Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
Lima faktor kemerosotan integriti I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
Lima faktor kemerosotan integriti I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
Lima faktor kemerosotan integriti I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
Lima faktor kemerosotan integriti I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
Lima faktor kemerosotan integriti I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
Lima faktor kemerosotan integriti I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
Lima faktor kemerosotan integriti I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
Lima faktor kemerosotan integriti I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
Lima faktor kemerosotan integriti I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Lima faktor kemerosotan integriti

Go down

Lima faktor kemerosotan integriti Empty Lima faktor kemerosotan integriti

Post by maly Wed Jul 31, 2013 12:14 pm

5 faktor kemerosotan integriti

Faktor pertama ialah mengenai kepimpinan. Kepimpinan sangat penting dalam mencorakkan budaya dalam keluarga, organisasi dan masyarakat. Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberi pedoman dan petunjuk serta melakukan perubahan untuk kebaikan.Ibu bapa sebagai pemimpin dalam aspek kekeluargaan. Kepimpinan masyarakat dan organisasi, baik dalam sektor awam, swasta, NGO dan sebagainya merupakan tonggak dan peneraju dalam suatu kumpulan yang dipimpin. Pemimpin itu, sama ada dipilih atau menawarkan diri untuk memimpin, memainkan peranan penting. Namun begitu kadangkala wujud iltizam yang lemah, pemimpin tidak menunjukkan teladan yang baik, “cakap tidak serupa bikin” dan “bikin pula tidak serupa cakap!”.

Ada juga di kalangan pemimpin yang tidak mematuhi undang-undang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Hal ini sudah tentu menjejaskan integriti kerana tidak dapat menunjukkan contoh teladan yang baik. Perlu ditekankan bahawa setiap diri individu itu sendiri adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap mereka yang dipimpin. Setiap individu adalah khalifah di muka bumi ini.

Faktor kedua ialah wujudnya kelemahan dalam sistem, prosedur dan garis panduan dalam pelaksanaan tugas. Akibatnya ialah,
wujud ketidakcekapan, kecelaruan, dan perselisihan pendapat di kalangan petugas. Penguatkuasaan dan tindakan punitif yang kurang berkesan serta gagal mengambil tindakan yang setimpal; kurang penyelarasan, pemantauan dan penilaian mengenai keberkesanan sesuatu strategi atau program; kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam; dan keupayaan sumber yang terhad sama ada sumber manusia ataupun material adalah antara punca-punca kelemahan dalam pelaksanaan sistem dan prosedur sedia ada.


Faktor ketiga adalah berkaitan struktur dan institusi, yang merupakan komponen penting dalam menjamin kelancaran pentadbiran kerajaan, swasta dan masyarakat umum. Struktur sesebuah organisasi perlu kemas, terfokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan munasabah. Struktur organisasi perlu diubah dan diperkemas dari semasa ke semasa bagi menangani tuntutan dan cabaran baru. Struktur yang tidak kemas, kurang fokus dan berlaku pertindihan akan membazirkan sumber, tidak berkesan, pengabaian tanggungjawab dan tidak diselaraskan dengan sempurna akan gagal mencapai matlamatnya.


Faktor keempat yang boleh menjejaskan integriti ialah aspek budaya. Budaya dipengaruhi oleh faktor sejarah dan tradisi, nilai agama, kelompok sesuatu bangsa, persekitaran, proses sosialisasi, world view serta perkembangan semasa. Budaya berubah dan boleh diubah. Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberi persekitaran yang kondusif kepada individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya. Sebaliknya, budaya negatif akan mewujudkan kepincangan dalam organisasi dan masyarakat. Gejala dadah, seks bebas, “mat rempit”, “bohsia”, “bohjan”, budaya lepak, kutu rayau dan sebagainya merupakan manifestasi budaya “pak turut”. Apa yang orang lain lakukan maka dilakukan pula oleh mereka tanpa menilai baik buruknya.


Seterusnya, faktor kelima yang boleh menjejaskan integriti adalah kerana kelemahan individu itu sendiri. Individu yang lemah didikan agama, akhlak dan moral serta penghayatan nilai-nilai murni, tidak berdisiplin, memiliki sikap tidak peduli, hanya melihat kelemahan orang lain dan enggan mengakui kelemahan diri merupakan antara kelemahan dalam diri individu. Tekanan hidup juga boleh menyebabkan individu terjerumus kepada perkara tidak berintegriti seperti rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan gejala tidak bermoral.


Bagi menjamin kejayaan gerakan pemantapan integriti, penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan program haruslah dilakukan “dari bawah” melalui pemerkasaan komponen atau sektor masing-masing. Pemantauan dan penyelarasan yang dilakukan secara pentadbiran yang birokratik boleh membantutkan daya usaha di peringkat akar umbi dan ini perlu dielakkan. Sensitiviti pelbagai lapisan atau komponen masyarakat terhadap campur tangan pihak lain juga perlu diambil perhatian. Sentiasa mengamalkan sikap yang terbuka, positif dan membina terhadap mana-mana golongan ataupun pertubuhan. Justeru, dalam hal ini toleransi dan konsultasi dalam semua aspek perlu wujud, agar kesefahaman dan perpaduan sentiasa terjalin dalam satu rangkaian kehidupan masyarakat berintegriti.

lol! 
maly
maly

Posts : 6
Join date : 11/06/2013
Age : 29

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum