Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3

Forum Untuk STPM Pengajian Am
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
"... Diharapkan ruangan forum ini memberi manfaat kepada pelajar... Gunakan sebaik mungkin segala informasi dan maklumat....Semoga Kejayaan Milik Anda... Aminnn."

Share | 
 

 Usaha Malaysia memajukan bidang inovasi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Pororo



Posts : 20
Join date : 20/06/2013
Age : 22

PostSubject: Usaha Malaysia memajukan bidang inovasi   Fri Jul 26, 2013 7:59 am

1.1 Langkah Dasar: Menggubal Dasar Perolehan Kerajaan dan GLC yang Menyokong
Produk dan Perkhidmatan Tempatan yang Inovatif:
RMK-10 sedar mengenai keperluan membangunkan dasar perolehan berdasarkan amalan terbaik
awam-swasta untuk menyokong inovasi dalam sektor-sektor di mana Malaysia mempunyai
kelebihan kompetitif. Oleh kerana itu, MPEN mengesyorkan supaya amalan perolehan Kerajaan
dan GLC yang berprasangka negatif terhadap idea yang dibangunkan dan berdaftar dalam
negara. Usahawan tempatan yang menawarkan produk dan perkhidmatan inovatif seringkali
menghadapi kesukaran untuk mengkomersialisasikan idea-idea mereka. Mereka tidak memiliki
rekod prestasi untuk menyokong keberkesanan penciptaan mereka, di samping menghadapi
kesukaran mengakses pembiayaan untuk ujian dan pemasaran produk mereka. Pengalaman
antarabangsa menunjukkan bahawa usahawan yang berdaya saing lebih cepat mendapatkan
akses kepada minat dan jualan sekiranya Kerajaan menyediakan saluran jualan awal untuk
produk mereka. Dasar khusus untuk memberi insentif kepada GLC dan sektor swasta untuk
membeli produk-produk dan perkhidmatan inovatif tempatan juga akan membolehkan pengusaha
yang inovatif untuk membina kepercayaan pasaran dan membaiki lagi idea mereka dari maklum
balas pembeli tempatan.
Satu lagi mekanisma berkaitan yang harus dilaksanakan adalah perolehan “Forward Commitment”
(FCP) yang telah terbukti berkesan dalam mendorong inovasi (Kotak 3.1). FCP membolehkan
usahawan inovatif untuk lebih memahami keperluan pelanggan. Ini juga memberi jaminan kepada
usahawan bahawa terdapat permintaan awal untuk produk mereka, dan ini membantu untuk
mendapatkan modal kerja bagi pembangunan produk atau perkhidmatan yang lebih lanjut.

Kotak 3.1 – ‘Forward Procurement’
Dibangunkan oleh Pasukan Penasihat Kerajaan UK bagi Persekitaran Inovasi (EIAG) Kerajaan
Inggeris, FCP pada awalnya digunakan untuk membekalkan produk dan perkhidmatan persekitaran
yang inovatif dan kos efektif kepada sektor awam, di samping membantu memupuk keadaan
pasaran di mana barangan dan perkhidmatan tersebut dapat berkembang.
Mekanisma FCP melibatkan penyediaan makluman lanjut mengenai keperluan masa depan,
dari segi hasil kepada pasaran dan penglibatan awal dengan bakal pembekal. Kerajaan
biasanya menanda perjanjian untuk membeli produk atau perkhidmatan yang belum lagi
ditawarkan, pada tarikh tertentu, di atas dasar bahawa produk atau perkhidmatan tersebut
dapat disampaikan mengikut tahap prestasi dan kos yang disetujui.

1.2 Langkah Dasar: Memupuk Kerjasama P&P yang Lebih Baik dan Rapat di antara
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Sektor Swasta:
Kerjasama produktif antara IPT dan sektor swasta akan memudahkan pengaliran pengetahuan dan
menggalakkan pembangunan rangkaian bagi penciptaan, edaran, dan penyebaran pengetahuan.
Tindakan akan merangkumi:
-Mengkaji semula dan mengubah dasar kerjasama IPT dengan sektor swasta dan menyokong
kerjasama di peringkat nasional dan antarabangsa. RMK-10 (Bab 3, halaman 80-81)
menggariskan beberapa inisiatif, tetapi perkara ini harus ditangani secara holistik dan
sistematik dengan tujuan menginstitusikan kerjasama tersebut untuk mengelakkan usahausaha
yang tidak dirancang dan terhad. KPI yang ditetapkan untuk IPT harus merangkumi
usaha kerjasama di samping KPI tradisional yang tertumpu kepada jumlah penerbitan
P&P. Pada masa yang sama, tekanan ke atas para penyelidik untuk menjalankan kerja
bebas harus dikurangkan sebaliknya melebihkan kerjasama dengan pihak lain.
-Menggunakan Majlis Profesor Negara secara formal sebagai hab rangkaian rasmi untuk
meningkatkan kerjasama antara institusi pelajaran tinggi, dan juga sebagai kaedah
penyebaran pengalaman kerjasama dengan sektor swasta.
-Mencari, melalui kolaborasi yang ditingkatkan, keseimbangan dinamik antara sumber
kewangan awam dan swasta yang ditujukan untuk P&P. Kerajaan harus memperkenalkan
kriteria untuk anugerah pembiayaan yang menggalakkan kerjasama antara IPT dan
industri.
-Mewujudkan program yang menggalakkan mobiliti kakitangan P&P antara IPT serta institusiinstitusi
penyelidikan awam dan swasta.
-Mengemaskinikan dasar kakitangan untuk membolehkan penyelidik IPT untuk tidak hanya
bekerjasama dengan industri, tetapi juga untuk menyertai, dengan perlindungan yang
setujui bersama, dalam perniagaan berkaitan dengan usaha mengkomersilkan kolaborasi
P&P mereka.
-Membolehkan usahawan teknologi swasta mengakses IPT atau pusat P&P awam melalui
pengurangan atau penghapusan halangan birokratik.

1.3 Langkah Dasar: Mengubah HiCoE (Pusat-pusat Kecemerlangan Diiktiraf oleh
Kementerian Pengajian Tinggi) yang Sedia Ada kepada Rangkaian Kecemerlangan
Sepenuh Masa:
Kerajaan harus memastikan bahawa penyelidikan asas dan berorientasikan misi disokong dalam
bidang yang boleh mendapat keunggulan dan bilangan kritikal (critical mass). Usaha ini perlu
juga menggunakan pembiayaan yang bersaing secara lebih berkesan untuk mengukuhkan
penyelidikan awam mengikut keutamaan yang jelas termasuk penyelarasan dengan keutamaan
MBE. Untuk tujuan ini, Kerajaan hendaklah:
-Melantik satu badan penilaian bebas untuk melaksanakan penarafan HiCoE dan pusat
penyelidikan lain secara berkala (contohnya setiap dua tahun).
-Menggunakan penilaian daripada eksesais penarafan untuk lebih memahami bagaimana
sumber P&P digunakan, dan untuk menguruskan pembiayaan yang terhad dengan lebih
baik. Keutamaan-keutamaan yang muncul kemudiannya boleh dipertimbangkan dengan
mengubah peruntukan pembiayaan masa depan mengikut bidang penyelidikan dan pusat
penyelidikan.
-Mengambil pemahaman yang jelas daripada penilaian tentang bidang penyelidikan dan
inovasi di mana Malaysia mempunyai kelebihan kompetitif. Oleh kerana tidak banyak negara
mampu mencapai keunggulan di dalam setiap bidang, pemahaman ini akan membimbing
masyarakat penyelidikan dan Kerajaan dalam usaha mempertimbangkan pembiayaan.
-Tentukan kekuatan relatif setiap pusat penyelidikan berdasarkan kriteria kedudukan
yang diseragamkan. Kerajaan akan lebih mampu menentukan keperluan khusus setiap
COE berdasarkan kedudukannya, termasuklah peruntukan pembiayaan dalam kawasan
penyelidikan yang strategik atau prioriti.
-Menggunakan keputusan penilaian untuk pengurusan modal insan yang lebih baik dalam
komuniti penyelidikan. Penilaian ini akan mengenal pasti jurang dalam kepakaran dan
memudahkan proses pertimbangan kenaikan pangkat dan pelapis.
-Mengalakkan penggunaan proses penilaian sebagai mekanisme kawalan dalaman dan
pematuhan tadbir urus di pusat penyelidikan, dari segi kegiatan yang dibiayai melalui
dana awam. Ia akan menguatkuasakan sistem pengawalan dalaman untuk aktiviti
penyelidikan.

1.4 Langkah Dasar: Mendapatkan Lebih Nilai daripada Pembangunan dan Pengurusan
Harta Intelek (IP):
Kerajaan dan sektor swasta mesti mengubah pendekatan daripada tumpuan pada “perlindungan
dari IP” kepada tumpuan pada “eksploitasi muafakat IP”. Memupuk persekitaran seperti ini
memerlukan:
-Mengkaji semula operasi MyIPO dibandingkan dengan piawaian antarabangsa dan
menyediakan sokongan untuk MyIPO supaya bukan sahaja memenuhi malah melebihi
piawaian antarabangsa yang bersesuaian demi penilaian dan perlindungan IP.
-Membiayai dan memperluaskan MyIPO untuk mewujudkan “IP Malaysia” dengan sokongan
InovasiMalaysia yang ditubuhkan di bawah RMK-10. Fungsi utama “IP Malaysia” akan
merangkumi:
-Menyediakan penilaian dan pensijilan IP berkualiti (“IP pintar”) dengan tujuan
mengurangkan jumlah IP remeh atau menganggu. Menghentikan amalan penilaian
pra-paten yang bersikap lembut.
-Menggalakkan penggabongan IP untuk meningkatkan nilai pasaran atau teknikal.
-Menyita IP yang dibiayai secara awam tetapi tidak digunakan untuk manfaat yang
lebih luas, selepas 5 tahun IP tersebut tidak digunakan
-bertindak sebagai gedung penjelasan untuk IP yatim - misalnya melalui lelong.
-Mewujudkan pertubuhan/persatuan profesional dengan fungsi kawalselia sendiri untuk
meningkatkan taraf IP sebelum dibawa untuk pendaftaran paten.
-Mengurangkan penekanan kepada KPI universiti yang ditetapkan berdasarkan jumlah paten
IP sahaja. Tumpuan haruslah diberikan kepada kualiti IP, bukan kuantitinya.

1.5 Langkah Dasar: Konsolidasi dan Penggabungan Perusahaan Nasional untuk
Mewujudkan Skala:
Konsolidasi dan penggabungan perusahaan nasional dan PKS akan memberi mereka skala untuk
menyertai dan bersaing di pasaran global di samping membina juara dan jenama nasional (seperti
yang dilakukan di sektor kewangan Malaysia dengan hasil yang amat memberangsangkan).
Sehubungan ini, GLC harus memulakan usaha khusus berintensif pengetahuan termasuk
pengembangan ke dalam pasaran baru. Sejumlah GLC sendiri mempunyai pusat-pusat P&P yang
secara umumnya telah terpinggir, terutamanya pusat-pusat yang beroperasi dalam persekitaran
pasaran terlindung. GLC yang terlibat dalam industri hiliran perladangan harus melabur dalam
P&P berskala besar untuk menyokong pengeluaran produk baru dengan kerjasama rakan kongsi
antarabangsa. KPI untuk GLC tidak sepatutnya menghalang pengambilan risiko atau usaha
merintis strategi pertumbuhan inovatif baru. Oleh itu, GLC seharusnya tidak hanya tertumpu
pada keuntungan jangka pendek. Tempoh KPI untuk GLC perlu dipanjangkan supaya GLC
juga akan tertumpu kepada pembangunan pasaran melalui produk dan proses baru.

1.6 LANGKAH DASAR TAMBAHAN DAN PERTIMBANGAN:
Langkah dasar tambahan berkaitan dengan inovasi yang dipertimbangkan dalam MBE dan
dimasukkan ke dalam RMK-10 dibincangkan secara singkat di bawah:
-MBE mengesyorkan proses yang jelas dan telus bagi menentukan keutamaan galakan inovasi
di dalam ekosistem inovasi. Kerajaan mesti meneruskan usaha menilai kesan daripada
dasar, program, insentif, dan pembiayaan dalam mencapai hasil yang dikehendaki dari
perubahan ekonomi melalui inovasi. Negara ini perlu mengeimbangkan antara kecenderungan
kepada pendekatan yang dipacu teknologi dengan pendekatan yang kurang berisiko iaitu
untuk inovasi yang dipacu pasaran.
Back to top Go down
 
Usaha Malaysia memajukan bidang inovasi
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pengajian Am STPM P1 P2 P3  :: PENGAJIAN AM MODULAR :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3-
Jump to: