Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3

Forum Untuk STPM Pengajian Am
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
"... Diharapkan ruangan forum ini memberi manfaat kepada pelajar... Gunakan sebaik mungkin segala informasi dan maklumat....Semoga Kejayaan Milik Anda... Aminnn."

Share | 
 

 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) kurang berperanan dalam usaha menjamin keamanan dunia.Namun begitu,PBB memberi sumbangan yang bermakna dalam bidang sosial ekonomi dunia.

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Pororo



Posts : 20
Join date : 20/06/2013
Age : 22

PostSubject: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) kurang berperanan dalam usaha menjamin keamanan dunia.Namun begitu,PBB memberi sumbangan yang bermakna dalam bidang sosial ekonomi dunia.   Sat Jul 13, 2013 11:12 pm

Pendahuluan
-Selepas Perang DUnia Kedua,Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 dan sehingga kini sebanyak 193 buah negara telah menganggotainya.PBB berfungsi untuk mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia di samping menyelesaikan sebarang masalah politik,ekonomi,dan sosial sejagat.Malangnya,keberkesanan PBB dalam usaha menjamin keamanan dunia kian meleset.

Kelemahan 1-Kuasa veto disalahgunakan.
-Negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB sering menyalahgunakan kuasa veto mereka.
-Amerika Syarikat dan Rusia sering menggunakan kuasa veto ini demi kepentingan mereka sendiri.
-Kuasa pembatal ini boleh mengenepikan kehendak perhimpunan agung PBB.
-Amerika Syarikat dan sekutunya bebas untuk campur tangan dalam hal ehwal dalam negeri di kebanyakan negara timur tengah.
-PBB gagal menyekat pencerobohan Israel terhadap Palestin sejak tahun 1945 hingg kini.

Kelemahan 2-Peranan pasukan tentera pengaman PBB kurang berjaya.
-Pakistan.Afghanistan,Mesir,dan Syria kini dilanda perang saudara.
-Pasukan PBB dikerah ke situ unruk memulihkan keamanan tetapi gaga.
-Di semenanjung Gaza,masih banyak pertumpahan darah yang dilakukan oleh tentera Israel setiap hari.
-Gencatan senjata antara pergerakan Hamas dan Israel juga gagal dilaksanakan.

Kelemahan 3-Ketidakaupayaan PBB untuk menyekat penghasilan senjata nuklear.
-PBB juga tidak dapat menyekat penghasilan senjata nuklear oleh kuasa-kuasa besar.
-PBB berat sebelah kerana hanya menyekat Iran serta Korea Utara daripada menghasilkan senjata nuklear.
-Amerika Syarikat dan Rusia berlumba-lumba untuk menghasilkan senjata peluru berpandu yang dapat memusnahkanseluruh dunia.

Sumbangan 1-PBB membantu memulihkan keamanan di beberapa buah negara.
-MIsalnya di Timur Leste yang sebelum ini mengalami perang saudara hingga menyebabkan negara itu menjadi porak peranda.
-Dengan pengaruh PBB,pilihan raya adil dapat diadakan dan rakyat negara tersebut dapat memilih kerajaan idaman mereka.
-Negara-negara Afkira seperti Namibia,Dan Angola juga mencapai keamanan melalui campur tangan PBB.

Sumbangan 2-PBB berjaya menyelematkan mangsa perang dan kebuluran.
-Sesetengah negara seperti Haiti,Sudan,dan Bangladesh mengalami bencan alam yang mengakibatkan kebuluran,penyebaran wabak penyakit serta mengorbankan banyak nyawa.
-PBB melalui agensinya sepeerti FAO dan UNHCR menghantar bantuan makanan dan perubatan ke kem pelarian.
-Berjuta-juta nyawa manusia yang tidak berdosa dapat diselamatkan.

Penutup
Sebagai rumusan,PBB nyata kurang berkesan dalam menjamin keamanan antarabangsa.Namun PBB berjaya dalam menyelesaikan masalah sosial dunia.Justeru,usaha perlu dilakukan untuk mengembalikan keyakinan masyarakat dunia terhadap PBB.
Back to top Go down
 
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) kurang berperanan dalam usaha menjamin keamanan dunia.Namun begitu,PBB memberi sumbangan yang bermakna dalam bidang sosial ekonomi dunia.
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pengajian Am STPM P1 P2 P3  :: PENGAJIAN AM MODULAR :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3-
Jump to: