Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3

Forum Untuk STPM Pengajian Am
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
"... Diharapkan ruangan forum ini memberi manfaat kepada pelajar... Gunakan sebaik mungkin segala informasi dan maklumat....Semoga Kejayaan Milik Anda... Aminnn."

Share | 
 

 sisa pertanian

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 22
Location : smk agama sibu

PostSubject: sisa pertanian   Wed Jul 24, 2013 12:40 pm

SISA PERTANIAN DAN KEPENTINGANNYA
Pendahuluan

Sisa pertanian merupakan bahan sampingan yang tidak digunakan lagi.Ia juga dapat diproses dan digunakan semula serta bermanfaat kepada manusia dan alam.Sisa pertanian mempunyai nilai komersial,bahan mentah kelas kedua jana pendapatan petani.

Isi-isi penting

Hasilkan baja kompos/organik

Dapat menghasilkan baja organik melalui hampas kelapa,kelapa sawit,tebu,sekam dan jerami padi.
Baja kompos juga amat sesuai untuk menyuburkan tanah dan tumbuhan pertanian hidup subur.
Dapat mengawal dan mengekalkan pergerakan air tanaman pertanian.
Mengekalkan kelembapan tanah.
Ia juga menghalang serangan bakteria terhadap tanah jika dibandingkan dengan baja kimia.


Jadi sumber makanan ternakan

Sekam padi amat sesuai untuk makanan anak-anak ayam dalam usia 1 hingga 15 tahun.
Jerami padi dikeringkan dijadikan makanan ternakan lembu,kambing,ayam dan lain-lain.
Jerami dan hampas tebu diproses menjadi dedak yang mengandungi protein dan mineral yang tinggi.
Mengurangkan import makanan ternakan.
Meningkatkan pendapatan petani dan pekebun.


Hasilkan biogas

Bahan seperti sekam padi dibakar akan menghasilkan tenaga.
Hampas kelapa sawit,tebu dan juga tahi lembu hasilkan tenaga biogas.
Lebih mesra alam berbanding bakaran api fosil
Mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Elak pemanasan global


Bahan untuk hasil perabot

Batang pokok kelapa dan kelapa sawit boleh dijadikan gentian perabot menggantikan produk kayu-kayan.
Juga dijadikan kayu dan papan lapis.
Campuran sekam padi,silika dan gam hasilkan papan dan gentian bermutu tinggi.
Juga dijadikan bahan gentian dalaman kereta.


Kesimpulan

Sisa petanian mempunyai nilai komersial jika diuruskan dengan baik.Sisa pertanian juga meningkatkan pendapatan petani.Tiada pembaziran sisa ianya menjana industri baru dalam industri baja dan makanan ternakan.

Back to top Go down
 
sisa pertanian
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pengajian Am STPM P1 P2 P3  :: PENGAJIAN AM MODULAR :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3-
Jump to: