Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
Sumbangan Malaysia kepada keamanan dunia I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
Sumbangan Malaysia kepada keamanan dunia I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
Sumbangan Malaysia kepada keamanan dunia I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
Sumbangan Malaysia kepada keamanan dunia I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
Sumbangan Malaysia kepada keamanan dunia I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
Sumbangan Malaysia kepada keamanan dunia I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
Sumbangan Malaysia kepada keamanan dunia I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
Sumbangan Malaysia kepada keamanan dunia I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
Sumbangan Malaysia kepada keamanan dunia I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Sumbangan Malaysia kepada keamanan dunia

Go down

Sumbangan Malaysia kepada keamanan dunia Empty Sumbangan Malaysia kepada keamanan dunia

Post by Atikah nyum2 Fri Jul 26, 2013 8:00 am

KEJAYAAN peranan antarabangsa Malaysia pada hari ini ialah usahanya dalam konteks penyelesaian konflik serantau dan antarabangsa semasa. Sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan dan keselamatan sejagat, Malaysia sangat perihatin terhadap pelbagai isu dan konflik yang boleh menjejaskan keamanan negara, serantau dan antarabangsa. Malaysia telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa strategi pengurusan konflik secara aman telah berjaya membantunya menghapuskan ancaman komunis dalam negara.

Di peringkat serantau, Malaysia telah bekerjasama dengan negara-negara yang berjiran dengannya serta menggunakan platform ASEAN bagi menguruskan pelbagai konflik yang berlaku di sekitar sempadannya. Selepas beberapa tahun, usaha diplomasi Malaysia ini telah terbukti berjaya.
Sebagai contoh, peranan Malaysia dalam mengurus dan menyelesaikan konflik di Pulau Mindanao, selatan Filipina telah mendapat pujian daripada banyak pihak, pemerhati antarabangsa serta PBB. Misi diplomasi Malaysia di Pulau Mindanao berakhir dengan termeterainya proses damai antara Bangsamoro dengan kerajaan Filipina.

Usaha dan peranan antarabangsa Malaysia khasnya dalam menyokong idea PBB bagi memastikan keamanan dan keselamatan dunia sejagat menerusi pendekatan penyelesaian konflik secara aman dan tindakan multilateralisme yang dijana menerusi platform PBB telah memperlihatkan tindakan dasar luar Malaysia sebagai bakal sebuah 'negara kuasa pertengahan'.

Ramai yang pasti bersetuju sekiranya semua konflik dan krisis antarabangsa dapat di selesaikan secara aman tanpa melibatkan kemusnahan dan pertumpahan darah. Tetapi persoalannya, apakah semua pihak yang sedang berkonflik termasuk pihak-pihak tertentu yang berkepentingan serta negara-negara kuasa besar dunia benar-benar bersetuju dengan pendekatan ini?
Dalam hal yang sebegini, bersikap positif dan berbaik sangka adalah sesuatu yang sangat dialu-alukan. Tetapi kalau disingkap sejarah silam politik antarabangsa, kita akan dapati keadaan sebaliknya sedang berlaku dan ia sangat mengecewakan.

Dalam isu lain pula, mengiktiraf usaha berterusan Malaysia sejak sekian lama dalam menyuarakan kebimbangan berhubung penindasan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin dan umat Islam lainnya, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Pendidikan Sultan Idris Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata dalam soal konflik di selatan Filipina, Malaysia merupakan negara jiran paling hampir berbanding dengan negara atau badan Islam yang lain.

Sebenarnya peranan Malaysia dalam membantu Bangsamoro sudah lama berlangsung sejak zaman bapa Perdana Menteri, Tun (Abdul) Razak (Hussein) lagi... memang kita memperjuangkan pasal Bangsamoro dan membantu mereka dalam pelbagai sudut dan sebagai contoh banyak warga Filipina yang menjadi warganegara Malaysia khususnya di Sabah.

Apa yang kita rasa telah kita capai untuk sesuatu yang cukup besar kerana kalau kita lihat, Filipina adalah sebuah negara yang besar dan kita (Malaysia) sebuah negara yang kecil tapi saiz itu tidak menjadi penghalang untuk kita membantu negara besar yang mempunyai konflik
Atikah nyum2
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 26
Join date : 25/06/2012

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum