Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3

Forum Untuk STPM Pengajian Am
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
"... Diharapkan ruangan forum ini memberi manfaat kepada pelajar... Gunakan sebaik mungkin segala informasi dan maklumat....Semoga Kejayaan Milik Anda... Aminnn."

Share | 
 

 LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2
AuthorMessage
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 22
Location : smk agama sibu

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA   Wed Jul 10, 2013 1:06 pm

Isi3 Pasaran yang luas

h1 pasaran untuk penduduk Islam berjumlah 2 billion atau 60 peratus penduduk Asia- pasaran yang luas dan produk halal senang untuk dipasarkan-

h2 pasaran untuk negara-negara Islam atau Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Emiriyah Arab Bersatu (UEA ).

h3 Di Asia lebal halal di pandang tinggi di Jepun, Thailand sebagai pelaris jualan atau ‘marketing tool’ , pasaran Eropah.
Back to top Go down
sirah shahirah



Posts : 9
Join date : 06/06/2012
Age : 22
Location : smk agama sibu

PostSubject: HAB HALAL   Wed Jul 10, 2013 1:07 pm

cherry 

Bertepatan dengan matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah hab halal dunia iaitu negara yang mengeluarkan produk  halal utama dunia, segala potensi yang ada diperlukan disamping mengaut pendapatan yang lumayan.

Antara kelebihan sebagai hab halal dunia ialah dapat menjana ekonomi negara. Hal ini demikian kerana Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang moden disamping dihormati dalam kalangan negara anggota OIC. Ianya dapat menggalakkan perkembangan kegiatan industri halal Malaysia di negara luar. Contohnya, Malaysia menjalankan penjualan produk halal yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa melalui International Halal Showcase (MIHAS). Oleh itu, ekonomi Malaysia terjana secara tidak langsung pada peringkat antarabangsa.

Selain itu, peluang pekerjaan semakin meluas. Hal ini demikian kerana sesebuah hab memerlukan tenaga pekerja yang ramai disamping meningkatkan pendapatan rakyat tempatan. Hal ini turut mengurangkan masalah pengangguran di negara kita. Misalnya penganggur mendapat peluang pekerjaan dalam industri halal seperti peniaga makanan dan minuman halal dan sebagainya. Perkara ini dapat membantu rakyat tempatan memperoleh taraf kehidupan yang lebih baik.

Malahan, industri hab halal ini berpotensi menjadi pasaran yang meluas. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai pelbagai kelebihan dan mampu menjadi peneraju kepada sesebuah sektor perindustrian. Contohnya, penghasilan produk halal haruslah menitik berat dari segi kualiti, mutu, kebersihan dan kesejahteraan pengguna produk tersebut. Hal ini memberi keutamaan produk halal ini amat penting selaras dengan kepadatan penduduk Islam di dunia.

Seterusnya, Malaysia mampu menguruskan hab halal melalui kemudahan infrastruktur yang lengkap dan efisen. Hal ini demikian kerana Malaysia juga mempunyai lapan taman industri halal yang membekalkan banyak kemudahan bagi menggalakkan kemasukan pelaburan asing ke negara kita. Contohnya, taman industri halal menerima pelaburan berjumlah RM 4.8 bilion. Keadaan ini membolehkan pengeluaran produk industri halal dapat ditingkatkan.

Akhir sekali, sokongan kerajaan amat diperlukan dalam melaksanakan industri ini. Hal ini demikian dapat dibuktikan melalui kesungguhan Malaysia dalam menerajui industri hab halal ini. Contohnya, penubuhan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), iaitu sebuah institusi yang memfokuskan usaha memajukan industri halal di negara ini dan berperanan menjadi peneraju kepada penetapan piawaian halal. Jelaslah bahawa sokongan kerajaan dalam memajukan industri ini harus dipertimbangkan demi negara-negara Islan yang lain.

Natijahnya, segala potensi harus dimanfaatkan sepenuhnya dalam melaksanakan hasrat sesebuah negara selaras dengan matlamat Malaysia menjadi hab halal dunia.


Last edited by sirah shahirah on Thu Jul 11, 2013 12:37 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
nazrah rah
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 163
Join date : 22/05/2012
Age : 22
Location : smk agama sibu

PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA   Wed Jul 10, 2013 1:08 pm

Isi4 pemindahan teknologi

h1 menggalakkan penglibatan para pelabur antarabangsa melabur di Malaysia dalam industkusan halal. Contoh negara-negara Islam di seluruh dunia.

h2 Teknologi pemprosesan dan pembungkusan dalam industri herba…, Korea Selatan, Taiwan dan China.

h3 Teknologi Pengredan bahan dan makanan

h4 memajukan industri sosej dan burger ha
Back to top Go down
Wardah punyer
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 5
Join date : 12/06/2012

PostSubject: Hub Halal Malaysia   Wed Jul 10, 2013 1:08 pm

Pendahuluan:
industri halal tidak hanya tertumpu kepada produk yang berasaskan makanan dan minuman sahaja,tetapi ia juga merangkumi sektor yang lebih besar.Antaranya kosmetik,pembungkusan logistik,farmaseutikal,penjagaan kesihatan,jentera pemprosesan dan pembungkusan makanan,perbankan dan kewangan serta bidang-bidang lain yang mencakupi ekosistem hub halal.Banyak kelebihan yang diperolehi melalui hub halal sedunia.Manfaat yang ada haruslah digunakan supaya Malaysia berpotensi untuk memajukannya ke peringkat Antarabangsa.


Isi 1:(kebaikan)
Antara kelebihan yang diperolehi melalui hub halal ialah dapat menjana ekonomi negara.Hal ini demikian kerana,Malaysia mempunyai kelebihan dan mampu menjadi peneraju sektor ini kerana mempunyai pengalaman, infrastruktur serta institusi yang dapat membantu membangun serta menggalakkan industri ini.Misalnya, negara China, Korea dan Jepun. Industri halal di negara kita turut mengeluarkan pelbagai produk halal seperti makanan, barangan penjagaan kesihatan, kosmetik dan lain-lain untuk dieksport ke negara lain. Keadaan ini telah meningkatkan pendapatan negara kita melalui kadar pertukaran mata wang asing yang amat menguntungkan negara kita. Oleh itu, industri halal merupakan satu induastri yang mampu memberikan sumbangan kepada pendapatan negara.

isi 2:
Selain itu,peluang pekerjaan juga akan terbuka dengan luas melalui industi halal ini.Hal ini demikian kerana,industri halal membolehkan rakyat tempatan mendapatkan  sumber pendapatan untuk menampung kos hidup yang semakin tinggi di terutamanya kawasan bandar.Misalnya, peniaga makanan dan minuman halal, pengurus bank, penjual barangan kosmetik dan sebagainya. Keadaan ini telah membolehkan rakyat tempatan mempunyai sumber pendapatan untuk menyara kos hidup mereka. Peluang pekerjaan yang pelbagai dan banyak mengurangkan kadar pengangguran di negara kita. Dengan adanya pendapatan yang stabil, rakyat tempatan akan memiliki taraf kehidupan yang lebih baik.

Isi 3:
Industri halal turut membantu dalam meningkatkan taraf pendidikan.Hal ini demikian kerana,masyarakat yang berpendidikan tinggi mempunyai kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan. Mereka akan mengelakkan diri mereka daripada memakan makanan yang tidak sihat dan berlemak dalam kuantiti yang banyak. Contohnya, masyarakat bukan muslim akan mengurangkan pengambilan daging khinzir kerana berlemak dan boleh menjejaskan kesihatan mereka. Keadaan ini menggalakkan perkembangan industri halal terutamanya industri makanan halal yang membekalkan makanan yang selamat, berkualiti tinggi dan bersih serta jaminan dari segi standardnya.Jelaslah bahawa,taraf pendidikan yang tinggi amat penting untuk membangunkan industri halal.

Isi 4:(potensi)
Melalui perkembangan industi hub halal ini,Malaysia juga berpotensi untuk membuka pasaran dengan lebih luas.Hal ini demikian kerana,permintaan produk makanan halal ddijangkakan terus meningkat serta pertambahan  pengeluar produk makanan halal dunia yang semakin mendapat sambutan di seluruh dunia.Misalnya,Mihas 2010 disertai oleh 169 syarikat asing dan 334 syarikat tempatan dari 32 buah negara dengan Itali, Albania, Belgium, Hong Kong dan Romania telah menyedari potensi besar dalam industri hub halal.Penglibatan usaha daripada penduduk di seluruh dunia mampu menjadi pemangkin untuk menjadikan pasaran indusri halal semakin meluas.

Isi 5:
Di samping itu juga,bagi menjadikan hub halal berpotensi untuk diperkembangkanialah melalui kesedaran masyarakat. Hal ini demikian kerana,semua masyarakat terutamanya masyarat islam di dunia ini perlu menitik beratkan soal penyediaan dan pemprosesan sesuatu produk.Misalnya, pada masa kini semua peniaga menampal logo halal di premis-premis perniagaan mereka untuk menarik minat pengguna terutamanya golongan pengguna Islam.Keadaan ini harus diambil kira supaya kita tidak ditipu oleh penguasaha yang ingin mengaut keuntungan yang lumayan.Sebaiknya,logo halal tersebut perlulah pastikan bahawa ianya sah daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya tidak berlaku keraguaan daripada mana-mana pihak.Jelaslah bahawa,kesedaran daripada masyarakat amat penting untuk dalam mempertingkatkan potensi hub halal.

Penutup:
Secara keseluruhannya,terdapat banyak kebaikan daripada perkembangan industri hala ini untuk meningkatkan ekonomi negara.Justeru,penglibatan dan usaha berterusan dari semua pihak melalui agensi kerajaan, pihak swasta, usahawan-usahawan mampu merealisasikan hasrat kerajaan menjadi peneraju dan pusat halal sedunia.
afro
Back to top Go down
Abd Al-Hafiq B Abd Rahman
Tahap Permata
Tahap Permata


Posts : 7
Join date : 12/06/2012
Age : 22

PostSubject: hab halal   Thu Jul 11, 2013 12:23 pm

Selaras dengan matlamat Malaysia untuk menjadi hab halal dunia, industri ini menjanjikan pulangan yang lumayan kepada negara. Maka, segala potensi yang ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam mencapai hasrat tersebut. Bincangkan.



KEHENDAK SOALAN : KELEBIHAN + POTENSI

1. Menjana ekonomi negara

- kemasukan pelabur asing membantu dalam merancakkan sumber ekonomi kepada negara.

- kuasa beli pengguna tempatan yang tinggi menggalakkan keuntungan kepada industri halal.

- Cth : Di Malaysia, perolehan kasar melebihi RM 5 bilion untuk industri halal.

2. Membuka lebih banyak peluang pekerjaan

- pertumbuhan pusat perniagaan berasaskan halal – menawarkan pekerjaan kepada masyarakat – bidang industri makanan dan restoran.

- keperluan yang tinggi dalam aktiviti penyelidikan berkaitan halal – memberi peluang pekerjaan kepada graduan.

- Cth : JAKIM memerlukan lebih ramai penyelidik dan pegawai – menetapkan piawaian status halal.

POTENSI

3. Pasaran yang luas

- bilangan pengguna tempatan beragama Islam yang ramai meliputi 80% penduduk.

Cth : Bilangan golongan Muslim di Malaysia yang mencecah seramai 15 juta orang.

- permintaan tinggi dalam kalangan penganut Islam di luar negara.

4. Kemudahan infrastruktur lengkap

- kemudahan pengangkutan yang cekap daripada segenap aspek – memudahkan kegiatan eksport dan import.

Cth : Pelabuhan Tanjung Manis, Sarawak – pelabuhan hab halal dunia.

- keupayaan jaringan jalur lebar internet yang meluas – memudahkan sesuatu industri diperluaskan ke seluruh dunia.

5. Sokongan aktif kerajaan

- menawarkan pengecualian cukai kepada industri pada peringkat awal.

- menganjurkan pelbagai pameran peringkat kebangsaan – galakkan memperkenalkan produk halal.

- Cth : Ekspo Halfest (Halal Festival )yang diadakan setiap tahun di Kuala Lumpur.

6. Kesedaran tinggi masyarakat

- kesedaran pengguna untuk mendapatkan makanan yang bersih dan suci.

- kadar penyakit berjangkit bagi haiwan ternakan import – pengguna menukar alternatif kepada daging sembelihan

-Cth : Penyakit lembu gila di Amerika Syarikat – komuniti mengubah pemakanan kepada makanan halal.
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA   Today at 10:27 pm

Back to top Go down
 
LATIHAN KARANGAN (JULAI) : HAB HALAL DUNIA
View previous topic View next topic Back to top 
Page 2 of 2Go to page : Previous  1, 2

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pengajian Am STPM P1 P2 P3  :: PENGAJIAN AM MODULAR :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3-
Jump to: