Pengajian Am STPM
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM


 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
"... Selamat Datang Kpd Pra U Penggal 1 dan SELAMAT MENDUDUKI STPM PENGGAL 2 Kepada Pra U Senior... Semoga Kejayaan Milik Anda... Aminnn."
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
Latest topics
» ISU ALAM SEKITAR : JEREBU (Punca dan Langkah Mengatasi)
Wed Jul 31, 2013 1:07 pm by seyha94

» Apakah langkah-langkah yang dapat dipraktikkan oleh ibu bapa bagi mengelakkan anak-anak berkelakuan liar?
Wed Jul 31, 2013 1:03 pm by seyha94

»  Penggunaan sains forensik ditingkat dalam siasatan jenayah
Wed Jul 31, 2013 1:02 pm by AzeL

» KESAN-KESAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)
Wed Jul 31, 2013 1:01 pm by seyha94

» Langkah-langkah dan Kepentingan Memupuk Perpaduan Kaum
Wed Jul 31, 2013 12:57 pm by seyha94

» Kepentingan Perpaduan
Wed Jul 31, 2013 12:55 pm by seyha94

» Kepentingan Pengangkutan Awam
Wed Jul 31, 2013 12:52 pm by seyha94

» Huraikan pendapat anda tentang sumbangan bidang bioteknologi kepada manusia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Wed Jul 31, 2013 12:44 pm by seyha94

» Lima faktor kemerosotan integriti
Wed Jul 31, 2013 12:14 pm by maly

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Forum
Affiliates
free forum

Most active topic starters
cg sue
 
nazrah rah
 
AzeL
 
cikgu_besar
 
muhammad qayyum
 
eiypanfunz
 
us6a2
 
Pororo
 
burungkakaktua
 
Mira Syariza
 
Most active topics
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN
LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA
Latihan Bahagian B : Carta Aliran
LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA
peranan asean
LATIHAN KARANGAN (JULAI) : WILAYAH EKONOMI
kebaikan dan keburukan laman sosial kepada pengguna internet.
KARANGAN KEGANASAN ANTARABANGSA
NANOTEKNOLOGI
Kesan Globalisasi
Share | 
 

 Bentuk Kerjasama ASEAN

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
sirah shahirah



Posts: 9
Join date: 06/06/2012
Age: 20
Location: smk agama sibu

PostSubject: Bentuk Kerjasama ASEAN   Wed Jun 26, 2013 12:03 pm

afro Bentuk Kerjasama ASEAN
Kerjasama Politik


1.    Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara serantau, konsep ZOPFAN  telah diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.
2.    Matlamat penubuhannya ialah:
a.    Memelihara keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mengelak campur tangan daripada mana-mana pihak luar seperti Rusia, Amerika Syarikat dan China dalam hal-hal di rantau ini.
b.    Menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia Tenggara secara aman dan bukan menggunakan kekerasan.
c.    Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa besar.
d.    Memberi peluang kepada negara anggota untuk menentukan nasib sendiri.
3.    Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk memastikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuclear.
4.    ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti pencerobohan Vietnam di Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang untuk menentukan nasib negara mereka sendiri.

Kerjasama Ekonomi

Kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembab kerana tiada aktiviti dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah beberapa perjanjian seperti Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) dan Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun 1976 di Bali semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama.
Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota ASEAN adalah seperti berikut:
Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:



  • Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia

  • Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia

  • Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina

  • Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura

  • Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand

  • Mengadakan usaha sama perindustrian ASEAN.

  • Mengadakan Skim Pelengkapan Perindutrian ASEAN, misalnya dalam bidang automotif.

  • Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untuk meningkatkan perdagangan antara negara anggota. Keistimewaan yang diberikan termasuk kontrak kuantiti jangka panjang, perolehan istimewa oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan perluasan tarif istimewa.

  • Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan

  • Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) ditubuhkan untuk menyelaras kegiatan bank-bank perdagangan di rantau ASEAN

  • Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudahan kewangan kepada negara-negara yang terlibat dalam projek-projek uasaha sama ASEAN.

  • Mengadakan kerjasama dalam bidang komunikasi

  • Pemasangan kabel laut ASEAN menghubungkan negara anggota

  • Mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen

  • Mengiktiraf lessen pemandu di rantau ASEAN

  • Mengadakan kerjasama dalam sektor makanan dan pertanian

  • Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai bank data mengenai masalah pertanian

  • Penubuhan Plant Quarantine Traning Centre and Institute di Serdang

  • Mengadakan dialog dengan negara-negara maju

  • Mewujudkan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga yang menggalakkan pembangunan dalam bidang perdagangan, perlancongan, pengangkutan dan perhubungan seperti:

  • IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand)

  • IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura)    BIMP-EAGA (Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina)

Kerjasama Sosial dan Kebudayaan
Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan antara negara ASEAN melalui aktiviti kebudayaan seperti Pesta Filem ASEAN dll.
Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Tujuan penubuhan adalah seperti berikut:


  • Mengembangkan Bahasa Melayu supaya setaraf dengan bahasa moden

  • Meningkatkan semangat persaudaraan di antara negara anggota

  • Meningkatkan peranan Bahasa Melayu sebagai alat perhubungan yang lebih luas

  • Pembentukan Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)

  • Menggalakkan kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan

Menganjurkan projek berikut;


  • Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura (RELC)

  • Pusat Pembaharuan dan Teknologi di Filipina (INNOTECH)

  • Pusat Pendidikan Serantau bagi Pendidikan Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
Back to top Go down
 

Bentuk Kerjasama ASEAN

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» BENTUK MUKA BUMI
» Nak ingat km,m,cm,mm dlm bentuk akronim
» Ubah Reka Bentuk Kereta Sendiri
» KAJIAN TEMPATAN
» Perbezaan antara negara Thailand dgn India punya...

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pengajian Am STPM :: PENGAJIAN AM MODULAR :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3-