Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
pemerdagangan manusia (langkah-langkah) I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
pemerdagangan manusia (langkah-langkah) I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
pemerdagangan manusia (langkah-langkah) I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
pemerdagangan manusia (langkah-langkah) I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
pemerdagangan manusia (langkah-langkah) I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
pemerdagangan manusia (langkah-langkah) I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
pemerdagangan manusia (langkah-langkah) I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
pemerdagangan manusia (langkah-langkah) I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
pemerdagangan manusia (langkah-langkah) I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

pemerdagangan manusia (langkah-langkah)

Go down

pemerdagangan manusia (langkah-langkah) Empty pemerdagangan manusia (langkah-langkah)

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 11:55 am


PEMERDAGANGAN MANUSIA
LANGKAH-LANGKAH MENGHALANGNYA

Pendahuluan

Masalah Pemerdagangan manusia pada zaman sekarang semakin berleluasa di negara kita
ini adalah kerana kelalaian sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab di atas masalah yang serius ini.
oleh itu,langkah langkah untuk menghalangnya harus diambil dengan kadar segera

Isi-isi

Undang undang dikuatkuasakan
Undang undang haruslah segera dikuatkuasakan dan diketatkan.Hal ini kerana apabila undang undang dikuatkuasakan,masalah pemerdagangan manusia di negara kita akan berkurangan.
Selain itu,apabila undang undang dikuatkuasakan,pihak pihak yang terlibat di dalam kes pemerdagangan manusia tersebut akan mula takut.
Apabila langkah ini dilakukan dengan cepat dan cekap,masalah pemerdagangan manusia akan berkurangan di negara kita


-Kemasukan pelancong asing diketatkan

Malaysia sekarang sering dikunjungi oleh pelancong pelancong asing.Sesetengah pelancong asing bukan hanya bertujuan untuk melancong di malaysia ini.
Tetapi mereka ingin membawa orang orang di Malaysia yang telah diperdagangkan untuk ke luar negara
.Justeru,pihak berkuasa perlulah mengetatkan atau mengehadkan kemasukan pelancong asing di negara kita.kita seharusnya mengambil tindakan yang tegas di dalam maslah ini.


-Mengawal pintu masuk dengan lebih teliti

Pihak pihak yang berkenaan seperti pihak Imigrisen,Polis,dan lain lain lagi yang berkenaan perlulah sentiasa memantau di setiap sempadan sempadan dan pintu masuk yang ada di Negara kita untuk membanteras masalah pemerdagangan manusia di Negara kita.
Selain itu,pihak tersebut juga harus bekerjasama antara satu sama lain.
Jika kita dapat mengawal pintu masuk dan sempadan sempadan yang ada di Negara kita dengan selamat,kita akan dapat mengatasi masalah pemerdagangan manusia yang berlaku di Negara kita pada masa kini.

Koordinasi antara kementerian

Seharusnya pihak kementerian mengambil berat tentang isu pemerdagangan manusia yang sedang berlaku pada masa kini.
Pihak kementerian seharusnya bekerjasama membuat iklan dan menyiarkan di akhbar atau majalah tentang masalah pemerdagangan manusia pada masa kini.
Justeru dengan langkah langkah ini dapat memberi peringatan kepada masyarakat supaya berhati hati dan tidak menjadi mangsa pemerdagangan manusia.


Kesimpulan

Apabila langkah langkah seperti di atas dapat dilaksanakan dengan cekap,berkesan dan pantas.Masalah pemerdagangan manusia akan tidak berlaku lagi dan tidak akan menjadi isu yang besar dan diheboh heboh kan lagi.

nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

pemerdagangan manusia (langkah-langkah) Empty Re: pemerdagangan manusia (langkah-langkah)

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 11:56 am

PUNCA PEMERDAGANGAN MANUSIA.



1.TERPENGARUH DENGAN TAWARAN KERJA.
-Mereka terpedaya dengan janji-janji manis sindiket yang bertopengkan egen mencari pekerjaan.
-Mereka yang tidak menyelidik dan kurang pengetahuan mudah terpengaruh dengan tawaran gaji yang lumayan.
-Mereka tidak berfikir panjang dan akhirnya terjebak dalam kegiatan ini.

2.MATERIALISTIK
-Teruja untuk menikmati kehidupan yang serba mewah dan menggunakan barangan berjenama.
-Mudah menerima tawaran tanpa menyiasat kesahihannya.

3. TARAF PENDIDIKAN.
-Kebanyakkan mangsa yang terlibat dalam kegiatan ini mempunyai taraf pendidikan yang rendah.
-Hal ini membuatkan mereka mudah diperdaya oleh pelbagai sindiket tertentu,
-Mangsa tidak tahu tindakan yang perlu diambildan menggunakan saluran yang betul untuk mengatasi masalah ini.

4.PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG YANG LEMAH.
-Kurang penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.
-Ada kalanya penguat kuasa ini terlibat dengan gejala rasuah dan mereka tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kegiatan ini.
-Kesannya, kegiatan ini semakin berleluasa dan sukar untuk dikesan.
nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

pemerdagangan manusia (langkah-langkah) Empty Re: pemerdagangan manusia (langkah-langkah)

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 11:57 am


KESAN KEGIATAN PEMERDAGANGAN MANUSIA.



1.MENCEMARKAN IMEJ NEGARA DI MATA DUNIA.
-Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu pemerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia.
-Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang.
-Negara Malaysia dianggap sebagai sarang jenayah.

2.MENGANCAM KESELAMATAN DAN KEAMANAN NEGARA
-Jenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak.
-Golongan ini sering diperalatkan untuk tujuan tertentu seperti pelacuran, pengemis, pusat hiburan, rumah urut dan sebagainya.
-Sindiket yang terlibat juga akan melakukan aktiviti jenayah lain untuk mengumpulkan kekayaan.

3.PENINGKATAN MASALAH SOSIAL.
-Masalah sosial bertambah dan merebak dalam masyarakat.
-Seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya.
-Meningkatnya keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat.

4.PENULARAN PENYAKIT BERJANGKIT.
-kemasukan pendatang asing kemungkinan membawa penularan wabak penyakit.
-Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya akan kembali menular dalam kalangan masyarakat.
-Hal ini semestinya suatu yang amat membimbangkan.


nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

pemerdagangan manusia (langkah-langkah) Empty Re: pemerdagangan manusia (langkah-langkah)

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 11:58 am


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI.



1.PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
-Dibawah peruntukan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (ATIP). Kewujudan akata ini telah memberikan kuasa kepada kerajaan untuk mendakwa dan mngenakan hukuman dengan peruntukan penjara sehingga 20 tahun dan denda sebanyak RM 500 000.
-AS telah menggubal undang-undangperdagangan manusia iaitu Akta pelindungan mangsa Penyeludupan dan keganasan 2000.
-Akta ini telah memperluaskan konsep perdagangan manusia dan mengenakan hukuman yang berat ke atas mereka yang terlibat.

2.MEMPERKETAT KEMASUKAN PELANCONG ASING.
-Melakukan pengawalan pintu masuk sempadan dengan teliti.
-Terdapat 262 buah pintu sempadan di negara.
-Kawalan yang berkesan ini akhirnya akan menutup peluang penyeludupan manusia berlaku.
-Kawalan menggunakan Akta imigresen untuk mngesan kemasukan secara haram juga perlu dilakukan.

3.KOORDINASI ANTARA KEMENTERIAN.
-Penguatkuasaan yang bersepadu antara kementerian dapat membantu mengurangkan aktiviti ini.
-Koordinasi antara Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam negeri bagi membersihkan imej negara.

4.KEMPEN KESEDARAN.
-Kempen-kempen menerusi media massa perlu dijalankan dari semasa ke semasa.
-memberi kesedaran kepada orang ramai tentang jenayah pemerdagangan orang ini serta kesannya kepada individu itu sendiri.
-Menggalkkan masyarakat memainkan peranan untuk bersama membanteras jenayah ini.
nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

pemerdagangan manusia (langkah-langkah) Empty Re: pemerdagangan manusia (langkah-langkah)

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:01 pm

Faktor-faktor berlakunya jenayah pemerdagangan manusia dan langkah-langkah yang harus diambil untuk menanganinya

Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, terbit satu masalah yang kian membimbangkan masyarakat dunia iaitu jenayah pemerdagangan manusia. Isu yang semakin berleluasa ini sering melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak. Namun begitu, pendedahan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) baru-baru ini menunjukkan bahawa golongan remaja turut dijadikan mangsa jenayah pemerdagangan manusia. Hal ini sungguh membimbangkan kerana situasi tersebut mampu menyebabkan gejala negatif yang lain turut menjadi serius. Misalnya, mangsa jenayah pemerdagangan manusia sering dijadikan sebagai pelacur, buruh paksa, hamba seks dan pengemis upahan. Malah, menurut Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, sebanyak dua puluh tujuh sindiket pemerdagangan manusia yang bergiat aktif di Malaysia berjaya ditumpaskan sepanjang enam bulan pertama tahun ini. Penumpasan sindiket-sindiket tersebut telah menyelamatkan ratusan individu yang menjadi mangsa mereka. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa jenayah pemerdagangan manusia sememangnya semakin serius dan perlu diatasi dengan segera. Hakikatnya, jenayah pemerdagangan manusia hanya boleh diatasi jika kita memahami faktor-faktor berlakunya jenayah tersebut.

Pertama sekali, kewujudan korupsi dan unsur rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan menyebabkan jenayah ini sukar ditangani. Sindiket pemerdagangan manusia sering memanfaatkan kewujudan pegawai kerajaan yang mudah dirasuah untuk memudahkan pelaksanaan modus operandi mereka. Misalnya, pegawai imigresen yang menjaga sempadan negara boleh dilepasi dengan mudah oleh ejen-ejen sindiket pemerdagangan manusia bersama mangsa mereka hanya dengan menghulurkan beberapa helai wang kertas lima puluh ringgit kepada mereka. Keadaan kini bertambah keruh apabila pegawai-pegawai kerajaan sendiri bertindak membantu sindiket pemerdagangan manusia. Contohnya, mereka mencari individu yang berpotensi untuk diperdagangkan dan menyerahkan insan-insan yang tidak berdosa itu kepada ejen pemerdagangan manusia. Hal ini amat menyedihkan kerana pihak yang patut memainkan peranan untuk mengatasi jenayah pemerdagangan manusia bertindak sebaliknya ibarat kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. Maka, jenayah tersebut pasti sukar ditangani jika wujud pegawai-pegawai kerajaan yang berkorupsi.

Selain itu, jurang ekonomi antara negara-negara jiran turut menjadi faktor jenayah pemerdagangan manusia. Rakyat negara yang miskin sudah tentu ingin menambah baik taraf hidup mereka dengan apa jua cara yang mudah. Oleh itu, mereka memilih untuk bekerja di negara jiran yang lebih kaya tetapi kekurangan tenaga kerja. Namun begitu, terdapat pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan terhadap mereka dengan menaburkan janji-janji manis seperti pekerjaan, tempat tinggal dan kehidupan yang lebih baik. Malangnya, selepas individu-individu tersebut dibawa ke luar negara, mereka dijual kepada pihak lain dan dijadikan hamba seks dan buruh paksa. Situasi ini terbukti berlaku apabila statistik Jabatan Siasatan Jenayah PDRM menunjukkan hampir kesemua individu yang berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia berasal dari negara-negara jiran yang berpendapatan rendah seperti Myanmar, Vietnam dan Laos. Keadaan ini membuktikan bahawa jurang ekonomi antara negara-negara serantau turut menjadi faktor wujudnya jenayah pemerdagangan manusia.

Di samping itu, tahap kesedaran masyarakat terhadap isu pemerdagangan manusia yang rendah juga menyebabkan jenayah tersebut terus berleluasa. Masyarakat yang bersikap seperti katak di bawah tempurung menjadi punca yang memangkin kewujudan pelbagai jenayah merentasi sempadan. Masyarakat kini sering bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan tidak peka terhadap situasi di sekeliling mereka. Umpamaanya, terdapatkah individu pada hari ini yang melihat pengemis kanak-kanak cacat sanggup bersikap proaktif dan membawanya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat? Keengganan masyarakat untuk mengambil tahu tentang isu semasalah menyebabkan situasi seperti ini berlaku. Lebih membimbangkan lagi apabila masyarakat mendiamkan diri meskipun tahu tetang kewujudan sindiket pemerdagangan manusia di kawasan tempat tinggal mereka. Misalnya, pihak PDRM berjaya menangkap seorang lelaki di sebuah rumah bersama tiga puluh orang wanita warganegara Vietnam yang dikurung di dalam sebuah bilik. Siasatan lanjut mendapati lelaki itu terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia sejak lima tahun yang lalu dan menjadikan rumahnya sebagai tempat menjalankan urusan sindiketnya itu. Sekiranya masyarakat di kawasan perumahan itu bersikap proaktif, pasti sindiket tersebut terbongkar lebih awal. Malangnya, sikap mereka yang kurang peka terhadap situasi di sekeliling memudahkan lelaki itu untuk menjalankan sindiketnya selama separuh dekad. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat yang mendiamkan diri akan menyebabkan jenayah pemerdagangan manusia terus melarat.

Faktor-faktor jenayah pemerdagangan manusia sememangnya sukar diatasi. Walau bagaimanapun, jika pihak kerajaan mewujudkan undang-undang yang dapat menjatuhkan hukuman yang lebih berat terhadap dalang sindiket pemerdagangan manusia, pasti jenayah tersebut dapat ditangani. Kejayaan Akta dadah Berbahaya dalam mengekalkan jumlah kes penyeludupan dadah pada tahap yang rendah harus dijadikan contoh untuk mewujudkan mekanisme yang sama demi mengurangkan kes pemerdagangan manusia. Hukuman penjara sahaja tidak memadai buat pesalah yang sanggup menjalankan urusan jual beli manusia. Hukuman mati mandatori patut dikenakan terhadap mereka supaya dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat. Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu mewujudkan mekanisme yang tepat untuk menyifarkan kes rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan. Jika kes rasuah dapat disifarkan, sudah tentu pelaksanaan undang-undang menjadi lebih berkesan sekali gus mengurangkan kes pemerdagangan manusia.
Seterusnya, pemimpin-pemimpin negara serantau perlu bekerjasama untuk mengurangkan jurang ekonomi. Komuniti ASEAN yang bakal diwujudkan pada tahun 2015 patut dizahirkan kerana langkah tersebut diyakini mampu mengurangkan jenayah merentasi sempadan apabila negara-negara di Asia Tenggara menjalin kerjasama politik, ekonomi dan sosial. Sekiranya negara-negara serantau membangun secara serentak, keperluan rakyat sesebuah negara untuk bekerja di negara jiran akan berkurang. Secara tidak langsung, keadaan ini seterusnya akan mengurangkan pemerdagangan manusia.
Selain itu, masyarakat pula perlu bersikap proaktif dan melaporkan gerak-geri yang mencurigakan di sekeliling mereka. Mereka harus bekerjasama dan memastikan kawasan tempat tinggal mereka tidak dijadikan sebagai markas pemerdagangan manusia. Contohnya, Persatuan Rukun Tetangga perlu sentiasa menjalankan pelbagai langkah untuk membanteras perlakuan jenayah di kawasan perumahan mereka. Masyarakat tidak perlu takut untuk melaporkan jenayah pemerdagangan manusia kepad pihak berkuasa kerana identiti mereka akan dirahsiakan. Maka, sekiranya rakyat Malaysia bersikap proaktif, pasti jenayah pemerdagangan manusia mampu diatasi dengan mudah.

Tuntasnya, sememangnya terdapat pelbagai faktor berlakunya jenayah pemerdagangan manusia dan pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi jenayah tersebut. Namun begitu, langkah-langkah tersebut hanya akan membuahkan hasilnya jika pihak kerajaan dan masyarakat berganding bahu kerana sesungguhnya bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Semoga dengan penyifaran jenayah pemerdagangan manusia, kita dapat menzahirkan Wawasan 2020 dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia.
nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

pemerdagangan manusia (langkah-langkah) Empty Re: pemerdagangan manusia (langkah-langkah)

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum