Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3

Forum Untuk STPM Pengajian Am
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
"... Diharapkan ruangan forum ini memberi manfaat kepada pelajar... Gunakan sebaik mungkin segala informasi dan maklumat....Semoga Kejayaan Milik Anda... Aminnn."

Share | 
 

 Mengalih Teks Bukan Linear Kepada Teks Linear

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
cg sue
Admin
Admin


Posts : 1606
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

PostSubject: Mengalih Teks Bukan Linear Kepada Teks Linear   Fri Jul 05, 2013 7:55 am

Mengalih Teks Bukan Linear Kepada Teks Linear : Jenis Pola

Terdapat 3 Jenis Pola yang perlu dianalisis:

1. Pola Perubahan
• meningkat berterusan
• tidak konsisten / tidak setabil / turun naik
• konsisten / stabil
• menurun berterusan

2. Pola Bandingan
• bandingan dalam tahun (sektor tertinggi / sektor terendah tahun tersebut)
• bandingan antara tahun ( sektor tertinggi / sektor terendah - setiap tahun )
• bandingan jumlah besar (paling besar / paling kecil)

3. Pola Umum
Analisa kedua-dua pola ( pola perubahan dan pola bandingan)

_________________
Quote :
Sedikit pengetahuan yang dilaksanakan jauh lebih berharga daripada pengetahuan tapi tidak digunakan
Back to top Go down
http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com
cg sue
Admin
Admin


Posts : 1606
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

PostSubject: Re: Mengalih Teks Bukan Linear Kepada Teks Linear   Fri Jul 05, 2013 8:52 am

Bahagian ini untuk menguji kebolehan calon mengalih bentuk komunikasi daripada bentuk bukan linear ( jadual, graf atau carta) kepada bentuk linear dan mengutip maklumat daripada data / carta.

Komunikasi terlibat

• kefahaman
• analisis
• kebahasaan


Ciri-ciri jawapan

• Idea / Isi
• Huraian dan penjelasan ( Isi data/ carta, fakta dan perhubungan fakta)
• Kebahasaan ( jelas,tepat,padat,tersusun )
• Rumusan / kesimpulan / pendapat


Pemarkahan

• Isi - 4
• Huraian - 2 x 4 = 8
• Bahasa - 2
• Impak - 1
• Jumlah = 15

_________________
Quote :
Sedikit pengetahuan yang dilaksanakan jauh lebih berharga daripada pengetahuan tapi tidak digunakan
Back to top Go down
http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com
cg sue
Admin
Admin


Posts : 1606
Join date : 16/05/2009
Location : Sibu

PostSubject: Re: Mengalih Teks Bukan Linear Kepada Teks Linear   Fri Jul 05, 2013 8:53 am

TEKNIK MENJAWAB SOALAN STATISTIK (JADUAL)
Pendahuluan
1 Baca dan fahami jadual yang diberikan.
2 Tuliskan, jadual ini menunjukkan ... (berdasarkan soalan yang dikemukakan).
3 Nyatakan pemboleh ubah yang disenaraikan.
4 Berikan jumlah keseluruhan dan buat perbandingan jumlah keseluruhan (dalam bentuk angka, peratus atau positif dan negatif).
5 Nyatakan sebab berlaku sesuatu perubahan itu.


Isi
1 Tulis sekurang-kurangnya 4 isi.
2 Huraikan kriteria data secara melintang dahulu bagi sesuatu tahun.
3 Nyatakan perubahan ketara.
4 Perlu buat analisis dengan mengemukakan angka, perubahan angka dan peratus.
5 Perlu nyatakan sebab berlaku perubahan.
6 Huraikan kriteria data secara menegak, iaitu mana tertinggi dan terendah bagi tahun tertentu.


Penutup
Membuat kesimpulan secara ringkas berdasarkan jadual yang diberi.

_________________
Quote :
Sedikit pengetahuan yang dilaksanakan jauh lebih berharga daripada pengetahuan tapi tidak digunakan
Back to top Go down
http://pengajianamkertas2-cikgusue.blogspot.com
Sponsored content




PostSubject: Re: Mengalih Teks Bukan Linear Kepada Teks Linear   Today at 10:23 pm

Back to top Go down
 
Mengalih Teks Bukan Linear Kepada Teks Linear
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pengajian Am STPM P1 P2 P3  :: PENGAJIAN AM MODULAR :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3-
Jump to: