Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN

+19
Neesa Moiyy
Little Niqabi
aientzgreen
Wardah punyer
wan wann
halina arni
nazrah rah
fabblue dolphin
sarahiykah
zaki rabani
rozaida R
uechuna
wien menma
paah
eqynnoh
Pororo
sirah shahirah
dewi wie
cg sue
23 posters

Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 Empty MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN

Post by sarahiykah Wed Jul 03, 2013 9:26 am

PENDAHULUAN:

* Malaysia merupakan negara yang berkembang maju dan begrgiat aktif dalam sektor ekonomi.
* Terdapat beberapa kepentingan yang diperoleh dalam memperjuangkan ekonomi negara selatan-selatan.

ISI-ISI:

* Mewujudkan dialog utara-selatan.
> melibatkan perjuangan antara negara perindustrian dengan negara dunia ketiga tentang isu ekonomi.
> melalui persidangan pertubuhan bangsa bersatu.

* Bentuk sistem perdagangan atau order ekonomi dunia.
> menuntut negara utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara.

* wujudkan hubungan perdagangan yang dinamik.
> satu usaha mencari rakan dagang baharu.

PENUTUP:
* Mengukuhkan lagi hubungan antara negara malaysia dengan negara selatan.
sarahiykah
sarahiykah

Posts : 3
Join date : 29/06/2012
Age : 29
Location : Sibu, sarawak

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 Empty Malaysia Dan Ekonomi Negara Selatan-Selatan

Post by fabblue dolphin Wed Jul 03, 2013 9:28 am

Malaysia kini semakin meningkatkan perubahan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi. Oleh itu, Malaysia menjalankan kegiatan ekonomi dengan negara-negara Selatan untuk lebih menuju ke arah kemodenan dan berteknologi tinggi.

Hasil daripada dialog utara-selatan telah membawa kepada kerjasama Selatan-Selatan. Antaranya adalah untuk mewujudkan dialog dengan negara-negara utara. Ianya melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara Dunia Ketiga tentang isu ekonomi. Misalnya melalui Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatutentang Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD). Ini menjelaskan keperluan untuk menyusun semula ketidakseimbangan perdagangan dan pembayaran terhadap ekonomi dunia. Ianya berpunca daripada sikap negara-negara Utara yang tiada usaha membantu ekonomi negara-negara Selatan.

Selain itu, ianya dapat membentuk suatu sistem perdagangan atau order baharu ekonomi dunia. Malaysia mendapat sokongan daripada 77 buah negara Selatan. Antara usaha yang dibuat oleh Malaysia ialah menuntut supaya negara-negara Utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara. Contohnya, penghapusan sekatan perdagangan, menyediakan bantuan dan pemindahan teknologi dan penentuan semula tarif serta syarat perdagangan.

Justeru itu juga, mencadangkan kerjasama yang lebih rapat dengan negara Selatan dapat memupuk kerjasama dalam aspek perdagangan, kewangan, sains dan teknologi serta kewangan dalam ekonomi negara Malaysia dengan negara Selatan. Hal ini adalah untuk mengelak daripada dominasi negara Utara terhadap ekonomi dunia. Contohnya membuat kegiatan ekonomi Malaysia dengan negara-negara Selatan.

Dengan mewakili negara-negara Selatan dalam kumpulan G-15 dan Kumpulan G-77 dapat merangka srategi kerjasama Selatan yang lebih utuh. Misalnya Sidang Kemuncak Pertama yang telah dijayakan oleh Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1990. Iaitu merancang kerjasama bidang sains dan teknologi dan penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur.

Seterusnya, Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) telah diwujudkan untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan negara anggota dalam semua bidang. Sebagai contohnya, mengeksport barangan Malaysia ke negara Islam di Asia Tengah. Dengan ini, ekonomi Malaysia semakin meningkat dan peluang pasaran di Malaysia di luar negara semakin berkembang.

Hubungan baik antara negara-negara Selatan merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam memastikan keadaan ekonomi dan politik negara baik.


Last edited by fabblue dolphin on Fri Jul 05, 2013 9:21 am; edited 1 time in total
fabblue dolphin
fabblue dolphin
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 2
Join date : 20/06/2012
Age : 29
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 Empty MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA-NEGARA SELATAN

Post by nazrah rah Wed Jul 03, 2013 11:56 am

Sebagai sebuah negara yang maju, Malysia merupakan negara yang berdaya saing dalam pelbagai aspek terutamanya dalam bidang ekonomi. Selain itu, Malaysia juga bergiat secara aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.Oleh itu, terdapat beberapa usaha yang dilakukan oleh Malaysia untuk mempertingkatkan kepentingan ekonomi tersebut.

Antara usaha yang dilakukan oleh Malayasia ialah mewujudkan dialog dengan negara-negara selatan. Hal ini demikian kerana, dialog utara selatan melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara Dunia Ketiga tentang isu ekonomi. Contohnya, Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Kerjasama Ekonomi Ntarabangsa (CIEC), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Natijahnya, dialog utara selatan telah membantu dalam menjelaskan keperluan menyusun semula ketidakseimbangan perdagangan dan pembayaran yang berpunca daripada sikap negara-negara Utrana yang tiada usaha membantu ekonomi negara-negara Selatan.

Selain itu, membentuk suatu sistem perdagangan atau order ekonomi dunia. Hal ini demikian kerana, Malaysia telah mendapat sokongan daripada 77 buah negara Selatan untuk  menuntut supaya negara-negara Utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara. Contohnya,penghapusan sekatan perdagangan, bayaran hutang negara Selatan, menyediakan bantuan dan pemindahan teknologi, pembabitan negara Selatan dalam membuat keputusan tentang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), peluasan pasaran dan penentuan semula tarif serta syarat perdagangan. Oleh itu, pembentukan sisten perdagangan juga perlu dilakukan supaya ekonomi negara-negara selatan dapat diperjuangkan dengan baik.

Seterusnya, mencadangkan kerjasama yang lebih rapat antara negara Selatan. Hal ini demikian kerana, kerjasama dalam aspek perdagangan, kewangan, sains dan teknologi serta kewangan lain perlu dilakukan agar ekonomi negara selatan berada dalam kedaan baik.Contohnya,membuat perjanjian dengan kumpulan negara Selatan. Natijahnya, kerjasama yang lebih erat seperti ini dapat  mengelak daripada dominasi negara Utara terhadap ekonomi dunia.      

Disamping itu, mewakili negara-negara Selatan dalam Kumpulan G-15 dan Kumpulan G-77. Hal ini demikian kerana, ia dapat membantu Malaysia dalam merangka strategi kerjasama Selatan yang lebih utuh. Sebagai contohnya, sidang Kemuncak Pertama dijayakan oleh Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1990. Sidang kemuncak ini telah merancang kerjasama bidang sains dan teknologi dan penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur. Oleh itu, ekonomi negara selatan juga dapat di bentuk melalui cara tersebut.

Selain itu, mewujudkan hubungan perdagangan yang lebih dinamik dalam kalangan negara Selatan. Hal ini demikian kerana, sebagai usaha untuk mencari rakan dagang baharu melalui hubungan diplomatik yang rapat dan terjalin secara berterusan dalam persidangan badan sedunia. Contohnya, pada Ogos tahun 2009 Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) berhasrat menggalakkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan negara-negara Selatan. Oeh itu, beberapa strategi meningkatkan perdagangan dilakukan.

Secara keseluruhannya, sesetengah masyarakat perlu bekerjasama dalam membangunkan ekonomi negara supaya negara Malaysia dapat berdiri setanding dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam membangunkan negara Malaysia juga perlu bijak bertindak untuk memajukan ekonomi negara agar negara kita dapat menjadi contoh dan tauladan kepada negara-negara selatan dalam memperjuangkan ekonomi negara.


Last edited by n a z r a h on Wed Jul 03, 2013 12:32 pm; edited 1 time in total
nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 Empty Malaysia dan Ekonomi Negara Selatan-Selatan

Post by sirah shahirah Wed Jul 03, 2013 12:23 pm

afro      Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan kian membangun selaras dengan negara-negara yang lain. Dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara selatan-selatan, pelbagai usaha telah dilakukan.
           
             Malaysia memperjuangan kepentingsn ekonomi melalui pewujudan dialog dengan negara-negara Utara. Perkara ini melibatkan perjuangan antara negar-negar perindustrian dengan negara Dunia Ketiga mengenai isu ekonomi. Contohnya melaui Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Kerjasama Ekonomi Antarabangsa (CIEC), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Hal ini menjelaskan keperluan menyusun semula ketidakseimbangan perdagangan dan pembayaran yang berpunca daripada sikap negara-negara Utara yang tiada usaha membantu ekonomi negara-negara Selatan.
             
Selain itu, pembentukan sistem perdagangan atau order baharu ekonomi dunia menyebabkan Malaysia mendapat sokongan daripada 77 buah negara Selatan dalam pelaksanaannya. Antara cadangan yang dilancarkan oleh Malaysia ialah menuntut negara-negara Utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa cara. Contohnya, penghapusan sekatan perdagangan , pembayaran hutang negara Selatan, menyediakan bantuan dan pemindahan teknologi, pembabitan negar Selatan dalam membuat keputusan mengenai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), perluasan pasaran dan penetuan semula tarif serta syarat perdagangan.
           
 Usaha kerjasama lebih rapat antara negara Selatan turut dilancarkan oleh Malaysia. Hal ini melibatkan kerjasama dalam aspek perdagangan, kewangan, sains dan teknologi. Perkara ini dilakukan bagi mengelak dominasi negara Utara terhadap ekonomi dunia. Oleh itu, Malaysia meningkatkan ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota tanpa bergantung kepada negara-negara maju. Malaysia turut membuat perjanjian dengan kumpulan Negara Selatan.
             
Malaysia turut mewakili negara-negara Selatan dalam kumpulan G-15 dan Kumpulan G-77. Malaysia memainkan peranan penting dalam merangka strategi kerjasama selatan yang lebih utuh. Hasilnya, sidang kemuncak pertama dijayakan oleh Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1990. Antara projek yang dirancang termasuklah kerjasama bidang sains dan teknologi dan penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur.
             
Seterusnya, Malaysia mewujudkan hubungan perdagangan yang lebih dinamik dalamkalangan negara Selatan. Hal ini demikian sebagai usaha untuk mencari rakan abru disamping hubungan diplomatik yang rapat dan terjalin secara berterusan dalam persidangan badan sedunia. Perdagangan telah meningkat berdasarkan beberapa strategi. Contohnya, pada bualn Ogos tahun 2009, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) berhasrat menggalakkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan negara Selatan-Selatan.
             
Kesimpulannya, sebagai negara yang membangun, Malaysia memainkan peranannya yang tersendiri dalam peningkatan ekonominya. lol! 
sirah shahirah
sirah shahirah

Posts : 9
Join date : 06/06/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 Empty MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA-NEGARA SELATAN

Post by halina arni Wed Jul 03, 2013 12:23 pm

Malaysia kini merupakan sebuah negara yang berkembang maju dan bergiat aktif dalam ekonomi. Oleh itu ,Malaysia kini aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.

Antara langkah dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan ialah mewujudkan dialog dengan negara-negara utara. hali ini demikian kerana, ia melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara Dunia ketiga. Contohnya, melalui Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), dan menjelaskan keerluan menyusun semula ketidakseimbangan perdagangan dan pembayaran yang berpunca daripada sikap negara-negara utara yang tiada usaha untuk membantu ekonomi.

Selain itu, membentuk suatu sistem perdagangan atau order ekonomi dunia. Hal ini demikian kerana, Malaysia telah mendapat sokongan daripada 77 buah negara selatan dan menuntut supaya negara-negara utara mengurangkan sikap yang tidak adil. Contohnya, penghapusan sekatan perdagangan bayaran hutang negara selatan dan tabung kewangan Antarabangsa (IMF), perluasan pasaran dan penentuan semula tarif dan syarat perdagangan. Oleh itu, membentuk suatu sistem perdagangan atau order ekonomi dunia merupakan langkah untuk memperjuangkan kepentingan ekonomi.

Di samping itu, mencadangkan kerjasama yang lebih rapat antara negara selatan. Hal ini demikian kerana, untuk mengelak dominasi negara utara terhadap ekonomi dunia. Contohnya, dengan membuat perjanjian dengan kumpulan negara selatan seperti kerjasama dalam aspek perdagangan, kewangan, sains dan teknologi serta kewangan. Oleh itu, langkah untuk memperjuangkan ekonomi negara-negara selatan dengan mencadangkan kerjasama yang lebih rapat antara negara selatan.

seterusnya ialah mewakili negara-negara selatan dalam kumpulan G-15 dan kumpulan GT-77. Hal ini demikian kerana, sidang kemuncak pertama G-15 telah dijayakan oleh Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1990 dan merancang kerjasama dalam bidang sains dan teknologi dan penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur.

Akhir sekali, mewujudkan hubungan perdagangan yang lebih dinamik dalam kalangan negara selatan. Hal ini demikian kerana, sebagai usaha untuk mencari rakan dagang baharu. Contohnya, pada Ogos 2009, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) berhasrat menggalakkan hunugan Perdagangan dan Pelaburan antara Malaysia dengan negara-negara selatan. Oleh itu, mewujudkan hubungan perdagangan yang lebih dinamik merupakan langkah yang seterusnya.

Secara keseluruhannya, Malaysia perlu bergiat lebih aktif lagi dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.
halina arni
halina arni

Posts : 5
Join date : 12/06/2012
Age : 29

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 Empty Malaysia adalah antara negara yang aktf dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.Ulas penyataan ini.

Post by Pororo Wed Jul 03, 2013 12:31 pm

Pendahuluan
-Malaysia merupakan salah satu daripada ahli negara-negara selatan.Dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan,Malaysia meupakan antara negara yang aktif.

Isi
1-Malaysia telah mewujudkan dialog dengan negara-negara utara.Hal ini demikian kerana,dialog tersebut melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara Dunia Ketiga tentang isu ekonomi.Sebagai contoh,Perjanjian Getah Asli Antarabangsa,Perjanajian Bijih Timah Antarabangsa,dan Perjanjian Koko Antarabangsa berjaya menstabilkan harga komoditi bekenaan hasil daripada Dialog Utara-Selatan.Kejayaan tersebut disokong dengan mewujudkan tabung bersama untuk menstabilkan harga komoditi utama.Malaysia merupakan sebagai wakil pihak selatan dalam Dialog Utara-Selatan.

2-Seterusnya,membentuk suatu sistem perdagangan atau Order Baharu Ekonomi Dunia(NIEO).Hal ini demikian kerana,Malaysia mendapat sokongan daripada 77 buah ngara selatan dalam menuntut supaya negara-negara utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara.Sebagai contoh,penghapusan sekan perdagangan,bayaran hutang negara selatan,menyediakan bantuan dan pemindahan teknologi,pembabitan negara selatan dala membuat keputusan tentang Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF),perluasan pasaran,dan penentuan semula tarif serta syarat perdagangan.Oleh itu,ia dapat menghapuskan perbezaan ekonomi anara pihak selatan dengan pihak utara.Malaysia menuntut kewujudan NIEO melalui Dialog Utara-Selatan mewakili pihak selatan.

Penutup
-Sebagai rumusan,aktifnya Malaysia dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan dapat mengeratkan lagi hubungan antara ahli negara-negara selatan yang lain sekaligus meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya tinggi.
Pororo
Pororo

Posts : 20
Join date : 20/06/2013
Age : 29

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 Empty Re: LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN

Post by wan wann Wed Jul 03, 2013 12:34 pm

pendahuluan;

malaysia adalan sebuah negara yang aktif dalam memperjuangkan ekonomi negara-negara selatan.Terdapat pelbagai kepentingan yang diperoleh dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara selatan.

isi 1: 

kerjasama yang lebih rapat antara negara-negara selatan.hal ini demikian kerana kerjasama untuk mengelakkan dominasi negara utara terhadap ekonomi dunia.sebagai contoh,kerjasam dalam aspek perdagangan,kewangan,sains dan teknologi.kerjasama juga boleh dibuat melalui perjanjian dengan kumpulan negara selatan.jelaslah bahawa hubungan yang rapat dapat memperjuangkan ekonomi melalui kerjasama yang dibuat antara negara-negara selatan.

isi 2:

dialog utara selatan.hal ini demikian kerana ia melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian denagn negara dunia ketiga tentang isu ekonomi.sebagai contoh,melalui persidangan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu tentang perdagangan dan pembangunan(UNCTAD).menjelaskan keperluan menyusun semula ketidak seimbangan perdagangan dan pembayaran berpunca daripada sikap negara ytara yang tiada usaha untuk membantu ekonomi negara selatan .jelaslah bahawa ,dialog utara selatan amat penting dalam memperjuangkan ekonomi.

isi 3:

mewujudkan hubungan perdagangan yang dinamik dalam kalangan negara selatan.hal ini demikian kerana sebagai usaha untuk mencari rakan dagang yang baru.sebagai contoh,lembaga kemajuan perindustrian malaysia menggalakkan perdagangan malaysia dengan negara selatan.ia juga dapat memberikan strategi untuk meningkatkan perdagangan.oleh itu,hubungan yang rapat antara negara selatan juga salah satu kepentingan untuk memperjuangkan ekonomi negara-negara selatan.

isi 4:

penting dalam negara selatan untuk mewakili dalam kumpulan G-15 dan G-77.hal ini demikian kerana dapat merangka strategi kerjasama selatan yang lebih utuh.sebagai contoh,malaysia telah menjayakan sidang kemuncak di kuala lumpur untuk meranncang kerjasama dalam bidang sains dan teknologi.jelaslah ia dapat mengembangkan teknologi negara-negara selatan.

isi 5:

membentuk suatu sistem perdagangan.hal ini demikian kerana malaysia telah mendapat sokongan 77 buah negara selatan.sebagai contoh,penghapusan sekatan perdagangan dan bayaran hutang negara selatan.malaysia juga berusaha mengurangkan sikap ketidakadilan dalam beberapa perkara.jelaslah ia dapat membentuk sistem perdagangan negaraselatan yang lebih utuh.

penutup :

natijahnya, Malaysia amat mementingkan kestabilan ekonomi negara supaya ekonomi malaysia akan lebih maju dan stabil. kestabilan malaysia merangkumi semua aspek. Embarassed 
wan wann
wan wann
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 5
Join date : 22/05/2012
Age : 29

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 Empty Re: LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN

Post by Wardah punyer Wed Jul 03, 2013 12:36 pm

PENDAHULUAN:
malaysia merupakan sebuah negara yang maju.Malaysia juga telah menjalinkan hubungan yang amat baik di peringkat antarabangsa.

ISI 1:
Antara kepentingan ekonomi negara-negara selatan ialah dapat mewujudkan dialog dengan negara-negara utara.Hal ini demikian kerana,penglibatan ini melibatkan perjuangan antaran negara -negara perindustrian dengan negara Dunia Ketiga tentang isu ekonomi.Misalnya,melalui persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang perdagangan dan Pembangunan(UNCTAD) kerjasama Ekonomi AntarabaNGSA(CIEC),tabung kewangan Antarabangsa(IMT) dan pertubuhan kerjasama odan pembangunan Ekonomi(OECD).Kerjasama yang telah dilaksanakan ini menjelaskan keperluan menyusun  semula ketidakseimbangan pedagang dan pembayaran.Situasi ini berpunca daripada sikap negara-negara utara yang tiada usaha membantu ekonomi egara-negara selatan.

ISI 2:
Selain itu,kepentingannya ialah mampu membentuk suatu sistem perdagangan atau order ekonomi dunia.Hal ini demikian kerana Malaysia mendapat sokongan daripasa 77 buah negara selatan.Antaea usaha yang dilakukan malaysia ialah menuntut supaya negara-negara Utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara.Misalnya penghapusan sekatan perdagangan,bayaran hutang negara selatan dan permindahan teknologi.Pembabitan negara-negara selatan dalam membuat keputusan tentang tabung kewangan Antarabangsa (IMF) telah memperluaskan pasaran dan penentuan semula tsrif serta syarat perdagangan.

ISI 3:
Seterusnya mencadangkan kerjasama yang telah rapat antara negara selatan merupakan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.Hal ini demikian keranakerjasama dalam aspek perdagangan,kewangan sains teknologi yang dijalankan.Hali ini untuk mengelak dominasi negara Utara terhadap ekonomi dunia , misalnyamembuat perjanjian kumpulan negara selatan.

ISI 4:
Di samping itu juga,dalam mewakili negara-negara selatan melalui kumpulan G-15 dan kumpalancG-77b mampu menjadikan hubungan malaysia dengan negara-negara Selatan  menjadi lebih utuh.Misalnya Sidang Kemuncak Pertama yang dijayakan di Kuala Lumpur pada tahun 1990.Dalam persidangan tersebut,mereka telah merancang kerjasama bidang sains dan teknologi dan perhubungan pusat Pertukaran.Data pelaburan perdagangan dan teknologi(SITTDEC)di kuala lumpur.

ISI 5:
Seterusnya,mewujudkan hubungan perdagangan dalam kalangan negara-negara Selatan.Hal ini demikian kerana,ia bertujuan sebagai usaha untuk mencaru dagangan baharu.Hubungan diplomatikbyang rapat dan terjalin secara berterusan dalam persidangan badan Dunia.Beberapa strategi bagi meningkatkanvperdagangan telahpun dilaksanakan.Misalnya,pada Ogos Tahun 2009,Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia(MIDA) berhasrat menggalakkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan negara-negara Selatan.Hubungan ini telah menjadikan perdagangan di antara kedua-dua buah negara menjadi lebih baik.

PENUTUP:
Secara keseluruhannya,Malaysia adalah negara yang amat mementingkan kestabilan ekomomi negara supaya negara akan lebih membangun selaras dengan negara-negara maju yang lain.
Wardah punyer
Wardah punyer
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 5
Join date : 12/06/2012

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 Empty MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA-NEGARA SELATAN

Post by aientzgreen Wed Jul 03, 2013 12:58 pm

Pendahuluan:
Malaysia merupakan sebuah negara yang bergiat aktif dalam sektor ekonomi.Oleh itu,Malaysia bergiat aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi-ekonomi selatan.


Isi 1:
Malaysia telah mewujudkan Dialog Utara-Selatan dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi selatan.Hal ini adalah demikian kerana,Dialog Utara-Selatan melibatkan negara-negara yang memperjuangkan ekonomi negra masing-masing.Antara yang terdapat dalam pelaksanaan Dialog Utara-Selatan ialah Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perdagangan dan Pembangunan(UNCTAD),yang berperanan untuk menyusun semula ketidakseimbangan dan pembayaran dalam perdagangan untuk membantu meningkatkan ekonomi.

Isi 2:
Selain itu,Malaysia telah membentuk suatu sistem perdagangan atau order ekonomi dunia.Sistem ini telah mendapat sokongan daripada 77 buah negara Selatan.Sistem tersebut dibentuk adalah untuk membetulkan ketidaksamaan dalam struktur ekonomi antarabangsa selain daripada untuk menghapuskan jurang perbezaan ekonomi antara pihak Selatan dengan pihak Utara.Sistem ini bertujuan untuk mengurangkan sikap tidak adil negara-negara Utara dalam perdagangan iaitu syarat-syarat perdagangan,bayaran hutang negara Selatan,menyediakan bantuan pembangunan dan pemindahan teknologi dari Utara ke Selatan.

Isi 3:
Seterusnya,mencadangkan kerjasama yang lebih rapat dengan negara Selatan.Hal ini kerana dengan adanya kerjasama dengan negara Selatan dapat mengelakkan dominasi negara Utara terhadap ekonomi dunia.Kerjasama ini hendaklah melibatkan aspek perdagangan,kewangan serta sains dan teknologi supaya dapat menggalakkan perdagangan dan pelabuiran di antara kedua-dua benua.Oleh itu,kerjasama ini amat penting bagi menjamin keadaan ekonomi bersama.

Isi 4:
Malaysia telah mewakili negara-negara Selatan dalam Kumpulan G-15 dan Kumpu77.Hal ini kerana,penglibatan ini dapat merangka strategi kerjasama Selatan yang lebih utuh.Kumpulan G-15 telah menyusun perkara-perkara berkaitan Mekanisnme Kewangan Pembiayaan Perdagangan yang melibatkan penghapusan cukai berganda antara dua buah negara yang mempunyai hubungan perdagangan.Kumpulan ini juga telah menyusu perkara untuk Pusat Pertukaran Data Pelaburan,Perdagangan dan Teknologi Selatan ditubuhkan di Kuala Lumpur untuk menjalinkan kerjasama untuk urusan perniagaan dan menyebarkan maklumat ekonomi.

Isi 5:
Mlaysia hendaklah mewujudkan hubungan perdagangan yang lebih dinamik dalam kalangan negara Selatan.Hal ini adalah sebagai usaha untuk rakan dagang baharu.Hubungan diplomatik yang rapat dan berterusan dalam persidangan badan dunia merupakan strategi untuk meningkatkan perdagangan.Dengan ini,akan menggalakan hubungan antara Malaysia dengan negara-negara Selatan dalam pelbagai sektor terutamanya dalam sektor ekonomi.

Penutup:
Secara keseluruhnannya,ini menunjukkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mementingkan ekonomi dan berpotensi menjadi sebuah negara yang maju setanding dengan negara-negara maju di dunia.

aientzgreen
aientzgreen
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 4
Join date : 12/06/2012

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 Empty malaysia adalah antara negara yang aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.

Post by dewi wie Wed Jul 03, 2013 1:06 pm

Malaysia merupakan salah satu negara yang maju.Malahan,tidak hairanlah Malaysia terkenal dengan hubungan ekonomi antarabangsa dan negara aktif.
Malaysia telah mewujudkan dialog dengan negara-negara utara untuk memperjuangkan ekonomi negara-negara selatan.Hal ini demikian kerana,Malaysia melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara Dunia Ketiga tentang isu ekonomi.Contohnya,melalui Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD),Kerjasama Ekonomi Antarabangsa(CIEC),Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).Dengan ini,Malaysia menjelaskan keperluan menyusun semula
dewi wie
dewi wie

Posts : 13
Join date : 17/06/2013
Age : 29
Location : matu goooo

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 Empty Malaysia dan ekonomi negara-negara selatan

Post by eqynnoh Fri Jul 05, 2013 9:25 am

Pendahuluan:
Malaysia adalah merupakan negara yang sedang membangun daripada pelbagai aspek sama ada politik mahupun ekonomi. Selain itu, Malaysia adalah antara negara yang aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi bagi negara-negara selatan. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Malaysia dalam perkara ini.

Isi-isi:
Antaranya ialah mewujudkan dialog dengan negara-negara utara. usaha ini melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan dunia ketiga tentang ekonomi. contohnya melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tentang perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), kerjasama ekonomi antarabangsa (CIEC), tabung kewangan antarabangsa (IMF) dan pertubuhan kerjasama dan pembangunan ekonomi (OECD). ini bertujuan untuk menjelaskan keperluan menyusun semula ketidakseimbangan perdagangan dan pembayaran yang berpunca daripada sikap negara-negara yang tiada usaha dalam membantu ekonomi negara-negara selatan.

Membentuk suatu sistem perdagangan atau order baharu ekonomi dunia. malaysia telah mendapat sokongan daripada 77 buah negara selatan. antara usaha malaysia ialah menuntut supaya negara-negara utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara contohnya penghapusan sekatan perdagangan, bayaran hutang negara selatan, menyediakan bantuan dan pemindahan teknologi, pembabitan negara selatan dalam membuat keputusan tentnag tabung kewangan antarabangsa (IMF), peluasan pasaran dan penentuan semula tarif serta syarat perdagangan.

seterusnya, mencadangakan kerjasama yang lebih erat antara negara selatan. malaysia telah menjalankan aktiviti kerjasama dalam aspek perdagangan, kewangan, sains dan teknologi serta kewangan. hal ini adalah untuk mengelakkan dominasi negara utara terhadap ekonomi dunia. malaysia juga telah membuat perjanjian dengan kumpulan negara selatan.

malaysia mewakili negara-negara selatan dan Kumpulan G-15 dan Kumpulan G-77. dalam usaha ini, malaysia telah merangka strategi kerjasama selatan yang lebih utuh, sidang kemuncak pertama dijayakan oleh malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1990 bagi merancang kerjasama bidang sains dan teknologi selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur.

selain itu, malaysia juga telah mewujudkan hubungan perdagangan dalam kalangan negara selatan. hubungan diplomatik yang rapat dan terjalin secara berterusan dalam persidangan badan sedunia. beberapa strategi meningkatkan aktivit perdagangan telah dijalankan.

Penutup:
secara keseluruhannya, malaysia adalah merupakan negara yang aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.
eqynnoh
eqynnoh
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 3
Join date : 12/06/2012
Age : 29

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 Empty Re: LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN

Post by Little Niqabi Fri Jul 05, 2013 9:37 am

Pendahuluan:
Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia merupakan antara salah satu diantara negara selatan yang aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan. Terdapat pelbagai langkah yang telah diambil oleh negara kita, Malaysia dalam memperjuangkan ekonomi tersebut.

Isi 1:
Antara langkah yang telah diambil oleh Malaysia ialah, yang pertama, mewujudkan dialog dengan negara-negara Utara. Dialog antara Utara-Selatan melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara Dunia Ketiga tentang isu ekonomi. Contohnya, melalui Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), Kerjasama Ekonomi Antarabangsa (CIEC), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Mereka telah menjelaskan keperluan menyusun semula ketidakseimbangan perdagangan dan pembayaran. Ianya berpunca daripada sikap negara-negara Utrana dan tiada usaha membantu ekonomi negara-negara selatan.

Isi 2:
Seterusnya, membentuk suatu sistem perdagangan atau order ekonomi dunia. Malaysia telah mendapat sokongan daripada 77 buah negara selatan. Antara usaha oleh Malaysia ialah, menuntut supaya negara-negara Utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara. Sebagai contoh, penghapusan sekatan perdagangan, bayaran hutang negara selatan, menyedia bantuan dan pemindahan ekonomi, pembabitan negara selatan dalam membuat keputusan tentang Tabung Kewangan Atarabangsa (IMF), peluasan pasaran dan penentuan semula tarif serta syarat perdagangan.

Isi 3:
Yang ketiga, mencadangkan kerjasama yang lebih rapat antara negara Selatan. Mereka telah mencadangkan kerjasama dalam aspek perdagangan, kewangan, sains dan teknologi serta kewangan. Hal ini untuk mengelak dominasi negara Utara terhadap ekonomi dunia. Mereka juga telah membuat perjanjian dengan kumpulan negara selatan.

Isi 4:
Selain itu, Malaysia telah mengambil langkah mewujudkan hubungan perdagangan yang lebih dinamik dalam kalangan negara Selatan. Ia diwujudkan sebagai usaha untuk mencari rakan dagang baharu. Hubungan diplomatik yang rapat dan terjalin secara berterusan dalam persidangan badan sedunia dan beberapa strategi meningkatkan perdagangan dilakukan. Contohnya, pada Ogos 2009, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) berhasrat menggalakkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan negara-negara selatan.

Isi 5:
Akhir sekali ialah, Malaysia telah mewakili negara-negara Selatan dalam Kumpulan G-15 dan Kumpulan G-77. Hal ini demikian kerana, untuk merangka strategi kerjasama selatan yang lebih utuh. Sidang Kemuncak Pertama dijayakan oleh Malaysia di Kuala Lumpur pada tahun 1990. Mereka telah merancang kerjasama bidang sains dan teknologi dan Penubuhan Pusat Pertukaran Data Perlaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur.

Penutup:
Kesimpulannya, seluruh rakyat Malaysia daripada semua lapisan mesyarakat harus membuktikan bahawa Malaysia mampu untuk menjadi antara negara terbaik didunia dengan memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan secara aktif tersebut.

Little Niqabi
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 4
Join date : 22/05/2012
Location : Pondok Lanai Misbahul Falah

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 Empty Re: LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN

Post by Neesa Moiyy Fri Jul 05, 2013 9:52 am

Pendahuluan:

Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, Malaysia merupakan antara negara yang aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan. Pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan kepentingan ekonomi negara-negara selatan dapat dijaga.

Neesa Moiyy
Neesa Moiyy
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 9
Join date : 25/06/2012
Age : 29
Location : Texas, Paris

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 Empty MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA-NEGARA SELATAN

Post by AtiQah Hatta Fri Jul 05, 2013 9:58 am

malaysia merupakan negara yang maju malahan malaysia menjalinkan hubungan baik diperingkat antarabangsa.Terdapat beberapa kepentingan ekonomi negara-negara selatan.

Antara kepentingan ekonomi negara-negara selatan ialah Dialog-Utara Selatan.Hal demikian,melibatkan perjuangan antara negara perindustrian dengan negara-negara ketiga tentang isu ekonomi.Contohnya,melalui persidangan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu tentang perdagangan dan pembangunan (UNCTAD) dan Pertubuhan Kerjasama Pembangunan Ekonomi Antarabangsa (CIEC),tabung kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan kerjasama dan pembangunan Ekonomi (OECD).Hal ini kerana menjelaskan keperluan menyusun semula ketidakseimabangan perdagangan dan pembayaran berpunca daripada sikap negara-negara utara yang tiada usaha membantu ekonomi negara selatan.

Selain itu,membentuk sistem perdagangan atau order ekonomi dunia.Hal ini demikian,malaysia maendapat sokongan daripada 77 buah negara selatan.Contohnya,penghapusan sekatan perdagangan ,bayaran hutang negara selatan,menyediakan bantuan dan perpindahan teknologi ,pembabitan negara selatan dalam keputusan tentang tabung kewangan antarabangsa (IMF).Oleh itu,perluasan pasaran dan penentuan semula tarif serta syarat pedagangan.

Seterusnya, mewakili negara-negara selatan dalam kumpulan G-15 dan kumpulan G-17.Hal ini demikian,merangaka strategi kerjasama yang lebih utuh.Contohnya,sidang kemuncak pertama disaya oleh malaysia di kuala lumpur tahun 1990 dan merancang kerjasama bidang sains dan teknologi dan penubuhan pusat penukaran data pelaburan perdagangan dan teknologi selatan (STTDEC) di kuala lumpur.

Kemudian,mewujudkan hubungan perdagangan yang lebih dinamik kalangan negara selatan.Hal ini demikan,sebagai usaha untuk mencari rakan dagang baru.contohnya pada ogos tahun 2009,Lembaga kemajuan perindustrian malaysia (MIDA) berhasrat mengalakkan hubungan dan pelaburan antara Malaysia dengan negara selatan-selatan.Oleh itu,hubungan diplomatik yang rapat dan terjalin secara berterusan dan persidangan bandan sedunia.

Secara Keseluruhannya, Hubungan baik antara negara merupakan pekara yang penting yang perlu diber perhatian dalam memastikan keadaan ekonomi dan politik negara yang baik.Terutamanya, dengan negara-negara Selatan..Smile
AtiQah Hatta
AtiQah Hatta

Posts : 1
Join date : 29/06/2012
Age : 30
Location : ..Sibo..

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 Empty Malaysia Dan Ekonomi Negara Selatan-selatan

Post by ALJ Fri Jul 05, 2013 10:19 am

Pendahuluan:
Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan sentiasa memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.Oleh itu,terdapat pelbagai langkah dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.

Isi 1:
Antara langkah tersebut ialah mewujudkan dialog dengan negara-negara utara.Hal ini demikian kerana dialog ini melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara Dunia Ketiga tentang isu ekonomi.Contohnya melalui Persidangan Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu tentang Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD),Kerjasama Ekonomi Antarabangsa (CIEC),Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).Dengan ini,dialog ini menjelaskan keperluan menyusun semula ketidakseimbangan perdagangan dan pembayaran yang berpunca daripada sikap negara-negara Utara yang tiada usaha membantu ekonomi negara-negara selatan.

Isi 2:
Langkah seterusnya ialah membentuk suatu sistem perdagangan atau order ekonomi dunia.Hal ini demikian kerana Malaysia mendapat sokongan daripada 77 buah negara selatan.Antara usaha Malaysia ialah menuntut supaya negara-negara Utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara.Contohnya,penghapusan sekatan perdagangan,bayaran hutang negara Selatan,menyedia bantuan dan pemindahan teknologi,pembabitan negara Selatan dalam membuat keputusan tentang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF),peluasan pasaran dan penentuan semula tarif serta syarat perdagangan.

Isi 3:
Selain itu,Malaysia mencadangkan kerjasama yang lebih rapat antara negara Selatan.Antara kerjasama yang dicadangkan ialah dalam aspek perdagangan,kewangan,sains dan teknologi.Hal ini demikian kerana untuk mengelakkan dominasi negara Utara terhadap ekonomi dunia.Dengan itu,Malaysia telah membuat perjanjian dengan kumpulan negara Selatan.Jelas bahawa kerjasama yang lebih rapat antara Malaysia dengan negara Selatan dapat membantu Malaysia memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara Selatan.

Isi 4:
Seterusnya,Malaysia mengambil langkah dengan mewakili negara-negara Selatan dalam Kumpulan G-15 dan Kumpuulan G-77.Hal ini demikian kerana bagi merangka strategi kerjasama Selatan yang lebih utuh.Contohnya,persidangan pertama yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada Jun 1990 di mana Tun.Dr.Mahathir Mohamad menjadi pengerusi dan persidangan kali kedua yang diadakan di Caracas,Venezuela pada tahun 1991.Jelas bahawa dengan ada Kumpulan G-15 dan Kumpulan G-77 dapat merangka strategi kerjasama Selatan yang lebih utuh dengan Malaysia.

Isi 5:
Seterusnya,mewujudkan hubungan perdagangan yang lebih dinamik dalam kalangan negara Selatan.Hal ini demikian kerana ianya dijadikan sebagai usaha untuk mencari rakan dagang baharu.Contohnya,pada Ogos tahun 2009,Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) berhasrat menggalakkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dengan negara Selatan-Selatan.Jelas bahawa,hubungan diplomatik yang rapat dan terjalin secara berterusan dalam persidangan badan sedunia dapat membantu Malaysia dalam menjaga kepentingan ekonomi negara-negara Selatan.

Penutup:
Secara keseluruhannya,hubungan diplomatik perlu sentiasa diperkukuhkan untuk menjamin kestabilan ekonomi dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara Selatan.
ALJ
ALJ

Posts : 1
Join date : 05/07/2013
Age : 30
Location : Sibu, Sarawak

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 Empty :cheers: Malaysia Dan Ekonomi Negara Selatan-Selatan

Post by Fikri Rasdi Fri Jul 05, 2013 10:21 am

Pendahuluan :
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang tersenarai di dalam negara-negara selatan. Malaysia juga bergiat aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan. Oleh itu, pelbagai rancangan telah dilakukan dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.

Isi 1 :
Antara rancangan yang telah dilakukan ialah mewujudkan dialog dengan negara-negara utara. Hal ini demikian kerana ia melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara Dunia Ketiga tentang isu ekonomi. Contohnya melalui Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAO), Kerjasama Ekonomi Antarabangsa (CIEC), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Ini dapat membantu menjelaskan keperluan menyusun semula ketidakseimbangan perdagangan dan pembayaran yang berpunca daripada sikap negara-negara utara yang tiada usaha membantu ekonomi negara-negara selatan.

Isi 2 :
Malaysia yang telah untuk membentuk suatu sistem perdagangan atau order ekonomi dunia. Malaysia telah mendapat sokongan daripada 77 buah negara selatan. Antara usaha oleh Malaysia ialah menuntut supaya negara-negara utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara. Contohnya penghapusan sekatan pedagangan, bayarab hutang negara selatan, menyedia bantuan dan pemindahan teknologi, pembabitan negara selatan dalam membuat keputusan tentang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), peluasan pasaran dan penentuan semula tarif serta syarat perdagangan.

Isi 3 :
Selain itu, Malaysia juga telah mencadangkan kerjasama yang lebih rapat antara negara selatan. Kerjasama yang dimaksudkan meliputi aspek perdagangan, kewangan, sains dan teknologi serta kewangan. Hal ini demikian kerana untuk mengelak dominasi negara utara terhadap ekonomi dunia. Oleh itu, negara utara haruslah membuat perjanjian dengan kumpulan negara selatan untuk mengelakkan kejadian dominasi tersebut daripada berlaku.

Isi 4 :
Malaysia juga telah mewakili negara-negara selatan dalam kumpulan dalam kumpulan G-15 dan kumpulan G-77. Malaysia telah merangka strategi kerjasama selatan yang lebih utuh sepanjang menjadi wakil kumpulan. Dalam Sidang Kemuncak Pertama yang dijayakan oleh Malaysia di Kula Lumpur pada tahun 1990, Malysuia telah merancang kerjasama bidang sains dan teknologi dan penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknolgi Selatan (SITTDEC).

Kesimpulan :
Secara keseluruhannya, Malaysia merupakan negara yang aktif dalam memperjuangkan kegiatan ekonomi negara-negara selatan.
Fikri Rasdi
Fikri Rasdi
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 1
Join date : 25/06/2012
Age : 29

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 Empty Re: LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN

Post by AzRi Fri Jul 05, 2013 10:25 am

Pendahuluan:
 
             Malaysia merupakan salah sebuah negara yang aktif dalam memperjuangkan ekonomi negara-negara selatan. Oleh itu,langkah bagi memastikan hubungan ini terus kekal perlu di ambil.


Isi 1:

             Antara langkah tersebut ialah dengan mewujudkan dialog dengan negara-negara Utara. Dialog ini melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara Dunia ketiga tentang isu ekonomi. Dialog ini boleh diwujudkan melalui PBB,Kerjasama Ekonomi Antarabangsa(CIEC) dan Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF). Dialog ini adalah untuk menjelaskan keperluan menyusun semula ketidakseimbangan perdagangan dan pembayaran yang berpunca daripada sikap negara-negara Utara yang tidak mahu membantu ekonomi negara Selatan. Jelaslah bahawa dialog Utara-Selatan penting bagi mengekalkan Malaysia sebagai negara yang aktif dalam memperjuangkan ekonomi negara Selatan.


Isi 2:

              Selain itu,pembentukan suatu sistem perdagangan atau order ekonomi juga dapat memastikan hubungan Malaysia dengan negara-negara Selatan terpelihara. Cadangan Malaysia terhadap pembentukan ini mendapatkan sokongan daripada 77 buah negara Selatan. Antara usaha Malaysia ialah dengan menuntut supaya negara-negara Utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara. Contohnya ialah penghapusan sekatan perdagangan,bayaran hutang negara Selatan dan menyedia bantuan dan pemindahan teknologi.


Isi 3:

               Malaysia juga telah mencadangkan kerjasama yang lebih rapat antara negara-negara Selatan. Kerjasama tersebut merangkumi kerjasama dalam aspek perdagangan,kewangan serta sains dan teknologi. Kerjasama Malaysia dengan negara-negara Selatan adalah bertujuan untuk mengelak dominasi negara Utara terhadap ekonomi dunia. Oleh itu,negara-negara utara haruslah membuat perjanjian dengan kumpulan negara Selatan agar dominasi tersebut dapat dielakkan. Jelaslah bahawa kerjasama yang rapat antara negara-negara Selatan dapat memastikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aktif dalam memperjuangkan ekonomi negara-negara Selatan.


Isi 4:

               Di samping itu,Malaysia juga telah mewakili negara-negara Selatan dalam Kumpulan G-55 dan Kumpulan G-77. Hal demikian kerana untuk merangka strategi kerjasama Selatan yang lebih utuh. Contohnya merancang kerjasama bidang sains dan teknologi dan penubuhan Pusat Pertukaran Data Perlaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan(SITTDEC). Kuala Lumpur merupakan lokasi bagi sidang kemuncak yang pertama iaitu pada tahun 1990. Jelaslah bahawa dengan mewakili negara Selatan dalam KUmpulan G-55 dan Kumpulan G-77 dapa mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang aktif dalam memperjuangkan ekonomi negara-negara Selatan.


Isi 5:

                Selain itu, Malaysia juga telah mewujudkan hubungan perdagangan dalam kalangan negara Selatan. Hal ini demikian kerana untuk mencari rakan dagang baharu. Contohnya pada Ogos tahun 2009, Lembaga Perindustrian Malaysia(MIOA) berhasrat untuk menggalakkan hubungan perdagangan dan perlaburan antara Malaysia dengan negara Selatan. Natijahnya,hubungan diplomatik akan menjadi rapat dan terjalin secara berterusan dalam persidangan badan sedunia. Jelas bahawa hubungan perdagangan dalam kalangan negara Selatan dapat menjadi Malaysia sebagai negara yang aktif dalam memperjuangkan ekonomi negara-negara Selatan.


Penutup:

                Secara keseluruhan,usaha Malaysia dalam kerjasama dengan negara-negara Selatan perlu diperbanyakkan agar hubungan Malaysia dengan negara-negara Selatan akan lebih erat dan rapat.


What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face :
AzRi
AzRi

Posts : 1
Join date : 22/05/2012
Age : 30

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 1 Empty Re: LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum