Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
Bentuk Kerjasama ASEAN I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
Bentuk Kerjasama ASEAN I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
Bentuk Kerjasama ASEAN I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
Bentuk Kerjasama ASEAN I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
Bentuk Kerjasama ASEAN I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
Bentuk Kerjasama ASEAN I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
Bentuk Kerjasama ASEAN I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
Bentuk Kerjasama ASEAN I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
Bentuk Kerjasama ASEAN I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Bentuk Kerjasama ASEAN

Go down

Bentuk Kerjasama ASEAN Empty Bentuk Kerjasama ASEAN

Post by sirah shahirah Wed Jun 26, 2013 12:03 pm

afro Bentuk Kerjasama ASEAN
Kerjasama Politik


1.    Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara serantau, konsep ZOPFAN  telah diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971.
2.    Matlamat penubuhannya ialah:
a.    Memelihara keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan mengelak campur tangan daripada mana-mana pihak luar seperti Rusia, Amerika Syarikat dan China dalam hal-hal di rantau ini.
b.    Menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia Tenggara secara aman dan bukan menggunakan kekerasan.
c.    Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa besar.
d.    Memberi peluang kepada negara anggota untuk menentukan nasib sendiri.
3.    Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk memastikan kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuclear.
4.    ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti pencerobohan Vietnam di Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang untuk menentukan nasib negara mereka sendiri.

Kerjasama Ekonomi

Kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembab kerana tiada aktiviti dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah beberapa perjanjian seperti Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) dan Perisytiharan Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun 1976 di Bali semasa Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama.
Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota ASEAN adalah seperti berikut:
Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:



  • Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia

  • Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia

  • Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina

  • Projek Vaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura

  • Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand

  • Mengadakan usaha sama perindustrian ASEAN.

  • Mengadakan Skim Pelengkapan Perindutrian ASEAN, misalnya dalam bidang automotif.

  • Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untuk meningkatkan perdagangan antara negara anggota. Keistimewaan yang diberikan termasuk kontrak kuantiti jangka panjang, perolehan istimewa oleh entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan tarif dan perluasan tarif istimewa.

  • Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan

  • Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) ditubuhkan untuk menyelaras kegiatan bank-bank perdagangan di rantau ASEAN

  • Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudahan kewangan kepada negara-negara yang terlibat dalam projek-projek uasaha sama ASEAN.

  • Mengadakan kerjasama dalam bidang komunikasi

  • Pemasangan kabel laut ASEAN menghubungkan negara anggota

  • Mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen

  • Mengiktiraf lessen pemandu di rantau ASEAN

  • Mengadakan kerjasama dalam sektor makanan dan pertanian

  • Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai bank data mengenai masalah pertanian

  • Penubuhan Plant Quarantine Traning Centre and Institute di Serdang

  • Mengadakan dialog dengan negara-negara maju

  • Mewujudkan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga yang menggalakkan pembangunan dalam bidang perdagangan, perlancongan, pengangkutan dan perhubungan seperti:

  • IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand)

  • IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura)    BIMP-EAGA (Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina)

Kerjasama Sosial dan Kebudayaan
Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan antara negara ASEAN melalui aktiviti kebudayaan seperti Pesta Filem ASEAN dll.
Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Tujuan penubuhan adalah seperti berikut:


  • Mengembangkan Bahasa Melayu supaya setaraf dengan bahasa moden

  • Meningkatkan semangat persaudaraan di antara negara anggota

  • Meningkatkan peranan Bahasa Melayu sebagai alat perhubungan yang lebih luas

  • Pembentukan Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)

  • Menggalakkan kerjasama dalam bidang ilmu pengetahuan

Menganjurkan projek berikut;


  • Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura (RELC)

  • Pusat Pembaharuan dan Teknologi di Filipina (INNOTECH)

  • Pusat Pendidikan Serantau bagi Pendidikan Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
sirah shahirah
sirah shahirah

Posts : 9
Join date : 06/06/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum