Search
Latest topics
Most active topics
Latihan Karangan
+13
masfathiah
nur shaherra johar
nuha amirah
afiqzainuddin
asma zhafri
husna150497
ijattsalleh
ANIANI
sitinurulhidayah
sakinahibrahim
fazlina
sopiatul_hasanah
cg sue
17 posters
Pengajian Am STPM P1 P2 P3 :: PENGAJIAN AM STPM :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3 :: BAHAGIAN C (Karangan) :: LATIHAN KARANGAN PELAJAR
Page 1 of 1
Jenis ancaman militan
Antara jenis ancaman militan ialah seperti peristiwa pencerobohan oleh pengganas Sulu dari kalangan Royal Sulu Forces (RSF) yang telah mengejutkan rakyat Malaysia daripada buaian mimpi empuk yang dinikmati semenjak hujung tahun 1990, apabila elemen terakhir daripada Parti Komunis Kalimantan Utara (PARAKU) meletakkan senjata mereka . Akibat daripada buaian mimpi empuk ini, ramai rakyat Malaysia sebelum kejadian pencerobohan di Lahad Datu ini langsung tidak mengambil peduli akan isu-isu pertahanan negara. Biarpun negara dikejutkan dengan kejadian mencuri senjata oleh kumpulan militan al Maunah pada tahun 2000 dan penculikan di pusat peranginan di Pulau Sipadan dan Ligitan pada tahun 2001, elemen ancaman daripada kedua-dua kumpulan tersebut dilihat dapat ditangani.
Selain itu, ancaman paling digeruni ramai iaitu ancaman daripada Islamic States (IS). Golongan ini berkembang secara pesat selepas jurucakap IS, Abu Mohammad al-Adnani mengeluarkan kenyataan pada September tahun lepas. Beliau mengatakan sesiapa yang bersimpati kepada IS tidak perlu datang ke Syria tetapi boleh lancarkan serangan di negara masing-masing. Oleh itu, berlakulah keganasan seperti di New York, Amerika Syarikat (AS) apabila seorang lone wolf (serigala tunggal) menyerang polis dengan kapak. Di Quebec, Kanada pula mereka melanggar tentera manakala di Brussels, Belgium, empat orang Yahudi ditembak mati. Trend lone wolf yang mengambil tindakan sendiri ini sudah ada di Malaysia. Kumpulan yang ditangkap ini merancang buat serangan sebagai menyahut seruan pemimpin IS.
Melihatkan ancaman yang semakin meluas dan membahayakan keselamatan ini, beberapa langkah untuk mengatasi perkara ini perlulah dilakukan dengan segera. Antara langkah yang perlu diambil bagi mengatasi perkara ini ialah memperkukuhkan lagi penguatkuasaan dalam negara. Sebagai contohnya, undang-undang Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). SOSMA ini undang-undang prosedur dimana proses mengumpul bukti dan sebagainya dilakukan. Sekiranya perkara ini berhasil, ianya akan diteruskan dan diberi hukuman atas akta tersebut. Secara tidak langsung, sedikit sebanyak telah mengurangkan kadar jenayah ancaman militan terhadapa keselamatan rakyat.
Seterusnya, sekiranya bukti tidak mencukupi, akan tdiukar kepada Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013. Setakat ini, ada lapan orang dipercayai terlibat IS ditahan di bawah POCA, sama ada kena perintah sekatan dan tahanan. Mereka yang dipercayai sebagai ancaman militan akan ditangkap dan diberikan hukuman mengikut akta tersebut. Hal ini berupaya memberi sedikit tekanan dan gertakan terhadapa golongan ancaman militan ini agar tidak mengganggu keselamatn rakyat Malaysia.
Akhir sekali ialah dengan menguatkuasakan Prevention of Terrorism Act (POTA). Kalau POTA dikuatkuasakan, kita akan menggunakan POTA yang ada peruntukan untuk kita laksanakan program pemulihan. Dalam konteks keganasan, aspek pemulihan ini penting untuk memulihkan ideologi mereka supaya mereka boleh kembali kepada masyarakat arus perdana apabila keluar nanti. Mungkin kita tidak boleh buang ideologi mereka tetapi kita boleh membentuk mereka supaya tidak terlibat dalam aktiviti militan, sebab ideologi sesuatu benda yang susah hendak dibuang. Setidak-tidaknya, perkara ini mampu mengurangkan kadar jumlah militan kerana tiada lagi pertambahan jumlah militan.
Secara keseluruhannya, ancaman militan sememangnya tidak dinafikan lagi kesukaran untuk mengatasinya. Namun, dengan mengenali sedikit sebanyak tentang militan mampu membantu rakyat tempatan untuk mengelak atau mengatasi perkara tersebut. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama dalam membanteras ancaman militan yang juga mampu membahayakan nyawa semua pihak.

nuha amirah- Posts : 7
Join date : 03/08/2015
Age : 26
jenis ancaman militan
Jenis ancaman luaran merupakan salah satu ancaman militan.Hal ini demikian kerana, kemasukan kuasa luar yang sering berlaku di negara ini. sebagai contohnya, ancaman daripada penyimpang agama seperti militan Islamic State, militan ini merupakan militan yang menggunakan ideologi yang disalah tafsirkan oleh pemimpin militan tersebut kononnya perjuangan mereka merupakan perjuangan yang menegakkan agama yang mereka anuti. Oleh itu,ancaman-ancaman seperti ini boleh mengakibatkan ekonomi, keamanan dan kedaulatan negara jatuh dan negara akan kucar kacir.
asykinrahim- Posts : 2
Join date : 24/06/2016
Similar topics
» Latihan Karangan
» Latihan Karangan : Bahagian C
» LATIHAN KARANGAN : PELABURAN ASING
» LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA
» Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa
» Latihan Karangan : Bahagian C
» LATIHAN KARANGAN : PELABURAN ASING
» LATIHAN KARANGAN : ANCAMAN MARITIM MALAYSIA
» Latihan : Penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa
Pengajian Am STPM P1 P2 P3 :: PENGAJIAN AM STPM :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3 :: BAHAGIAN C (Karangan) :: LATIHAN KARANGAN PELAJAR
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|
Fri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien
» LATIHAN PKP 4
Wed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue
» LATIHAN PKP 4
Tue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs
» LATIHAN AZZALIA
Sat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue
» LATIHAN NAZRI
Sat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue
» LATIHAN ALLIYA
Sat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue
» LATIHAN IZLYN
Sat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue
» LATIHAN FAHIMI
Sat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue
» LATIHAN ASYRAF
Sat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue