Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
Kerjasama dengan negara jiran untuk tangani pemerdagangan orang I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
Kerjasama dengan negara jiran untuk tangani pemerdagangan orang I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
Kerjasama dengan negara jiran untuk tangani pemerdagangan orang I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
Kerjasama dengan negara jiran untuk tangani pemerdagangan orang I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
Kerjasama dengan negara jiran untuk tangani pemerdagangan orang I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
Kerjasama dengan negara jiran untuk tangani pemerdagangan orang I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
Kerjasama dengan negara jiran untuk tangani pemerdagangan orang I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
Kerjasama dengan negara jiran untuk tangani pemerdagangan orang I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
Kerjasama dengan negara jiran untuk tangani pemerdagangan orang I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Kerjasama dengan negara jiran untuk tangani pemerdagangan orang

2 posters

Go down

Kerjasama dengan negara jiran untuk tangani pemerdagangan orang Empty Kerjasama dengan negara jiran untuk tangani pemerdagangan orang

Post by cg sue Fri Jul 26, 2013 9:25 am

KUALA LUMPUR - Malaysia percaya kerjasama dan koordinasi dengan negara jiran amat penting dalam menangani pemerdagangan dan penyeludupan manusia.

Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Datuk Hussein Haniff berkata, perkara itu dipelajari Malaysia selepas menghadapi pelbagai cabaran termasuk menjadi negara destinasi, transit malah sebagai negara sumber.

"Kedudukan itu membolehkan kami melihat situasi secara menyeluruh yang turut membawa kelebihan kerana kami dapat melihat betapa besarnya cabaran di hadapan kami,” katanya pada mesyuarat peringkat tinggi Perhimpunan Agung PBB, mengenai penilaian pelan tindakan global menangani perdagangan manusia, pada Selasa.

Hussein berkata, Malaysia mengalu-alukan pelancaran 'Global Report on Trafficking in Persons 2012' (Laporan Global mengenai Pemerdagangan Manusia 2012) yang telah disediakan secara komprehensif dan data yang boleh dipercayai mengenai pesalah, mangsa dan aliran perdagangan di seluruh rantau.

"Delegasi saya memandang serius hakikat 60 peratus mangsa adalah wanita dan 27 peratus kanak-kanak diperdagangkan di seluruh dunia,” katanya.
Beliau berkata Malaysia bekerjasama rapat dengan negara anggota Asean untuk menangani isu itu, terutama pemerdagangan dari Asia Timur yang kekal paling ketara, seperti didedahkan oleh laporan berkenaan.

Mengenai usaha mengekang masalah itu, Hussein menjelaskan Malaysia menguatkuasakan Akta Antipemerdagangan Orang pada 2007 yang dipinda pada 2010 kepada Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

Di bawah akta itu, Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran diwujudkan dan bertanggungjawab menggubal polisi serta pelaksanaan Pelan Tindakan Kebangsaan 2010 bagi menangani pemerdagangan manusia dan penyeludupan orang.

“Seperti seluruh komuniti antarabangsa, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya jenayah keji pemerdagangan manusia. Kami amat komited dan sedang mengambil pelbagai langkah mengikut kemapuan kami untuk menangani dan seterusnya membasmi masalah itu,” katanya.

Beliau juga berkata masyarakat antarabangsa harus berhati-hati dalam menangani isu itu agar perhatian tidak teralih daripada punca sebenar masalah iaitu kemiskinan, kemunduran dan marginalisasi. - Bernama
cg sue
cg sue
Admin
Admin

Posts : 1638
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com

Back to top Go down

Kerjasama dengan negara jiran untuk tangani pemerdagangan orang Empty Pemerdagangan Manusia : Kesan Dan Langkah Mengatasi

Post by AzeL Sun Jul 28, 2013 12:20 pm


Salah satu kesan aktiviti pemerdagangan manusia adalah mencemarkan imej negara di mata dunia. Pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan masalah tersebut.

Aktiviti pemerdagangan manusia bermaksud segala bentuk eksploitasi sama ada untuk tujuan seks, kerja paksa, perhambaan bahkan turut melibatkan pemindahan organ manusia. Aktiviti ini mendatangkan pelbagai kesan negatif dan pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan aktiviti ini.

Kesan
1. Mencemarkan imej negara di mata dunia
Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu permerdagangan manusia mencemarkan imej negara di mata dunia.
Menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang.
Negara dianggaap sebagai sarang jenayah.

2. Mengancam keselamatan dan keamanan negara
Jenayah yang semakin berleluasa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran , pusat hiburan dan rumah urut dan sebagainya.
Sindiket atau mereka yang terlibat juga melakukan aktiviti jenayah lain untuk mengumpulkan kekayaan.

3. Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara
Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara.
Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat

4. Peningkatan masalah sosial
Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat
seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya.
Penularan penyakit berjangkit
Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat

Langkah-langkah
1. Penguatkuasaan undang-undang
Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000
Akta Antipermerdagangan Orang 2007

2. Memperketat kemasukan pelancong asing serta mengawal pintu masuk sempadan dengan lebih teliti
Kawalan kemasukan pelancong asing . Menutup peluang penyeludupan manusia berlaku
Kawalan menggunakan Akta Imigresen untuk mengesan kemasukan secara haram.

3. Koordinasi antara kementerian
Penguatkuasaan yang bersepadu antara kementerian dapat membantu mengurangkan aktiviti ini. Contohnya koordinasi antara Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam Negeri bagi membersihkan imej Negara.

Aktiviti ini perlu dibanteras untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan negara.
AzeL
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 29
Location : SmK AgamA SibU

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum