Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 2 I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 2 I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 2 I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 2 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 2 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 2 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 2 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 2 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 2 I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN

+19
Neesa Moiyy
Little Niqabi
aientzgreen
Wardah punyer
wan wann
halina arni
nazrah rah
fabblue dolphin
sarahiykah
zaki rabani
rozaida R
uechuna
wien menma
paah
eqynnoh
Pororo
sirah shahirah
dewi wie
cg sue
23 posters

Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 2 Empty :cheers: Malaysia Dan Ekonomi Negara Selatan-Selatan

Post by Fikri Rasdi Fri Jul 05, 2013 10:21 am

Pendahuluan :
Malaysia merupakan salah sebuah negara yang tersenarai di dalam negara-negara selatan. Malaysia juga bergiat aktif dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan. Oleh itu, pelbagai rancangan telah dilakukan dalam memperjuangkan kepentingan ekonomi negara-negara selatan.

Isi 1 :
Antara rancangan yang telah dilakukan ialah mewujudkan dialog dengan negara-negara utara. Hal ini demikian kerana ia melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara Dunia Ketiga tentang isu ekonomi. Contohnya melalui Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tentang Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAO), Kerjasama Ekonomi Antarabangsa (CIEC), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Ini dapat membantu menjelaskan keperluan menyusun semula ketidakseimbangan perdagangan dan pembayaran yang berpunca daripada sikap negara-negara utara yang tiada usaha membantu ekonomi negara-negara selatan.

Isi 2 :
Malaysia yang telah untuk membentuk suatu sistem perdagangan atau order ekonomi dunia. Malaysia telah mendapat sokongan daripada 77 buah negara selatan. Antara usaha oleh Malaysia ialah menuntut supaya negara-negara utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara. Contohnya penghapusan sekatan pedagangan, bayarab hutang negara selatan, menyedia bantuan dan pemindahan teknologi, pembabitan negara selatan dalam membuat keputusan tentang Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), peluasan pasaran dan penentuan semula tarif serta syarat perdagangan.

Isi 3 :
Selain itu, Malaysia juga telah mencadangkan kerjasama yang lebih rapat antara negara selatan. Kerjasama yang dimaksudkan meliputi aspek perdagangan, kewangan, sains dan teknologi serta kewangan. Hal ini demikian kerana untuk mengelak dominasi negara utara terhadap ekonomi dunia. Oleh itu, negara utara haruslah membuat perjanjian dengan kumpulan negara selatan untuk mengelakkan kejadian dominasi tersebut daripada berlaku.

Isi 4 :
Malaysia juga telah mewakili negara-negara selatan dalam kumpulan dalam kumpulan G-15 dan kumpulan G-77. Malaysia telah merangka strategi kerjasama selatan yang lebih utuh sepanjang menjadi wakil kumpulan. Dalam Sidang Kemuncak Pertama yang dijayakan oleh Malaysia di Kula Lumpur pada tahun 1990, Malysuia telah merancang kerjasama bidang sains dan teknologi dan penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknolgi Selatan (SITTDEC).

Kesimpulan :
Secara keseluruhannya, Malaysia merupakan negara yang aktif dalam memperjuangkan kegiatan ekonomi negara-negara selatan.
Fikri Rasdi
Fikri Rasdi
Tahap Permata
Tahap Permata

Posts : 1
Join date : 25/06/2012
Age : 29

Back to top Go down

LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN - Page 2 Empty Re: LATIHAN KARANGAN : MALAYSIA DAN EKONOMI NEGARA SELATAN-SELATAN

Post by AzRi Fri Jul 05, 2013 10:25 am

Pendahuluan:
 
             Malaysia merupakan salah sebuah negara yang aktif dalam memperjuangkan ekonomi negara-negara selatan. Oleh itu,langkah bagi memastikan hubungan ini terus kekal perlu di ambil.


Isi 1:

             Antara langkah tersebut ialah dengan mewujudkan dialog dengan negara-negara Utara. Dialog ini melibatkan perjuangan antara negara-negara perindustrian dengan negara Dunia ketiga tentang isu ekonomi. Dialog ini boleh diwujudkan melalui PBB,Kerjasama Ekonomi Antarabangsa(CIEC) dan Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF). Dialog ini adalah untuk menjelaskan keperluan menyusun semula ketidakseimbangan perdagangan dan pembayaran yang berpunca daripada sikap negara-negara Utara yang tidak mahu membantu ekonomi negara Selatan. Jelaslah bahawa dialog Utara-Selatan penting bagi mengekalkan Malaysia sebagai negara yang aktif dalam memperjuangkan ekonomi negara Selatan.


Isi 2:

              Selain itu,pembentukan suatu sistem perdagangan atau order ekonomi juga dapat memastikan hubungan Malaysia dengan negara-negara Selatan terpelihara. Cadangan Malaysia terhadap pembentukan ini mendapatkan sokongan daripada 77 buah negara Selatan. Antara usaha Malaysia ialah dengan menuntut supaya negara-negara Utara mengurangkan sikap tidak adil dalam beberapa perkara. Contohnya ialah penghapusan sekatan perdagangan,bayaran hutang negara Selatan dan menyedia bantuan dan pemindahan teknologi.


Isi 3:

               Malaysia juga telah mencadangkan kerjasama yang lebih rapat antara negara-negara Selatan. Kerjasama tersebut merangkumi kerjasama dalam aspek perdagangan,kewangan serta sains dan teknologi. Kerjasama Malaysia dengan negara-negara Selatan adalah bertujuan untuk mengelak dominasi negara Utara terhadap ekonomi dunia. Oleh itu,negara-negara utara haruslah membuat perjanjian dengan kumpulan negara Selatan agar dominasi tersebut dapat dielakkan. Jelaslah bahawa kerjasama yang rapat antara negara-negara Selatan dapat memastikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aktif dalam memperjuangkan ekonomi negara-negara Selatan.


Isi 4:

               Di samping itu,Malaysia juga telah mewakili negara-negara Selatan dalam Kumpulan G-55 dan Kumpulan G-77. Hal demikian kerana untuk merangka strategi kerjasama Selatan yang lebih utuh. Contohnya merancang kerjasama bidang sains dan teknologi dan penubuhan Pusat Pertukaran Data Perlaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan(SITTDEC). Kuala Lumpur merupakan lokasi bagi sidang kemuncak yang pertama iaitu pada tahun 1990. Jelaslah bahawa dengan mewakili negara Selatan dalam KUmpulan G-55 dan Kumpulan G-77 dapa mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang aktif dalam memperjuangkan ekonomi negara-negara Selatan.


Isi 5:

                Selain itu, Malaysia juga telah mewujudkan hubungan perdagangan dalam kalangan negara Selatan. Hal ini demikian kerana untuk mencari rakan dagang baharu. Contohnya pada Ogos tahun 2009, Lembaga Perindustrian Malaysia(MIOA) berhasrat untuk menggalakkan hubungan perdagangan dan perlaburan antara Malaysia dengan negara Selatan. Natijahnya,hubungan diplomatik akan menjadi rapat dan terjalin secara berterusan dalam persidangan badan sedunia. Jelas bahawa hubungan perdagangan dalam kalangan negara Selatan dapat menjadi Malaysia sebagai negara yang aktif dalam memperjuangkan ekonomi negara-negara Selatan.


Penutup:

                Secara keseluruhan,usaha Malaysia dalam kerjasama dengan negara-negara Selatan perlu diperbanyakkan agar hubungan Malaysia dengan negara-negara Selatan akan lebih erat dan rapat.


What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face What a Face :
AzRi
AzRi

Posts : 1
Join date : 22/05/2012
Age : 30

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum