Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
Kebaikan kemasukan pendatang asing dan risikonya I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
Kebaikan kemasukan pendatang asing dan risikonya I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
Kebaikan kemasukan pendatang asing dan risikonya I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
Kebaikan kemasukan pendatang asing dan risikonya I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
Kebaikan kemasukan pendatang asing dan risikonya I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
Kebaikan kemasukan pendatang asing dan risikonya I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
Kebaikan kemasukan pendatang asing dan risikonya I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
Kebaikan kemasukan pendatang asing dan risikonya I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
Kebaikan kemasukan pendatang asing dan risikonya I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Kebaikan kemasukan pendatang asing dan risikonya

Go down

Kebaikan kemasukan pendatang asing dan risikonya Empty Kebaikan kemasukan pendatang asing dan risikonya

Post by AzeL Wed Jul 24, 2013 11:48 am

Bilangan kemasukan pendatang asing ke Malaysia saban hari semakin meningkat.Hal ini berlaku kerana hidup ataupun punca lain yang menyebabkan mereka perlu berhijrah dari negara asal. Walau bagaimanapun, hal ini juga memberi manfaat kepada Malaysia .

Antara kebaikan akibat kedatangan pendatang asing ke Malaysia :


1) Pertukaran teknologi

Kedatangan pekerja asing contohnya tenaga buruh mahir dan separuh mahir ke Malaysia membolehkan negera memperlajari dan memperoleh teknologi baru melalui program usahasama yang dilakukan oleh pihak kerajaan atau organisasi tertentu .

2) Menaikkan imej negara

Kedatangan rakyat asing ke Malaysia juga dapat membantu mempromosikan negara ke pentas dunia. Contohnya mempromosikan tentang keindahan flora dan fauna yang terdapat disini secara tidak langsung dapat membantu industri pelancong negara untuk terus berkembang .

3) Dapat meningkatkan produktiviti negera

Kemasukan pendatang asing ke negara ini telah menyebabkan penawaran tenaga buruh di Malaysia bertambah dan secara tidak langsung dapat membantu negara meningkat lagi produktiviti yang sedia ada untuk keperluan global.


RISIKO:

kebanjiran pendatang asing telah meruncingkan masalah pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan. Seperti yang kita maklumi, zaman ini zaman globalisasi. Kebangkitan kuasa ekonomi baru terutamanya negara China dan India telah memberi saingan yang hebat kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS ) tempatan yang gagal meningkatkan produktiviti mereka. Sebagai akibat, majikan tempatan yang ingin mengurangkan kos pengeluaran pula akan terus memberikan keutaman kepada pekerja asing yang kononnya kurang cerewet, tidak menutut gaji yang tinggi dan sanggup bekerja dalam tempoh masa yang lebih panjang jika dibandingkan dengan pekerja tempatan. Serentak dengan itu, dilaporkan bahawa pendatang-pendatang asing khusunya rakyat indonesia juga menjalankan perniagaan secara haram di negara kita. Contohnya, siasatan telah menunjukkan bahawa lebih kurang 40% daripada 35000 gerai berlesen yang dikhususkan untuk penjaja tempatan khasnya Melayu di Lembah Klang telah ”diambil alih” oleh pendatang asing. Lantaran itu, tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa ”periuk nasi” anak tempatan turut dirampas oleh buruh asing.

Jika kita tinjau dari segi ekonomi, kebanjiran pendatang asing yang tidak terkawal juga didapati akan menggoyah kemantapan ekonomi negara yang masih menjalani pengukuhan. Hal ini demikian kerana apabila buruh asing bekerja dalam sektor perladangan, sektor pembinaan atau dalam sektor-sektor lain, mereka akan mendapat upah. Lazimnya, mereka tidak membelanjakan upah yang diperoleh di negara ini. Sebaliknya, sebahagian daripada pendapatan mereka akan dihantar ke negara asal mereka bagi menampung hidup keluarga masing-masing. Perangkaan menunjukkan bahawa kira-kira RM 6 billion telah mengalir keluar setiap tahun sebagai ekoran pengiriman wang ke negara asal masing-masing oleh lebih daripada 2.5 juta orang pekerja asing yang meliputi warga Indonesia, Pakistan, Filipina, Myanmar dan Bangladesh.

Kemasukan pendatang asing secara tidak terkawal juga menjadi ’duri dalam daging’ yang mencetuskan pelbagai masalah sosial dan mengancam ketenteraman masyarakat setempat. Pekerja-pekerja asing terutamanya pendatang-pendatang tanpa izin yang masuk ke negara kita telah mewujudkan perkampungan sendiri yang terasing daripada penduduk tempatan. Misalnya, mereka telah didapati membina petempatan setinggan dengan meneroka tanah rizab kerajaan secara haram. Laporan menunjukkan bahawa Kampung Pandan Dalam yakini petempatan asing terbesar di Lembah Klang telah dihuni lebih kurang 6000 orang pendatang tanpa izin. Hal ini akan mewujudkan ketidaksefahaman malah ketegangan antara pedagang tanpa izin dengan penduduk tempatan. Sejajar dengan itu, ada setengah-setengah buruh asing yang berani mempersenda undang-undang dan adat setempat dengan membabitkan diri dalam pelbagai jenayah seperti pergaduhan, rompakan, perogolan, pelacuran, perjudian dan pembunuhan. Masalah-masalah sosial itu bukan sahaja membimbangkan penduduk tempatan malah membebani kerajaan dalam usaha pembendungan.


AzeL
AzeL
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 51
Join date : 12/06/2012
Age : 29
Location : SmK AgamA SibU

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum