguasai sesuatu. Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu. Secara tidak langsung, keganasan juga akan berlaku dalam masa tersebut demi untuk mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan membuta mata seseorang sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk. Mereka tidak lagi peduli akan kesan daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti.

     Seterusnya,  punca masalah ancaman militan dan kumpulan pengganas ialah menjadi lambang kemegahan. Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada seseorang yang pentingkan diri sendiri. Itu membawa lambang kemegahan kepada diri mereka dan mereka sanggup membuat apa saja untuk menakluk sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang memerangi Iraq demi untuk membalas dendam. Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang telah tercemar akibat peristiwa 11 September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa megah dan meletakkan Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.
   
      Rancangan yang berkesan bagi mengatasi masalah ancaman militan dan kumpulan pengganas ialah sikap bertolak ansur dan kesederhanaan. Pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus menuntut sesuatu yang keterlaluan daripada kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak ansur dalam mengatasi masalah. Segala hal hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan. Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan, merusuh, atau melakukan keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak. Perbuatan seperti ini hanya akan mengucar-kacirkan negara dan meruntuhkan sistem politik dan ekonomi negara.
     
      Selain itu,Kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi kumpulan pengganas dan ancaman militan. Semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang ada rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh. Negara-negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera. Negara-negara di dunia juga boleh menyekat aliran wang kumpulan pengganas.

     kesimpulannya, semua pihak hendaklah berganding bahu untuk mengatasi masalah ancaman militan dan kumpulan pengganas ini kerana jika dibiarkan berleluasa akan membawa padah kepada sesebuah negara atau negara lain.

nureyjaa

Posts : 1
Join date : 23/06/2016
Age : 26

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty Jenis ancaman militan

Post by nuha amirah Fri Jun 24, 2016 9:12 am

Antara jenis ancaman militan ialah seperti peristiwa pencerobohan oleh pengganas Sulu dari kalangan Royal Sulu Forces (RSF) yang telah mengejutkan rakyat Malaysia daripada buaian mimpi empuk yang dinikmati semenjak hujung tahun 1990, apabila elemen terakhir daripada Parti Komunis Kalimantan Utara (PARAKU) meletakkan senjata mereka . Akibat daripada buaian mimpi empuk ini, ramai rakyat Malaysia sebelum kejadian pencerobohan di Lahad Datu ini langsung tidak mengambil peduli akan isu-isu pertahanan negara. Biarpun negara dikejutkan dengan kejadian mencuri senjata oleh kumpulan militan al Maunah pada tahun 2000 dan penculikan di pusat peranginan di Pulau Sipadan dan Ligitan pada tahun 2001, elemen ancaman daripada kedua-dua kumpulan tersebut dilihat dapat ditangani.

Selain itu, ancaman paling digeruni ramai iaitu ancaman daripada Islamic States (IS). Golongan ini berkembang secara pesat selepas jurucakap IS, Abu Mohammad al-Adnani mengeluarkan kenyataan pada September tahun lepas. Beliau mengatakan sesiapa yang bersimpati kepada IS tidak perlu datang ke Syria tetapi boleh lancarkan serangan di negara masing-masing. Oleh itu, berlakulah keganasan seperti di New York, Amerika Syarikat (AS) apabila seorang lone wolf (serigala tunggal) menyerang polis dengan kapak. Di Quebec, Kanada pula mereka melanggar tentera manakala di Brussels, Belgium, empat orang Yahudi ditembak mati. Trend lone wolf yang mengambil tindakan sendiri ini sudah ada di Malaysia. Kumpulan yang ditangkap ini merancang buat serangan sebagai menyahut seruan pemimpin IS.

Melihatkan ancaman yang semakin meluas dan membahayakan keselamatan ini, beberapa langkah untuk mengatasi perkara ini perlulah dilakukan dengan segera. Antara langkah yang perlu diambil bagi mengatasi perkara ini ialah memperkukuhkan lagi penguatkuasaan dalam negara. Sebagai contohnya, undang-undang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). SOSMA ini undang-undang prosedur dimana proses mengumpul bukti dan sebagainya dilakukan. Sekiranya perkara ini berhasil, ianya akan diteruskan dan diberi hukuman atas akta tersebut. Secara tidak langsung, sedikit sebanyak telah mengurangkan kadar jenayah ancaman militan terhadapa keselamatan rakyat.

Seterusnya, sekiranya bukti tidak mencukupi, akan tdiukar kepada Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013. Setakat ini, ada lapan orang dipercayai terlibat IS ditahan di bawah POCA, sama ada kena perintah sekatan dan tahanan. Mereka yang dipercayai sebagai ancaman militan akan ditangkap dan diberikan hukuman mengikut akta tersebut. Hal ini berupaya memberi sedikit tekanan dan gertakan terhadapa golongan ancaman militan ini agar tidak mengganggu keselamatn rakyat Malaysia.

Akhir sekali ialah dengan menguatkuasakan Prevention of Terrorism Act (POTA). Kalau POTA dikuatkuasakan, kita akan menggunakan POTA yang ada peruntukan untuk kita laksanakan program pemulihan. Dalam konteks keganasan, aspek pemulihan ini penting untuk memulihkan ideologi mereka supaya mereka boleh kembali kepada masyarakat arus perdana apabila keluar nanti. Mungkin kita tidak boleh buang ideologi mereka tetapi kita boleh membentuk mereka supaya tidak terlibat dalam aktiviti militan, sebab ideologi sesuatu benda yang susah hendak dibuang. Setidak-tidaknya, perkara ini mampu mengurangkan kadar jumlah militan kerana tiada lagi pertambahan jumlah militan.

Secara keseluruhannya, ancaman militan sememangnya tidak dinafikan lagi kesukaran untuk mengatasinya. Namun, dengan mengenali sedikit sebanyak tentang militan mampu membantu rakyat tempatan untuk mengelak atau mengatasi perkara tersebut. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama dalam membanteras ancaman militan yang juga mampu membahayakan nyawa semua pihak.
nuha amirah
nuha amirah

Posts : 7
Join date : 03/08/2015
Age : 26

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty isi

Post by masfathiah Fri Jun 24, 2016 9:14 am

Langkah untuk mengatasi ancaman militan dan pengganas ialah melalui penguatkuasaan undang-undang. Hal ini demikian kerana, tanpa tindakan awal, keganasan akan merebak sehingga hilang kawalan disebabkan penguatkusaan undang-undang yang masih longgar. Mereka yang mencetuskan rusuhan dan tunjuk perasaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-negara harus menggubal undang-undang khas untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap pengganas. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara. Keselamatan dan keamanan negara dapat dikekalkan melalui langkah ini.

masfathiah

Posts : 2
Join date : 23/06/2016

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty Jenis ancaman militan

Post by nuha amirah Fri Jun 24, 2016 9:14 am

Antara jenis ancaman militan ialah seperti peristiwa pencerobohan oleh pengganas Sulu dari kalangan Royal Sulu Forces (RSF) yang telah mengejutkan rakyat Malaysia daripada buaian mimpi empuk yang dinikmati semenjak hujung tahun 1990, apabila elemen terakhir daripada Parti Komunis Kalimantan Utara (PARAKU) meletakkan senjata mereka . Akibat daripada buaian mimpi empuk ini, ramai rakyat Malaysia sebelum kejadian pencerobohan di Lahad Datu ini langsung tidak mengambil peduli akan isu-isu pertahanan negara. Biarpun negara dikejutkan dengan kejadian mencuri senjata oleh kumpulan militan al Maunah pada tahun 2000 dan penculikan di pusat peranginan di Pulau Sipadan dan Ligitan pada tahun 2001, elemen ancaman daripada kedua-dua kumpulan tersebut dilihat dapat ditangani.

Selain itu, ancaman paling digeruni ramai iaitu ancaman daripada Islamic States (IS). Golongan ini berkembang secara pesat selepas jurucakap IS, Abu Mohammad al-Adnani mengeluarkan kenyataan pada September tahun lepas. Beliau mengatakan sesiapa yang bersimpati kepada IS tidak perlu datang ke Syria tetapi boleh lancarkan serangan di negara masing-masing. Oleh itu, berlakulah keganasan seperti di New York, Amerika Syarikat (AS) apabila seorang lone wolf (serigala tunggal) menyerang polis dengan kapak. Di Quebec, Kanada pula mereka melanggar tentera manakala di Brussels, Belgium, empat orang Yahudi ditembak mati. Trend lone wolf yang mengambil tindakan sendiri ini sudah ada di Malaysia. Kumpulan yang ditangkap ini merancang buat serangan sebagai menyahut seruan pemimpin IS.

Melihatkan ancaman yang semakin meluas dan membahayakan keselamatan ini, beberapa langkah untuk mengatasi perkara ini perlulah dilakukan dengan segera. Antara langkah yang perlu diambil bagi mengatasi perkara ini ialah memperkukuhkan lagi penguatkuasaan dalam negara. Sebagai contohnya, undang-undang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). SOSMA ini undang-undang prosedur dimana proses mengumpul bukti dan sebagainya dilakukan. Sekiranya perkara ini berhasil, ianya akan diteruskan dan diberi hukuman atas akta tersebut. Secara tidak langsung, sedikit sebanyak telah mengurangkan kadar jenayah ancaman militan terhadapa keselamatan rakyat.

Seterusnya, sekiranya bukti tidak mencukupi, akan tdiukar kepada Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013. Setakat ini, ada lapan orang dipercayai terlibat IS ditahan di bawah POCA, sama ada kena perintah sekatan dan tahanan. Mereka yang dipercayai sebagai ancaman militan akan ditangkap dan diberikan hukuman mengikut akta tersebut. Hal ini berupaya memberi sedikit tekanan dan gertakan terhadapa golongan ancaman militan ini agar tidak mengganggu keselamatn rakyat Malaysia.

Akhir sekali ialah dengan menguatkuasakan Prevention of Terrorism Act (POTA). Kalau POTA dikuatkuasakan, kita akan menggunakan POTA yang ada peruntukan untuk kita laksanakan program pemulihan. Dalam konteks keganasan, aspek pemulihan ini penting untuk memulihkan ideologi mereka supaya mereka boleh kembali kepada masyarakat arus perdana apabila keluar nanti. Mungkin kita tidak boleh buang ideologi mereka tetapi kita boleh membentuk mereka supaya tidak terlibat dalam aktiviti militan, sebab ideologi sesuatu benda yang susah hendak dibuang. Setidak-tidaknya, perkara ini mampu mengurangkan kadar jumlah militan kerana tiada lagi pertambahan jumlah militan.

Secara keseluruhannya, ancaman militan sememangnya tidak dinafikan lagi kesukaran untuk mengatasinya. Namun, dengan mengenali sedikit sebanyak tentang militan mampu membantu rakyat tempatan untuk mengelak atau mengatasi perkara tersebut. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama dalam membanteras ancaman militan yang juga mampu membahayakan nyawa semua pihak.
nuha amirah
nuha amirah

Posts : 7
Join date : 03/08/2015
Age : 26

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty Jenis ancaman militan

Post by nuha amirah Fri Jun 24, 2016 9:16 am

Latihan Karangan  Empty jenis ancaman militan

Post by asykinrahim Fri Jun 24, 2016 9:19 am

Jenis ancaman luaran merupakan salah satu ancaman militan.Hal ini demikian kerana, kemasukan kuasa luar yang sering berlaku di negara ini. sebagai contohnya, ancaman daripada penyimpang agama seperti militan Islamic State, militan ini merupakan militan yang menggunakan ideologi yang disalah tafsirkan oleh pemimpin militan tersebut kononnya perjuangan mereka merupakan perjuangan yang menegakkan agama yang mereka anuti. Oleh itu,ancaman-ancaman seperti ini boleh mengakibatkan ekonomi, keamanan dan kedaulatan negara jatuh dan negara akan kucar kacir.

asykinrahim

Posts : 2
Join date : 24/06/2016

Back to top Go down

Latihan Karangan  Empty Re: Latihan Karangan

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum