Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Keganasan antarabangsa I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Keganasan antarabangsa I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Keganasan antarabangsa I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Keganasan antarabangsa I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Keganasan antarabangsa I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Keganasan antarabangsa I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Keganasan antarabangsa I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Keganasan antarabangsa I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Keganasan antarabangsa I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Keganasan antarabangsa

Go down

Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Keganasan antarabangsa Empty Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Keganasan antarabangsa

Post by Pororo Wed Jun 26, 2013 11:56 am

Keganasan Antarabangsa


Apakah definisi keganasan antarabangsa?
Keganasan beerti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak pemerintah. Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.


Apakah kesan keganasan antarabangsa kepada negara?
Antara kesannya ialah keselamatan rakyat tidak terjamin. Pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan keganasan. Selain itu, ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya yang juga berkemungkinan akan melakukan keganasan. Penyokong juga akan mengadakan tunjuk perasaan dalam bentuk ganas atau liar disebabkan hasutan daripada pemimpin. Mereka ini akan melakukan apa sahaja seperti melakukan rusuhan, merosakkan harta benda awam serta melakukan pembunuhan terhadap pihak yang didendam atau rakyat yang tidak bersalah. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan juga negara. Rakyat tidak dapat tidur walau sepicing pun.


Selain itu, ekonomi negara akan runtuh. Keyakinan pelabur dapat ditambat apabila sesebuah negara mempunyai keadaan politik yang stabil. Apabila keadaan politik tidak stabil, ia akan menyebabkan pelabur tidak berani untuk menanam modal di negara terbabit. Tambahan, pelabur akan menarik pelaburan mereka keluar dari negara terbabit. Akibatnya, kerancakan ekonomi negara tersebut akan terjejas dengan teruk. Di samping itu, keganasan ini turut menjejaskan ekonomi dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara, bak kata pepatah kerana nila setitik, habis susu sebelangga.


Seterusnya, industri pelancongan akan terjejas akibat keganasan antarabangsa. Perbuatan merampas kapal terbang dan mengebom bangunan oleh pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani makan angin ke luar negara. Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan tunjuk perasaan berbentuk ganas. Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang melancong ke luar negara berkurang. Ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas.Malah, tiada seorang pun yang sanggup membiarkan nyawa di hujung pedang dengan makan angin di negara yang diancam keganasan. Sebagai contoh, keganasan yang berterusan di wilayah selatan Thailand di Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla. Di samping itu, penerbangan antarabangsa juga terjejas dan hal ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau terpaksa gulung tikar.


Di samping itu, keganasan antarabangsa turut menyebabkan pembangunan negara terjejas. Pemimpin sesebuah negara kini lebih menumpukan pembangunan negaranya. Namun, apabila keganasan berlaku, tumpuan mereka lebih kepada masalah tersebut. Akibatnya, para pemimpin ini tidak dapat melaksanakan projek pembangunan negara walaupun cebisan belas muncul di penjuru hati kemanusiaannya. Selain itu, prasarana untuk rakyat turut diabaikan. Kerajaan tidak dapat membina bangunan baharu lantaran bangunan sedia ada musnah akibat dibom. Jalan raya yang rosak turut tidak dapat dibaiki.


Kesan yang seterusnya ialah mangsa perang kehilangan kebebasan dan keselamatan diri.Mangsa perang akan sentiasa dibayangi maut. Mereka mungkin dibunuh oleh askar-askar pihak lawan. Untuk mengelakkan serangan bom, penduduk terpaksa bersembunyi di tempat perlindungan yang dibina khas jika ada. Jika tidak, rakyat terpaksa melarikan diri ke kawasan yang selamat dengan berjalan kaki beratus-ratus kilometer jauhnya. Mangsa yang tidak berdosa akan kehilangan tempat tinggal. Mereka juga kehilangan orang yang tersayang kerana terkorban dalam peperangan. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada hak kebebasan diri lagi. Tidak ada pihak yang dapat menjamin keselamatan seseorang.

Apakah Langkah-langkah Untuk Mengatasi Keganasan Kebangsaan?

Antara langkah untuk membendung keganasan kebangsaan ialah menguatkuasaan undang-undang penting .Pihak polis dan tentera harus bertindak dengan cepat terhadap keganasan. Keganasan yang kecil juga harus dibanteras. Hal ini demikian kerana tanpa tindakan awal, keganasan akan merebak sehingga hilang kawalan. Mereka yang mencetuskan rusuhan dan tunjuk persaan mesti dikenakan hukuman berat. Negara-negara harus menggubal undang-undang khas untuk membolehkan tindakan segera diambil terhadap pengganas. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan segara terhadap mana-mana pihak yang mengancam keselamatan negara. Dengan cara inilah keselamatan dan keamanan negara dapat dikekalkan.


Langkah yang perdana untuk mengatasi keganasan ialah kerjasama antarabangsa .Semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang ada rangkaian antarabangsa. Jabatan perisikan negara-negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan keganasan yang diperoleh. Negara-negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama antara pihak polis dan pihak tentera. Negara-negara di dunia juga boleh menyekat aliran wang kumpulan pengganas.


Sebagai rakyat negara haruslah bersikap bertolak ansur dan kesederhanaan antara satu sama lain. Pihak pembangkang dan rakyat sesebuah negara tidak harus menuntut sesuatu yang keterlaluan daripada kerajaan. Semua pihak juga harus bertolak ansur dalam mengatasi masalah. Segala hal hendaklah diselesaikan dengan cara rundingan. Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan, merusuh, atau melakukan keganasan untuk mencapai sesuatu tujuan tidak akan dapat mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak. Perbuatan seperti ini hanya akan mengucar-kacirkan negara dan meruntuhkan sistem politik dan ekonomi negara.


Apakah faktor-faktor berlaku keganasan antarabangsa?
Faktor pertama ialah terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri.Perasaan marah yang sememangnya dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap manusia, sekiranya tidak dikawal bahkan menguasai diri, akan membawa kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau kepada orang lain dan benda-benda lain yang ada disekelilingnya. Kemarahan yang tidak dikawal, memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan seharian seseorang itu. Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau jumlah individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia menyebabkan peperangan sehingga berupaya memusnahkan sebuah Bandar, bahkan sesebuah Negara dan sebuah tamadun.


Punca yang mengakibatkan keganasan antarabangsa ialah sikap tamak yang menguasai diri. Sikap tamak dalam diri seseorang menyebabkan timbul rasa untuk menguasai sesuatu. Maka dari situlah timbul niat untuk memerangi seseorang ataupun sesebuah Negara untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya itu. Secara tidak langsung, keganasan juga akan berlaku dalam masa tersebut demi untuk mencapai matlamatnya. Sikap tamak terhadap kuasa dan kekayaan membuta mata seseorang sehinggakan tidak dapat membezakan antara yang baik mahupun yang buruk. Mereka tidak lagi peduli akan kesan daripada keganasan yang akan berlaku itu nanti.


Seterusnya,lambang kemegahan juga menyebabkan keganasan. Penaklukan sesebuah Negara membawa maksud yang besar kepada seseorang yang pentingkan diri sendiri. Itu membawa lambang kemegahan kepada diri mereka dan mereka sanggup membuat apa saja untuk menakluk sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh, Amerika Syarikat yang memerangi Iraq demi untuk membalas dendam. Dengan itu, AS akan mendapat kembali namanya yang telah tercemar akibat peristiwa 11 September dahulu. Kesan daripada peperangan tersebut, AS berasa megah dan meletakkan Negara mereka sebagai Negara yang paling kuat di dunia ini.
Pororo
Pororo

Posts : 20
Join date : 20/06/2013
Age : 29

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum