Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
Kebaikan perdagangan antarabangsa I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
Kebaikan perdagangan antarabangsa I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
Kebaikan perdagangan antarabangsa I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
Kebaikan perdagangan antarabangsa I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
Kebaikan perdagangan antarabangsa I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
Kebaikan perdagangan antarabangsa I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
Kebaikan perdagangan antarabangsa I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
Kebaikan perdagangan antarabangsa I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
Kebaikan perdagangan antarabangsa I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

Kebaikan perdagangan antarabangsa

Go down

Kebaikan perdagangan antarabangsa Empty Kebaikan perdagangan antarabangsa

Post by Al-hafiq Wed Jun 26, 2013 12:25 pm

-kebaikan perdagangan antarabangsa boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kebaikan kepada pengguna, kebaikan kepada pengusaha dan kebaikankepada negara.
 
Kebaikan kepada pengguna
1.Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan di dalam negeri
-Sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan semua barang kerana terdapatnya pelbagaihalangan seperti perbezaan iklim, tanih dan sebagainya. Oleh itu, perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara memperoleh barang yang tidak dikeluarkanoleh negara berkenaan. Misalnya, Jepun yang tidak mempunyai gas asli cecair dapat menggunakan sumber tersebut apabila menjalankan perdagangan antarabangsa dengan Malaysia.
 
2.Menawarkan pilihan yang pelbagai
-Melalui perdagangan antarabangsa, pelbagai jenis barang dapat diimport. Ini dapat memberikan pilihan yang pelbagai kepada pengguna mengikut cita rasa dan kemampuannya. Sebagai contoh, rakyat Malaysia dapat memilih pelbagai jenis kereta,sama ada model tempatan atau model import. Pilihan yang luas ini akan meningkatkantaraf hidup para pengguna.
 
3.Menikmati barang dengan harga yang murah
-Perdagangan antarabangsa menggalakkan pengkhususan. Pengkhususan meningkatkan kemahiran dan kecekapan pengeluaran dan membolehkan pengeluaran barang dikeluarkan secara besar-besaran. Pengeluaran secara besar-besaran ini membolehkan barang dikeluarkan pada harga yang lebih mudah dan dengan mutu yang lebih baik.
 
Kebaikan kepada penguasaha
.4.Meluaskan pasaran
-Perdagangan antarabangsa membolehkan lebihan penawaran dalam negara dieksport keluar negara. Hal ini demikian kerana pasaran antarabangsa adalah lebih luasberbanding dengan pasaran tempatan. Pasaran yang lebih luas membolehkan firma memperoleh keuntungan yang lebih tinggi dan seterusnya meningkatkan pendapatan negara.
 
5.Menggalakkan penggunaan teknologi
-Melalui perdagangan antarabangsa, pengeluar tempatan boleh mengimport mesin danalat-alat yang lebih moden untuk digunakan dalam proses pengeluaran. Kemasukan teknologi moden dapat meningkatkan daya pengeluaran dan memesatkan perkembangan industri tempatan.
 
6.Meningkatkan kecekapan pengeluaran
-Apabila sesebuah negara menjalankan perdagangan antarabangsa, maka wujudlah terhadap barang-barang yang dikeluarkan oleh negara berkenaan. Persaingan ini akan menggalakkan pihak pengeluar menghasilkan barang yang lebih bermutu dengan kaedahpengeluaran yang lebih cekap. Sebagai kesannya, persaingan dapat menghalang firmamonopoli mengenakan harga yang lebih tinggi. Di samping itu, persaingan boleh juga menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan mempercepat penggunaan teknologi baru.
 
.7.Menambah peluang pekerjaan
-Dalam ekonomi dunia yang sedang berkembang, permintaan terhadap barang eksport sesebuah negara akan bertambah dari semasa ke semasa. Ini akan menggalakkanpengeluar dan pelabur asing untuk membesarkan skala pengeluaran firmanya. Justeru peluang pekerjaan yang lebih banyak akan dapat diwujudkan serta masalah pengangguran dalam negeri akan dapat dikurangkan.
 
Kebaikan kepada negara
8.Menggalakkan pelaburan
-Apabila sesebuah negara menjalankan dasar ekonomi terbuka, maka negara tersebut dapat menggalakkan kemasukan pelaburan asing. Malaysia membenarkan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI), khasnya dalam sektor Eksport kerana FDI dapat mempercepat pertumbuhan ekonomi. Selain itu, Malaysia membenarkan perkongsianekuiti dengan pelabur asing seperti yang berlaku dalam industri kereta nasionaldan penerbangan awam.
 
9.Mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang
-Perdagangan antarabangsa dapat menggalakkan persefahaman dan kerjasama antaranegara. Ini dapat mewujudkan hubungan yang baik dari segi politik, sosial dankebudayaan antara rakan dagang.

Al-hafiq

Posts : 2
Join date : 19/06/2013
Age : 29

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum