Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
FARAH AZEANI - LATIHAN PKP 3 I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
FARAH AZEANI - LATIHAN PKP 3 I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
FARAH AZEANI - LATIHAN PKP 3 I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
FARAH AZEANI - LATIHAN PKP 3 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
FARAH AZEANI - LATIHAN PKP 3 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
FARAH AZEANI - LATIHAN PKP 3 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
FARAH AZEANI - LATIHAN PKP 3 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
FARAH AZEANI - LATIHAN PKP 3 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
FARAH AZEANI - LATIHAN PKP 3 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

FARAH AZEANI - LATIHAN PKP 3

Go down

FARAH AZEANI - LATIHAN PKP 3 Empty FARAH AZEANI - LATIHAN PKP 3

Post by cg sue Sat Apr 11, 2020 8:57 pm

1) Jelaskan dua isu utama yang harus dihadapi untuk Malaysia mencapai status negara maju. [4]
- Pembentukan satu negara bangsa Malaysia. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi prasyarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.
- Mewujudkan sebuah negara perindustrian. Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara maju. Bagi mencapai taraf negara perindustrian, pertumbuhan ekonomi yang amat pesat amatlah penting. Sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi cabaran-cabaran amatlah besar.

2) Nyatakan tiga ciri masyarakat tahun 2020. [3]
- Masyarakat yang bersatu.
- Masyarakat yang bermoral dan beretika.
- Masyarakat yang adil dalam ekonomi dan berdaya saing.

3) Senaraikan tiga objektif Dasar Perbandaran Negara. [3]
- Membangunkan bandar yang terancang, berkualiti, progresif dan mampan.
- Membangun dan memperkukuhkan ekonomi bandar yang berdaya saing.
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pembangunan sosial.

4) Jelaskan dua cabaran bagi merealisasikan Prinsip Rukun Negara. [4]
- Desakan materialistik. Arus global dan nasional yang terlalu mengejar kebendaan dan keteguhan ekonomi mengakibatkan Rukun Negara tidak lagi menjadi doktrin penerusan hidup bermasyarakat. Prinsip Rukun Negara tidak terjemah di institusi kerajaan sehingga berlakunya rasuah, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain.
- Kebebasan bersuara tanpa batas. Kebebasan bersuara telah ditafsirkan dengan boleh berbuat apa sahaja demi kepentingan diri tanpa mengambil kira prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara. Kebebasan tanpa kawalan boleh menyebabkan penyalahgunaan oleh sesetengah pihak sehingga menyentuh isu-isu sensitif masyarakat.
cg sue
cg sue
Admin
Admin

Posts : 1638
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum