Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3

Forum Untuk STPM Pengajian Am
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
"... Diharapkan ruangan forum ini memberi manfaat kepada pelajar... Gunakan sebaik mungkin segala informasi dan maklumat....Semoga Kejayaan Milik Anda... Aminnn."

Share | 
 

  ISU PEMAKANAN 1. Amalan / Tabiat pemakanan yang mengakibatkan munculnya pelbagai jenis penyakit.

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 22
Location : SmK AgamA SibU

PostSubject: ISU PEMAKANAN 1. Amalan / Tabiat pemakanan yang mengakibatkan munculnya pelbagai jenis penyakit.    Mon Jul 22, 2013 9:55 pm

(a). Mengutamakan perisa tanpa hiraukan khasiat makanan. - Kanak-kanak yang hanya memakan sesuatu jenis makanan sahaja misalnya daging akan mengalami kekurangan zat garam galian dan vitamin yang terdapat dalam sayur-sayuran atau buah-buahan. - Ramai generasi kini yang mementingkan perisa makanan sehingga banyak memakan makanan tanpa zat dan gizi makanan seimbang. - Kekuarangan sesuatu zat makanan tertentu dalam badan kita akan menganggu sistem metabolisme badan dan membawa pelbagai jenis penyakit. Kekurangan vitamin C dan kalsium boleh mendatangkan penyakit selsema dan penyakit tulang, misalnya Osteomalasia. Kekurangan vitamin B1 boleh membawa penyakit beri-beri. Kekurangan zat besi dalam makanan akan mengakibatkan penyakit anemia.

(b). Memakan ikut nafsu sehingga berlebihan. - Memakan ikut nafsu misalnya terlalu banyak dalam sehariatau terlalu banyak sesuatu jenis makanan yang tertentu boleh membawa penyakit kepada badan kita. Ini kerana badan-badan menusia biasanya hanya memerlukan sejumlah tertentu zat makanan sahaja. Kelebihan zat tertentu itu jika tidak dapat dibuang melalui sistem perkumuhan akan membawa penyakit. - Misalnya pengambilan zat protin dan kalsium yang berlebihan melalui daging atau makanan laut boleh mengakibatkan penyakit ‘gout’ atau sakit sendi. Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit diabetes atau kencing manis dan kegemukan yang boleh membawa pula penyakit jantung. Memakan terlalu lemak akan meninggikan risiko penyakit ‘stroke’ dan sakit jantung atau kardio vascular.

(c) Memakan makanan yang mentah atau tidak cukup masak boleh membawa penyakit. - Tabiat sesuatu suku kaum tertentu misalnya orang Korea dan Jepun yang suka memakan daging atau ikan mentah juga tidak baik dari segi kesihatan. Demikian juga masyarakat Eropah yang suka makan daging separuh masak. - Ikan dan daging yang tidak masak sepenuhnya sering mengandungi parasit yang masih aktif. Parasit ini boleh merosakkan tisu-tisu tertentu dalam badan dan mendatang- kan penyakit misalnya penyakit dalam usus. - Tabiat suka memakan jeruk boleh meninggikan risiko keracunan makanan yang mungkin membawa maut.

(d) Kegemaran memakan makanan terproses atau makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan. - Amalan sesetengah penduduk bandar yang sering makan makanan segera seperti daging burger dan lain-lain adalah tidak sihat. - Makanan-makanan dalam tin, khususnya yang diimport amat digemari mereka yang telah biasa dengan kehidupan luar negara. Ada pula yang memakan makanan import dalam tin ini untuk meninggikan status mereka. - Makanan-makanan terproses biasanya mengandungi bahan- bahan kimia umpamanya bahan pengawet, perisa dan pewarna tiruan yang boleh membawa penyakit barah. - Setengah-setengah makanan terproses misalnya daging burger pernah didapati mengandungi plumbum dan timah hitam yang berlebihan sehingga mendatang keracunan makanan.

Faktor-faktor penyebab penyakit lain. -

Penyakit denggi adalah diakibatkan oleh persekitaran yang mengalakkan pembiakan nyamuk aedes. - Budaya hidup seperti merokok, pengambilan arak boleh membawa penyakit barah paru-paru dan penyakit yang berkaitan dengan hati kita. - Mereka yang mengamalkan pergaulan seks terlalu bebas,secara abnormal misalnya homoseksual, biseksual dan pengambilan dadah dengan perkongsian jarum suntikan pula mengalakkan wabak penyakit aids. - Penyakit darah tinggi, sesetengah jenis barah yang ter- tentu, diabetes pula adalah berkaitan dengan keturunan.

2. Kesan-kesan negatif pengambilan pil-pil dan makanan berkhasiat tanpa nasihat doktor.

(a) Keracunan, misalnya : Hipervitanirosis A bila mengambil terlalu banyak vitamin

(b) Abaikan makanan lain sesudah mengambil pil-pil vitamin,misalnya seseorang yang mengambil pil vitamin dan zat galian tidak mengambil sayuran akan mengalami masalah kesihatan kerana kekurangan serabut dalam makanannya.

(c) Pengambilan pil vitamin akan meningkatkan paras vitamin dalam darah dan tisu badan. Jika seseorang iaitu berhenti mengambil vitamin tersebut, ia akan mengalami gejala kekurangan vitamin berkenaan walaupun ia mengambil makanan seimbangan semulajadi kerana tubuhnya tidak boleh menyesuaikan kepada keadaan penurunan paras vitamin ini.

(d) Pembaziran sumber kewangan kerana banyak mengambil zat- zat berlebihan yang tidak diperlukan oleh badan melalui pengambilan pil-pil. Keadaan ini juga mengalakkan penipuan oleh penjual atau pengusaha yang tidak bertanggungjawab. Misalnya, pati ayam Brand’s mengandungi terlalu sedikit pati berbanding dengan harganya.

(e) Kebanyakan pil-pil vitamin adalah terbuat dari sintesis bahan-bahan kimia. Pengambilan bahan-bahan kimia yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan badan. Kajian Prof. Irvin daripada Universiti Texas menunjukkan bahawa bahan kimialah akan menjadi ancaman utama kepada kesihatan manusia kelak dan kombinasi berbagai bahan kimia juga akan menimbulkan kesan keracunan yang sebelum ini tidak diketahui (Utusan Pengguna Sept. 1989). Misalnya, gula tiruan yang dihasilkan secara tindakbalas kimia iaitu sakarin yang sebenarnya boleh menyebabkan barah jika terlalu mengambilnya.

3. Langkah-langkah mengelakkan pengambilan pil-pil dari makanan berkhasiat.

(a) Penguatkuasaan undang-undang dan akta mengenai ubatan dan makanan – denda berat kepada pengeluar yang memberikan penerangan palsu pada labelnya.

(b) Kempen pendidikan untuk menyedarkan rakyat / pengguna.

(c) Perubahan sikap doktor – menasihati pesakit tentang amalan makanan seimbang dan bukan mengarahnya mengambil pil vitamin.

(d) Masyarakat / media massa.
Back to top Go down
 
ISU PEMAKANAN 1. Amalan / Tabiat pemakanan yang mengakibatkan munculnya pelbagai jenis penyakit.
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pengajian Am STPM P1 P2 P3  :: PENGAJIAN AM MODULAR :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3-
Jump to: