Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
Kedudukan geografi Malaysia telah menyebabkan peselisihfahaman I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
Kedudukan geografi Malaysia telah menyebabkan peselisihfahaman I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
Kedudukan geografi Malaysia telah menyebabkan peselisihfahaman I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
Kedudukan geografi Malaysia telah menyebabkan peselisihfahaman I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
Kedudukan geografi Malaysia telah menyebabkan peselisihfahaman I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
Kedudukan geografi Malaysia telah menyebabkan peselisihfahaman I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
Kedudukan geografi Malaysia telah menyebabkan peselisihfahaman I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
Kedudukan geografi Malaysia telah menyebabkan peselisihfahaman I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
Kedudukan geografi Malaysia telah menyebabkan peselisihfahaman I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Kedudukan geografi Malaysia telah menyebabkan peselisihfahaman

Go down

Kedudukan geografi Malaysia telah menyebabkan peselisihfahaman Empty Kedudukan geografi Malaysia telah menyebabkan peselisihfahaman

Post by Atikah nyum2 Fri Jul 26, 2013 7:48 am

Di pihak Thailand, sumber berkata, mereka masih belum mencapai persetujuan sama ada mahu kerajaan Malaysia menjadi orang tengah atau sekadar membantu pelaksanaannya saja. Kata sumber itu, Kementerian Luar Thailand amat menentang cadangan memberikan Kuala Lumpur peranan sebagai orang tengah.

“Jika diberi peranan pun, Kementerian Luar mahu Kuala Lumpur diberi tugas paling minimum,” katanya. Disebabkan kedudukan geografi yang hampir dengan wilayah bermasalah itu, sebahagian pegawai Thailand melihat Malaysia sebagai pihak yang jujur.

Tak selesa pihak luar Pada masa sama, Thailand tidak pernah selesa dengan peranan pihak luar sebagai orang tengah atau pemudah cara bagi mencari penyelesaian kepada pemberontakan di selatan negara itu. Keganasan di wilayah itu sangat membimbangkan Malaysia kerana ada kemungkinan pemberontakan itu boleh menarik sesetengah warganya ke dalam konflik yang dianggap Bangkok sebagai hal ehwal domestiknya. Ketika menjelaskan konflik itu, diplomat Thailand sering merujuknya sebagai ‘kekacauan’ dan bukannya ‘konflik’ bagi mengelak sebarang pertanyaan tidak diingini daripada komuniti antarabangsa. Ada banyak isu yang cuba dielak Bangkok daripada diperkatakan, seperti pengabaian aspek kebudayaan di kalangan anggota keselamatan serta amalan pembunuhan terpilih oleh skuad penembak prokerajaan. Tanpa perlu diperjelaskan, pengabaian budaya adalah faktor yang melemahkan usaha kerajaan dalam rundingan rahsia dengan pergerakan pemisah. Agensi utama yang membuka jalan kepada rundingan itu ialah Majlis Keselamatan Kebangsaan, tetapi tentera pula turut menubuhkan pasukan sendiri untuk tujuan sama.

Kurang persepaduan Kurangnya persepaduan di kalangan pihak yang terbabit di Thailand menyukarkan usaha menuju keamanan.


Sehingga pihak yang berkepentingan itu boleh bersetuju dalam kedudukan bersama serta pengagihan tugas, usaha mencari keamanan hampir mustahil berlaku. Selain meminta Malaysia mengambil peranan lebih aktif, persetujuan politik dicadangkan - yang sehingga kini masih dirundingkan - sepatutnya menunjukkan kerajaan Yingluck benar-benar serius untuk mencapai keamanan di selatan Thailand.

Pakar keselamatan di Universiti Chulalongkorn Prof Panitan Wattanayagon berkata, usaha Bangkok memulakan proses keamanan rumit kerana tiada pihak tertinggi yang menyelia konflik berkenaan. “Penyelia itu perlu bagi bertindak sebagai perantara di antara kerajaan dan tentera,” katanya.


Atikah nyum2
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 26
Join date : 25/06/2012

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum