Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
GAMBAR RAJAH: TEKNIK MENJAWAB I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
GAMBAR RAJAH: TEKNIK MENJAWAB I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
GAMBAR RAJAH: TEKNIK MENJAWAB I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
GAMBAR RAJAH: TEKNIK MENJAWAB I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
GAMBAR RAJAH: TEKNIK MENJAWAB I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
GAMBAR RAJAH: TEKNIK MENJAWAB I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
GAMBAR RAJAH: TEKNIK MENJAWAB I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
GAMBAR RAJAH: TEKNIK MENJAWAB I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
GAMBAR RAJAH: TEKNIK MENJAWAB I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

GAMBAR RAJAH: TEKNIK MENJAWAB

4 posters

Go down

GAMBAR RAJAH: TEKNIK MENJAWAB Empty GAMBAR RAJAH: TEKNIK MENJAWAB

Post by Neesa Moiyy Mon Jul 08, 2013 9:57 am


Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am
sunny 


Teknik Menjawab Soalan Gambar Rajah :PANDUAN MENJAWAB BAHAGIAN E

Langkah 1
Memahami kehendak soalan contoh : (STPM 2007)Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar rajah di bawah, huraikanfaktor-faktor penyebab pemanasan global dan kesannya terhadap alam sekitar.
Kehendaksoalan

=2 isi faktor-faktor & 2 isi kesannya terhadap alam sekitar

Langkah 2
Memahami tajuk gambar rajah

Langkah 3
Meneliti dan memahami maklumat yang terdapat dalam gambar rajah.i. Perkara-perkara berkaitan dengan kehendak soalan.ii. Aliran anak panahiii. Perkataan-perkataan penting (huruf BESAR atau huruf kecil)

Langkah 4
Menjawab soalan
.i. Berformat kehendak soalan
ii. Dalam bentuk esei / karangan
iii. Berformat

a) Pengenalan
b) Isi
c) Penutup
iv. Pemarkahan berdasarkan
=Idea 4 markah
=Huraian 8 markah
=Bahasa 1 markah
=Kesimpulan 2 markah
=Jumlah 15 markah
Neesa Moiyy
Neesa Moiyy
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 9
Join date : 25/06/2012
Age : 29
Location : Texas, Paris

Back to top Go down

GAMBAR RAJAH: TEKNIK MENJAWAB Empty soalan gambar rajah 2007

Post by dewi wie Mon Jul 08, 2013 12:19 pm

Langkah 1
Memahami kehendak soalancontoh : (STPM 2007)Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar rajah di bawah, huraikanfaktor-faktor penyebab pemanasan global dan kesannya terhadap alam sekitar.
Kehendaksoalan
2 isi faktor-faktor2 isi kesannya terhadap alam sekitar
Langkah 2
Memahami tajuk gambar rajah
Langkah 3
Meneliti dan memahami maklumat yang terdapat dalam gambar rajah.i. Perkara-perkara berkaitan dengan kehendak soalan.ii. Aliran anak panahiii. Perkataan-perkataan penting (huruf BESAR atau huruf kecil)
Langkah 4
Menjawab soalan.i. Berformat kehendak soalanii. Dalam bentuk esei / karanganiii. Berformata) Pengenalanb) Isic) Penutupiv. Pemarkahan berdasarkanIdea 4 markahHuraian 8 markahBahasa 1 markahKesimpulan 2 markahJumlah 15 markah
dewi wie
dewi wie

Posts : 13
Join date : 17/06/2013
Age : 29
Location : matu goooo

Back to top Go down

GAMBAR RAJAH: TEKNIK MENJAWAB Empty jawapan soalan stpm 2007 bahgian e - gambar rajah

Post by Abd Al-Hafiq B Abd Rahman Mon Jul 08, 2013 12:37 pm

Pendahuluan

Gambar rajah menunjukkan faktor-faktor penyebab pemanasan global dan kesannya terhadapalam sekitar.

Pemanasan global merupakan suatu keadaan yang berterusan dalam jangka masa panjangdan membawa kepada peningkatan suhu bumi.

Isi-isi:

Penggondolan hutan.
• Pemanasan global berpunca daripada aktiviti penggondolan hutan untuk tujuan pembinaan bandar,lebuh raya, dan aktiviti pertanian.
• Penggondolan hutan menyebabkan berlakunya penebangan pokok-pokok di dalam hutan secaraaktif.
• Penebangan pokok menyebabkan kehilangan fungsi pokok-pokok menyerap karbon dioksida untukditukar kepada oksigen melalui proses fotosintesis.
• Situasi ini menyebabkan ketidakseimbangan antara karbon dioksida yang dibebaskan dan telahmenyebabkan suhu permukaan bumi menjadi semakin panas.

Penipisan lapisan ozon
• Pemanasan global juga berpunca daripada penipisan lapisan ozon kesan daripada penggunaanklorofluorokarbon (CFC) secara meluas dalam aktiviti industri elektronik.
• CFC yang digunakan sebagai bahan pendingin peti sejuk dan sebagai gas halogen dalam alatpemadam api akan mengalami kebocoran di atmosfera.
• Peningkatan jumlah CFC diruang atmosfera boleh menghakis lapisan ozon yang berperanansebagai penapis sinaran ultra ungu daripada matahari.
• Lapisan ozon yang terhakis melalui CFC akan menyebabkan sinaran matahari sampai ke bumidengan lebih banyak dan menyebabkan suhu bumi meningkat.


Penyakit berbahaya
• Pemanasan global boleh mendatangkan pelbagai kesan penyakit berbahaya kepada manusia.
• Pemanasan global boleh menyebabkan berlakunya kebocoran lapisan ozon dan menyebabkanberlakunya kebocoran lapisan ozon dan menyebabkan pancaran ultra terus sampai ke bumi.
• Pancaran ultra ungu menyebabkan gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi dan akanmerosakkan pembahagian sel-sel manusia. Dengan ini, manusia mudah mendapat penyakit barahkulit apabila terlalu terdedah kepada pancaran ultra ungu.
• Selain itu, pemanasan global juga boleh menjejaskan kesihatan manusia dari segi sistem imunisasi.
• Radiasi ultra ungu boleh merosakkan sistem imunisasi manusia dari segi menentang ancamanpenyakit seperti radang paru-paru.

Aktiviti pertanian terjejas
• Pemanasan global boleh memberi kesan yang negatif kepada aktiviti pertanian.
• Pemanasan global boleh menyebabkan kawasan pertanian di luar bandar menjadi kering-kontangakibat kekurangan sumber air.
• Tumbuh-tumbuhan yang kehilangan sumber air akan mati atau mengalami pertumbuhan yang tidaksempurna.
• Seterusnya, akibat daripada kekurangan sumber air, tumbuh-tumbuhan terjejas dari segi tumbesarankerana gangguan proses fotosintesis.
• Oleh itu, tumbesaran tanaman akan mengambil masa yang panjang untuk matang dan akibatnyakualiti serta hasil tanaman akan terjejas dari segi tumbesaran kerana gangguan proses fotosintesis.


Kesimpulan:

Pemanasan global perlu dibendung dan pelbagai pihak perlu peka melaksanakan perancangan yangteliti dengan mengutamakan pembangunan lestari agar alam sekitar terus terpelihara.
“Menuntut ilmu adalah merupakan satu proses yang berterusan bukan hanya menjelang waktu peperiksaan sahaja”
Abd Al-Hafiq B Abd Rahman
Abd Al-Hafiq B Abd Rahman
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 7
Join date : 12/06/2012
Age : 29

Back to top Go down

GAMBAR RAJAH: TEKNIK MENJAWAB Empty PEMANASAN GLOBAL

Post by aientzgreen Wed Jul 10, 2013 9:55 pm

Gambar rajah menunjukkan faktor-faktor penyebab pemanasan global dan kesannya terhadap alam sekitar.Pemanasan global merupakan suatu keadaan yang berterusan dalam jangka masa panjang dan membawa kepada peningkatan suhu bumi.

Pemanasan global berlaku akibat daripada aktiviti penggondolan hutan.Hal ini demikian kerana,aktiviti ini bertujuan untuk pembinaan bandar,lebuh raya dan pertanian.Pelaksanaan ini menyebabkan berlakunya aktiviti penebangan pokok secara aktif.Penebangan pokok menyebbkan pokok-pokok kehilangan fungsi unyuk menyerap karbon dioksida untuk ditukar kepada oksigen melalui proses fotosintesis.Keadaan alam eperti ini menyebabkan ketidakseimbangan antara karbon dioksida yang dibebaskan dan telah menyebabkan suhu permukaan bumi menjadi semakin panas.

Selain itu,pemanaan global akibat daripada penipisan lapisan ozon.Hal ini demikian kerana,penggunaan klorofluorokarbon(CFC)yang meluas dalam industri elektronik.CFC kebanyakannya digunakan sebagai bahan pendingin peti sejuk dan sebagai gas halogen dalam alat pemadam api akan mengalami kebocoran di atmosfera.Kekerapan penggunaan CFC boleh menyebabkan hakisan pada lapisan ozon yang berperanan sebagai penapis sinaran ultra ungu daripada matahari.Hakisan lapisan ozon menyebabkan sinaran matahari sampai ke bumi dengan lebih banyak dan menyebabkan suhu bumi meningkat.
aientzgreen
aientzgreen
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 4
Join date : 12/06/2012

Back to top Go down

GAMBAR RAJAH: TEKNIK MENJAWAB Empty Re: GAMBAR RAJAH: TEKNIK MENJAWAB

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum