Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
BANJIR KILAT I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
BANJIR KILAT I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
BANJIR KILAT I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
BANJIR KILAT I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
BANJIR KILAT I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
BANJIR KILAT I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
BANJIR KILAT I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
BANJIR KILAT I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
BANJIR KILAT I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

BANJIR KILAT

Go down

BANJIR KILAT Empty BANJIR KILAT

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:28 pm

PUNCA BANJIR KILAT
Punca pertama,pembangunan merubah bentuk muka bumi
- Pembangunan yang pesat telah menyebabkan banyak kawasan bandar berkembang untuk memenuhi kehendak kehidupan penduduk setempat dan demi tercapainya matlamat negara sebuah negara perindustrian baru. Pembangunan yang disebutkan merangkumi pembangunan perumahan, perindustrian dan pembinaan infrastruktur. Bagaimana pun, kesan daripada pembangunan telah menjadi salah satu punca major yang mengakibatkan berlakunya banjir.

Berkurangannya kawasan telap air
selepas sekejap sahaja hujan turun. Hutan dan tanah memang berperanan sebagai agen menyerap air hujan yang semulajadi. Apabila air hujan turun dari langit, fungsi penyerapan hutan (tumbuh-tumbuhan) dan tanah akan memanjangkan masa air hujan itu untuk mengalir ke sistem saliran, iaitu sungai dan parit. Tambahan pula, kebanyakan air hujan telah diserap dan tinggal sebahagian kecil sahaja air hujan yang masuk ke dalam sistem saliran. Oleh itu, sistem saliran yang sedia ada berkemampuan untuk menakung air sebegitu isipadunya.
Apabila pembukaan tanah hutan berlaku kerana projek pembangunan, permukaan semulajadi telah ditukarkan kepada permukaan yang tidak telap air seperti simen, tar, konkrit dan sebagainya. Oleh sebab air hujan tidak dapat diserap seperti yang sepatutnya, air akan mengambil masa yang singkat untuk mengalir ke sistem saliran. Maka, sekejap sahaja isipadu air yang banyak dan aliran yang pesat itu akan menyebabkan sistem saliran menjadi cepat penuh. Sistem saliran tersebut tidak mampu menampung isipadu air yang sebegitu banyak dan mengakibatkan air melimpah keluar. Inilah sebabnya banjir kilat berlaku

Pemendapan kelodak dalam sungai
Permintaan perumahan yang tinggi merupakan salah satu kesan pembangunan. Oleh sebab kekurangan tanah pamah di maka pemaju-pemaju telah membuka tanah berbukit sebagai kawasan pembangunan perumahan. Pembangunan di kawasan lereng bukit dengan kecerunan yang melebihi 20 darjah memerlukan penyediaan Laporan Kesan Terhadap Alam Sekitar (EIA) untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar. Malah, kawasan pembangunan perumahan di Paya Terubong telah mencapai 50 darjah hingga 70 darjah! Tanah bukit yang dibuka adalah terdedah dan tidak ditutupi dengan kain plastik dan penanaman rumput untuk mencegah hakisan tanah tidak dilakukan. Akibatnya, apabila hujan turun, air hujan akan menyebabkan tanah tersebut terhakis dan tanah runtuh mudah berlaku. Kemudiannya, air hujan akan membawa tanih

*Pembangunan Tidak Dirancang
-longkang-longkong sedia ada adalah longkang yang sudah lama,ditambah dengan kurangnya penyelenggaran menyebabkan sampah sarap tersumbat. Apabila hujan lebat turun,air melimpah dan membanjiri kawasan-kawasan rendah .Kegiatan sindiket mengorek pasir secara haram dan pembangunan tidak terancang dipercayai menjadi faktor penyumbang kepada banjir kilat luar biasa yang berlaku di bandar Kajang kelmarin.

*Projek Pembangunan Tergendala
-Projek perumahan,jalan raya,kilang,kompleks membeli-belah dan lain-lain.
-separuh siap,gagal menyediakan longkang
-Menghalang laluan dan takungan air.

*Sikap masyarakat
-Pemaju,penduduk dan peniaga
-Pemaju-mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan.
-Penduduk-tidak menjaga kebersihan –buang sampah-aliran air tersekat.
-Peniaga-membuang sisa-sisa ke dalam longkang

Penguatkuasaan undang-undang
-Rasuah
-Pemantauan tidak konsisten(tidak sepanjang masa)
-Tidak cukup kakitangan
-saling berharap antara jabatan.
-Kerenah birokrasi.

*Cuaca
-Malaysia berada dalam monsun tropika-menerima hujan sepanjang tahun.
-Perubahan air pasang surut yang luar biasa kesan pemanasan global.
-Perubahan cuaca yang tidak menentu kerana edaran angin yang membawa hujan

*Kesedaran awam
-tidak ada kempen sama ada dalam media cetak atau elektronik.
-Masyarakat menganggap banjir bukan bencana yang berisiko.
-Agensi kerajaan/Ngo tidak memainkan peranan secara langsung membangkitkan isu banjir kilat.
nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

BANJIR KILAT Empty sisa toksik

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:29 pm

KEBURUKAN SISA -SISA TOKSIK

Kesihatan manusia terjejas.
v Sisa-sisa toksik yang dilepaskan secara terbuka dan tidak terkawal akan menjejaskan kesihatan manusia.
v Sisa toksik yang mengandungi kimia merbahaya kepada manusia kerana ianya boleh merosakkan sistem imunisasi badan jika dijangkiti.
v Manusia juga akan dijangkiti penyakit seperti kanser,keracunan dan sebagainya.

· Keracunan makanan
v Sisa kimia yang merbahaya boleh mencemarkan makanan seterusnya menyebabkan keracunan makanan.
v Bahan makanan yang dicemari boleh menyebabkan sistem tubuh terjejas sekaligus menyebabkan keracunan dan dijangkiti penyakit.
v Makanan juga mudah dicemari jika sisa-sisa toksik tidak diurus dengan baik.

· Alam sekitar tercemar
v Sisa-sisa toksik yang mengandungi bahan kimia boleh mencemarkan alam sekitar.
v Bahan toksik boleh menyebabkan haiwan dan tumbuhan mati seterusnya habitat semulajadi akan terjejas.
v Sisa toksik yang mengalir ke dalam air sungai boleh mencemarkan kualiti air dan kepupusan hidupan akuatik.
nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

BANJIR KILAT Empty punca keracunan makanan

Post by nazrah rah Wed Jul 24, 2013 12:30 pm

PUNCA KERACUNAN MAKANAN

Punca-punca Masalah Pemakanan



PENGENALAN:

ü Selain senaman, amalan pemakanan juga menjadi penentu kepada kesihatan seseorang.
ü Amalan pemakanan di malaysia masih kurang memuaskan sungguhpun keprihatinan masyarakat tentangnya kian meningkat.
ü Tabiat pemakanan yang negatif ini dipengaruhi pelbagai faktor luaran dan jika terbentuk amat sukar diubah.


ISI

1. Media massa
ü Iklan-iklan makanan ringan dan segera berupaya mempengaruhi amalan pemakanan.
ü Kononya, ramuan sejenis makanan ringan itu mengikut ketetapan pakar makanan. Akibatnya ramai orang mempercayai bahawa makanan ringan dan makanan segera adalah berkhasiat
ü Pengambilan makanan yang mengandungi bahan kimia ini secara berleluasa akan menyebabkan kegemukan, penyakit kencing manis, penyakit jantung, dan darah tinggi.

2. Bekalan makanan
ü Jenis pengeluaran makanan di sesuatu tempat akan mempengaruhi amalan pemakanan.
ü Kekurangan pengambilan sayur-sayuran menyebabkan kekurangan vitamin berlaku.
ü Kawasan pendalaman pula lebih tertumpu kepada hasil pertanian, hal ini mencetuskan masalah kekurangan khasiat tertentu.

3. Pendapatan dan kuasa beli
ü Di desa sering dikaitkan dengan kemiskinan, sayur menjadi makanan utama, buah-buahan hanya dimakan semasa musim buah-buahan sahaja.
ü Kanak-kanak desa hanya mengambil kopi atau teh sebelum ke sekolah dab jarang minum susu segar.kini kanak-kanak lebih gemar membeli makanan ringan kering yang murah.
ü Pemakanan yang tidak seimbang ini membantutkan tumbesaran kanak-kanak.

4. Nafsu dan selera
ü Terdapat sesetengah orang yang terlalu kuat makan dan yang suka memilih makan, contohnya hanya makan laut sahaja.
ü Golongan wanita yang ingin menjaga kecantikan rupa bentuk badan sehingga hanya bergantung kepada pil-pil vitamin dan mengurangkan makanan.
ü Kesannya ialah sama ada pengambilan makanan yang berlebihan atau terkurang.

Kesimpulan

ü Malnutrisi protein dan kekurangan vitamin masih wujud.
ü Membantutkan pembangunan negara
ü Wujudkan satu Dasar Makanan dan Pemakanan Kebangsaan.

nazrah rah
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 30
Location : smk agama sibu

Back to top Go down

BANJIR KILAT Empty Re: BANJIR KILAT

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum