Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
 Penggunaan sains forensik ditingkat dalam siasatan jenayah I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
 Penggunaan sains forensik ditingkat dalam siasatan jenayah I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
 Penggunaan sains forensik ditingkat dalam siasatan jenayah I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
 Penggunaan sains forensik ditingkat dalam siasatan jenayah I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
 Penggunaan sains forensik ditingkat dalam siasatan jenayah I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
 Penggunaan sains forensik ditingkat dalam siasatan jenayah I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
 Penggunaan sains forensik ditingkat dalam siasatan jenayah I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
 Penggunaan sains forensik ditingkat dalam siasatan jenayah I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
 Penggunaan sains forensik ditingkat dalam siasatan jenayah I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Penggunaan sains forensik ditingkat dalam siasatan jenayah

Go down

 Penggunaan sains forensik ditingkat dalam siasatan jenayah Empty Penggunaan sains forensik ditingkat dalam siasatan jenayah

Post by AzeL Wed Jul 31, 2013 1:02 pm


KUALA LUMPUR 3 Jun - Kerjaaan telah meminta kerjasama Scotland Yard dan Jabatan Penguat Kuasa Anti Jenayah Britain untuk meningkatkan keupayaan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam bidang sains forensik.

Dalam menyatakan demikian hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Rais Yatim berkata ia sebahagian daripada usaha meningkatkan kecekapan dalam menyelesaikan kes-kes jenayah.

Beliau berkata, pakatan kerjasama itu dicapai semasa lawatannya ke Eropah baru-baru ini diiringi oleh pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri dan PDRM.

``Keputusan perbincangan kami bersama mereka membawa kepada persetujuan yang beberapa pakar dari Britain akan datang ke Kuala Lumpur untuk membantu dalam siasatan jenayah dan memberi pandangan mereka mengenai penggunaan sains forensik dalam siasatan jenayah,'' kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual di sini.

Kerajaan bimbang yang sejak kebelakangan ini beberapa kes pembunuhan yang mendapat liputan luas media tidak dapat diselesaikan. Antaranya ialah pembunuhan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Dr. Joe Fernandez pada tahun lepas.

Rais berkata beliau akan berbincang bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Dalam Negeri berhubung bidang-bidang kepakaran dan kerjasama yang akan diminta daripada pakar-pakar Britain.

Beliau berkata oleh kerana kos meningkatkan keupayaan forensik adalah tinggi, kerajaan perlu merancang dengan cermat tetapi yang penting ialah pengurusan tempat berlakunya jenayah yang memberi penekanan pada kajian semula bukti dari segi sains forensik.''

Kepada satu soalan, Rais berkata pakar-pakar akan datang ke Kuala Lumpur selepas sahaja kerajaan mengenal pasti aspek-aspek yang diperlukan oleh negara.

``Selepas ke sana dan membincangkan bersama mereka pelbagai aspek, adalah wajar mereka datang ke sini dan menggariskan beberapa perkara asas yang kita perlu ada berhubung kemudahan forensik,'' katanya.

Beliau berkata, melatih dan melatih semula pegawai-pegawai PDRM akan menjadi sebahagian daripada tugas pakar-pakar asing yang dibawa masuk.

Rais berkata meningkatkan kemahiran anggota polis dalam mengesan jenayah harus dijalankan secara berterusan untuk membolehkan negara mempunyai satu kumpulan pakar-pakar tempatan dalam bidang siasatan jenayah.

Pakar-pakar asing boleh datang dan pergi tetapi akhirnya rakyat Malaysia sendiri harus menjalankan pelbagai aspek tugas itu.''

Rais berkata satu lagi bidang sains forensik yang kerajaan berminat ialah ujian DNA pada barangan bukti kes seperti darah dan rambut manusia yang ditemui di tempat berlakunya jenayah dan yang boleh digunakan dalam perbicaraan di mahkamah.

Beliau berkata semua ini boleh membantu dalam mengesan penjenayah dan ini telahpun diamalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Britain.

Rais berkata, siatan selepas jenayah sendiri merupakan satu sains dan walaupun kerajaan tidak meragui keupayaan pegawai-pegawai penguat kuasa tempatan, ia akan membawa manfaat kepada negara jika pengetahuan mereka boleh disokong dengan kepakaran forensik.

``Kita perlu mengakui yang kadar atau insiden jenayah sedang meningkat, oleh itu adalah wajar yang kerajaan mengembangkan keupayaan pusat forensik kita sekarang di Cheras,'' kata beliau lagi.

Kerajaan mahu melengkapkan pusat itu dengan kemudahan-kemudahan lebih baik daripada segi teknik terbaru dalam kajian forensik dan pengesanan.

``Saya tidak menolak realiti ia mungkin membawa perbelanjaan yang lebih kepada kerajaan selepas membina pusat bernilai RM40 juta itu. Adalah tidak bermakna jika kita tidak lengkapkan pusat itu dengan teknik-teknik terbaru,'' kata Rais.

Beliau berkata kerajaan menaruh harapan yang pusat itu akan menjadi permulaaan kerja anti jenayah yang lebih lasak, produktif dan proaktif di negara ini.

Kadar jenayah serius yang tinggi boleh dikaitkan dengan peningkatan bilangan pekerja asing di negara ini dan ekonomi negara yang semakin canggih.

``Setiap tahun bilangan kes-kes bunuh meningkat dan kadar kejayaan penguatkuasaan pula berkurang. Jadi kita bimbang yang kalau kita tidak memilih penggunaan kepakaran serta latihan dan latihan semula, keadaan boleh bertambah serius,'' katanya.

Ditanya sama ada Malaysia mempunyai peruntukan undang-undang yang cukup untuk menuduh seseorang dengan bukti forensik, beliau berkata negara mempunyai undang-undang perlu dalam Kanun Acara Jenayah dan juga dalam Akta Keterangan 1950.

``Tetapi bukan semua penemuan forensik boleh digunakan atau diterima oleh mahkamah. Oleh itu beberapa aspek hal ini mesti dikaji semula supaya ia selari dengan undang-undang keterangan yang relevan.

``Dalam melakukan ini, kita juga mengkaji semula undang-undang asas sekali lagi, antaranya ialah daftar bagi penjenayah di negara ini,'' kata Rais.

Beliau berkata, undang-undang Malaysia menetapkan yang cap jari dibenarkan dalam mengenal pasti penjenayah tetapi mungkin DNA boleh digunakan bagi tujuan ini di masa depan. - Bernama

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm#ixzz2ab07d8wM
© Utusan Melayu (M) Bhd
Attachments
 Penggunaan sains forensik ditingkat dalam siasatan jenayah Attachment
soalan 4.docx You don't have permission to download attachments.(19 Kb) Downloaded 1 times
AzeL
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 29
Location : SmK AgamA SibU

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum