Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3

Forum Untuk STPM Pengajian Am
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
"... Diharapkan ruangan forum ini memberi manfaat kepada pelajar... Gunakan sebaik mungkin segala informasi dan maklumat....Semoga Kejayaan Milik Anda... Aminnn."

Share | 
 

 Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Penyeludupan dadah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Pororo



Posts : 20
Join date : 20/06/2013
Age : 22

PostSubject: Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Penyeludupan dadah   Wed Jun 26, 2013 11:46 am

Keldai Dadah

Apakah definisi keldai dadah?
Keldai dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. Taktik ini mengurangkan risiko pengedar/penyeludup dadah itu ditangkap. Kaedah penyeludupan temasuklah menyembunyikan barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan, ataupun dengan menelannya.


Apakah punca-punca kepada kes-kes keldai dadah?
Mangsa-mangsa biasanya terperangkap dengan helah, muslihat dan janji manis anggota sindiket selain ditokok sikap mangsa sendiri yang alpa, tamak, mahu mendapat wang mudah atau cepat kaya, akhirnya menyebabkan diri sendiri yang merana.


Apakah penyelesaian untuk mengatasi kes-kes keldai?
Anggota keluarga dan ahli masyarakat memainkan peranan yang lebih aktif untuk membendung gejala ini daripada terus berleluasa. Hal ini penting kerana pihak berkuasa, baik polis mahupun kementerian yang berkaitan, seperti Kementerian Luar dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah dan sedang memainkan peranan mereka dengan aktif dalam usaha mendidik dan menyedarkan rakyat kita daripada terjerumus ke kancah seperti ini. Malah, mereka jugalah yang bersusah payah untuk membebaskan rakyat kita yang ditangkap di luar negara selama ini. Maka, apa-apa yang diperlukan sekarang ialah komitmen anggota keluarga dan ahli masyarakat dalam aspek mendidik, menjaga dan menyedarkan baik suami, isteri mahupun anak mereka supaya tidak mudah terpedaya. Hal ini dikatakan demikian kerana kelompok inilah yang paling rapat dengan mangsa dan paling berpeluang untuk mempengaruhi segala tindak tanduk mereka terutamanya dalam menjejak segala aktiviti yang mereka lakukan sepanjang masa.

Bagaimanakah kes-kes keldai dadah dijalankan?
Penyeludup dadah biasanya mengambil dadah dari negara Amerika Selatan seperti Peru, Argentina dan Brazil untuk dibawa masuk ke dalam negara sebelum dibawa keluar menggunakan wanita-wanita berkenaan ke negara-negara jiran dan sekitar Asia. Bukit Aman mendedahkan faktor bahasa dan mudah untuk mendapatkan kepercayaan antara punca sindiket antarabangsa mengubah taktik kotor mereka dengan menggunakan ejen tempatan bagi merekrut rakyat negara ini sebagai keldai dadah. Hasil pemantauan Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia mendapati ramai daripada mereka yang terlibat ialah rakyat negara Afrika Selatan, Nigeria, Pakistan, Peru, India dan Iran yang memperdagang pelbagai jenis dadah.


Pengedaran dan Penyeludupan Dadah


Apakah kesan-kesan pengedaran dan penyeludupan dadah?
Sendikit dadah mampu mengancam ekonomi Negara dan penyeludupan dadah ke Negara kita akan meningkatkan jenayah dikalangan masyarakat. Sebagai contoh kita dapat lihat sejarah China melalui Perang Candu yang mana Negara Amerika telah membawa masuk candu melalui Negara Turki dan India. Kemasukan Candu ke Negara China telah menjejaskan negeri China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik berlaku ketidakcekapan dalam pentadbiran, rasuah serta penyelewengan kerana ramai pegawai kerajaan telah menjadi penagih candu. Dari segi ekonomi banyak wang China mengalir keluar kerana mengimport candu. Nilai import candu telah melebihi nilai eksport barang-barang lain. Keadaan ini telah memberi bebanan ekonomi kepada Kerajaan China. Dari segi sosial, timbul masalah kesihatan dan keruntuhan akhlak kerana ramai rakyat China menjadi penagih candu. Gejala dadah ini harus ditangani segera untuk mengelakan peristiwa Perang Candu berlaku di Negara kita.


Apakah cara-cara untuk mengatasi kes-kes pengedaran dan penyeludupan dadah?
Antara cara untuk membendung pengedaran dan penyeludupan dadah adalah melalui kawalan yang ketat ke atas pengedaran dadah antarabangsa.Pihak kerajaan telah menggalakkan dan melibatkan pihak bukan pertubuhan kerajaan (NGO) terlibat dalam program pemulihan dan rawatan. Semua pihak pun bersedia untuk menyokong dan bekerjasama dalam apapun usaha kerjasama untuk menghapuskan dadah. Malaysia juga bersedia menjadi penaja:
- Draft Resolution on International Cooperation Against the World Drug Problem
- Central Coordinating Agency on Drugs: National Anti-Drugs Agency (NADA)
- Thailand-Malaysia Meeting on Narcotics Control Cooperation
- Thailand-Malaysia- Cross Border Cooperation Mechanism


Dalam situasi ini kerjasama anatara Thailand dan Malaysia juga bernaung di bawah panji-panji ASEAN.
Di samping itu, penguatkuasaan undang-undang juga merupakan cara yang penting dalam membanteras pengedaran dan penyeludupan dadah. Contohnya:


(i)Penubuhan Agensi Dadah (AADK)
-Melaksnakan program pencegahan
-Melaksanakan program rawatan dan pemulihan
-Meningkatkan system maklumat dadah dan dan menilai program kebersanan anti-dadah negara
-Meningkatkan kerjesama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman dadah
-Memberi khidmat setia kepada Majlis Dadah Kebangsaan


(ii)Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM)
-Misi untuk memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama Negara dengan menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya.


(iii)Undang-undang Dadah
-Akata Dadah Berbahaya, 1952
-Akta Racun,1952
-Akta Penagih Dadah (rawatan dan pemulihan)
-Akta Dadah Berbahaya (langkah-langkah )
-Akta Dadah Berbahaya (perlucutan harta)


Usaha-usaha daripada semua pihak harus giat dilaksanakan supaya visi "Generasi Bebas Dadah" menjelang tahun 2015 selari dengan hasrat antarabangsa.


Apakah taktik yang digunakan dalam menjalankan pengedaran dan penyeludupan dadah?
Demi mengejar kekayaan, penyeludup dadah sanggup menyalahgunakan teknologi moden kini untuk mencapai tujuannya. Peyeludupan dadah kini semakin menjadi-jadi ada yang menggunakan herba sebagai alat untuk menyorokan dadah. Kini aktiviti penyelidupan dadah semakin canggih, dengan adanya teknologi moden dadah dengan mudahnya diseludup masuk ke Negara kita. Contohnya satu sendikit antarabangsa dirompin telah menggunakan alat komunikasi satelit sistem Inmarsat untuk berurusan dengan pengedar atau pembeli dadah di pasaran antarabangsa. Peralatan tersebut juga telah digunakan untuk membawa dadah menerusi jalan laut. Kecanggihan teknologi bukan hanya memberikan kebaikan kepada masyarakat malahan ianya juga membawa keburukan kepada masyarakat sendiri.
Bukan itu sahaja, aktiviti penyeludupan dadah sering memperdayakan orang awam contohnya pelancongan yang mana suatu ketika dahulu pernah berlaku sendiri kepada rakyat Malaysia yang mana telah tertipu dengan aktiviti pelancongan percuma. Pada hal ianya merupakan salah satu teknik untuk menyeludup dadah masuk ke dalam Negara.
Back to top Go down
 
Bahan Rujukan:Jenayah antarabangsa-Penyeludupan dadah
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pengajian Am STPM P1 P2 P3  :: PENGAJIAN AM MODULAR :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3-
Jump to: