Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
Rujukan Karangan Penggal 3 I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
Rujukan Karangan Penggal 3 I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
Rujukan Karangan Penggal 3 I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
Rujukan Karangan Penggal 3 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
Rujukan Karangan Penggal 3 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
Rujukan Karangan Penggal 3 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
Rujukan Karangan Penggal 3 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
Rujukan Karangan Penggal 3 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
Rujukan Karangan Penggal 3 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Rujukan Karangan Penggal 3

2 posters

Go down

Rujukan Karangan Penggal 3 Empty Rujukan Karangan Penggal 3

Post by Al-hafiq Wed Jun 26, 2013 1:01 pm

 Malaysia dan Hubungan Antarabangsa
 
Faedah Yang Diperolehi Malaysia Sebagai Anggota Komanwel

• Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara komanwel dalam menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.
• Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand yang menjanjikan bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa Konfrontasi.
• Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara komanwel.
• Mesyuarat CHOGM memberi ruang untuk Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan bersama.
• Menganjurkan mesyuarat CHOGM.
• Mengisytiharkan Deklerasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi pencemaran.
• Berpeluang menyuarakan penentangan terhadap dasar apartheid.
• Eksport Malaysia ke negara komanwel dikenakan cukai yang rendah.
• Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.
• Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998.

Matlamat Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ((PBB)

• Menjamin keamanan dan keselamatan dunia
• Menggalakkan hubungan baik di kalangan negara anggota
• Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa
• Melindungi hak asasi manusia
• Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota

Peranan Malaysia Dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

• Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa
• Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo.
• Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk membantu negara itu mencapai kemerdekaan.
• Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran – Iraq .
• Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea.
• Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
• Menentang dasar aparteid.
• Menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik semua negara.
• Menjadi ahli Bank Dunia.
• Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah.
• Dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB.
• Tan Sri Razali Ismail menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB.
• Sebagai wakil PBB untuk menyelesaikan konflik politik Myanmar.
• Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin.

Peranan Malaysia Dalam Menegakkan Prinsip NAM

• Mengemukakan usul membela kepentingan negara membangun.
• Mengemukakan isu Palestin.
• Mengemukakan isu Antartika.
• Mengemukakan cadangan menghapuskan Dasar Apartheid
• Sebagai Naib Presiden dalam sidang kemuncak NAM di Belgrade
• Sebagai ahli G 16 yang membincangkan isu politik negara anggota.
• Menjadi tuan rumah sidang kemuncak NAM ke-13 pada 2003.
• Mengisytiharkan Deklerasi Kuala Lumpur untuk menghidupkan kembali NAM.
• Mengeluarkan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika terhadap Iraq.

Matlamat Penubuhan OIC

• Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan
• Menubuhkan Kumpulan 15
• Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di KL pada 1990
• Menagadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
• Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di KL
• Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global
• Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan

Peranan Malaysia Dalam OIC

• Tunku Abdul Rahman dipilih sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama
• Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
• Memberi sokongan kepada rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air
• Menjadi tuan rumah persidangan OIC pada 1974 dan 2003
• Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada 2002
• Menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
• Mengsyorkan penggunaan dinar emas di kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan


Faedah Yang Dinikmati Oleh Malaysia Sebagai Anggota OIC

• Mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek untuk rakyat
• Mendapat bantuan untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
• Mendapat penghormatan negara anggota lain kerana serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negara Islam
• Ketokohan pemimpin Malaysia terserlah melalui dasar Malaysia yang mengutamakan keamanan dan kesejahteraan.

Matlamat Penubuhan ASEAN

• Mengekalkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara.
• Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
• Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian.
• Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan.
• Mengadakan hubungan erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Peranan dan Sumbangan Malaysia Sebagai Anggota ASEAn

• Menandatangani Deklerasi Kuala Lumpur pada November 1971.
• Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
• Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea.
• Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea.
• Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.
• Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkut bahan atau senjata nuklear.
• Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya projek baja urea.
• Menyertai kerjasama ekonomi melalui AFTA.
• Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi memperluaskan kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.
• Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN + 3.
• Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
• Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
• Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian.
• Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
• Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio.
• Menganjurkan Sukan SEA.
• Menjalinkan kerjasama menyertai Tahun Melawat ASEAN 1992.

Ciri-Ciri Negara Selatan

• Pernah dijajah oleh kuasa Barat
• Masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah
• Tidak mempunyai kepakaran
• Tidak mempunyai modal untuk memproses bahan mentah menjadi barang siap
• Dibebani syarat perdagangan yang tidak adil
• Harga bahan mentahnya dikawal oleh negara maju
• Menanggung kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan

Matlamat Penubuhan Negara-Negara Selatan

- Mengatasi harga eksport bahan mentah
- Meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota
- Mengurangkan pergantungan kepada negara maju

Peranan Malaysia Dalam Negara-Negara Selatan

• Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan
• Menubuhkan Kumpulan 15
• Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di KL pada 1990
• Menagadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
• Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di KL
• Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global
• Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan

Al-hafiq

Posts : 2
Join date : 19/06/2013
Age : 29

Back to top Go down

Rujukan Karangan Penggal 3 Empty ISU ANTARABANGSA : DIALOG ANTARABANGSA LANGKAWI (LID) 2011 PERTINGKAT HUBUNGAN EKONOMI

Post by Abd Al-Hafiq B Abd Rahman Tue Jul 02, 2013 10:20 am

ISU ANTARABANGSA : DIALOG ANTARABANGSA LANGKAWI (LID) 2011 PERTINGKAT HUBUNGAN EKONOMI


Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2011 yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini berjaya mencapai matlamat meningkatkan kepentingan dan nilai hubungan perniagaan serta ekonomi antara Malaysia dan Afrika di tengah-tengah perubahan dalam landskap sosioekonomi global.  Penganjurannya secara langsung bukan saja dapat merapatkan hubungan diplomatik antara kedua-dua pihak malah membuka banyak peluang dari segi perdagangan, pelaburan dan perkongsian bestari untuk manfaat semua pihak. LID 2011 yang menekankan kepada usaha ‘perkongsian menang-menang’ berjaya memberi kesinambungan kepada usaha Pengurusan Teknologi Bagi Kerjasama Komanwel (CPTM) di bawah siri Dialog Perkongsian Bestari negara Komanwel sejak 1995 untuk mempromosikan kerjasama kreatif antara kerajaan dengan sektor dalam merangsang kegiatan ekonomi antara Malaysia dan rantau Afrika.

Rata-rata delegasi yang hadir pada dialog kali ini menyatakan kekaguman mereka terhadap pelan transformasi jangka panjang kerajaan yang dirancang rapi bagi mencapai status negara maju pada 2020.  Menteri Sains dan Teknologi Mozambique, Venancio Simao Massingue, berkata konsep proses transformasi dan inovasi yang dilakukan kerajaan adalah sesuatu yang mengagumkan, sekali gus wajar dilaksanakan negara Afrika yang secara umumnya mempunyai kekayaan sumber asli hampir sama seperti Malaysia. “Proses tadbir urus yang baik seperti yang dibentangkan dalam proses transformasi itu memberi inspirasi yang menyokong sepenuhnya hala tuju pertumbuhan yang berorientasikan hasil,” katanya.  Forum perniagaan Malaysia-Afrika (MABF) yang dianjurkan sempena LID 2011 pula mencapai matlamatnya dari segi mengukuhkan dagangan dua hala antara kedua-dua pihak selain mewujudkan kesedaran di kalangan syarikat tempatan terhadap peluang yang disediakan di benua itu.

Selain itu, forum berkenaan turut berjaya meningkatkan kerjasama perniagaan antara Malaysia dan Afrika untuk membentuk peluang pasaran baru memandangkan wujudnya perubahan dalam sentimen pasaran, sekali gus menyesuaikan kedudukan semasa itu untuk menawarkan produk serta perkhidmatan yang betul ke dalam pasaran. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengambil langkah segera dengan rancangan menganjurkan beberapa siri seminar susulan untuk terus meningkatkan kesedaran di kalangan syarikat tempatan mengenai peluang yang disediakan Afrika. Program sasaran seperti Misi Belian Masuk dan Misi Pemasaran akan dianjurkan untuk memberi manfaat kepada kedua-dua komuniti perniagaan tempatan dan Afrika. Ketua Eksekutifnya, Datuk Noharuddin Nordin, berkata sebuah lagi pejabat cawangan MATRADE akan dibuka di Lagos, Nigeria untuk menggalak serta memudah cara usahawan tempatan menjalankan perniagaan di Afrika, sebagai tambahan kepada pejabat cawangan sedia ada di Kaherah, Nairobi dan Johannesburg.

“Setakat ini, sebanyak 93 syarikat tempatan beroperasi di 27 negara Afrika. Dagangan dua hala kedua-dua pihak masih rendah dengan Afrika mewakili 2.1 peratus dagangan keseluruhan negara dan Malaysia mewakili 1.6 peratus dagangan keseluruhan Afrika,” katanya. MABF turut berjaya menghasilkan rancangan membentuk kemakmuran ekonomi dengan adanya sinergi kerjasama perniagaan Malaysia dan Afrika menerusi bertambahnya minat syarikat tempatan untuk melawat serta menubuhkan operasi di benua berkenaan. Ini dapat dicapai menerusi cadangan mewujudkan perjalanan udara terus dari Malaysia ke beberapa ibu negara utama di Afrika yang dapat meningkatkan trafik antara kedua-dua pasaran, sekali gus membawa lebih banyak peluang perniagaan baru pada masa akan datang.
Abd Al-Hafiq B Abd Rahman
Abd Al-Hafiq B Abd Rahman
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 7
Join date : 12/06/2012
Age : 29

Back to top Go down

Rujukan Karangan Penggal 3 Empty Dasar Luar Malaysia

Post by Abd Al-Hafiq B Abd Rahman Tue Jul 02, 2013 10:25 am

Dasar Luar Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang pastinya tidak mampu hidup bersendirian. Atas kesedaran ini, Malaysia berpendapat kerjsama serantau adalah merupakan agenda penting dalam hubungan luarnya untuk mengujudkan kestabilan serantau dalam menghadapi ancaman musuh. Peranan dan penglibatan ini juga penting kepada Malaysia kerana sebagai sebuah negara yang baru merdeka perlu mengambil peranan, mendapat tempat dan diterima setaraf dengan negara-negara lain di dunia seterusnya mencipta identity sendiri.

Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar negara bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Pada hakikatnya, walaupun terdapat pelbagai persepsi dan pengertian mengenai dasar luar negara, setiap dasar luar negara yang dibentuk perlu mengambilkira persekitaran luar yang dinamik. Pengertian di atas juga merujuk kepada dasar luar negara Melaysia. Kepelbagaian faktor geografi, sejarah, sosial dan politik menyumbang kepada pembentukan dan halatuju hubungan anatarabangsa Malaysia dengan negara-negara lain. Selain daripada faktor-faktor tersebut, faktor globalisasi di ambang perkembangan era komunikasi dan teknologi maklumat juga memainkan peranan yang semakin penting. Walau apa pun faktor-faktornya, objektif dasarnya adalah sama iaitu ke arah menjaga dan mengekalkan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa.Contohnya dalam konteks ASEAN, kesemua negara anggota ASEAN berganding bahu dalam usaha meningkatkan kerjasama di kalangan ahli-ahalinya. Manakala serantau pula secara umumnya dapat didefinasikan sebagai satu proses yang melibatkan sebahagian negara yang terhad disesuatu rantau berkenaan dan akhirnya dibentuk sebagai suatu rganisasi serantau. Oleh itu kerjasama serantau membawa kepada penyatuan negara-negara dalam keperluan politik, ekonomi dan pertahanan.

Penelitian mendalam dasar luar Malaysia menunjukkan bahawa semenjak tahun 1957 ianya melalui perubahan yang stabil sejajar dengan perubahan pucuk kepimpinan politik negara. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengamalkan dasar anti-komunis dan sikap pro-Barat dengan mengadakan hubungan yang rapat dengan negara-negara Komenwel. Beliau juga telah merintis usaha kepada dasar berkecuali , neutral dan keamanan bersama. Di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein pula, Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan mula dikenali sebagai negara Islam. Semangat ingin berbaik-baik dan mencari rakan baru pada masa itu juga telah merapatkan lagi hubungan Malysia dengan Pertubuhan Negara-negera Berkecualai (NAM). Selain itu, Malaysia turut menggalakkan pelaburan selain daripada sumber-sumber British.



Era kepimpinan Tun Hussein Onn pula menyaksikan Malaysia mempereratkan hubungan serantau. ASEAN, contohnya telah menjadi prinsip asas kepada dasar luar Malaysia selepas kejatuhan Saigon (sekarang Ho Chi Minh City) pada 1975, pengunduran pengakalan-pengakalan tentera Amerika Syarikat di Asia Tenggara dan serangan Vietnam ke atas Kampuchea (sekarang Cambodia)

Walau bagaimanapun , dasar luar Malaysia telah melalui perubahan yang dramatik selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri yang keempat pada tahun 1981. Di bawah kepimpinan beliau dasar luar Malaysia lebih berorientasikan kepada aspek-aspek ekonomi. Pada masa yang sama, dasar luar Malaysia dilihat lebih menekankan kepada hak, kepentingan dan aspirasi negara-negara membangun dan sokongan kerjasama selatan-selatan.



Kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah dapat menyaksikan pelbagai inisiatif. Antaranya, Antartika sebagai hak warisan manusia sejagat, Dasar Pandang ke Timur, Pelaburan Imbal-Balik, Kokus Ekonomi Asia Timur (EAEC), Kumpulan 15 (G 15), Penyatuan Islam dan memperjuangkan hak-hak negara membangun dalam isu-isu alam sekitar, hak asasi manusia serta demokrasi.



Evolusi dasar luar Malaysia di bawah kempat-empat Perdana Menteri setakat ini telah menunjukan bahawa mereka telah memberi respon pragmatik bersesuaian dengan perubahan geopolitik dan ekonomi yang berlaku pada masa itu. Ini kerana untuk terus menjadi relevan kepada keperluan negara, dasar luar negara tidak boleh berada dalam keadaan static. Ianya memerlukan perubahan. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama , kesinambungan dalam konteks dasar luar negara juga perlu dititik beratkan. Kedua-dua perubahan dan kesinambungan ini sesungguhnya menampakkan rasa yakin diri dan kematangan Malaysia dalam urusan hubungn antarabangsanya.



Malaysia merupakan sebuah negara di rantau ini yang bergerak cergas dalam beberapa pertubuhan serantau bagi meningkatkan kerjasama di kalangan negara-negara Asia Tenggara. Pembinaan kerjasama ini telah dimulakan sejak tahun 1950-an lagi. Ini dapat dilihat semasa lawatan rasmi Tunku Abdul Rahman ke Filipina pada bulan Januari 1959, beliau telah mengumumkan pembentukan Perjanjian Ekonomi dan Persahabatan Negara-negara Asia Tenggara (Southeast Asian Frienship and Economic Treaty) yang dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman dan Presiden Filipina , Carlos P. Garcia.
Abd Al-Hafiq B Abd Rahman
Abd Al-Hafiq B Abd Rahman
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 7
Join date : 12/06/2012
Age : 29

Back to top Go down

Rujukan Karangan Penggal 3 Empty Re: Rujukan Karangan Penggal 3

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum