Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3

Forum Untuk STPM Pengajian Am
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
"... Diharapkan ruangan forum ini memberi manfaat kepada pelajar... Gunakan sebaik mungkin segala informasi dan maklumat....Semoga Kejayaan Milik Anda... Aminnn."

Share | 
 

 Kedudukan geografi Malaysia telah menyebabkan peselisihfahaman

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 26
Join date : 25/06/2012

PostSubject: Kedudukan geografi Malaysia telah menyebabkan peselisihfahaman   Fri Jul 26, 2013 7:48 am

Di pihak Thailand, sumber berkata, mereka masih belum mencapai persetujuan sama ada mahu kerajaan Malaysia menjadi orang tengah atau sekadar membantu pelaksanaannya saja. Kata sumber itu, Kementerian Luar Thailand amat menentang cadangan memberikan Kuala Lumpur peranan sebagai orang tengah.

“Jika diberi peranan pun, Kementerian Luar mahu Kuala Lumpur diberi tugas paling minimum,” katanya. Disebabkan kedudukan geografi yang hampir dengan wilayah bermasalah itu, sebahagian pegawai Thailand melihat Malaysia sebagai pihak yang jujur.

Tak selesa pihak luar Pada masa sama, Thailand tidak pernah selesa dengan peranan pihak luar sebagai orang tengah atau pemudah cara bagi mencari penyelesaian kepada pemberontakan di selatan negara itu. Keganasan di wilayah itu sangat membimbangkan Malaysia kerana ada kemungkinan pemberontakan itu boleh menarik sesetengah warganya ke dalam konflik yang dianggap Bangkok sebagai hal ehwal domestiknya. Ketika menjelaskan konflik itu, diplomat Thailand sering merujuknya sebagai ‘kekacauan’ dan bukannya ‘konflik’ bagi mengelak sebarang pertanyaan tidak diingini daripada komuniti antarabangsa. Ada banyak isu yang cuba dielak Bangkok daripada diperkatakan, seperti pengabaian aspek kebudayaan di kalangan anggota keselamatan serta amalan pembunuhan terpilih oleh skuad penembak prokerajaan. Tanpa perlu diperjelaskan, pengabaian budaya adalah faktor yang melemahkan usaha kerajaan dalam rundingan rahsia dengan pergerakan pemisah. Agensi utama yang membuka jalan kepada rundingan itu ialah Majlis Keselamatan Kebangsaan, tetapi tentera pula turut menubuhkan pasukan sendiri untuk tujuan sama.

Kurang persepaduan Kurangnya persepaduan di kalangan pihak yang terbabit di Thailand menyukarkan usaha menuju keamanan.


Sehingga pihak yang berkepentingan itu boleh bersetuju dalam kedudukan bersama serta pengagihan tugas, usaha mencari keamanan hampir mustahil berlaku. Selain meminta Malaysia mengambil peranan lebih aktif, persetujuan politik dicadangkan - yang sehingga kini masih dirundingkan - sepatutnya menunjukkan kerajaan Yingluck benar-benar serius untuk mencapai keamanan di selatan Thailand.

Pakar keselamatan di Universiti Chulalongkorn Prof Panitan Wattanayagon berkata, usaha Bangkok memulakan proses keamanan rumit kerana tiada pihak tertinggi yang menyelia konflik berkenaan. “Penyelia itu perlu bagi bertindak sebagai perantara di antara kerajaan dan tentera,” katanya.


Back to top Go down
 
Kedudukan geografi Malaysia telah menyebabkan peselisihfahaman
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pengajian Am STPM P1 P2 P3  :: PENGAJIAN AM MODULAR :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3-
Jump to: