Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~

Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa

+3
iqahkulai
afiqzainuddin
cg sue
7 posters

Go down

Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa Empty Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa

Post by cg sue Fri Jun 24, 2016 8:27 am

SOALAN : Malaysia bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa. Banyak kebaikan yang diperoleh dengan penglibatan tersebut. Bincangkan. (5 + 0)
cg sue
cg sue
Admin
Admin

Posts : 1638
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com

Back to top Go down

Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa Empty karangan

Post by afiqzainuddin Fri Jun 24, 2016 8:49 am

Penyertaan Malaysia dalam Persatuan Negara-Negara Asia tenggara (ASEAN) telah membawa kebaikan dari segi ekonomi dan sosial kepada Malaysia.Malaysia dapat mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, kemajuan sosial, dan kebudayaan negara-negara anggota atau serantau. Melalui ZOPFAN, ASEAN berusaha mengekalkan keamanan dan kestabilan kawasan serantau termasuk Malaysia. Manakala melalui pembangunan kawasan segi tiga pertumbuhan pula Malaysia dapat menikmati pelbagai pembangunan dalam bidang sosio ekonomi dan teknikal.

Penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) pula telah membolehkan Malaysia bekerjasama dengan negara luar ASEAN.
-contohnya,Mlaysia berpeluang mengikuti lima program utama UNESCO iaitu program pendidikan, sains semula jadi, sains manusia dan sosial, kebudayaan, komunikasi dan maklumat.

Memupuk perpaduan antara Malaysia dengan negara Islam yang lain.
-contohnya,melalui OIC Malaysia dapat menganjurkan satu forum yang telah menggabungkan tokoh ekonomi, intelektual dan sebagainya dalam forum ini.

Mengeratkan lagi hubungan antara Malaysia dengan negara-negara merdeka yang lain yang pernah dijajah oleh britain.
-contohnya:meningkatkan kepakaran terutama dalam bidang pendidikan di bawah Rancangan Pelajaran Komanwel ( Colombo Plan).

menyatukan negara yang berpegang kepada prinsip berkecuali.
contohnya, setiaqp negara anggota menyelesaikan masalah pertelingkahan antarabangsa.

Kesimpulannya, Mlaysia dapat memupuk kerjasama dalam kalangan negara anggota.
Malaysia mudah mendapat bantuan jika menghadapiu masalah. Oleh itu, Malaysia banyak memperoleh manfaat dalam menyertai pertubuhan anggota ini.

afiqzainuddin

Posts : 2
Join date : 23/06/2016

Back to top Go down

Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa Empty Malaysia bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa. Banyak kebaikan yang diperoleh dengan penglibatan tersebut. Bincangkan.

Post by iqahkulai Fri Jun 24, 2016 8:51 am

Malaysia bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa. Terdapat banyak kebaikan yang diperolehi dengan penglibatan tersebut.

Antara kebaikan Malaysia bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa ialah dapat mewujudkan hubungan dagangan.Hal ini demikian kerana, dengan melibatkan secara aktif dalam sebarang pertubuhan negara-negara membangun melalui G15, D8 dan ASEAN(AFTA), hubungan dagangan meningkat. Penglibatan Malaysia merupakan satu langkah mempromosikan produk Malaysia ke luar negara. Melalui G15, pertubuhan ini telah merangka Mekanisme Kewangan Pembiayaan Perdagangan yang menghapuskan pengenaan cukai berganda antara negara anggota.

Selain itu, melindungi keselamatan negara merupakan salah satu kebaikan Malaysia bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa. Hal ini demikian kerana, Malaysia menyokong kuat PBB bagi mendapat keselamatan selepas mendapat kemerdekaan. penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Negara-negara Komanwel telah melindungi Malaysia daripada ancaman komunis dan ancaman konfrontasi dengan Indonesia melalui Perjanjian Pertahanan Anglo-Malay dengan Britain.

Di samping itu, kebaikan Malaysia bergiat aktif dengan pelbagai pertubuhan antarabangsa ialah dapat berkongsi maklumat dan data. Hal ini demikian kerana, penglibatan Malaysia khususnya dalam G15 telah membolehkan pertukaran data dan maklumat, membantu Malaysia meneroka peluang perniagaan dan pelaburan dalam kalangan negara membangun.

Seterusnya, kesepakatan dalam mempertahankan pasaran juga kebaikan Malaysia bergiat aktif dengan pelbagai pertubuhan antarabangsa. Hal ini demikian kerana, malalui Kerjasama Selatan-Selatan dapat mewujudkan muafakat bagi mendesak negara utara melakukan penstabilan harga. Penstabilan harga komoditi seperti getah, bijih timah dan koko melalui perjanjian antarabangsa dan penubuhan tabung bersama.

Akhir sekali, Malaysia mendapat tajaan biasiswa dan peluang pendidikan. Hal ini demikian kerana, penglibatan aktif dalam Komanwel membolehkan Malaysia menikmati bantuan teknikal dan biasiswa daripda Rancangan Colombo. Rancangan ini juga menyediakan bantuan-bantuan kewangan,tekinikal dan biasiswa kepada negara anggota bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Kesimpulannya, menyertai pelbagia pertubuhan anatarbangsa amat penting untuk negara supaya Malaysia kekal sejahtera dan harmoni.

iqahkulai

Posts : 1
Join date : 23/06/2016

Back to top Go down

Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa Empty karangan

Post by ANIANI Fri Jun 24, 2016 9:01 am

Malaysia bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa. Banyak kebaikan yang diperoleh dengan penglibatan tersebut. Bincangkan. (5 + 0)

Malaysia merupakan negara yang aktif dalam menyertai pelbagai pertubuhan antarabangsa.Pelbagai kebaikan diperoleh negara Malaysia dalam menyertai pertubuhan antarabangsa.

Malaysia menyertai dalam Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara(ASEAN) telah membawa kebaikan dari segi bidang ekonomi dan sosial kepada negara Malaysia.Hal ini demikian kerana negara Malaysia dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan kemajuan sosial dan kebudayaan negara-negara anggota. Sebagai contohnya melalui ZOPFAN negara ASEAN berusaha mengekalkan keamanandan kestabilan kawasan serantau termasuk negara Malaysia. Oleh sebeb itu, pertumbuhan dan kemajuan Malaysia dapat meningkatkan negara Malaysia itu sendiri.

Selain itu, Malaysia juga menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB). Hal ini demikian kerana Malaysia dapat bekerjasama dari segi pendidikan dan kesihatan dengan negara luar ASEAN. Sebagai contoh, Malaysia berpeluang mengikuti lima program utama UNESCO iaitu program pendidikan, sains manusia dan sosial, kebudayaan , komunikasi dan maklumat.Oleh sebab itu, Malaysia turut bekerjasama dengan pihak WHO untuk meningkatkan taraf kesihatan manusia sejagat.

Seterusnya, penyertaan Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pula telah memupuk perpaduan antara Malaysia dengan negara-negara islam yang lain. Hal ini demikian kerana, pada masa yang sama Malaysia dapat meningkatkan kerjasama antara negara anggota dalam bidang ekonomi, perdagangan. pendidikan dan kebudayaan. SEbagai contohnya, melalui OIC Malaysia dapat menganjurkan satu forum yang telah menggabungkan tokoh-tokoh ekonomi, intelektual dan pemimpin ternama dari dunia islam dan Barat dalam Forum Ekonomi Islam Sedunia(WIFE)

Di samping itu, penyertaan Malysia dalam KOMANWEL telah mengeratkan hubungan antara malaysia dengan negara-negara lain yang pernah dijajah oleh negara Britain. Melalui KOMANWEL , Malaysia telah mendapat kemudahan dan layanan yang baik daripada Kerajaan Britai terutama pasaran barangan di negara anggota. Malaysia juga berpeluang meningkatkan lagi kepakaran dalam bidang pendidikan di bawah Rancangan Pelajaran Komanwel(Colombo Plan)

Akhir sekali, penyertaan Malaysia daalm pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) turut menyatukan negara yang berpegang kepada prinsip berkecuali. Melalui NAM , setiap negara anggota saling menghormati hak asasi masing-masing seperti hak asasi manusia ,ras,agama dan kedaulatan wilayah negara-negara lain. Setiap negara anggota berusaha menyelesaikan masalah pertelingkahan antarabangsa. NAM juga berusaha membela kedudukan wanita dan menggalakkan wanita melibatkan diri dalam pelbagai sektor.

Kesimpulannya, Malaysia merupakan negara yang mempunyai semangat kerjasama yang tinggi terhadap negara-negara anggota. Malaysia juga akan mendapat bantuan dari negara-negara anggota. Oleh itu, Malaysia mendapat kebiakan apabila menyertai pertubuhab antarabangsa tersebut.

ANIANI

Posts : 2
Join date : 23/06/2016

Back to top Go down

Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa Empty Re: Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa

Post by farizchan Fri Jun 24, 2016 9:06 am

Pertubuhan antarabangsa merupakan sebuah pertubuhan yang dianggotai negara negara. Malaysia telah memperoleh pelbagai faedah daripada penglibatan tersebut.

Antara kebaikan yang diperoleh oleh negara Malaysia dalam penglibatan pertubuhan antarabangsa ialah memelihara keamanan dan kedaulatan negara.

farizchan

Posts : 2
Join date : 16/08/2015
Age : 26

Back to top Go down

Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa Empty Re: Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa

Post by ijattsalleh Fri Jun 24, 2016 9:12 am

Secara amnya Malaysia telah menjalinkan hubungan yang baik dengan negara-negara antarabangsa. Pelbagai kebaikan yang diperolehi oleh Malaysia melalui kegiatan pertubuhan antarabangsa.
Antara kebaikan Malaysia bergiat aktif dalam pertubuhan antarabangsa ialah dapat memelihara kepentingan nasional serta mengekalkan kedaulatan negara. Sebagai contohnya, penyertaan Malaysia dalam Komanwel membantu menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya. Oleh itu, daripada perjanjian itu Malaysia telah bebas daripada jajahan Parti Komunis Malaya.
Selain itu, kebaikan Malaysia bergiat aktif dalam pertubuhan antarabangsa juga dapat meningkatkan ekonomi dalam bidang perdagangan antarabangsa. Sebagai contohnya, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel dan Britain dikenakan cukai yang rendah. Oleh itu, industri eksport Malaysia tidak perlu untuk mengeluarkan modal yan tinggi.
Seterusnya, taraf pendidikan Malaysia bertambah baik melali kegiatan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa.Sebagai contohnya, dari United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) telah menghantar pakar pendidikan ke Malaysia untuk membantu negara kita dalam rancangan pelajaran. oleh itu, perancangan pendidikan Malaysia kini telah dapat menubuhkan IPTA yang setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Disamping itu, taraf kesihatan rakyat mula meningkat melalui kegiatan aktif Malaysia dalam menyertai pertubuhan antarabangsa. Sebagai contohnya, World Health Organization telah memberikan khidmat nasihat kepada negara kita untuk membantu negara kita dalam mencegah penyakit malaria, batuk kering, untut, demam kepialu dan sebagainya. Hal ini juga, membantu dalam mengurangkan kadar kematian rakyat di negara ini yang disebabkan penyakit tersebut.
Akhir sekali, melalui kegiatan aktif Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa juga membantu negara dalam dunia inovasi teknologi moden. Sebagai contohnya Malaysia telah mewujudkan prinsip pandang ketimut iaitu menjadikan Jepun dan Korea sebagai contoh. Oleh itu, kini Malaysia mampu mengeluarkan produk kereta jenama nasional yang juga terkenal di negara-negara antarabangsa.
Kesimpulanya, kegiatan aktif Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa seharusnya menjadi kebanggaan rakyat. Oleh itu, kerjasama rakyat dalam memupuk nilai kebersamaan itu harus dipupuk dari akar umbi lagi.

ijattsalleh

Posts : 3

Post by sitinurulhidayah Fri Jun 24, 2016 9:19 am

Negara Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan negara antarabangsa kerana keaktifan negara Malaysia dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa. Banyak kebaikan yang terdapat dengan penglibatan tersebut.

sitinurulhidayah

Posts : 3
Join date : 04/08/2015
Age : 26

Back to top Go down

Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa Empty Re: Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa

Post by Sponsored content

Sponsored content

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum