Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3

Forum Untuk STPM Pengajian Am
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
"... Diharapkan ruangan forum ini memberi manfaat kepada pelajar... Gunakan sebaik mungkin segala informasi dan maklumat....Semoga Kejayaan Milik Anda... Aminnn."

Share | 
 

 Penglibatan Malaysia dalam sektor pertanian

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Atikah nyum2
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 26
Join date : 25/06/2012

PostSubject: Penglibatan Malaysia dalam sektor pertanian   Wed Jul 24, 2013 12:58 pm

Pendahuluan: Sektor pertanian telah memainkan peranan yang besar pada awal tahun 1920 an menerusi industri getah yang menganggkat nama Malaysia sebagai pengeluar getah asli utama dunia sehingga tahun 1980 an. Ekonomi negera selepas merdeka dimonopoli oleh aktiviti pertanian dan perlombongan mencecah angka 46 peratus.

ISI 1: Sektor pertanian telah memainkan peranan penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi Malaysia. Hal ini demikian kerana, penubuhan Institusi Penyelidikan Getah pada tahun 1926 telah menggorak langkah menjadikan Malaysia sebagia pengeluar utama getah asli di dunia untuk beberapa abada sehinggalah akhir tahun 1980 an. Sebagai contoh, sumbangan terhadap keluaran Kasar Dalam Negeri (KDNK) telah meningkat kepada RM6.8 billion pada tahun 1995, berbanding RM36 billion pada tahun 1985 iaitu peningkatan sebanyak 5.6 peratus. Penubuhan institusi- institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi- agensi pembangunan wilayah telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri disamping mencapai matlamat membasmi kemisikinan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Beberapa agensi yang lain telah menyediakan kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian.

ISI 2: Perbadanan Agro Makanan Malaysia (MAFC) telah menerajui pendekatan baru dalam industri asas tani iaitu mengguna pakai model yang bertoleransikan pasaran dan bersepadu di sepanjang rantaian bekalan. Penanaman jenis makanan telah dimajukan berdasarkan kepada keperluan pasaran. Sebagai contoh, projek percubaan penanaman betik di Taman kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dan Taman Pertanian Moden (TPM) di Lanchang, Pahang telah dimulakan dengan menanam betik berdasarkan pasaran seperti tekstur lembut, rasa manis, aroma yang harum dan hayat simpan yang panjang. Pematuhan kepada standard keselamatan pemakanan global, kualiti dan kemampuan di kawal rapi agar dapat memenuhi permintaan oleh pasaran. Penanaman secara berkualiti tinggi diuruskan menerusi penggunaan prasarana pertanian yang dapat mengawal persekitaran melalui teknik pengeluaran berteknologi tinggi.
Back to top Go down
 
Penglibatan Malaysia dalam sektor pertanian
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pengajian Am STPM P1 P2 P3  :: PENGAJIAN AM MODULAR :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3-
Jump to: