Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~


Join the forum, it's quick and easy

Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Sila "Login" sekiranya anda sudah mendaftar dan sila "register" sebagai ahli. Terima Kasih kerana menyokong Forum diskusi ilmu ini.

~Admin~
Pengajian Am STPM P1 P2 P3
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» LATIHAN PKP 4
kaedah tingkatkan ekonomi dua hala I_icon_minitimeFri Apr 17, 2020 8:46 pm by Raden Nuralia Jasmien

» LATIHAN PKP 4
kaedah tingkatkan ekonomi dua hala I_icon_minitimeWed Apr 15, 2020 8:21 pm by cg sue

» LATIHAN PKP 4
kaedah tingkatkan ekonomi dua hala I_icon_minitimeTue Apr 14, 2020 12:49 am by Zuhairahs

» LATIHAN AZZALIA
kaedah tingkatkan ekonomi dua hala I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:41 pm by cg sue

» LATIHAN NAZRI
kaedah tingkatkan ekonomi dua hala I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:33 pm by cg sue

» LATIHAN ALLIYA
kaedah tingkatkan ekonomi dua hala I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:30 pm by cg sue

» LATIHAN IZLYN
kaedah tingkatkan ekonomi dua hala I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:28 pm by cg sue

» LATIHAN FAHIMI
kaedah tingkatkan ekonomi dua hala I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:24 pm by cg sue

» LATIHAN ASYRAF
kaedah tingkatkan ekonomi dua hala I_icon_minitimeSat Apr 11, 2020 9:22 pm by cg sue

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search

kaedah tingkatkan ekonomi dua hala

Go down

kaedah tingkatkan ekonomi dua hala Empty kaedah tingkatkan ekonomi dua hala

Post by dewi wie Wed Jun 26, 2013 11:46 am

Hubungan luar sesebuah negara amat penting dalam kemajuan negara tersebut.

Jelaskan cara-cara untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala antara negara yang berjiran.

Hubungan luar negara merujuk hubungan diplomatik yang dijalin antara dua buah negara yang berjiran. Antara contoh hubungan luar negara ini melibatkan hubungan Malaysia dengan Singapura dan Thailand serta Brunei. Media massa turut menyiarkan pelbagai ulasan berita yang mengaitkan kepentingan hubungan luar negara sehingga menjadikan sebarang isu politik negara jiran diketahui oleh penduduk negara ini. Jelaslah, ada pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan oleh negara ini bersama-sama negara jirannya untuk meningkatkan hubungan diplomatik itu.

Pertamanya, kerjasama dalam bidang ekonomi boleh dijalankan kerana bidang ekonomilah yang paling mudah untuk dilaksanakan antara mana-mana negara pada era globalisasi ini. Aspek pelaburan asing antara kedua-dua buah negara seperti pelabur Singapura boleh melabur di Malaysia dan pelabur Malaysia pula dibenarkan untuk mewujudkan perniagaan di negara pulau itu. Situasi inilah yang bakal mewujudkan hubungan secara tidak langsung lalu menjadi rapat terutama selepas perniagaan itu berjaya mengaut keuntungan yang tinggi pula. Jadi, kerjasama dalam bidang ekonomi menjadi pemangkin hubungan yang erat antara dua negara berjiran itu.

Selain itu, kerajaan Malaysia dan Thailand boleh melakukan pertukaran maklumat tentang aspek keselamatan terutama yang melibatkan kawasan sempadan bersama. Kita sedia maklum bahawa penjenayah telah menggunakan kawasan sempadan yang panjang antara Malaysia-Thailand untuk menjalankan pelbagai aktiviti jenayah seperti penyeludupan senjata, manusia, dan dadah. Kerjasama untuk berkongsi informasi risikan tentang aktiviti penjenayah ini menjamin kedua-dua pihak berkuasa dari setiap negara boleh menghalang berlakunya kegiatan jenayah di negara masing-masing. Sesungguhnya, keselamatan kawasan sempadan menjadi bukti kukuhnya semangat menghormati antara negara yang berjiran itu.

Pada masa yang sama, usaha untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua negara yang berjiran boleh dilakukan dengan menggalakkan kehadiran pelancong dari kedua-dua buah negara yang terbabit. Kehadiran pelancong itu boleh ditingkatkan dengan mengurangkan proses dokumentasi terutama keperluan untuk memperoleh visa hendaklah dihapuskan bersama-sama membenarkan tempoh menetap di sesebuah negara yang lebih panjang pula. Semakin kurang kerenah birokrasi semakin banyaklah pelancong yang akan melawat sesebuah negara lalu mewujudkan satu perasaan memahami budaya masyarakat tempatan pula. Oleh itu, sebarang tindakan yang dilakukan oleh rakyat negara berjiran akan lebih mudah untuk difahami setelah seseorang itu melawat negara tersebut.
dewi wie
dewi wie

Posts : 13
Join date : 17/06/2013
Age : 29
Location : matu goooo

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum