Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3

Forum Untuk STPM Pengajian Am
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
"... Diharapkan ruangan forum ini memberi manfaat kepada pelajar... Gunakan sebaik mungkin segala informasi dan maklumat....Semoga Kejayaan Milik Anda... Aminnn."

Share | 
 

 [b]MALAYSIA KEKAL SEBAGAI RAKAN DAGANG UTAMA CHINA DALAM KALANGAN NEGARA ASEAN

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 22
Location : SmK AgamA SibU

PostSubject: [b]MALAYSIA KEKAL SEBAGAI RAKAN DAGANG UTAMA CHINA DALAM KALANGAN NEGARA ASEAN   Wed Jul 31, 2013 11:52 am


BEIJING, 23 Mei (Bernama) -- Malaysia terus menjadi rakan dagang terunggul
China dalam Asean, dengan peningkatan perdagangan dua hala sebanyak 23.9 peratus
tahun ke tahun antara kedua-dua negara kepada US$33.88 bilion (RM102.21 bilion)
dalam suku pertama tahun ini.
Eksport Malaysia ke China dari Januari hingga April tahun ini bertambah 7.3
peratus, manakala import dari China bertambah 55.8 peratus berbanding tahun
lepas, kata Naib Ketua Setiausaha Eksekutif Majlis Perniagaan China-Asean, Xu
Ningning.
Perdagangan dua hala China-Asean berjumlah US$138.97 bilion (RM419.26
bilion) dalam empat bulan pertama tahun ini, meningkat 18.1 peratus tahun ke
tahun, kata Xu pada satu sidang akhbar di sini hari ini.
"Eksport China ke rantau Asean meningkat 30.6 peratus tahun ke tahun,
manakala import dari negara-negara Asean bertambah 6.5 peratus berbanding tahun
lepas," katanya.
Sebelum itu, Xu berkata sebanyak 60 syarikat China dan 45 syarikat Asean
berada dalam senarai pertama Jenama Terkenal Dicadangkan Dwihala China-Asean.
Senarai China terdiri daripada makanan, ubat-ubatan dan produk kesihatan,
peralatan, bahan binaan dan simen, manakala senarai Asean termasuk barang kemas,
bir, kopi, peralatan menangkap ikan, kondimen, logistik dan perkhidmatan
perbankan.
Senarai ini bertujuan meningkatkan pembangunan perusahaan antara China dan
negara-negara Asean dengan tumpuan kepada pertumbuhan perdagangan dua hala yang
subur.
"Ia juga bertujuan memperkukuh kerjasama dalam pembinaan jenama,
meningkatkan produktiviti dalam rantau ini, dan meningkatkan keberdayasaingannya
di peringkat global," tegas Xu.
Senarai berikutnya akan diumumkan dalam suku akan datang, katanya.
Menteri Kaunselor (Ekonomi) di Kedutaaan Malaysia di China, Ong Chong
Yi, memberitahu Bernama bahawa Malaysia akan mencadangkan perabot nilai tinggi,
barang kemas, getah dan produk makanan untuk dimasukkan ke dalam senarai itu.
"Kami akan mencadangkan produk dari bidang-bidang kerjasama ekonomi yang
berpotensi," katanya.
Pada masa ini, tiga syarikat Malaysia yang mengeluarkan produk elektrik,
sistem palang bas dan makan kesihatan, penjagaan peribadi dan hiasan rumah,
berada dalam senarai itu.

[/b]
Back to top Go down
 
[b]MALAYSIA KEKAL SEBAGAI RAKAN DAGANG UTAMA CHINA DALAM KALANGAN NEGARA ASEAN
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pengajian Am STPM P1 P2 P3  :: PENGAJIAN AM MODULAR :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3-
Jump to: