Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3

Forum Untuk STPM Pengajian Am
 
HomeCalendarFAQSearchRegisterLog in
"... Diharapkan ruangan forum ini memberi manfaat kepada pelajar... Gunakan sebaik mungkin segala informasi dan maklumat....Semoga Kejayaan Milik Anda... Aminnn."

Share | 
 

 Kebaikan perdagangan antarabangsa

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Al-hafiq



Posts : 2
Join date : 19/06/2013
Age : 22

PostSubject: Kebaikan perdagangan antarabangsa   Wed Jun 26, 2013 12:25 pm

-kebaikan perdagangan antarabangsa boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kebaikan kepada pengguna, kebaikan kepada pengusaha dan kebaikankepada negara.
 
Kebaikan kepada pengguna
1.Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan di dalam negeri
-Sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua barang kerana terdapatnya pelbagaihalangan seperti perbezaan iklim, tanih dan sebagainya. Oleh itu, perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara memperoleh barang yang tidak dikeluarkanoleh negara berkenaan. Misalnya, Jepun yang tidak mempunyai gas asli cecair dapat menggunakan sumber tersebut apabila menjalankan perdagangan antarabangsa dengan Malaysia.
 
2.Menawarkan pilihan yang pelbagai
-Melalui perdagangan antarabangsa, pelbagai jenis barang dapat diimport. Ini dapat memberikan pilihan yang pelbagai kepada pengguna mengikut cita rasa dan kemampuannya. Sebagai contoh, rakyat Malaysia dapat memilih pelbagai jenis kereta,sama ada model tempatan atau model import. Pilihan yang luas ini akan meningkatkantaraf hidup para pengguna.
 
3.Menikmati barang dengan harga yang murah
-Perdagangan antarabangsa menggalakkan pengkhususan. Pengkhususan meningkatkan kemahiran dan kecekapan pengeluaran dan membolehkan pengeluaran barang dikeluarkan secara besar-besaran. Pengeluaran secara besar-besaran ini membolehkan barang dikeluarkan pada harga yang lebih mudah dan dengan mutu yang lebih baik.
 
Kebaikan kepada penguasaha
.4.Meluaskan pasaran
-Perdagangan antarabangsa membolehkan lebihan penawaran dalam negara dieksport keluar negara. Hal ini demikian kerana pasaran antarabangsa adalah lebih luasberbanding dengan pasaran tempatan. Pasaran yang lebih luas membolehkan firma memperoleh keuntungan yang lebih tinggi dan seterusnya meningkatkan pendapatan negara.
 
5.Menggalakkan penggunaan teknologi
-Melalui perdagangan antarabangsa, pengeluar tempatan boleh mengimport mesin danalat-alat yang lebih moden untuk digunakan dalam proses pengeluaran. Kemasukan teknologi moden dapat meningkatkan daya pengeluaran dan memesatkan perkembangan industri tempatan.
 
6.Meningkatkan kecekapan pengeluaran
-Apabila sesebuah negara menjalankan perdagangan antarabangsa, maka wujudlah terhadap barang-barang yang dikeluarkan oleh negara berkenaan. Persaingan ini akan menggalakkan pihak pengeluar menghasilkan barang yang lebih bermutu dengan kaedahpengeluaran yang lebih cekap. Sebagai kesannya, persaingan dapat menghalang firmamonopoli mengenakan harga yang lebih tinggi. Di samping itu, persaingan boleh juga menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan mempercepat penggunaan teknologi baru.
 
.7.Menambah peluang pekerjaan
-Dalam ekonomi dunia yang sedang berkembang, permintaan terhadap barang eksport sesebuah negara akan bertambah dari semasa ke semasa. Ini akan menggalakkanpengeluar dan pelabur asing untuk membesarkan skala pengeluaran firmanya. Justeru peluang pekerjaan yang lebih banyak akan dapat diwujudkan serta masalah pengangguran dalam negeri akan dapat dikurangkan.
 
Kebaikan kepada negara
8.Menggalakkan pelaburan
-Apabila sesebuah negara menjalankan dasar ekonomi terbuka, maka negara tersebut dapat menggalakkan kemasukan pelaburan asing. Malaysia membenarkan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI), khasnya dalam sektor Eksport kerana FDI dapat mempercepat pertumbuhan ekonomi. Selain itu, Malaysia membenarkan perkongsianekuiti dengan pelabur asing seperti yang berlaku dalam industri kereta nasionaldan penerbangan awam.
 
9.Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang
-Perdagangan antarabangsa dapat menggalakkan persefahaman dan kerjasama antaranegara. Ini dapat mewujudkan hubungan yang baik dari segi politik, sosial dankebudayaan antara rakan dagang.
Back to top Go down
 
Kebaikan perdagangan antarabangsa
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Pengajian Am STPM P1 P2 P3  :: PENGAJIAN AM MODULAR :: PENGAJIAN AM PENGGAL 3-
Jump to: