Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
teknologi perubatan moden I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
teknologi perubatan moden I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
teknologi perubatan moden I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
teknologi perubatan moden I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
teknologi perubatan moden I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
teknologi perubatan moden I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
teknologi perubatan moden I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
teknologi perubatan moden I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
teknologi perubatan moden I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

teknologi perubatan moden

Go down

teknologi perubatan moden Empty teknologi perubatan moden

Post by nazrah rah Fri Jul 26, 2013 7:55 am


Walaupun teknologi perubatan moden berupaya meningkatkan taraf kesihatan manusia, namun penjagaan kesihatan diri sendiri juga tidak boleh diabaikan. Bincangkan.

(Rangka karangan)
Pengenalan
- Teknologi perubatan moden memang mampu meningkatkan taraf kesihatan manusia, namun penjagaan kesihatan diri sendiri juga tidak boleh diabaikan.

Idea 1 – teknologi peralatan
- Peralatan yang semakin lengkap mengurangkan risiko kegagalan.
- Pembedahan menggunakan kaedah lesar.
- Teknologi robotik pula digunakan dalam urologi dan kardiotorasik.

Idea 2 - teknologi mengesan penyakit
- Kaedah mengesan sesuatu penyakit lebih mudah dan berkesan.
- Penggunaan sinaran x, radiografi dan pengemejan molekul dapat mengesan jenis penyakit.
- Penyakit barah juga dapat dikesan lebih awal dan dirawat dengan baik.

Idea 3 – pemakanan yang seimbang
- Makan mengikut kaedah piramid pemakanan
- Banyakkan makanan sayur-sayuran dan mengurangkan makanan yang berlemak tinggi.
- Dapat mengawal kegemukan atau serangan penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan lemah jantung.

Idea 4 – Gaya hidup sihat
- Tidak merokok atau meminum arak
- Tidak mengambil makanan yang diketahui boleh menjejaskan kesihatan.
- Tidak melakukan aktiviti seks rambang yang menjadi punca penyakit berjangkit.

Kesimpulan – Kemampuan teknologi yang tinggi untuk menyokong kesihatan manusia lebih berkesan apabila manusia sendiri melakukan pencegahan awal untuk mengekalkan kesihatan.
nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

teknologi perubatan moden Empty Re: teknologi perubatan moden

Post by nazrah rah Fri Jul 26, 2013 7:55 am

eknologi perubatan moden memang mampu meningkatkan taraf kesihatan manusia, namun penjagaan kesihatan diri sendiri juga tidak boleh diabaikan.

Kemajuan teknologi perubatan terdapat pada kemajuan peralatan-peralatan perubatan. Peralatan perubatan yang dilengkapi komputer dan semakin lengkap dapat mengurangkan risiko kegagalan dalam kaedah rawatan. Hari ini para pakar perubatan telah melakukan pembedahan dengan menggunakan sinar laser yang berisiko kecil. Pembedahan ini juga melalui proses penyembuhan yang cepat. Teknologi robotik pula digunakan dalam urologi dan kardiotorasik.

Selain itu, kemajuan teknologi juga berjaya mengesan pelbagai jenis penyakit dalam badan dengan mudah. Penggunaan sinaran x.radiografi dan pengimejan molekul dapat mengesan pelbagai jenis penyakit. Jika suatu ketika, penyakit barah sukar dikesan, dengan alatan perubatan yang terkini, penyakit itu dapat dikesan pada peringkat awal lagi.

Walaupun terdapat teknologi yang tinggi dalam kaedah rawatan, seseorang tetap perlu melakukan penjagaan kesihatan sendiri. Setiap orang wajib menjaga pemakanannya supaya sentiasa seimbang. Makanan yang seimbang ialah yang mengikut susunan piramid makanan. Untuk mengekalkan kesihatan, seseorang digalakkan lebih banyak memakan buah-buahan atau sayur-sayurran. Di samping itu makanan yang berlemak tinggi hendaklah dikurangkan. Pemakanan yang seimbang dapat mengawal kegemukan dan mengelakkan dijangkiti penyakit diabetes, darah tinggi dan lemah jantung.

Seseorang juga wajib menjalani kehidupan yang sihat dan normal. Punca-punca penyakit hendaklah dihindari seperti tidak merokok dan meminum arak. Seseorang juga dilarang mengambil makanan yanag boleh menjejaskan kesihatan dirinya terutama yang berkabohidrat dan berkolesterol tinggi. Selain itu semua dilarang melakukan aktiviti seks rambang, yang jelas menjadi punca merebaknya penyakit berjangkit.

Kemampuan teknologi yang tinggi untuk menyokong kesihatan manusia lebih berkesan apabila manusia sendiri melakukan pencegahan penyakit lebih awal untuk mengekalkan kesihatan

nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum