Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
KEDUDUKAN GEOGRAFI I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
KEDUDUKAN GEOGRAFI I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
KEDUDUKAN GEOGRAFI I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
KEDUDUKAN GEOGRAFI I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
KEDUDUKAN GEOGRAFI I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
KEDUDUKAN GEOGRAFI I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
KEDUDUKAN GEOGRAFI I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
KEDUDUKAN GEOGRAFI I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
KEDUDUKAN GEOGRAFI I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

KEDUDUKAN GEOGRAFI

Go down

KEDUDUKAN GEOGRAFI Empty KEDUDUKAN GEOGRAFI

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 11:44 am

JAWATANKUASA KEBANGSAAN NAMA GEOGRAFI (JKNG)

Dalam era digital pada masa ini, terdapat keperluan mendesak untuk urusan standardisasi nama-nama geografi. Penubuhan JKNG telah diluluskan pada tahun 2002 dengan peranan untuk menyelaras aktiviti penamaan nama-nama geografi di Malaysia. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan ahlinya adalah terdiri daripada Kerajaan Negeri dan lain-lain agensi. Tanggungjawab jawatankuasa ini termasuklah:
- Merangka garis panduan penentuan nama geografi kebangsaan;
- Membangunkan Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan (PDNG);
- Menggalakkan penggunaan nama-nama rasmi; dan
- Menyelaraskan input mengenai aktiviti tatanama negara dengan aktiviti tatanama di peringkat antarabangsa, termasuklah menjadi penghubung dengan Kumpulan Pakar bagi Nama Geografi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Group of Expert on Geographical Names - UNGEGN), terutamanya di peringkat serantau.
nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

KEDUDUKAN GEOGRAFI Empty Re: KEDUDUKAN GEOGRAFI

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 11:46 am

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Kedudukan geografi Malaysia yang terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik bukan bermakna negara tidak akan menerima kesan gempa bumi.

Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, sebelum ini ada beberapa kes negara yang tidak berada di dalam lingkaran berkenaan menerima kesan gempa bumi.

Jelasnya, kesan gempa bumi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti tsunami atau gegaran muka bumi.

“Contohnya semasa tsunami pada 2004, negara yang berada di sekitar Lautan Hindi menerima kesan tersebut yang meragut ribuan nyawa termasuk di Malaysia,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian gempa bumi yang melanda Haiti Rabu lepas berukuran tujuh pada skala Richter yang meragut ribuan nyawa.

Jelas Ku Halim, gempa bumi yang berlaku di Sumatera tahun lepas dan dirasai di beberapa lokasi di Malaysia merupakan contoh yang menunjukkan negara turut menerima kesan gegaran gempa bumi.

Bagaimanapun katanya, gegaran yang dirasai bergantung kepada kekuatan gempa bumi dan bukan semua gegaran menjadi ancaman.

image Menurutnya, perkara itu perlu diambil serius dan kerajaan seharusnya mempelajari daripada negara-negara yang pernah mengalami gempa bumi tentang cara menghadapinya.

“Di Jepun rakyatnya boleh menerima isyarat gempa bumi melalui telefon bimbit, malah sudah terlatih untuk menghadapinya,’’ tambahnya lagi.

Sementara itu Pensyarah Jabatan Geologi Universiti Malaya (UM), Dr. Che Noorliza Lat berkata, Malaysia pernah mencatatkan beberapa kesan gegaran gempa bumi walaupun tidak begitu kuat.

“Dari segi geografi, Malaysia memang tidak berada di dalam kawasan aktif aktiviti sebegini, tetapi kesannya tidak dapat dielakkan,’’ katanya.

Jelasnya, kawasan Pantai Barat Semenanjung yang berhampiran dengan Sumatera pernah menerima kesan gegarannya tahun lepas yang berukuran 7.9 pada skala Richter.

“Oleh itu struktur bangunan yang ingin dibina harus menitikberatkan soal ini,’’ ujarnya.

Beliau memberitahu, beberapa institusi pengajian tinggi tempatan sudah mula melakukan kajian berhubung gempa bumi dan kesan gegarannya.
nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

KEDUDUKAN GEOGRAFI Empty Re: KEDUDUKAN GEOGRAFI

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 11:48 am

AKTIVITI-AKTIVITI STANDARDISASI MAKLUMAT GEOGRAFI

Pada masa ini, aktiviti-aktiviti standardisasi dalam bidang maklumat geografi di Malaysia yang dijalankan adalah seperti berikut:
 Standardisasi Nama dan Kod Sempadan Pentadbiran Tanah – Unique Parcel Identifier (UPI);
 Pelaksanaan Pemakaian Malaysian Standard for Geographic Information/Geomatics – Feature and Atribute Codes (MS1759);
 Standardisasi dan Pelaksanaan Pemakaian Malaysian Metadata Standard (MMS);
 Penyediaan Garis Panduan Penilaian Kualiti Data Geospatial (DQ);
 Standardisasi Spesifikasi Alamat;
 Spesifikasi Standard bagi Sistem Penomboran dan Tanda Jalan (RNS);
 Standardisasi Nama Geografi dalam Pangkalan Nama Geografi & Gazetir Kebangsaan (PDNG); dan
 Kajian ke atas dokumen-dokumen standard yang telah menjadi Standard Malaysia (MS).
nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

KEDUDUKAN GEOGRAFI Empty Re: KEDUDUKAN GEOGRAFI

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum