Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3

Forum Untuk STPM Pengajian Am
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
"... Diharapkan ruangan forum ini memberi manfaat kepada pelajar... Gunakan sebaik mungkin segala informasi dan maklumat....Semoga Kejayaan Milik Anda... Aminnn."

Share | 
 

 kebaikan msc

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 22
Location : smk agama sibu

PostSubject: kebaikan msc   Wed Jul 24, 2013 12:37 pm

KEBAIKAN MSC
PENGENALAN

Koridor Raya Multimedia ataupun Multimedia Super Corridor (MSC) ialah salah satu projek mega Kerajaan Malaysia menelan belanja berbilion ringgit sebagai asas kukuh titik tolak ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Malaysia beriltizam untuk menjadi negara maju menjelang 2020, oleh itu MSC dilihat sebagai pemangkin kepada kewujudan Malaysia sebagai negara yang mempunyai moral dan nilai etika yang tinggi, mampu berdikari menerusi maklumat dan pengetahuan.

ISI-ISI

1. Wujudkan kerajaan elektronik
Pentadbiran kerajaan yang berhubung secara rangkaian komputer dengan mengutamakan konsep kurang kertas (paperless).
Semua jabatan kerajaan akan dihubungkan dengan pangkalan data sepunya untuk memudahkan aliran maklumat.
Dengan itu kecairan maklumat (information solvency) akan meningkat.

2. Wujudkan teleperubatan
Hospital akan menggunakan teknologi maklumat yang canggih untuk berhubung antara hospital di rantau ini serta di seluruh dunia.
Dengan itu, kepakaran doktor di seluruh dunia dapat dikongsi oleh doktor tempatan.
Ini dapat menijmatkan masa kerana kepakaran dari sesebuah negara dapat dikongsi tanpa perlu pergi ke negara tersebut.

3. Kad pintar digunakan
Kad pintar yang serbaguna akan dikeluarkan.
Kad ini berfungsi sebagai kad pengenalan, dompet elektronik, kad kredit, kad telefon dan seumpamanya.
Memudahkan pengguna. Pengguna tidak perlu membawa pelbagai jenis kad untuk melakukan pelbagai urusan.
Hanya satu jenis kad boleh digunakan untuk pelbagai perkara.

4. Wujudkan sekolah bestari
Menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa.
Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.
Bertujuan menyediakan tenaga kerja untuk Malaysia sebagai negara industri pada abad ke-21
Graduan-graduan sekolah bestari juga dapat menyumbang dalam aktiviti
memindahkan ilmu dalam pelbagai bidang.

PENUTUP
Setelah MSC dilihat sebagai satu pelantar untuk Malaysia menjadi sebuah pemain utama alam dunia IT janganlah dipersia-siakan peluang ini dengan tidak melakukan yang terbaik. Sekiranya MSC berjaya dilaksanakan , ia akan membawa Malaysia ke era maklumat dan seterusnya merealisasikan impian wawasan 2020.
Back to top Go down
 
kebaikan msc
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pengajian Am STPM P1 P2 P3  :: PENGAJIAN AM MODULAR :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3-
Jump to: