Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
GRAF BAR: TEKNIK MENJAWAB I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
GRAF BAR: TEKNIK MENJAWAB I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
GRAF BAR: TEKNIK MENJAWAB I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
GRAF BAR: TEKNIK MENJAWAB I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
GRAF BAR: TEKNIK MENJAWAB I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
GRAF BAR: TEKNIK MENJAWAB I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
GRAF BAR: TEKNIK MENJAWAB I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
GRAF BAR: TEKNIK MENJAWAB I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
GRAF BAR: TEKNIK MENJAWAB I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

GRAF BAR: TEKNIK MENJAWAB

Go down

GRAF BAR: TEKNIK MENJAWAB Empty GRAF BAR: TEKNIK MENJAWAB

Post by Neesa Moiyy Mon Jul 08, 2013 10:18 am

TEKNIK MENJAWAB SOALAN GRAF BAR
Teknik Menjawab Soalan : Graf Bar

Pendahuluan

#Teliti dan fahami graf bar yang diberikan

#Kenal pasti pemboleh ubah yang dinyatakan pada bahagian tajuk graf bar

#Tulis 'Graf bar ini menunjukkan ... (rujuk bahagian tajuk sebagai panduan)

#Nyatakan jumlah keseluruhan dan buat perbandingan antara jumlah keseluruhan mengikut tahun yang diberikan (dalam bentuk nilai mutlak dan peratusan)

Isi dan Huraian

#Calon harus memberikan sekurang-kurangnya empat isi

#Kemukakan idea perubahan secara mendatar (perubahan mengikut tahun) terlebih dahulu

#Huraikan perubahan nilai mutlak atau peratusan perubahan

# Nyatakan alasan yang menyebabkan perubahan data tersebut (berdasarkan kehendak soalan)

#Kemukakan idea perbandingan secara menegak (bandingkan pemboleh ubah bagi satu-satu tahun yang dipilih), misalnya amaun pemboleh ubah yang paling tinggi dan amaun pemboleh ubah yang paling rendah

#Berikan huraian atau hujah tentang nilai mutlak atau peratusan sumbangan daripada jumlah keseluruhan bagi tahun berkenaan

#Perenggan yang melibatkan analisis pengetahuan perlu diasingkan daripada perenggan analisis data jika soalan meminta pandangan calon

Kesimpulan

Tulis secara tingkas gambaran keseluruhan daripada data atau maklumat yang diberikan dalam graf bar
Neesa Moiyy
Neesa Moiyy
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 9
Join date : 25/06/2012
Age : 29
Location : Texas, Paris

Back to top Go down

GRAF BAR: TEKNIK MENJAWAB Empty Re: GRAF BAR: TEKNIK MENJAWAB

Post by Neesa Moiyy Mon Jul 08, 2013 10:19 am

BAHAGIAN E : MERUMUS MEDIA (GRAF BAR)
Pada hari Selasa, 18 Ogos 2009 pelajar PraU2B2 akan mempelajari Bahagian E iaitu merumus media. Pelajar akan belajar cara merumus graf bar. Pada akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat menghuraikan graf kompaun mengikut kaedah yang betul.

TIPS MENJAWAB SOALAN
1. Pelajar hendaklah memahami graf bar yang diberikan sama ada graf bar kompaun atau komponen dll. Sila perhatikan pemboleh ubah yang dituliskan pada tajuk graf bar. Tulis "Graf bar ini menunjukkan... (sila rujuk tajuk sebagai asas). Kemudian pelajar harus menyatakan jumlah keseluruhan dan buat perbandingan antara jumlah keseluruhan mengikut tahun yang dinyatakan. Pelajar harus memberikan nilai mutlak dan peratus.

2. Pelajar seharusnya menyatakan sekurang-kurangnya 4 isi. Perubahan secara mendatar iaitu perubahan mengikut tahun perlulah diterangkan terlebih dahulu. Pelajar perlu menghuraikan perubahan nilai mutlak atau peratusan perubahan. Seterusnya pelajar perlu memberi alasan punca yang menyebabkan perubahan data tersebut. Punca atau sebab tersebut perlulah mengikut kehendak soalan.

3. Pelajar seterusnya menyatakan perbandingan secara menegak iaitu mengikut tahun-tahun yang dipilih. Pelajar boleh pilih pemboleh ubah yang paling tinggi dan juga yang paling rendah. Berikan huraian dan hujah berkaitan nilai mutlak dan peratusan sumbangan daripada jumlah keseluruhan bagi tahun berkenaan.Perhatian : Sila asingkan perenggan yang melibatkan analisis pengetahuan dengan perenggan analisis data (jika soalan meminta pandangan pelajar)

TIPS CARA MENGINTERPRESTASI DATA
1. Pelajar perlu mengenal pasti setiap pemboleh ubah yang terdapat di dalam graf bar
2. Lihat nilai skala pada paksi menegak graf bar untuk dapatkan data bagi pemboleh ubah.
3. Kenal pasti unit kuantiti pemboleh ubah.
4. Bagi graf bar komponen, nilai sesuatu pemboleh ubah bagi sesuatu tahun dapat ditentukan dengan mengira nilai perbezaan antara dua angka yang membentuk baru pemboleh ubah tersebut.
5. Sila perhatikan sebarang catatan tambahan @ nota kaki. Jika terdapat data anggaran, perkataan anggaran perlu ditulis semasa menghuraikan data berkenaan.

CONTOH RANGKA JAWAPAN
Pendahuluan
Graf bar ini menunjukkan ...... tahun.. hingga tahun... Secara keseluruhannya, jumlah ....

Isi dan huraian

Kesimpulan
Kebanyakan keluaran ......
Neesa Moiyy
Neesa Moiyy
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 9
Join date : 25/06/2012
Age : 29
Location : Texas, Paris

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum