Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3

Forum Untuk STPM Pengajian Am
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
"... Diharapkan ruangan forum ini memberi manfaat kepada pelajar... Gunakan sebaik mungkin segala informasi dan maklumat....Semoga Kejayaan Milik Anda... Aminnn."

Share | 
 

 Potensi negara dalam ekonomi global

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 26
Join date : 25/06/2012

PostSubject: Potensi negara dalam ekonomi global   Fri Jul 26, 2013 8:12 am

Malaysia terus menjadi perhatian pelabur global apabila pakar pengurus dana terkemuka, Dr Mark Mobius berpendapat bahawa pasaran saham tempatan adalah destinasi terbaik untuk pelaburan.
Ia susulan prospek pertumbuhan ekonomi negara yang baik yang disokong dasar kerajaan yang mesra pelabur.
Justeru, beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Templeton Emerging Markets Group, antara kumpulan pelaburan terbesar dunia dengan jumlah aset di bawah pengurusannya mencecah 451 bilion pound (RM2.2 trilion), komited untuk terus meningkatkan lagi pelaburan mereka di negara ini.

Mobius, dalam satu temubual dengan Bloomberg semalam, berkata berdasarkan penilaian semasa, Franklin Templeton akan meningkatkan pegangan saham mereka dalam syarikat Malaysia dan pada masa sama mungkin akan mengurangkan pelaburan dalam saham syarikat perbankan di Indonesia serta dalam saham syarikat sumber asli India.
Agensi berita antarabangsa itu melaporkan antara saham syarikat tempatan yang menjadi pilihan utama pakar pengurus dana bagi pasaran baru muncul itu dalam meningkatkan pelaburannya terma-suk syarikat yang terbabit dalam sektor minyak sawit, perbankan, hartanah, penjagaan kesihatan dan pengguna.
Penanda aras Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pula mencatatkan kemajuan yang memberangsangkan apabila menokok 10 peratus tahun lalu, iaitu peningkatan keuntungan tahunan buat kali keempat berturut, dan juga peningkatan yang terpanjang dalam sejarah sejak 1989.
Penanda aras tempatan itu meningkat 0.1 peratus kepada 1,694.16 untuk ditutup pada rekod tertinggi semalam.
Pasaran saham tempatan kini didagangkan pada 15.1 kali anggaran perolehan, atau premium 37 peratus kepada Indeks Pasaran Baru Muncul MSCI.

Di Kuala Lumpur kehadiran besar-besaran pelabur dan ahli korporat serantau pada Persidangan Tahunan Asia Pasifik CIMB 2013 di Kuala Lumpur, mencerminkan keyakinan dan minat mereka terhadap potensi Malaysia sebagai sebuah pusat pengurusan dana, kata Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Datuk Seri Nazir Tun Razak.

Nazir berkata, persidangan itu menarik 17 peserta dari Malaysia, 11 dari Singapura, tujuh dari Australia, lima masing-masing dari Hong Kong, Indonesia, Filipina dan Thailand, dan tiga masing-masing dari Korea Selatan dan Vietnam. Kemboja, Sri Lanka dan Taiwan masing-masing menghantar seorang peserta.

Sebanyak 650 sesi tertutup dengan pelabur akan diadakan dalam tempoh dua hari persidangan itu yang akan berakhir hari ini. Sementara itu, Nazir dalam ucapannya pada persidangan itu berkata, pasaran sedang membangun di Asia berpotensi untuk berdepan dengan risiko pengaliran keluar wang panas atau dana spekulasi secara besar-besaran.

Pertumbuhan itu antara lain akan didorong oleh pelaksanaan projek pembinaan yang diterajui sektor swasta berjumlah AS$444 bilion (RM1.35 trilion) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2010 lalu.
Pentadbiran (kerajaan) sekarang ini adalah sangat baik untuk pasaran. Pelabur melihat kerajaan sekarang sebagai mesra perniagaan. Secara amnya, itu amat positif dan ia akan terus menjadi begitu pada masa hadapan, kata Mobius.
Back to top Go down
 
Potensi negara dalam ekonomi global
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pengajian Am STPM P1 P2 P3  :: PENGAJIAN AM MODULAR :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3-
Jump to: