Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3

Forum Untuk STPM Pengajian Am
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
"... Diharapkan ruangan forum ini memberi manfaat kepada pelajar... Gunakan sebaik mungkin segala informasi dan maklumat....Semoga Kejayaan Milik Anda... Aminnn."

Share | 
 

 ESEI: HAB HALAL DUNIA

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Neesa Moiyy
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 9
Join date : 25/06/2012
Age : 22
Location : Texas, Paris

PostSubject: ESEI: HAB HALAL DUNIA   Wed Jul 17, 2013 9:19 am

SOALAN :

Selaras dengan matlamat Malaysia untuk menjadi hab halal dunia, industri ini menjanjikan pulangan yang lumayan kepada negara. Maka, segala potensi yang ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam mencapai hasrat tersebut. Bincangkan.



KEHENDAK SOALAN : KELEBIHAN + POTENSI

1. Menjana ekonomi negara

- kemasukan pelabur asing membantu dalam merancakkan sumber ekonomi kepada negara.

- kuasa beli pengguna tempatan yang tinggi menggalakkan keuntungan kepada industri halal.

- Cth : Di Malaysia, perolehan kasar melebihi RM 5 bilion untuk industri halal.

2. Membuka lebih banyak peluang pekerjaan

- pertumbuhan pusat perniagaan berasaskan halal – menawarkan pekerjaan kepada masyarakat – bidang industri makanan dan restoran.

- keperluan yang tinggi dalam aktiviti penyelidikan berkaitan halal – memberi peluang pekerjaan kepada graduan.

- Cth : JAKIM memerlukan lebih ramai penyelidik dan pegawai – menetapkan piawaian status halal.

POTENSI

3. Pasaran yang luas

- bilangan pengguna tempatan beragama Islam yang ramai meliputi 80% penduduk.

Cth : Bilangan golongan Muslim di Malaysia yang mencecah seramai 15 juta orang.

- permintaan tinggi dalam kalangan penganut Islam di luar negara.

4. Kemudahan infrastruktur lengkap

- kemudahan pengangkutan yang cekap daripada segenap aspek – memudahkan kegiatan eksport dan import.

Cth : Pelabuhan Tanjung Manis, Sarawak – pelabuhan hab halal dunia.

- keupayaan jaringan jalur lebar internet yang meluas – memudahkan sesuatu industri diperluaskan ke seluruh dunia.

5. Sokongan aktif kerajaan

- menawarkan pengecualian cukai kepada industri pada peringkat awal.

- menganjurkan pelbagai pameran peringkat kebangsaan – galakkan memperkenalkan produk halal.

- Cth : Ekspo Halfest (Halal Festival )yang diadakan setiap tahun di Kuala Lumpur.

6. Kesedaran tinggi masyarakat

- kesedaran pengguna untuk mendapatkan makanan yang bersih dan suci.

- kadar penyakit berjangkit bagi haiwan ternakan import – pengguna menukar alternatif kepada daging sembelihan

-Cth : Penyakit lembu gila di Amerika Syarikat – komuniti mengubah pemakanan kepada makanan halal.
Back to top Go down
 
ESEI: HAB HALAL DUNIA
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pengajian Am STPM P1 P2 P3  :: PENGAJIAN AM MODULAR :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3-
Jump to: