Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3

Forum Untuk STPM Pengajian Am
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
"... Diharapkan ruangan forum ini memberi manfaat kepada pelajar... Gunakan sebaik mungkin segala informasi dan maklumat....Semoga Kejayaan Milik Anda... Aminnn."

Share | 
 

 :FAKTOR-FAKTOR PERSENGKETAAN YANG MENGanggu KEAMANAN DUNIA

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ZIEYRA
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 15
Join date : 12/06/2012

PostSubject: :FAKTOR-FAKTOR PERSENGKETAAN YANG MENGanggu KEAMANAN DUNIA    Wed Jun 26, 2013 12:14 pm

KARANGAN

PENDAHULUAN:
- dunia tanpa sempadan; proses globalisasi, dan kecanggihan teknologi menjadikan dunia semakin kecil tetapi kemajuan ini tidak menampakkan terjaminnya keamanan dunia - sering berlaku peristiwa besar yang menggugat kesejahteraan dunia.

ISI-ISI PENTING:(FAKTOR PENYEBAB)
1. sikap tidak menghormati agama penganut lain dan prejudis terhadap agama -misalnya karikatur Nabi Muhammad saw dalam akhbar di Denmark telah mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia yang hampir-hampir melagakan masyarakat dunia yang berlainan agama.

2. Pembinaan tenaga nuklear dan penciptaan senjata pemusnahmewujudkan keadaan yang tegang - Korea Utara mencipta peluru berpandu yang mampu mengenai sasaran di hemisfera selatan - Iran yang bergiat aktif dalam pembinaan tenaga nuklear menjadi sasaran serangan Amerika, seterusnya menimbulkan ketegangan dunia.

3. Keegoan negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Britain yang membuat keputusan tanpa persetujuan ramai - memperlekeh keputusan PBB - masih menyerang Iraq atas alasan Iraq menyembunyikan senjata pemusnah berskala besar - sehingga ke hari ini masih belum menemukan senjata tersebut.

4. Penggunaan kekerasan untuk menuntut keadilan - berleluasanya kegiatan pengganas al-Qaeda - serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia di New York dan pengeboman di London - mencetuskan kebencian mangsa terhadap golongan tertentu.

PENUTUP
- tuntasnya/konklusinya/intiharnya/kesimpulannya, seharusnya dunia menjadi satu haluan dengan perkembangan kemajuan - sebaik-baiknya jalan penyelesaian dicari untuk meleraikan persengketaan - jikalau berlarutan, tidak sihat untuk umat di seluruh dunia.
Back to top Go down
ZIEYRA
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 15
Join date : 12/06/2012

PostSubject: HUB HALAL   Wed Jun 26, 2013 12:16 pm

1.  Antara tujuan kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah pusat atau hub produk halal ialah membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara. Jelaskan pernyataan tersebut.

Pendahuluan :

Bagi mendapatkan makanan yang halal, masyarakat memerlukan satu hub produk halal. Hub halal merangkumi pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran produk halal. Hal ini membolehkan orang ramai sama ada orang Islam atau orang bukan Islam mendapatkan makanan berstatus halal dengan mudah.

Bil.
Idea
Huraian


A.       TUJUAN HUB HAL DI MALAYSIA :


1.

Memacu pertumbuhan ekonomi negara

·        Tahun 2010, Malaysia telah diiktiraf sebagai Hub Halal Dunia.
·        Usaha kerajaan menjadikan Malaysia sebagai Hub Halal Dunia adalah bertepatan apabila nilai pasaran global bagi produk halal pada tahun 2010 dianggarkan sebanyak RM 8 trilion setahun.
·        Pendapatan negara meningkat.


2.

Meningkatkan taraf hidup


·        Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan secara tidak langsung mengatasi pengangguran.
·        Mengurangkan kadar kemiskinan.
·        Meningkatkan pendapatan isi rumah.


3.

Pasaran yang meluas

·        Penduduk Islam yang hampir mencapai dua billion orang dan 60 peratus terdiri daripada penduduk di Asia menjadikan produk halal senang dipasarkan.
·        Pasaran dari negara Islam lain seperti negara Timur Tengah misalnya Saudi Arabia dan Emiriyah Arab Bersatu (UEA).
·        Di Asia, negara Jepun dan Thailand juga tidak kurang pentingnya dalam hal ini. Mereka menjadikan logo halal sebagai marketing tool untuk memenangi hati pengguna.


Bil.
Idea
Huraian

4.

Pemindahan teknologi

·        Menggalakkan penglibatan para pelabur antarabangsa.
·        Teknologi dibawa masuk dari negara luar.
·        Teknologi pemprosesan dan pembungkusan seperti dalam penghasilan perubatan herba.


5.

Menjamin kesihatan

·        Kualiti dapat dijaga.
·        Kebersihan diutamakan.
·        Mendapat pengiktirafan daripada JAKIM dan Kementerian Kesihatan.


6.

Wujudnya industri  hiliran

·        Wujudnya sektor-sektor baru yang berasaskan pemprosesan dan pembungkusan.
·        Produk PKS dapat dikembangkan seperti daging lembu diproses menjadi sosej dan daging burger.


7.

Menangani krisis bekalan makanan halal

·        Hub ini berupaya menjamin bekalan makanan halal yang mencukupi.
·        Menjadi pembekal kepada negara-negara bukan Islam seperti United Kingdom, Filipina, Hong Kong dan Korea Selatan.




Kesimpulan :

Bagi merealisasikannya, setiap individu perlu memainkan peranan dan melibatkan diri dalam industri halal. Hal ini meliputi peranan masyarakat yang luas sama ada sebagai pemasar, pemborong, pengedar, peruncit atau pengguna yang mengutamakan produk halal.
Back to top Go down
ZIEYRA
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 15
Join date : 12/06/2012

PostSubject: KEGANASAN ANTARABANGSA    Wed Jun 26, 2013 12:17 pm

KARANGAN

Pengenalan
Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.

Kesan – kesan
1. Keselamatan negara tidak terjamin akibat keganasan.Ø pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya. Pemimpin mungkin menghasut penyokongnya melakukan keganasan. Sebagai akibatnya, mereka yang menyertai tunjuk perasaan akan bertindak liar seperti merosakkan harta benda dan melakukan pembunuhan. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan negara.

2. Ekonomi negara akan runtuh akibat keganasan.Ø sebagai contoh, keganasan mencetuskan pembunuhan yang kejam di Indonesia. Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan pelabur tidak berani melabur di sana, malah ada pelabur yang terpaksa menarik pelaburan mereka keluar dari Indonesia. Akibatnya, ekonomi Indonesia terjejas dengan teruk. Keganasan yang berlaku di sebuah negara juga akan menjejaskan ekonomi dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara.

3. Industri pelancongan juga terjejas akibat keganasan.Ø perbuatan merampas kapal terbang akan mengebom bangunan oleh pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani melancong ke luar negara. Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas. Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang melancong ke luar negara berkurang. Ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas. Penerbangan antarabangsa juga terjejas dan hal ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.


4. Mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri.Ø mangsa perang sentiasa dibayangi maut. Mereka mungkin dibunuh oleh askar-askar pihak lawan. Untuk mengelakkan serangan bom, penduduk terpaksa bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina khas jika ada. Jika tidak, rakyat terpaksa melarikan diri ke kawasan yang selamat dengan berjalan kaki beratus-ratus kilometer jauhnya. Mangsa yang tidak berdosa akan kehilangan tempat tinggal. Mereka juga kehilangan orang yang tersayang kerana terkorban dalam peperangan. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada hak kebebasan diri lagi. Tidak ada pihak yang dapat menjamin keselamatan seseorang.

Langkah – langkah/cara mengatasi

1. Penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan.Ø pihak polis dan tentera harus bertindak dengan cepat terhadap keganasan. Keganasan yang kecil juga harus dibanteras. Hal ini demikian kerana tanpa tindakan awal, keganasan akan merebak sehingga hilang kawalan. Mereka yang mencetuskan rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-negara harus menggubal undang-undang khas untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap pengganas. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara. Dengan cara inilah keselamatan dan keamanan negara dapat dikekalkan.

2. Sikap bertolak ansur dan kesederhanaan.Ø pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus menuntut sesuatu yang keterlaluan daripada kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak ansur dalam mengatasi masalah. Segala hal hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan. Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan, merusuh, atau melakukan keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak. Perbuatan seperti ini hanya akan mengucar-kacirkan negara dan meruntuhkan sistem politik dan ekonomi negara.

3. Kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi keganasan.Ø semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang ada rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh. Negara-negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera. Negara-negara di dunia juga boleh menyekat aliran wang kumpulan pengganas.


Faktor – faktor
1. Terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri.Ø perasaan marah yang sememangnya dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap manusia, sekiranya tidak dikawal bahkan menguasai diri, akan membawa kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau kepada orang lain dan benda-benda lain yang ada disekelilingnya. Kemarahan yang tidak dikawal, memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau jumlah individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia menyebabkan peperangan sehingga berupaya memusnahkan sebuah Bandar, bahkan sesebuah Negara dan sebuah tamadun.

2. Sikap tamak yang menguasai diri.Ø Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk menguasai sesuatu. Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu. Secara tidak langsung, keganasan juga akan berlaku dalam masa tersebut demi untuk mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan membuta mata seseorang sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk. Mereka tidak lagi peduli akan kesan daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti.

3. Lambang kemegahan.Ø Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada seseorang yang pentingkan diri sendiri. Itu membawa lambang kemegahan kepada diri mereka dan mereka sanggup membuat apa saja untuk menakluk sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang memerangi Iraq demi untuk membalas dendam. Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang telah tercemar akibat peristiwa 11 September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa megah dan meletakkan Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.
Back to top Go down
ZIEYRA
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 15
Join date : 12/06/2012

PostSubject: pERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU   Wed Jun 26, 2013 12:31 pm

1. Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa menyelamatkan dunia daripada bencana Perang Dunia Kedua, telah membuka ruang kepada kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). PBB ditubuhkan pada Persidangan di San Francisco, Amerika Syarikat pada 24 Oktober 1945. Keanggotaannya kini sudah melebihi 165 buah negara apabila beberapa buah bekas republik di Soviet Inuon dan beberapa buah negara di Kepulauan Pasifik menyertainya.

Fungsi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu :

1. Untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia terutama berusaha mencegah berlakunya perang dunia. Untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh negara- negara di dunia dalam bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial.

2. Bantuan-bantuan dalam bentuk kewangan, fizikal dan kepakaran diberikan kepada negara-negara yang memerlukannya seperti dalam bidang ekonomi, teknikal dan sosial.

3. Struktur PBB secara umumnya dibahagikan kepada tiga badan iaitu badan-badan utama (principal organ), pertubuhan khas dan pertubuhan cawangan. Perhimpunan Agung, Majlis Pemegang Amanah, Majlis Ekonomi dan Sosial, pertubuhan- pertubuhan khas yang berperanan memberi sumbangan dalam bidang-bidang khusu termasuklah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), UNESCO dan sebagainya.

4. Pertubuhan-pertubuhan cawangan pula diwujudkan atas kehendak PBB sekiranya ada sesuatu isu misalnya Tabung kanak-kanak PBB (UNICEF), Program Pembangunan PBB (UNDP), Pasukan Tentera Pengaman PBB di Kampuchea dan sebagainya.

5. Tugas untuk mengendalikan keselamatan dunia diserahkan kepada Majlis Keselamatan. Majlis ini dianggotai oleh 15 buah anggota. Lima daripadanya anggota tetap dan 10 buah negara lagi dipilih untuk tempoh dua tahun.

Sebab Kegagalan :

1. Salahguna kuasa VETO. Lima buah negara menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan (Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis dan China) sering menggunakan kuasa Veto terhadap isu-isu yang menyentuh kepentingan mereka. Kuasa Veto ialah kuasa pembatal atau pemutus yang diberikan oleh PBB kepada kuasa-kuasa besar dunia dianggap istimewa. Ini kerana negara-negara tersebut boleh mengenepikan kutukan dan kritikan dari negara-negara anggota dalam Perhimpunan Agung PBB. Amerika Syarikat dan Rusia sering menggunakan kuasa Veto ini untuk kepentingan sendiri. Contoh : isu pencerobohan Rusia ke atas Afghanistan, isu Palestin dan isu pengeboman Amerika Syarikat ke atas Libya pada tahun 1987.

2. PBB untuk kepentingan sendiri. Dalam keadaan tertentu PBB dijadikan alat oleh negara tertentu untuk mencapai tujuan politik negara tersebut. Kuasa-kuasa besar menggunakan PBB untuk menekan negara lain supaya tunduk kepada kemahuan mereka. Jelas Amerika Syarikat mendesak PBB supaya mewujudkan kumpulan pakar pengkaji nuklear yang ditugaskan oleh PBB menyiasat senjata-senjata di Iraq iaitu kuasa baru di Timur Tengah yang boleh mengugat kepentingan mereka. Pasukan penyiasat juga dikatakan sedang berusaha untuk menyiasat senjata nuklear di Korea Utara. Tindakan sedemikian sebenarnya didalangi oleh kuasa-kuasa besar.

3. Pasukan tentera menghadapi masalah. Peranan pasukan tentera pengaman PBB juga menghadapi masalah terutama mengenai pembiayaan, diplomatik, kebenaran negara-negara terlibat halangan PBB dan menyerang dua kampung di Selatan Lebanon hingga menyebabkan 30 pejuang Hizbulah terbunuh, dianggap paling hebat kepada imej dan maruah PBB. Menurut laporan, tentera Israel dan askar PBB bertumbuk ketika pasukan Israel mara ke kampung Kafra dan Yater. Dua askar PBB cedera dalam pergaduhan itu. Israel juga menggunakan jentolak untuk melanyak dua buah kenderaan PBB yang diletak di tengah jalan bagi menghalang kemaraan Israel.
Back to top Go down
ZIEYRA
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 15
Join date : 12/06/2012

PostSubject: pertanian organik   Wed Jun 26, 2013 12:35 pm

Kesedaran masyarakat telah mendorong permintaan yang tinggi terhadap hasil keluaran pertanian organik sehingga menggalakkan  kepada pembukaan ladang-ladang baru secara besar-besaran.
Bincangkan rasional kerajaan menggalakan pertanian ini serta langkah-langkah untuk mempergiatkan lagi perkembangannya. 

Pengenalan:
Pertanian organik adalah sistem  pertanian yang menggunakan  bahan-bahan semulajadi  tanpa menggunakan bahan kimia sintetis. Beberapa tanaman  yang berpotensi untuk dikembangkan dengan teknik ini adalah padi, tanaman horticulture, sayuran dan buah (contohnya: brokoli, kubis  dll.), tanaman perkebunan (kopi, teh, kelapa, dll.), dan rempah-rempah.  

Isi/idea
Bil.
Isi/idea
Huraian

1
Rasional
Pencemaran alam sekitar

Faedah kepada alam sekitar dan pekerja
·        Kegiatan pertanian moden hari banyak menggunakan bahan kimia spt baja, racun kimia dengan skala yang besar semata-mata untuk meningkatkan pengeluaran
·        Menjejaskan bekalan air bersih, hidupan air mati, tumbuhan, serangga turut tercemar/mati
·        Sebahagian petani tidak mematuhi kod etika penggunaan bahan kimi mengiku ketetapan yang menyebabkan pengguna terdedah kepada ancaman kesihatan.
·         Perladangan  organik adalah penyelesaian kepada masalah ini kerana tidak menggunakan  baja/ racun perosak kimia dilarang.
·        Alam sekitar bersih, selamat berupaya diwujudkan
·        Secara  langsung pencemaran kepada alam sekitar atau berlaku kes-kes keracunan di kalangan pengusaha dan pekerja dapat dielakkan
2
Pemanasan global
·         Pertanian ini telah menyebabkan pembukaan kawasan baru, cth: Cameron highland
·         Baki dari semburan racun, baja terampai di udara – peningkatan gas rumah hijau, menipiskan lapisan ozon
·         Pertanian  organik adalah penyelesaian kepada masalah ini karena mengandung prinsip menjaga ekosistem.
·          Mulai dari penyediaan tapak/tanah, penggunaan air, benih, pengendalian perosak, penjagaan dan pengolahan hasil lebih mesra alam dan lingkungan sekitarnya.
·         Makanan diperoleh melalui ekologi suatu lingkungan,  contoh, tanaman memerlukan tanah yang subur, haiwan memerlukan ekosistem peternakan, ikan dan organisme laut mememerlukan lingkungan perairan. Wujud salin pergantungan antara satu sama lain.
3
Hakisan tanah/runtuh
·         Pembersihan kawasan pertanian menyebabkan tanah runtuh/hakisan akan merosakkan persekitaran, mengancam nyawa hidupan
·         Berlaku perubahan lanskape permukaan bumi.
·         Pertanian organik disesuaikan dengan keadaan ekologi sekitar. Bahan buangan  digunakan semula secara efisien untuk memelihara, meningkatkan kualiti dan melindungi sumber alam.
·         Pertanian organik mencapai keseimbangan ekologis melalui pola sistem pertanian, membangun habitat, pemeliharaan keragaman genetik dan pertanian. Masalah tanah runtuh/hakis tak berlaku
4
Keracunan makanan/
Menjejaskan kesihatan

·         Penggunaan racun tanpa kawalan menyebabkan sebahagian masih kekal dalam hasil pertanian, produk yang banyak racun
·         Boleh mendatangkan keracunan, sakit perut, muntah-muntah dll
·         Produk ganik tidak mengandungi sisa-sisa kimia yang tidak diingini kerana telah mematuhi piawaian organik Malaysia.
·         Lebih selamat diguna akan terus menjadi pilihan pengguna, walaupun dijual dengan harga yang mahal sedikit
·         Pertanian  organik  perlu dilakukan pengelolaan yang berhati-hati dan bertanggungjawab melindungi kesihatan dan kesejahteraan manusia masa kini dan  masa depan.
·        Mengingat hal tersebut, maka harus dihindari penggunaan pestisida, ubat-ubatan bagi ternakan dan bahan aditif makanan yang  merugikan kesihatan.
5
Perbelanjaan semakin
 bertambah.
·         baja/racun yang digunakan, mengikut  metode kimia  dijual  harga mahal kepada petani .
·         banyak mendatangkan masalah kepada petani. Banyak timbul perdebatan
·         kaedah organik berjaya selesaikan masalah dengan penggunaan bahan terbuang/sedia ada diproses semula menghasilkan baja mesra alam
·         mengatasi masalah bahan buangan secara besar-besaran, harga lebih murah.
 6
Kualiti
·        Pertanian  hari ini banyak menggunakan bahan kimia, menyebabkan hasil kurang  khasiat, kemanisan, warna walaupun cantik dari segi luaran.
·        Bahan kimia berlebihan menyebabkan cepat basi, busuk
·        Pertanian organik  menghasilkan  bekalan berkualiti baik,  kaya nutrisi kerana diusaha/ternak   dalam  habitat yang sesuai dengan sifat-sifat asal yang terjamin.
·        Menghasilkan makanan bermutu tinggi, bergizi yang mendukung pemeliharaan kesihatan dan kesejahteraan.
·         

6
Usaha memajukan
Penyelidikan &
 Pembangunan  (P&P)

·        Penghasilan bijih benih yang sesuai dengan cara penanaman, penggunaan baja ciptaan Mardi, PORIM, RRIM
·        Penghasilan baja/bahan makanan yang sesuai dari bahan buangan seperti daun, batang mengurangkan pencemaran dan menjimatkan belanja
·        Bahan makan ternakan seperti M-8 PenggemukTernak kaya dengan pelbagai  vitamin tambahan untuk meningkatkan proses pencernaan, kesihatan dan produktiviti ternakan.
7
latihan
·        Petani diberi latihan secara khusus dalam pengurusan ladang dari cara tanaman, pembajaan, mengatasi perosak serta tuai hasil, penggunaan jentera yang sesuai
·        Banyak disediakan oleh MARDI, Jabatan Pertanian, FAMA
8
Pengiktirafan kerajaan
·        Hasil dari ladang organik  diberi pengiiktiran /pensijilan Organik Malaysia boleh dilabelkan sebagai produk organik dijual pada  harga yang setimpal.
·        Banyak didapati dijual dipasaraya dengan logo khas.

Pertanian organik harus mampu mencegah terjadinya resiko merugikan dengan menerapkan teknologi tepat guna dan menolak teknologi yang tak dapat diramalkan akibatnya, seperti teknologi genetik (genetic engineering). Pengolahan pertanian organik didasarkan pada prinsip kesihatan, ekologi, keadilan, dan perlindungan yang melibatkan kelestarian dan peningkatan kesihatan tanah, tanaman, haiwan, bumi, dan manusia sebagai satu kesatuan karana semua komponen tersebut saling berhubungan dan tidak terpisahkan.
Back to top Go down
ZIEYRA
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 15
Join date : 12/06/2012

PostSubject: tenaga nuklear   Wed Jun 26, 2013 1:03 pm

isu Tenaga nuklear

tenaga nuklear

Tenaga nuklear biasanya dikiatkan dengan senjata moden yang digunakan sebagai alat pemusnah alam yang dapat membawa kecelakaan kepada kehidupan manusia sejagat. Akan tetapi, perkembangan positif yang telah dicapai dalam dunia sains hari ini menunjukkan tenaga nuklear juga berperanan dalma pembangunan sesebuah negara.
Jelaskan penyataan ini.


Pengenalan
- Kemajuan sains membolehkan manusia memanfaaatkan kelebihan tanaga nuklear
- Penggunaan tanaga nuklear banyak membantu manusia dalam pelbagai bidang
- Namun demikian, penghasilan & penggunaan tenaga nuklear juga mendatangkan kesan negatif

Isi-isi
Kebaikan
. Tenaga nukelar penting dalam bidang perubatan
- alat pengimbas CAT & laser digunakan untuk membuat diagnosis penyakit
- Kobalt-60 digunakan untuk membunuh kanser
- Radioisotop fosforus dapat merawat tumor otak
- Pensterian alatan perubatan lebih sempurna
- Hal ini dapat meningkatkan taraf kesihatan manusia

. Tenaga nuklear penting dalam bidang pertanian
- Tenaga ini digunakan untuk mengesan pengambilan baja oleh tumbuhan-tumbuhan
- Sinaran gamma dapat memandulkan serangga perosak serangga
- Dengan cara ini, bilangan serangga perosak dapat dikawal
- Mutasi aruhan menghasilkan baka tanaman yang lebih baik
- Sinaran nuklear dapat mengubah den tanaman

. Tenaga nuklear juga penting dalam sektor perindustrian
- Teknologi nuklear mengesan kebocoran paip bawah tanah
- Pengawalan ketebalan dan sambungan paip serta pengukuran kehausan enjin juga dapat dijalankan
- Alat komunikasi canggih seperti satelit dan Internet turut memerlukan teknologi ini

. Tenaga nuklear merupakan tenaga alternatif yang baik
- Dari segi kos seunit, tenaga nuklear lebih murah daripada petroleum
- Lojinya tidak memerlukan kawasan yang luas
- Di negara maju, tenaga nuklear digunakan dengan meluas
- Industri berat dapat dijalankan

Keburukan
. Bahan radioaktif daripada tanaga nuklear mengancam kesihatan manusia
- Kemalangan di loji nuklear akan menyebabkan kebocoran bahan radioaktif
- Manusia akan terdedah kepada bahaya radiasi
- Hal ini membahayakan nyawa manusia
- Orang yang terkena radiasi akan mati atau mengalami mutasi genetik
- Generasi muda yang dilahirkan menghidap penyakit kanser yang pelbagai

. Keselamatan dunia terancam akibat perlumbaan senjata nuklear
- Negara- negara berkuasa besar berlumba- lumba untuk menghasilkan senjata nuklear
- Senjata kimia yang digunakan semasa Perang Vietnam sudah cukup menakutkan manusia
- Peperangan dengan menggunakan senjata nuklear akan melenyapkan tamadun manusia di bumi
- Bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki membawa kesengsaraan hidup
- Kini bom neutron pasti lebih mendahsyat lagi

Kesimpulan
- Bahaya sisa radioaktif nuklear amat mengerikan
- Oleh itu, wajarlah kita berwaspada dalam menggunakan tenaga nuclear
Back to top Go down
ZIEYRA
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 15
Join date : 12/06/2012

PostSubject: cabaran wawasan 2020   Wed Jun 26, 2013 1:05 pm

MAKSUD cabaran dalam Wawasan 2020

WAWASAN 2020 (1991-2020) merupakan satu gerak kerja untuk mencapai status negara maju mengikut acuan Malaysia.  Ada Sembilan cabaran selama 30 tahun untuk kesemuanya dicapai pada tahun 2020.  Hal ini bererti, sepanjang 30 tahun ini, semua yang dinamakan cabaran merupakan suatu yang masih dalam proses.  Berikut merupakan sebagian tulisan seseorang yang  dapat saya rakamkan semula  berkenaan Wawasan 2020. (NMS-editor)


Menjelang tahun 2020, Malaysia dapat menjadi negara bersatu, dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental.

Tidak akan wujud Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita akhirnya dapat mengatasi sembilan cabaran strategik yang kita hadapi sejak kelahiran kita sebagai sebuah negara merdeka. 


Cabaran pertama ialah mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuh- nya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. 


Yang kedua ialah cabaran untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain. 


Cabaran ketiga yang sering kita hadapi ialah usaha mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.


Cabaran Keempat ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika paling tinggi. 


Cabaran kelima yang selalu kita alami adalah untuk mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

Cabaran Keenam ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

Cabaran ketujuh untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

Cabaran Kelapan ialah cabaran untuk memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum. 


Cabaran kesembilan ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: :FAKTOR-FAKTOR PERSENGKETAAN YANG MENGanggu KEAMANAN DUNIA    Today at 10:26 pm

Back to top Go down
 
:FAKTOR-FAKTOR PERSENGKETAAN YANG MENGanggu KEAMANAN DUNIA
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pengajian Am STPM P1 P2 P3  :: PENGAJIAN AM MODULAR :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3-
Jump to: