Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA

+11
sarahiykah
uechuna
Neesa Moiyy
sirah shahirah
wan wann
AzeL
Little Niqabi
Pororo
Atikah nyum2
nazrah rah
cg sue
15 posters

Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA

Post by cg sue Wed Jul 03, 2013 8:58 am

SOALAN : Belakangan ini, beberapa peristiwa telah mengancam wilayah maritim Malaysia dan kerajaan perlu menangani keadaan ini agar impak negatifnya dapat dibendung. Huraikan.

Skema : 2 + 3 / 3 + 2
cg sue
cg sue
Admin
Admin

Posts : 1638
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty Re: LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA

Post by cg sue Wed Jul 03, 2013 9:04 am

ANCAMAN :

1. Kegiatan Lanun

2. Tuntutan Bertindih Antara Beberapa Negara

3. Pencemaran Laut

4. Pencerobohan Laut


LANGKAH UNTUK MENANGANI :

5. Pematuhan undang-undang antarabangsa

6. Perkongsian bersama

7. Penguatkuasaan maritim negara

8. Pendidikan laut
cg sue
cg sue
Admin
Admin

Posts : 1638
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty Re: LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA

Post by nazrah rah Wed Jul 03, 2013 12:54 pm

Belakangan ini, media massa sering menyiarkan tentang beberapa peristiwa yang telah mengancam wilayah maritim di negara kita. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini daripada terus berlaku.
nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty ANCAMAN MARITIM MALAYSIA

Post by Atikah nyum2 Fri Jul 05, 2013 7:31 am

Laughing 
Pendahuluan:
Zon maritim Asia Tenggara adalah sebuah zon dimana kegiatan ilegal seperti human trafficking dan pembajakkan Maritim Malaysia baru-baru ini menunjukkan peningkatan yang signifikan. Tidak dapat dimanipulasikan fakta bahawa globalisasi perekonomian saat ini saling terkait, rumit dan sangat bergantung pada maritim perdagangan di dalam mempertahankanpergerakkan energi, bahan baku dan barang jadi.
Atikah nyum2
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 26
Join date : 25/06/2012

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty Pendahuluan

Post by Pororo Fri Jul 05, 2013 7:50 am

Sepeti mana yang kita sedia maklum,wilayah maritim Malaysia merupakan salah satu terrotori Malaysia.Perairan selat Melaka merupakan salah satu perairan territorial Malaysia.Namun kebelakangan ini wilayah maritim Malaysia sering mendapat ancaman akibat daripada beberapa peristiwa.Kerajaan perlu menangani keadaan ini agar kesan negatifnya dapat dielak.
Pororo
Pororo

Posts : 20
Join date : 20/06/2013
Age : 29

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty ANCAMAN MARITIM MALAYSIA

Post by Atikah nyum2 Fri Jul 05, 2013 7:52 am

ANCAMAN 1:
Antara ancaman Maritim ialah peningkatan serangan lanun ke atas kapal-kapal dagang yang belayar melaluinya menggamit perhatian masyarakat antarabangsa. Hal inj demikian kerana, pertubuhan Bansa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan resolusi yang membolehkan tentera laut pelbagai negara menghantar kapal-kapal perang ke kawasan tersebut untuk mengiringi kapal-kapal dagang dan berhadapan secara langsung dengan lanun. Sebagai contoh, Teluk Aden merupakan lorong pengangkutan Maritim utama yang memungkinkan sebahagian besar bekalan minyak mentah yang dikeluarkan di kawasan Teluk dihantar ke pasaran minyak di serata dunia. Kebolehan mereka menawan kapal-kapal yang besar saiznya menggambarkan betapa mereka berkemungkinan terlatih dalam selok belok operasi ketenteraan danm gerak khas. Hal ini mambuktikan aktiviti jenayah mereka ini mendatangkan ancaman kepada anak-anak kapal serta aset seperti kapal-kapal dagangan, harga yang dibawa mereka.
Atikah nyum2
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 26
Join date : 25/06/2012

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty Re: LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA

Post by Little Niqabi Fri Jul 05, 2013 7:53 am

Pendahuluan:

Keselamatan wilayah maritim Malaysia pada hari ini agak terancam ekoran daripada beberapa peristiwa yang mengancam perairan Malaysia.Oleh itu,beberapa langkah perlu diambil untuk menanganinya.

Isi 1:

Antara ancaman terhadap perairan Malaysia ialah ancaman lanun.Hal ini demikian terdapat kegiatan lanun asing yang menjalankan aktiviti di perairan Malaysia.Misalnya,peristiwa serangan lanun di Pulau Sipadan Sabah pada tahun 2001.Ini menunjukkan tahap keselamatan peraiaran negara kita berada pada tahap yang amat membimbangkan.Oleh itu,tindakan segera harus diambil untuk membendungnya.

queen 

Little Niqabi
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 4
Join date : 22/05/2012
Location : Pondok Lanai Misbahul Falah

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty Re: LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA

Post by Little Niqabi Fri Jul 05, 2013 8:01 am

Isi 2:
Seterusnya,tuntutan bertindih antara beberapa negara.Hal ini menunjukkan berlakunya perebutan kawasan sempadan di wilayah maritim Malaysia.Misalnya,perebutan Pulau Batu Puteh antara Malaysia dan Singapura yang aman akhirnya dimenangi oleh Singapura.Keadaan ini menyebabkan hubungan antara Malaysia dan Singapura agak tegang.Oleh

Little Niqabi
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 4
Join date : 22/05/2012
Location : Pondok Lanai Misbahul Falah

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty Re: LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA

Post by AzeL Fri Jul 05, 2013 8:02 am

Saban hari, Malaysia sering dihangatkan dengan isu yang dapat mengancam keamanan dan kesejahteraan. Isu ancaman di wilayah maritim telah menggugat keamanan agak serius yang hanyat diperkatakan. Kerajaan telah menyediakan langkah awal bagi menangani masalah tersebut supaya dapat menjaga kesejahteraan Malaysia.

Antara ancaman yang dihadapi diwilayah maritim ialah pencemaran laut. Hal ini demikan mampu membawa ke arah kemusnahan hidupan laut yang berharga. Malahan masalah ini dapat menganggu aktiviti harian masyarakat. Sebagai contoh, sumber protein akan berkurangan dan akan pupus sekiranya masalah ini tidak dibendung. pembuangan sisa toksik ke dasar laut mampu memberikan impak negatif yang dapat memusnahkan karang dan sebagainya. Jelaslah bahawa masalah ini telah menyebabkan ancaman yang amat kritikal terhadap orang lain.

Seterusnya, pencerobohan laut juga merupakan ancaman yang dihadapi oleh Malaysia kini. Hal ini demikian telah meningkatkan jenayah yang agak serius dan sukar dibendung. Sebagai contohnya, penceroboh tersebut mengangkut orang luar masuk ke dalam negara Malaysia. Kejadian ini akan menyebabkan pertambahan bilangan pendatang asing tanpa izin. Penceroboh juga mampu menggugat keselamatan negara. Jelaslah bahawa pencerobohan laut juga antara ancaman yang dihadapi oleh maritim.

Kerajaan Malaysia perlulah mengatur strategi yang utuh yang sukar untuk diceroboh oleh orang luar. Antara langkah yang dapat menangani ancaman tersebut ialah penguatkuasaan maritim Malaysia. Hal ini demikian sedikit demi sedikit dapat mengurangkan masalah tersebut dan mampu menangani sepenuhnya daripada ancaman. Sebagai contohnya, maritim Malaysia mengawal di setiap tempat supaya pencerohan tidak berlaku. Pihak maritim perlu menyediakan kawalan yang ketat supaya pencerobohan serta ancaman tidak berulang lagi. Jelaslah bahawa pihak maritim memainkan peranan yang amat berat yang mampu menghentikan tindakan penceroboh.

bersambung........
AzeL
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 29
Location : SmK AgamA SibU

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty Re: LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA

Post by wan wann Fri Jul 05, 2013 8:02 am

pendahuluan:
malaysia merupakan salah sebuah negara yang terdedah kepada ancaman luar.
oleh itu,banyak langkah yang diambil oleh kerajaan malaysia untuk menangani masalah ini.

isi 1:
antara ancaman wilayah maritim malaysia ialah kegitan lanun.hal ini demikian kerana kegiatan lanun yang sering berkeliaran di perairan malaysia unutk merampas barang dari mana-mana kapal perdaganagn.sebagai contoh,kegitan lanun sering berlaku pada waktu malam semasa kelalian kapal perdagangan dan kurangnya rondaan dari pihak maritim.kegitan lanun juga mengancam ekonomi negara.jelaslah bahawa kegitan lanun mengancam wilayah maritim malaysia.

isi 2:
selain itu,wilayah maritm malaysia juga diacam melalui pencerobohan laut.hal ini demikian kerana sesetengah negara jiran masuk ke malaysia tanpa permit.sebagai contoh,sesetenagh agensi yang tidak bertanggungjawab membawa pekerja asing tanpa izin masuk ke malaysia.pencerobohan tersebut membawa kesan negatif kepada negara seperti adanya barang tiruan dan rokok yang tidak disahkan oleh kerajaan malaysia.jelaslah bahawa,menunjukkan pencerobohan wilayah maritim mengancam negara.

isi3:
di samping itu,pencemaran laut juga sebai ancaman wilayah maritim malaysia.hal ini demikian kerana,pencemaran laut memberi kesan negatif yang besar ke kepada negara.sebagai contoh,pencemaran laut seperti minyak yang tertumpah ke laut menyebabakab perairan negara kotor.hidupan laut di wilayah malaysia juga akan diancam dengan kematian hidupan tersebut.jelaslah bahawa pencemaran laut bleh menyebabkan ekonomi negara merudum.

isi4:
antara langkah yang diambil oleh kerajaan malaysia ialah dengan pendidikan laut.hali ini demikian kerana pendidikan laut dapat menambah pengetahuan kepada pihak yang brkenaan.sebai contoh pendidkiam melalu pekerja yang akan berhadapan dengan laut.pendidikan laut meliputi pelbagai aspek seperti peraturan berada di laut.jelaslah bahawa pendidikan laut dapat mengurangkan ancaman kepada wilayah maritim malaysia.

wan wann
wan wann
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 5
Join date : 22/05/2012
Age : 29

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA

Post by sirah shahirah Fri Jul 05, 2013 8:02 am

Belakangan ini, kerajaan maritim Malaysia sering menghadapi ancaman ekoran beberapa peristiwa yang berlaku. Oleh itu, beberapa usaha perlu dilakukan bagi membendung ancaman tersebut berlaku.


Ancaman
Antara ancaman yang berlaku ialah kegiatan lanun berleluasa. Hal ini demikian kerana kedudukan Malaysia sebagai kawasan geografinya yang strategik untuk menjalankan kegiatan perdagangan.Peristiwa serangan lanun ke atas kapal-kapal dagangan dan perikanan dewasa ini kian meningkat dan kemungkinan kapal-kapal yang melalui perairan negara akan menjadi sasaran serangan pengganas. Perkara ini tidak boleh di ambil ringan dan memerlukan tindakan segera.

Selain itu, pencemaran laut turut berlaku. Hal ini demikian kerana laut merupakan laluan utama kegiatan ekonomi negara pesisir dan rantau ASEAN dan penting juga sebagai laluan dagangan global. Berlakunya pencemaran laut akibat daripada bahan-bahan pencemar seperti bahan toksik, bahan organik, pencemaran terma dan pencemaran ekologi yang turut memusnahkan kehidupan marin. Bukan itu sahaja, dibimbangi berlakunya sebarang peristiwa yang tidak diingini dan kesan yang bakal timbul ke atas persekitaran perairan kita, sebagai contoh, tumpahan kargo atau minyak boleh mencemarkan kawasan penangkapan ikan serta pulau-pulau dan pantai-pantai peranginan.

Pencerobohan laut dan sempadan juga mengancam maritim Malaysia. Hal ini demikian kerana laut merupakan laluan pintas yang memendekkan pelayaran kegiatan penceroboh untuk memasuki Malaysia. Contohnya, kebanjiran pendatang asing tanpa izin di Malaysia. Mereka memasuki Malaysia melalui laluan laut. Bukan itu sahaja, penceroboh juga menjalankan kegiatan penyeludupan dadah dan senjata yang mengancam kehidupan penduduk Malaysia. Perkara ini harus ditangani dengan segera.
sirah shahirah
sirah shahirah

Posts : 9
Join date : 06/06/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty Pendahuluan

Post by Neesa Moiyy Fri Jul 05, 2013 9:35 am

Maritim merupakan pihak yang bertanggungjawab menjaga perairan negara. Namun begitu, terdapat beberapa peristiwa telah mengancam wilayah maritim negara. Beberapa langkah perlu dilakukan bagi menangani masalah ini.
Neesa Moiyy
Neesa Moiyy
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 9
Join date : 25/06/2012
Age : 29
Location : Texas, Paris

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty Re: LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA

Post by uechuna Fri Jul 05, 2013 9:42 am

Pendahuluan:

Fenomena yang berkaitan dengan kegiatan ilegal di laut mengancam keamanan maritim saat ini. Beberapa peristiwa yang telah mengancam maritim Malaysia dan perlu ditangani agar impaknya dapat dibendung.

Ancaman:

Antara ancaman maritim Malaysia ialah kegiatan lanun. Hal ini demikian kerana puak lanun sering didalangi oleh kumpulan pelampau atau pengganas seperti Al-Qaeda. Sebagai contoh, mereka sentiasa dibekalkan dengan senjata yang canggih untuk mengancam wilayah maritim Malaysia. Bahkan saluran tertentu diatur agar bahan pampasan dapat dijual ke negara mundur yang lain.

Selain itu, tuntutan bertindih antara beberapanegara merupakan ancaman terhadap maritim Malaysia. Hal ini demikian kerana majoriti negara Barat sering menjajah dan memporak-perandakan maritim Malaysia menyebabkan keamanan laut tidak tenteram. Sebagai contoh, kuasa asing sering merampas segala yang menjadi hak rakyat tempatan terutamanya keamanan dan sumber asli. Jelaslah bahawa ancaman maritim Malysia disebabkan tuntutan bertindih antara beberapa negara.

Langkah-langkah:

Di samping itu, langkah untuk menangani ancaman maritim ialah penguatkuasaan maritim negara. Hal ini demikian kerana keselamatan maritim Malaysia perlu diambil kira demi menjaga keamanan negara daripada diceroboh. Sebagai contoh, kesatuan Eropah perlu menghantar kapal perang untuk melindungi kapal dagang dan persiaran dengan lebih keap. Hal ini dapat menangani masalah ancaman maritim daripada pihak lanun.

Seterusnya, pendidikan laut juga adalah langkah yang penting untuk menangani ancaman maritim. Hal ini demikian kerana dengan adanya pendidikan di setiap pusat maritim mampu melatih tentera laut untuk mencegah pencerobohan oleh pihak pengganas. Sebagai contoh, para pelatih di pusat maritm akan di latih melalui pendidikan laut agar ancaman maritim dapat ditangani.

Tambahan pula, pematuhan undang-undang antarabangsa juga merupakan langkah terbaik untuk menangani masalah ancaman maritim. Hal ini demikian kerana setiap pelatih mestilah mematuhi setiap peraturan antarabangsa untuk mencegah kegiatan lanun di laut. Sebagai contoh, para pelatih tidak melanggar peraturan negara. Jelaslah bahawa hal ini dapat mencegah ancaman terhadap maritim Malaysia.

Penutup:

Secara keseluruhannya, pihak maritim perlu memainkan peranan yang penting demi keamanan dan keselamatan negara daripada di ancam serta meninggalkan impak yang negatif.
uechuna
uechuna

Posts : 3
Join date : 24/07/2012
Age : 29
Location : kpg buah dabai

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty ANCAMAN MARITIM MALAYSIA

Post by sarahiykah Fri Jul 05, 2013 9:46 am

PENDAHULUAN:

Berdasarkan Laporan Biro Maritim Antarabangsa (IMB) yang berpangkalan di Kuala Lumpur, pada 2009 perairan di pesisiran Pantai Somalia dan Teluk Aden sebanyak 47 buah kapal telah dirampas dengan 867 kelasi dijadikan tebusan oleh lanun. Oleh itu terdapat juga beberapa ancaman yang lain yang boleh mengancam Wilayah Maritim Malaysia.

ISI-ISI:

*ANCAMAN:

Antara ancaman yang telah mengancam wilayah maritim ini ialah kegiatan lanun. Hal ini kerana, kegiatan lanun di lautan telah bermula sejak zaman dahulu lagi akibat ketiadaan pihak kerajaan yang mengawal sistem pengairan dengan sistematik. Contohnya ialah penyeludupan atau rompakan. Oleh itu, kegiatan lanun seperti ini semakin menjadi-jadi akibat ketidaktanggungjawaban pihak kerajaan. Jelaslah bahawa, hal ini boleh mengancam wilayah maritim jika tidak dibanteras dari awal lagi.

Selain itu, pencerobohan laut. Hal ini kerana, puak-puak pencerobohan ini diketuai oleh pengganas seperti Al-Qaeda. Puak-puak ini telah dibekalkan dengan senjata-senjata yang canggih dan bot laju seterusnya latihan ketenteraan juga diberikan kepada mereka. Oleh itu, puak-puak ini semakin giat menjalankan aktiviti haram mereka di kawasan laut. Helaslah bahawa, pencerobohan laut juga merupakan salah satu ancaman kepada pihak maritim.

Seterusnya, pencemaran laut yang semakin menjadi-jadi dari semasa ke semasa. Hal ini kerana, ia merupakan akibat dari sisa buangan yang dialirkan oleh kilang-kilang ke laut. Sebagai contoh, bahan kimia dari kilang. Oleh itu, ini boleh meyebabkan aktiviti yang dijalankan di kawasan pengairan menjadi terjejas. Jelaslah bahawa, pencemaran laut ini boleh menjadi satu ancaman kepada pihak maritim.

*LANGKAH-LANGKAH:

Antara langkah bagi menangani masalah ini ialah kerjasama antarabangsa. Pertubuhan Maritim Antarabangsa dan industri perkapalan perlu berganding bahu dalam meningkatkan keselamatan pelayaran di laut. Sebagai Contoh, penggunaan satelit komunikasi dan GPS. Oleh itu, agensi penguatkuasaan maritim Malaysia perlu meningkatkan lagi rondaan di kawasan pengairan bagi menjamin keselamatan barang dagangan dan anak-anak kapal di laut. Jelaslah bahawa, kerjasama antabangsa amat diperlukan bagi menangani ancaman yang dihadapi oleh pihak maritim.

Selain itu, keadaan sosioekonomi dan politik negara perlu dalam keadaan yang stabil. Hal ini kerana, pergolakan yang disebabkan oleh ekonomi yang mundur perlu dileraikan dengan cara yang baik. Sebagai contoh, pergolakan diantara negara Somalia, Mesir dan Sudan. Oleh itu, negara-negara yang mengalami pergolakan seperti ini perlu dibawa ke meja rundingan bagi menyelesaikan perselisihan antara mereka dapat dileraikan dan seterusnya dapat mewudukan kestabilan politik negara masing-masing. Jelaslah bahawa, jika keadaan sosioekonomi dan politik dalam keadaan yang stabil ia dapat mengurangkan ancaman yang dihadapi oleh wilayah maritim malaysia.

PENUTUP:

Secara keseluruhannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras ancaman-ancaman yang dihadapi oleh Wilayah Matirim Malaysia agar anak-anak kapal di pengairan laut dalam keadaan yang selamat sahaja.


sarahiykah
sarahiykah

Posts : 3
Join date : 29/06/2012
Age : 29
Location : Sibu, sarawak

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty Ancaman Maritim Malaysia

Post by fabblue dolphin Fri Jul 05, 2013 9:52 am

Sektor maritim Malaysia merupakan salah satu sudut ekonomi Malaysia. Terdapat beberapa peristiwa lalu yang pernah terjadi mengancam wilayah maritim Malaysia ini.

Antara ancaman yang dihadapi oleh wilayah maritim Mlaysia adalah ancaman kegiatan lanun. Kegiatan lanun yang mengancam selat misalnya mewujudkan ancaman kepada pelancaran kapal dangang yang melalui perairan kawasan Malaysia ini. Ancaman lanun ini telah menyebabkan Amerika Syarikat melakukan ugutan untuk mengawal keselamatan lanun selat. Jika ini berlaku, ianya akan mengundang kehadiran kuasa besar lain termasuk China di kawasan ini

Selain itu, ancaman yang melanda wilayah maritim Malaysia ini adalah ancaman pencemaran laut. Ini disebabkan oleh, laluan yang digunakan di persairan laut di situ sibuk dan risiko perlanggaran kapal perdagangan berlaku.Misalnya tindakan sesetengah kapal dagang yang membuang enap cemar dari kapal sebelum meninggalkan perairan selat. Ini mewujudkan ancaman pencemaran terhadap laut. Hal ini mengancam wilayah maritim Malaysia untuk berlabur di perairan berdagang.

Kerajaan hendaklah mengambil langkah yang sewajarnya untuk menangani keadaan ini agar kesan negatif dapat dikurangkan. Antara langkahnya adalah dengan memberi pendidikan laut kepada tentera-tentera Maritim. Hal ini dapat memberi semangat kepada tentera-tentera untuk melakukan tugas mengawasi kawasan perairan daripada berlakunya serangan lanun terhadap kapal dagangan yang melabur di Malaysia. Contohnya memberi panduan dan lokasi tempat yanng selau berlakunya kegiatan lanun ini. Dengan ini dapat mengurangkan kegiatan lanun dan perdangan bebas untuk berdagang di Malaysia tanpa rasa takut.

Seterusnya dengan perkongsian bersama. Dengan adanya perkongsian bersama ini, Malaysia dengan negara-negara jiran dapat berkerjasama untuk saling pantau-memantau kegiatan haram di perairan ini. Contohnya dengan berkongsi maklumat tentang kegiatan haram yang berlaku di sana dan Malaysia memberitahu maklumat yang berlaku di sini. Hal ini dapat mengurangkan kesan negatif yang diahadapi oleh wilayah maritim Malaysia.

Selain itu, kerajaan juga boleh memantau keadaan sosioekonomi dan politik dalam keadaan stabil. Negara-negara perisisran pantai seperti Mesir yang bergolak sekarang, disebabkan oleh kemunduran ekonomi, dan ianya haruslah dibantu dan perlu dibawa ke meja rundingan. Oleh itu, langkah ini dapat mewujudkan kestabilan politik di negara yang terlibat.

Kesimpulannay, pihak kerajaan haruslah berganding bahu dengan maritim Malaysia untuk membanteras ancaman-ancaman yang dihadapi oleh wilayah maritim Mlaysia agar anak-anak kapal di perairan laut dalam keadaan selamat dan harmoni.
fabblue dolphin
fabblue dolphin
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 2
Join date : 20/06/2012
Age : 29
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty ANCAMAN MARITIM MALAYSIA

Post by wien menma Fri Jul 05, 2013 10:10 am

PENDAHULUAN :
Belakangan ini,beberapa peristiwa yang telah mengancam wilayah maritim negara kita yang telah membawa beberapa impak. Beberapa langkah perlu diambil untuk membendungnya.

ANCAMAN :
ISI 1

Antara ancaman yang dihadapi ialah kegiatan lanun yang berlaku di kawasan perairan. Kegiatan lanun yang menyerang dan merampas barang dagangan yangmenyebabkan keselamatan negara yang agak terancam. Sebagai contoh, Teluk Aden merupakan lorong pengangkutan Maritim utama yang memungkinkan sebahagian besar bekalan minyak mentah yang dikeluarkan di kawasan Teluk dihantar ke pasaran minyak di serata dunia.Ini akan menyebabkan pedagang-pedagang takut untuk menjalankan operasi dagangannya di negara kita dan berkemungkinan masalah seperti ini akan menjejaskan ekonomi negara kita.

ISI 2

Selain itu,tuntutan bertindih antara beberapa negara turut menjadi ancaman. Hal ini demikian kerana,wujudnya pertindihan kawasan sempadan dan kawasan cari gali yang menyebabkan pertelingkahan berlaku. Sebagai contoh,tuntutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura. Eksploitasi terhadap sumber-sumber turut terjadi.Jelaslah ia mewujudkan pertelingkahan antara negara-negara.

ISI 3

Seterusnya,pencemaran laut yang semakin tidak terkawal. Hal ini demikian kerana,sisa-sisa buangan akibat daripada aktiviti manusia tidak dipantau dengan sebaiknya. Sebagai contoh,sisa buangan yang dilepaskan oleh kilang-kilang. Ini akan menyebabkan hidupan air akan pupus dan ini sekaligus mengancam hidupan marin. Jelaslah pencemaran laut memberi ancaman kepada wilayah maritim.

LANGKAH
ISI 4

Antara langkah yang perlu diambil ialah perkongsian bersama antara negara. Hal ini demikian kerana,perkongsian bersama akan mengaratkankan lagi hubungan dan kerjasama antara negara. Sebagai contoh,kerjasama antara negara selatan-selatan. Ini membolehkan kerjasama dari segi ekonomi,politik ketenteraan dan sosial dapat dipertingkatkan. Ini akan membantu pihak maritim untuk membendung masalah tersebut.

ISI 5

Selain itu,penerapan pendidikan laut. Hal ini demikian kerana,melalui pendidikan tersebut rakyat akan mengetahui impak dan sekaligus cuba untuk mengawal aktiviti supaya tidak berlaku sebarang pencemaran dan penerokaan yang tiada terhad ke atas kawasan maritim. Jelaslah bahawa,pendidikan merupakan langkah yang tegas.

PENUTUP

Secara keseluruhannya,masalah ini perlu diambil kira supaya keselamatan dn keharmonian negara terjamin.
wien menma
wien menma
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 4
Join date : 25/06/2012
Age : 29
Location : sibu,sarawak

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty Ancaman Maritim Malaysia

Post by rozaida R Fri Jul 05, 2013 10:23 am

PENDAHULUAN :

Sejak kebelakangan ini, wilayah maritim malaysia telah melalui pelbagai peristiwa yang kurang b aik seperti pencerobohan, penyeludupan dan sebagainya. Pelbagai jenis ancaman yang datang, namun pelbagai usaha juga telah dilakukan bagi mengekalkan keamanan maritim malaysia.

ANCAMAN :

ISI 1:

antara ancaman yang dihadapi ialah kegiatan lanun. Hal ini kerana, lanun mempunyai pelbagai jenis senjata api yang canggih yang mampu mengancam keselamatan maritim malaysia. Misalnya, peristiwa yang berlaku pada bulan Mac 2011, sebuah kapal tunda lanun di selat melaka diserang sebanyak 25 orang lanun yang lengkap bersenjata. Lazimnya hal ini boleh mengancam keselamatan anak kapal yang ada di perairan Malaysia. Oleh itu, jelaslah bahawa kegiatan lanun merupakan ancaman yang besar yang dihadapi oleh wilayah Maritim Malaysia.

USAHA UNTUK MENGEKALKAN KEAMANAN MARITIM MALAYSIA :

ISI:

Antara usaha yang dilakukan bagi mengekalkan keamanan maritim malysia ialah penguatkuasaan maritim negara. Hal ini kerana, ia mampu untuk mengurangkan masalah dan mampu menangani ancaman daripada terus berlaku. Sebagai contoh, maritim malaysia hendaklah mengawal di setiap tempat supaya masalah seperti pencerobohan tidak berlaku. Lazimnya, hal ini dapat mengelakkandaripada berlakunya ancaman daripada penceroboh. Oleh itu, jelaslah bahawa melalui penguatkuasaan daripada maritim negara amat penting dalam usaha mengekalkan keamanan maritim malaysia.

PENUTUP :

Secara keseluruhannya, kerjasama daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi menangani ancaman negatif yang dihadapi maritim malaysia supaya keamanan wilayah maritim malaysia dikekalkan.
rozaida R
rozaida R

Posts : 4
Join date : 25/06/2012

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM

Post by Farah Mohammat Fri Jul 05, 2013 10:23 am

Belakangan ini, Maritim Malaysia melalui pelbagai peristiwa seperti pencerobohan, penyeludupan, pencemaran laut dan sebagainya. Pelbagai ancaman yang datang tetapi pelbagai juga usaha yang dilakukan bagi mengekalkan keamanan Malaysia.

Kegiatan lanun merupakan salah satu ancaman yang dihadapi oleh Maritim Malaysia. Hal ini demikian kerana, lanun mempunyai senjata api yang canggih dan mengetahui laluan dengan tepat ke bilik navigasi. Sebagai contoh, peristiwa Mac 2011 sebuah kapal tunda Jepun di Selat Melaka diserang oleh sekumpulan 25 orang lanun lengkap bersenjata. Ini boleh mengancam keselamatan terhadap anak kapaldi perairan Malaysia.

Selain itu, Maritim Malaysia menghadapi ancaman apabila berlaku pencemaran laut. Hal ini disebabkan oleh kegiatan manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Pembuangan bahan sisa toksik dan barangan seperti bekas makanan, botol dan plastik ke dalam sungai atau laut ini menghalang proses Maritim Malaysia menjalankan aktiviti pengawalan di lautan.

Malahan, berlaku pencerobohan laut yang mengancam Maritim Malaysia. Hal ini disebabkan kewujudan lorong tikus yang menjadi penghubung kepada warga asing untuk melakukan penyeludupan di Sempadan Selat Melaka seperti mercun, beras, haiwan ternakan, manusia, dan senjata api. Ia dibawa secara sembunyi melalui sempadan untuk mengelak daripada ditangkap oleh pihak berkuasa. Aktiviti pencerobohan ini mengundang berlakunya sindiket penyeludupan.

Antara langkah yang diambil ialah dengan mengadakan kerjasama dengan negara jiran bagi menangani masalah ini. Malaysia telah mengadakan persidangan serantau tentang masalah yang dihadapi oleh Maritim Malaysia seperti pencerobohan, penyeludupan dan jenayah antarabangsa dapat membuktikan komitmen bersepadu oleh negara-negara Asia Pasifik. dengan perkongsian maklumat, kepakaran dan undang-undang yang seragam. Perkara ini memastikan wilayah Malaysia mendapat keamanan yang sejagat.

Seterusnya, penerapan mengenai pendidikan laut dalam pemikiran rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana dengan adanya pendidikan laut, masalah seperti pencemaran laut, pencerobihan, penyeludupan dapat dikurangkan. Masyarakat yang pentingkan diri sendiri akan mula sedar setelah ia memberi impak negatif jika mereka tidak mengambil perhatian perkara sebegini. Penganjuran program mengenai alam sekitar dan membanteras jenayah perlu dilakukan bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia.

Secara keseluruhannya, masalah yang dihadapi Maritim Malaysia dapat diatasi sekiranya hubungan kerjasama dilakukan dan sebagai persediaan dalam menghadapi ancaman yang akan datang.
Farah Mohammat
Farah Mohammat
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 2
Join date : 22/05/2012
Age : 30

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty Re: LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA

Post by AzeL Wed Jul 10, 2013 1:05 pm

Info yang perlu diketahui...

IPERAIRAN NEGARA KITA
BAHAN BACAAN 1
UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 18/04/2009
Kegiatan lanun di Somalia akibat sengketa politik
Oleh ISMAIL HASHIM YAHAYA

BERITA penangkapan beberapa orang lanun dan penghapusan kegiatan tersebut di perairan Somalia begitu menggembirakan masyarakat antarabangsa terutamanya kegiatan perkapalan. Mereka berasa selamat sekarang apabila melalui perairan antarabangsa berdekatan dengan Somalia. Namun yang lebih menggembirakan ialah pentadbiran kerajaan Barack Obama selaku Presiden Amerika Syarikat (AS) kerana berjaya menghapuskan kegiatan tersebut. Ini merupakan kejayaan dasar luar pertama beliau. Sekurang-kurangnya laporan media perdana AS dapat melenakan penduduknya buat sementara waktu daripada berhadapan dengan realiti ekonomi dan kesengsaraan yang dialami setiap hari kesan daripada kemelesetan ekonominya.

Namun harus diingat laporan berita itu dalam kerangka 5W 1H sekadar melaporkan apa yang berlaku pada waktu sekarang sahaja. Ini mengetepikan sebarang latar belakang sejarah kepada berlakunya kejadian lanun di Somalia. Ini memandangkan berita yang disiarkan adalah bahan yang dijual-beli seumpama sebuah perniagaan. Dalam perniagaan laporan berita, bahan yang baru itulah yang diperniagakan bagi mendapat keuntungan. Kejadian pelanunan di perairan Somalia yang begitu aktif disebabkan oleh lanun-lanun antarabangsa yang telah merompak sejumlah AS$300 juta nilai kehidupan laut Somalia pada setiap tahun. Kapal-kapal asing telah memasuki perairan Somalia secara haram dan mengautkan hasil mahsulnya yang bernilai jutaan dolar itu.

Berita ini tidak mendapat liputan meluas media antarabangsa khususnya media arus perdana AS. Di samping itu, perairan Somalia menjadi tempat longgokan sisa racun daripada syarikat-syarikat Eropah terutamanya bahan buangan di hospital-hospital di Eropah. Ini juga termasuk logam berat dan bahan kimia berbahaya. Tinjauan yang dibuat oleh agensi berita Somalia Wardheer News menunjukkan 70 peratus warga Somalia "dengan kuatnya menyokong kegiatan pelanunan sebagai suatu bentuk pertahanan nasional ke atas wilayah perairan negara mereka". Kita bukannya menyokong kegiatan pelanunan itu tetapi dalam kes di Somalia persoalannya kenapa kejadian pelanunan begitu kerap berlaku seolah-olah rakyat Somalia tidak ada pekerjaan lain daripada merompak kapal dagang asing yang melintasi perairan mereka. Sejak tahun 1991, penduduk Somalia terpaksa berhadapan dengan kegiatan "lanun-lanun" asing yang bertopengkan korporat-korporat antarabangsa berserta campur tangan tentera Ethiopia dan AS melalui jalan udara atau laut.

Tentera Ethiopia bersama dengan tentera AS telah menjarah, menjajahi dan memporakperandakan Somalia sehingga menjadi ia sebuah entiti yang berpecah kepada wilayah-wilayah tertentu seperti Somaliland dan Puntland. Kalau sesiapa masih ingat, Malaysia pernah terlibat memainkan peranan cuba menstabilkan Somalia melalui operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Tentera Malaysia, Pakistan dan beberapa negara lain membantu tentera AS keluar daripada pasar Bakkara setelah diserang hendap oleh pejuang Somalia yang dipimpin oleh Mohamed Farah Aidid. Tetapi kisah ini dimanipulasi oleh pengarah filem Hollywood yang menunjukkan kehebatan tentera AS dalam filem Black Hawk Down. Campur tangan AS dan Ethiopia menyebabkan Somalia hilang kedaulatan darat dan lautnya.

'Lanun-lanun' antarabangsa ini telah merampas segala yang menjadi hak milik penduduk Somalia terutamanya keamanan selain sumber asli. Tetapi pejuang Islam Somalia yang berhadapan dengan perang saudara tetap berjuang menyingkirkan tentera Ethiopia dan ini membuat tentera AS berang. Namun kegiatan pelanunan menjadi langkah perlindungan terhadap perikanan dan longgokan haram akhirnya terikat dengan kepentingan-kepentingan politik dan kewangan beberapa suku puak yang dikaitkan dengan Ethiopia dan kumpulan-kumpulan penjenayah yang menguasai bahagian-bahagian tertentu di negara tersebut. Terdapat kegiatan pelanunan daripada ketua-ketua suku atau puak pengaruh tentera Ethiopia dan AS di bawah dasar luar presiden AS dahulu. Mereka akan melakukan rompakan di laut demi membiayai markas tentera Ethiopia di wilayah Somaliland dan Puntland. (Sila rujuk www. informationclearinghouse.info)

Mungkin terdapat persetujuan yang mereka tidak akan menyerang mana-mana kapal dagang AS. Tidak dipastikan apakah motif serangan lanun-lanun ke atas kapal dagang AS itu yang lebih tujuh tahun tidak diserang. Sebelum ini pada minggu lalu kapal terbang ahli Kongres kulit hitam AS, Donald Payne telah disasarkan mortar semasa beliau melawat Mogadishu, ibu negara Somalia. Namun beliau terselamat. Beliau adalah ahli Kongres yang menentang pakatan AS-Ethiopia di Somalia.Adakah ini tindakan puak yang menentang dasar luar baru AS atau pejuang Somalia yang menentang sebarang campur tangan dalam urusan negara mereka? Kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton yang mengumumkan pelan empat perkara bagi memerangi kegiatan lanun, termasuk pendakwaan dan pembekuan aset lanun dengan bantuan rakan-rakan AS di peringkat antarabangsa harus dilihat sebagai perubahan dasar luar AS ke atas Somalia. Adakah kerana pentadbiran baru Obama tidak lagi mahu bekerjasama dengan Ethiopia menyebabkan berlaku kejadian pertama sejak 10 tahun lalu rompakan ke atas kapal laut perdagangan AS? Atau ini merupakan petanda bahawa AS akan campur tangan sekali lagi di Somalia?

PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pengajian Komunikasi, Universiti Sains Malaysia
BAHAN BACAAN 2
UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 04/06/2009
Kaji kawalan maritim elak pembaziran
Oleh HAMZAH ISHAK

KEDUDUKAN Malaysia yang dikelilingi lautan memberikan kelebihan daripada segi perdagangan laut, sumber perikanan dan pelancongan marin. Namun daripada sudut lain, negara ini juga berdepan dengan ancaman keselamatan maritim. Ia meliputi isu penyeludupan, pendatang tanpa izin, rompakan dan perlanunan serta pencerobohan nelayan asing dan sebagainya. Jarak yang dekat dengan negara jiran memungkinkan aktiviti perlanggaran undang-undang lebih mudah dilakukan. Jika wabak Influenza A H1N1 boleh 'membolosi' pintu masuk di lapangan terbang, perkara yang sama juga boleh berlaku di laut yang 'pintunya' ternyata lebih luas. Pengawasan dan penguatkuasaan maritim negara di perairan yang luasnya dua kali ganda dari daratan kini dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin selain Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Kastam, Jabatan Perikanan dan sebagainya.

Jika dilihat daripada segi jumlah jabatan atau agensi yang terlibat, sudah tentu akan timbul soal pertindihan tugas dan pembaziran aset. Ini kerana kemungkinan wujudnya pertindihan kawasan rondaan tidak dapat dielakkan. APMM diberikan mandat untuk menjalankan rondaan dan penguatkuasaan di Zon Ekonomi Eksklusif dan Laut Wilayah Malaysia. TLDM pula menjalankan tugas utama utuk mempertahankan kedaulatan perairan di seluruh perairan Malaysia. Dalam pada itu, polis Marin juga menjalankan tugas penguatkuasaan di perairan laut wilayah negara ini. Ia secara tidak langsung akan mewujudkan persaingan antara jabatan dan agensi dalam menonjolkan keupayaan masing-masing. Jika dilihat daripada segi mekanisme penguatkuasaan maritim yang efektif, kewujudan satu agensi khusus adalah perlu bagi mengelakkan pertindihan tugas dan pembaziran aset.

Negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, India dan Britain misalnya, telah diwujudkan satu agensi khusus iaitu Pasukan Pengawal Pantai atau lebih dikenali sebagai Coast Guard. Di rantau Asia Tenggara, agensi yang serupa diwujudkan di Filipina dan Indonesia. Agensi ini akan melaksanakan semua fungsi pengawasan dan penguatkuasaan maritim selain usaha mencari dan menyelamat. Adalah diharapkan satu kajian menyeluruh dilaksanakan ke atas mekanisme pengawasan dan penguatkuasaan maritim Malaysia bagi membolehkan ancaman keselamatan maritim dapat ditangani secara lebih efektif. Dalam masa yang sama ia tidak akan menyebabkan kerajaan kehilangan jutaan ringgit disebabkan pertindihan tugas dan pembaziran penggunaan aset. Walaupun penyelarasan antara agensi boleh dilaksanakan namun ia tidak menjamin komitmen semua pihak yang mempunyai kepentingan masing-masing. Keutamaan kepada kepentingan negara perlu mengatasi kepentingan jabatan jika kita mahukan hasil yang terbaik. Anjakan paradigma ini bagaimanapun memerlukan komitmen semua pihak.


BAHAN BACAAN 3
UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 23/01/2010
Nasihat perjalanan Jabatan Negara AS tidak bantu jamin keselamatan
Oleh Azmi Hassan

Pelancong asing juga tidak ketinggalan menari tarian sumazau pada Festival Bangandang dan Ekspo Perdagangan di padang pekan Beaufort, Sabah baru-baru ini. Setiap perkara yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) sudah pasti mengundang pelbagai reaksi dan implikasi kerana negara tersebut mampu melakukan apa sahaja yang dihajatkan untuk menjaga kelangsungan agenda tidak kira sama ada politik, sosial, ekonomi atau strategik. Apabila Presiden Barack Obama mengarahkan askar Marin Corps AS membantu mangsa gempa bumi Haiti, Presiden Venezuela Hugo Chavez membuat interpretasi bahawa kehadiran askar yang lengkap bersenjata itu bagaikan cubaan AS untuk menjajah Haiti. Begitu juga apabila Jabatan Negara AS mengeluarkan notis nasihat perjalanan pada beberapa hari lepas terhadap beberapa kawasan timur Sabah, sudah pasti kenyataan tersebut walaupun pada tahap nasihat mengundang pelbagai reaksi dan tanggapan.

Notis yang dikeluarkan pada 15 Januari telah menasihati rakyat AS supaya berwaspada ketika berada di Sabah terutama sekali di Semporna, Pulau Mabul dan Pulau Sipadan kerana dikhuatiri kumpulan penjenayah dan pengganas sedang membuat persiapan untuk menyerang rakyat asing yang melawat kawasan yang dimaksudkan. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman telah memberi jaminan bahawa pulau di sekitar Sabah selamat dikunjungi sebagai reaksi terhadap nasihat perjalanan tersebut. "Jangan bimbang, sesiapa sahaja selamat untuk datang ke Sabah. Pasukan keselamatan kita mengawal sempadan dan melakukan rondaan sepanjang masa," tegas beliau. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga memberi jaminan yang sama iaitu perairan Sabah selamat dikunjungi. Beliau berkata Angkatan Tentera Malaysia sentiasa memastikan keselamatan perairan negara di Sabah terkawal menerusi operasi Ops Pasir dan Ops Sinar.

Lebih menarik apabila Ahmad Zahid menambah, "Kita pun menerima maklumat risikan yang sama dan dengan itu kita meningkatkan kesiagaan kita," Sudah pasti apa yang diperkatakan oleh Musa Aman dan Ahmad Zahid mengenai jaminan keselamatan boleh diterima kerana kedua- dua mereka pada dasarnya tahu apa yang berlaku. Begitu juga dengan Jabatan Negara AS sudah pasti mempunyai maklumat risikan yang membuatkan mereka mengeluarkan notis nasihat tersebut. Jika Kuala Lumpur dan Washington masing- masing mempunyai maklumat risikan mengenai keselamatan di timur Sabah, mengapa pula interpretasi dan analisis yang dibuat jauh berbeza mengundang banyak persoalan. Memang benar notis nasihat perjalanan yang dikeluarkan adalah pada tahap rendah kerana ia berasaskan keadaan semasa sesuatu tempat untuk jangka masa yang pendek kebiasaannya hanya sah selama 30 hari sahaja.

Pada tahap yang lebih tinggi, Jabatan Negara AS akan mengeluarkan notis amaran perjalanan yang lebih bersifat nyata dan jangka panjang. Sebagai contohnya notis amaran mengenai perjalanan ke Haiti yang dikeluarkan pada 14 Januari adalah kerana malapetaka gempa bumi yang melanda negara tersebut dua hari sebelum itu. Begitu juga dengan amaran perjalanan Pakistan yang dikeluarkan pada 7 Januari pula ada kena mengena dengan kegiatan pengganas yang memuncak semenjak pemimpin Taliban, Baitullah Mehsud yang terbunuh pada bulan Ogos tahun lepas. Sekali lagi amaran yang dikeluarkan adalah lebih bersifat nyata dan sah untuk jangka masa yang lebih panjang. Sebelum nasihat perjalanan Sabah dikeluarkan, Jabatan Negara AS ada mengeluarkan notis yang serupa untuk India pada 29 Disember 2009 yang antara lain memberi nasihat kepada rakyat Amerika untuk berhati-hati apabila berada di India kerana terdapat ancaman pengganas yang akan menyerang rakyat asing.

Di antara dalil yang digunakan untuk mengeluarkan nasihat tersebut adalah kemungkinan akan meletusnya kekacauan akibat isu menubuhkan negeri baru Telangana dalam wilayah Andhra Pradesh. Seperti yang diketahui sehingga ke hari ini walaupun terdapat kekacauan yang berlaku tetapi tidak sehingga boleh mengancam rakyat asing. Untuk menguatkan lagi nasihat perjalanan India tersebut, diungkitkan kembali serangan pengganas di Mumbai pada November 2008 yang sudah pasti akan menguatkan lagi hujah bahawa kemungkinan akan berlaku keganasan adalah tinggi. Begitu juga dengan nasihat perjalanan Sabah diungkitkan juga peristiwa penculikan kumpulan Abu Sayaff pada tahun 2000 sebagai asas bahawa nasihat terkini yang dikeluarkan itu mempunyai asas kuat. Insiden tersebut telah mendapat perhatian dunia kerana 10 daripada 21 mangsa penculikan adalah rakyat asing. Perlu diingatkan kembali pada tahun 2002 nasihat perjalanan yang serupa dikeluarkan di atas dasar terdapat maklumat risikan bahawa kumpulan Abu Sayaff akan menculik rakyat asing di perairan Sabah.

Pada ketika itu nasihat tersebut memberi kesan yang mendalam kerana dikaitkan dengan insiden pengeboman di Bali pada Oktober 2002 dan aktiviti keganasan yang didalangi oleh Jemaah Islamiah. Tidak dapat dinafikan bahawa maklumat risikan adalah penting untuk membanteras aktiviti keganasan. Tetapi apa yang lebih kritikal ialah maklumat tersebut perlu dianalisis dengan teliti dengan menggunakan gabungan data dari sumber berlainan. Jika ini tidak dilaksanakan maka analisis yang tepat tidak dapat dihasilkan seperti yang telah berlaku terhadap peristiwa cubaan meletupkan pesawat Delta Airlines pada 25 Disember lepas. Jika Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab menyatakan maklumat risikan tentera dan polis tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa serangan pengganas akan berlaku dalam masa terdekat, maka rakyat Malaysia pasti tertanya-tanya sumber mana maklumat risikan yang digunakan oleh Jabatan Negara AS.

Penulis ialah GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Felo Pelawat ISIS Malaysia
BAHAN BACAAN 4
UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 14/04/2010
Perantas KB aset terpantas KDRM
Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH



INI bukan cerita filem Adnan Sempit yang merempit di pawagam bulan lalu. Tetapi kisah realiti daripada pengalaman luar biasa menaiki bot paling laju yang dimiliki Kastam Diraja Malaysia (KDRM). Semuanya bermula dalam suasana cukup tenang malahan hembusan angin laut Selat Tebrau pada petang Jumaat baru-baru ini begitu menyamankan. Sesekali kelihatan rakan-rakan wanita penulis yang rambut mereka panjang mengurai terpaksa beberapa kali membetulkan mahkota berharga itu daripada mengerbang dan mengganggu pemandangan mata. Pada petang itu, berlangsung satu majlis penyerahan tiga bot laju berkuasa tinggi yang dikenali Perantas KB 91, Perantas KB 92 dan Perantas KB 93 kepada KDRM di Jeti Stulang di Johor Bahru.

Sebelum majlis dimulakan, Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Ibrahim Jaapar mengajak pihak media merasai pengalaman menaiki bot laju tersebut. "Awak semua kena mencuba dan merasai pengalaman menaiki Perantas KB9 itu. Rugi kalau tidak naik kerana bukan senang hendak mendapat peluang ini," pelawanya ramah sambil tersenyum. Ingatkan pihak media akan dibawa menaiki bot itu dalam suasana bersiar-siar dan penuh santai untuk menikmati keindahan Selat Tebrau. Namun, telahan awal penulis ternyata tersasar. Rupa-rupanya sebaik perantas KB9 Siri itu meluncur laju membelah lautan, perasaan berdebar pantas muncul tiba-tiba. Baru seminit bergerak, ngauman garang enjin bot yang menghasilkan percikan air laut sudah memberi isyarat bahawa banyak pengalaman 'ngeri' yang bakal dihadapi. Seperti dijangka, pecutan bot yang mencecah 60 knot di lautan iaitu bersamaan kelajuan 110 kilometer sejam (kmj) di jalan raya pantas memaksa para penumpang berpaut erat pada pemegang tempat duduk.

Ini kerana penulis terasa badan bagai dilambung-lambung ke udara dan mula berfikiran barangkali boleh terpelanting ke lautan apatah lagi keadaan ombak yang beralun-alun ketika itu. Jika hendak membandingkan permainan roller coaster yang pernah dinaiki di Genting Highland, ia ibarat jauh panggang daripada api. Dari segi cabaran kelajuan, Perantas KB9 Siri yang merupakan sebuah aset baru KDRM itu jelas tiada tolok tandingannya. Malah ketika bot lanjut itu membuat aksi membelok, pejam sahajalah mata kerana keadaan pada itu sangat mendebarkan. Hati mula berbisik kecil bilakah bot itu akan berhenti. Namun Perantas KB9 Siri itu terus garang di lautan dan jeritan kecil yang kedengaran dalam kalangan rakan-rakan wanita langsung tidak diendahkan. Hampir 15 minit berperang dengan perasaan yang bercampur baur, bot laju itu akhirnya kembali berlabuh ke jeti. Sebaik keluar dari bot itu, tiada kata-kata yang mampu diungkapkan buat seketika sebaliknya hanya berpandangan sesama sendiri sambil menggelengkan kepala.

Namun apa yang perlu diakui Perantas KB9 itu memang hebat dan menepati standard tinggi untuk mengawasi perairan negara. Kecanggihan Perantas KB9 Bot laju itu dibina berkonsepkan Fast Interceptor Craft dan pembinaannya berteraskan kombinasi gentian karbon dan ramaid Kevlar. Bot sepanjang 16.5 meter dan seberat 17.5 tan itu memiliki kelajuan mencecah 60 knot di lautan iaitu bersamaan kelajuan 110 kmj di jalan raya dan mampu bergerak dari Johor Bahru ke Langkawi tanpa perlu mengisi minyak. Ini kerana bot itu dilengkapi dengan dua enjin berkuasa tinggi yang menggunakan diesel sebagai bahan api. Terdapat dua buah tangki diesel yang dibina berasingan dan berkapasiti 1,500 liter setiap satu. Bahagian kokpit dilengkapi dengan enam unit tempat duduk berprestasi tinggi yang memberi keselesaan kepada pengguna terutamanya semasa bot beroperasi dalam kelajuan maksimum. Setiap tempat duduk tersebut dilengkapi dengan sistem interkom dalaman yang dapat membantu krew berkomunikasi sewaktu bot meluncur memecah ombak di lautan.

Bahagian dalam pula terdapat kabin yang dilengkapi empat tempat tidur dan satu bilik air, manakala bilik makan turut disediakan bersama satu ruang rehat yang dilengkapi set sofa. Ibrahim berkata, penerimaan bot laju berkuasa tinggi itu akan membolehkan KDRM terus meningkatkan keupayaan logistiknya menerusi bahagian penguatkuasaan pada masa akan datang. Beliau berkata, pihaknya telah menerima Perantas KB 91, Perantas KB 92 dan Perantas KB 93 selepas Perantas KB 90 pada November lalu. Kesemua bot laju itu dibina dengan kos RM22.5 juta dan ia merupakan projek kerajaan yang ditawarkan menerusi tender terbuka. "Kami amat berpuas hati dengan pembinaan semua bot laju itu yang menepati ciri-ciri keupayaan yang terkandung di dalam kontrak perjanjian. "Malah lebih membanggakan, ia dibina oleh sebuah syarikat tempatan, Destination Marine Services Sdn. Bhd., untuk muncul bot paling laju antara 150 buah yang dimiliki KDRM ketika ini," katanya. Majlis penyerahan itu turut dihadiri Pengarah Eksekutif Destination Marine Services, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir. Ibrahim berkata, kemudahan logistik itu bertujuan meningkatkan lagi keupayaan mengawal segala aktiviti maritim terutamanya kegiatan penyeludupan di perairan negara.


BAHAN BACAAN 5
UTUSAN MALAYSIA ARKIB : 22/01/2010
Perairan Pengerang, Tanjung Piai 'lubuk' pesalah maritim
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
pengarang@utusan.com.my

TIDAK sampai sebulan tahun 2010 membuka tirainya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan sudah menahan lebih 20 kapal yang melakukan pelbagai kesalahan. Kesalahan paling serius melibatkan pemindahan minyak jenis Marine Fuel Oil (MFO) melebihi 700,000 liter di sekitar perairan Pengerang, Kota Tinggi dan Tanjung Piai, Pontian. Keadaan itu dilihat semakin serius dan merunsingkan. Berdasarkan rekod, tangkapan pertama dibuat pada 2 Januari lalu di perairan Tanjung Stapa, Pengerang melibatkan kapal yang berdaftar di Honduras iaitu M.T Royal Salute dan M.T Ai Maru. Kurang 48 jam selepas itu, APMM Wilayah Selatan kemudiannya menahan dua buah lagi kapal di perairan Tanjung Kapal, Pengerang melibatkan sebuah kapal yang berdaftar di Honduras, MT Atago Power dan sebuah kapal dari Thailand, MV Thigayu. Pada 11 Januari pula, APMM berjaya menahan tiga lagi kapal kerana disyaki melakukan pemindahan 350,000 liter minyak secara haram di kawasan perairan Tanjung Piai.

Tiga kapal tangki tersebut adalah Kapal MV Eleftheria K yang didaftarkan di Panama, Neptank VII (Singapura) dan MT Sea Trader 8 (Basseterre, Saint Kitts and Nevis). Sehari selepas itu, pihak berkuasa tersebut berjaya menahan dua buah kapal lagi iaitu MV Marine Force yang berdaftar di Tarawa, Kiribati dan MV Ayu Permata di Indonesia atas kesalahan pemindahan minyak di perairan Pengerang. Tangkapan terbaru dibuat pada 17 Januari lalu apabila empat kapal ditahan kerana melakukan pemindahan minyak secara haram di perairan Pengerang dan Tanjung Piai. Dua kapal iaitu MT Rimba yang berdaftar di Korea dan MT Sea Goddess di Tarawa dikesan melakukan kesalahan itu di tenggara Tanjung Kapal, Pengerang. Persoalannya, mengapakah perairan Pengerang dan Tanjung Piai di selatan tanah air terus dipilih menjadi 'lubuk' bagi kapal asing untuk melakukan kesalahan maritim terutamanya pemindahan minyak secara haram?

Terdapat dakwaan mengatakan ejen-ejen darat yang menjadi dalang bagi mengurus dan mengendalikan aktiviti jenayah itu dan mereka mengaut keuntungan lumayan hinggakan kompaun dikenakan pihak berkuasa negara hanya dipandang sebelah mata. Kompaun akibat kesalahan maritim di negara jiran dikatakan lebih tinggi sekali gus menjadikan perairan selatan negara kita sebagai pilihan utama mereka. Mengulas dakwaan itu, Ketua Penguat kuasa APMM Wilayah Selatan, Datuk Che Hassan Jusoh berkata, pihaknya tidak boleh mengulas secara terperinci mengenai penglibatan ejen-ejen yang menjadi orang tengah untuk kegiatan haram itu kerana tidak mempunyai bukti kukuh tetapi itu tidak bermakna APMM hanya berdiam diri. APMM masih lagi menjalankan siasatan serta meningkatkan hasil risikan dalam usaha mengurangkan kegiatan haram di perairan negara terutamanya di kawasan perairan Pengerang dan Tanjung Piai kerana ia merupakan kawasan panas untuk kegiatan jenayah maritim.

Jika dilihat secara terperinci, kedua-dua perairan itu terletak berhampiran dengan perairan antarabangsa dan merupakan lokasi perkampungan nelayan, menjadikannya kedudukan strategik untuk mengaburi perhatian pihak berkuasa. Che Hassan berkata, kegiatan jenayah maritim itu bukan perkara baru, sebaliknya sudah berlarutan sejak berpuluh tahun lalu. Namun pihak berkuasa maritim seperti APMM sentiasa mencari kaedah terbaru untuk menanganinya secara holistik bagi mengelakkan daripada terus berulang. Beliau berkata, sejak kebelakangan ini hampir setiap hari ada sahaja kapal yang ditahan di perairan tersebut dan ia menunjukkan bahawa pihak berkuasa sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka. Beliau memberitahu, kesemua yang ditahan itu terlibat dalam kesalahan sama di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. "Awal tahun ini saja, boleh dikatakan, kesemua kapal yang ditahan terlibat dengan kegiatan pemindahan minyak secara haram dan kesalahan-kesalahan lain di bawah ordinan yang sama," katanya.

Jalinan kerjasama dengan Jabatan Laut dan Jabatan Alam Sekitar akan terus ditingkatkan pada masa akan datang bagi membolehkan proses penguatkuasaan serta pendakwaan dijalankan segera bagi membuktikan ketegasan pihak berkuasa di negara ini. Katanya, proses penguatkuasaan akan dilakukan oleh APMM, manakala proses pendakwaan dilaksanakan Jabatan Laut dan Jabatan Alam Sekitar mengikut akta yang telah ditetapkan di dalam Perlembagaan. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai aspek pendakwaan kerana ia diluar bidang kuasa APMM. "Kami akan terus memberikan tumpuan terhadap aspek penguatkuasaan di kawasan perairan selatan negara dan segala kertas siasatan akan dilakukan pihak kami secara bersama manakala proses pendakwaan serta denda akan diserahkan kepada jabatan-jabatan berkaitan," katanya.
AzeL
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 29
Location : SmK AgamA SibU

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA Empty Re: LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum